Anda di halaman 1dari 7

Bahan Audio

1.0 Pendahuluan: Bahan audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara eletronik melalui kabel atau udara. Bahan audio ini dikatakan dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Bahan audio mungkin terdiri daripada perkara berikut, satu sumber bunyi atau suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio atau penerimaan radio. Audio adalah satu komunikasi sehala yang digunakan bagi membantu pembelajaran kendiri pelajar yang menghadapi masalah membaca, golongan yang ingin belajar bahasa asing, serta golongan yang ingin melakukan aktiviti senaman. Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Ia dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni, meningkatkan minat serta mencorakkan sesebuah persembahan multimedia. Oleh itu, audio dan bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.

2.0 Kebaikan dan kelemahan bahan audio 2.1 Kebaikan Audio merupakan satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan berkesan. Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh guru atau murid. 3. Bahan audio boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan pembacaan sahaja. 4. Bahan audio adalah mudah alih, iaitu dapat digunakan di mana-mana sahaja. 1. 2. 2.2 Kelemahan Sesetengah kanak-kanak kurang atau tidak memberi perhatian kepada persembahan audio sekiranya tiada pengawasan guru. 2. Kos untuk menyediakan kelengkapan adalah tinggi. 1.

3.0 Proses Mendengar Dalam Kalangan Murid 3.1 Perbezaan antara pendengaran dan mendengar. Pendengaran dan mendengar ialah dua proses yang berbeza. Pendengaran ialah proses fisiologi yang berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), bergerak ke otak untuk ditafsirkan. Mendengar pula merupakan satu proses psikologi, bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi atau bentuk percakapan. 3.2 Faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses mendengar dalam kalangan murid. o Kemahiran bahasa Kebanyakan sarjana menyatakan bahawa tahap perbendaharaan kata atau kemahiran bahasa yang dimiliki oleh kanak-kanak akan mempengaruhi keberkesanan proses mendengar. Ini bermakna kandungan mesej dalam bahan audio hendaklah dalam lingkungan keupayaan kemahiran berbahasa pelajar di peringkat umur mereka.

o Kejelasan punca audio Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Bunyi yang sangat perlahan atau terlalu bising akan menyukarkan pelajar untuk mentafsir dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, sebelum digunakan, guru harus memastikan bunyi audio dapat didengar oleh seluruh pelajar di dalam kelas. o Nada audio yang tidak sekata Sekiranya kanak-kanak hanya mendengar nada audio yang sekata dalam masa yang panjang akan menyebabkan mereka menjadi biasa sehingga kehilangan tumpuan tentang apa yang didengarinya. Oleh itu, semasa memilih bahan audio yang sesuai, guru harus memastikan ia mempunyai nada yang tidak sekata dan intonasi suara pengulasnya mestilah pelbagai dan dapat menarik perhatian kanak-kanak. o Kesediaan mendengar Aspek ini adalah penting kerana sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai kesediaan untuk mendengar, maka secara fizikalnya dapat meningkatkan keupayaan untuk memahami mesej yang hendak disampaikan.

o o o o o o o

4.0 Penghasilan Bahan Audio Pendidikan 4.1 Jenis-jenis bahan audio Bahan audio boleh terdiri daripada bahan yang berikut: Lakonan Temu bual Simulasi Dokumentasi Demontrasi Penerangan Diskusi

4.2 Langkah-langkah menghasilkan bahan audio pendidikan o Langkah 1: Tetapkan matlamat Anda perlu menentukan tujuan anda menerbitkan bahan audio tersebut dengan memberikan perhatian kepada persoalan-persoalan berikut. i. Siapakah kumpulan sasaran atau tahap pelajar? ii. Bagaimanakah kebolehan berbahasa pelajar, minat dan motivasi mereka? iii. Adakah bahan yang akan anda hasilkan sejajar dengan sukatan pelajaran? iv. Adakah bahan audio yang akan anda hasilkan ini sesuai dengan objektif pengajaran? o Langkah 2: Penyelidikan dan mengumpulkan bahan Kumpulkan bahan dan sumber yang diperlukan. Buat sedikit penyelidikan dan rujukan yang diperlukan. Fakta yang hendak dimasukkan hendaklah betul serta mencukupi dan kaya dengan maklumat yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Selain itu, anda juga perlu mengumpulkan kesan bunyi, muzik serta lagu tertentu yang mungkin diperlukan. o Langkah 3: Pemilihan bahan Bahan yang telah dikumpulkan mungkin terlalu banyak dan perlu mengalami proses analisis dan penapisan supaya hanya bahan-bahan yang bersesuaian sahaja digunakan. o Langkah 4: Menulis skrip Proses menulis dan mengarang kandungan bahan audio yang hendak dihasilkan. o Langkah 5: Menyediakan peralatan

Anda perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahan audio. Antara peralatan asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadun suara, kaset atau pita audio dan kabel-kabel yang sesuai. Selain itu, juga perlu dipastikan bahawa alatan-alatan tersebut dipasang dengan betul. o Langkah 6: Membuat rakaman Pada peringkat ini, anda akan membuat rakaman suara, memasukkan kesan bunyi serta muzik-muzik latar. Kerja ini boleh dilakukan di bilik rakaman audio khas seperti yang terdapat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) atau di Pusat Sumber Negeri (PSN). o Langkah 7: Prebiu Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan kemudian membuat pembetulan sekiranya perlu. o Langkah 8: Penggunaan bahan audio Pada peringkat ini anda akan menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu di dalam bilik darjah. o Langkah 9: Penilaian dan penambahbaikan Melakukan penilaian dan penambahbaikan terhadap bahan supaya objektif penghasilan tercapai. Kemudian, bahan dilabel dan disimpan sebagai sumber rujukan atau pinjaman oleh guru-guru atau pelajar. Jika perlu buat salinan dan diperbanyakkan.

5.0 Format Audio 5.1 Kaset audio 1 Saiz format audio ini ialah 2.5 x 4 x0.5. Kelebaran pitanya ialah /8 inci. Format ini paling banyak terdapat di pasaran dan menggunakan alat pemain kaset. 5.2 Kaset mikro Saiz keseluruhan format audio adalah lebih kecil berbanding format kaset audio. Walaupun saiz pitanya 1 adalah sama, iaitu /8 inci, namun ia perlu menggunakan alat pemain kaset yang kecil. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti kaset audio, iaitu boleh merakam dan memadamkan kandungannya dengan mudah. 5.3 Fonograf atau piring hitam Bentuknya adalah bulat dan leper dan terdapat tiga saiz yang berbeza, iaitu diameternya adalah 7, 10, dan 12 inci. Pengguna tidak boleh membuat rakaman ke piring hitam semudah burn CD dengan menggunakan program khas komputer. Penggunaan piring hitam ini memerlukan alat pemain fonograf. Walaupun format ini mudah digunakan, tetapi tidak lagi popular dan sukar didapati dalam pasaran hari ini. 5.4 Cakera padat atau CD CD juga berbentuk leper dan bulat, tetapi diameternya lebih kecil berbanding dengan piring hitam dan hanya bersaiz 4.72 inci. Kelebihan CD ini adalah ia mempunyai kualiti bunyi yang tinggi dan jelas, dan ia juga membuat rakaman ke dalam CD dengan menggunakan CD atau DVD drive yang boleh menyalin bahan ke dalam CD dengan program komputer seperti nero.

6.0 Penerbitan audio Peralatan asas seperti berikut diperlukan untuk menerbitkan bahan audio. Perakam audio Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat dalam pasaran. Walau bagaimanapun, tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Pemain radio yang boleh merakam audio terdapat satu ciri yang nyata, iaitu terdapat butang rakaman atau record dan biasanya butang ini berwarna merah.

Model telefon bimbit yang baru juga mempunyai fungsi merakam bunyi. Namun, suara yang dirakam itu tidak berapa jelas dan bunyi latar akan mempengaruhi kualiti rakaman. Mikrofon Mikrofon ialah peralatan perantaraan yang akan menghantar gelombang kepada fail audio. Kualiti bunyi banyak bergantung kepada pemilihan penggunaan mikrofon. Mikrofon boleh diklafikasikan mengikut jenis penggunaan dan bentuk penerimaan bunyi dan mekanismenya. Mikrofon kondeser memerangkap bunyi dengan menggunakan plat kapasitor yang mengesan getaran gelombang bunyi. Mikrofon jenis ini memerlukan bateri atau sumber kuasa elektrik. Tindak balas frekuensinya agak luas. Kekuatan mikrofon kondeser adalah dapat menerima kesan bunyi dengan baik, peka kepada bunyi dan getaran. Namun, ia tidak tahan kepada getaran kuat, panas dan lembapan. Jenis mikrofon ini biasanya digunakan untuk nyayian atau ucapan penyampaian. Mikrofon dinamik beroperasi berdasarkan kesan elektromagnetik. Harganya agak murah dan mempunyai banyak kemampuan. Bentuk mikrofon ini dibina dalam saiz yang agak kecil dan mesra pengguna disebabkan penggunaan adalah membuat temu bual di luar bangunan. Oleh itu, mikrofon ini mempunyai kualiti bunyi yang baik, peka kepada bunyi, tahan getaran kuat, tahan panas dan lembapan. Mikrofon Omni-directional memerangkap gelombang bunyi daripada semua arah. Mikrofon ini mampu merakam suara orang ramai, terutama sewaktu ramai orang bercakap hampir serentak. Jadi, mikrofon ini sesuai digunakan untuk perbincangan berkumpulan atau temu bual. Mikrofon uni-directional atau cardiod pula hanya memerangkap kebanyakan bunyi daripada punca yang berhampiran atau di depan mikrofon. penggunaannya agak terhad dan biasanya digunakan untuk rakaman di dalam studio oleh juruhebah radio. Headset mikro mikrofon yang mempunyai sambungan USB dikatakan lebih selesa kerana pengguna hanya perlu melekatkan di kepala dan masukkan plag ke komputer sahaja. Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu jenis tie pin dan neck hanging. Saiz tie pin lebih kecil berbanding dengan neck hanging dan biasanya disematkan pada tali leher atau kolar baju manakala neck hanging pula biasanya digantung pada leher. Mikrofon tanpa wayar memerlukan alat penerima semasa digunakan. Tiada wayar yang menyambung mikrofon dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara gelombang dari mikrofon ke alat penerima melalui antena. Biasanya jenis mikrofon digunakan oleh pengguna atau pengulas yang bergerak aktif. Mikrofon shotgun ialah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari sudut yang sempit dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak berupaya untuk menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung, acara sukan atau bunyi-bunyian haiwan.

7.0 Pengadun Suara Bagaimanakah sekiranya anda hendak merakamkan suara narator dan dalam masa yang sama terdapat kesan bunyi dan muzik latar? Masalah ini dapat diatasi dengan hanya menggunakan tiga pemain kaset. Satu untuk merakam dan dua lagi untuk memainkan kesan bunyi dan muzik latar. Walau bagaimanapun, hasilnya tidaklah sebaik penggunaan alat pengadun suara (audio mixer) iaitu alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaras bahannya dan satu output. Alat ini biasa terdapat di studio studio rakaman. Dalam sebuah skrip, terdapat beberapa singkatan yang perlu difahami oleh juruteknik yang mengawal alat rakaman supaya rakaman dapat dijalankan dengan lancar. Berikut merupakan contoh skrip yang mempunyai singkatan yang biasa digunakan:

Pelakon/ Narator

Dialog

Pencerita

Selamat pagi muridmurid. Hari ini kita akan mendengar sebuah cerita yang mengisahkan...

Muzik Muzik tema FI, Fup dimainkan 10 saat Muzik tema FD

Kesan bunyi

Muzik tema FUp, FO dimainkan 6 saat KB1: Enjin kereta dimatikan. KB2: Hon dibunyikan sekali. KB3: Pintu kereta ditutup. KB1: Ketukan di pintu kayu bertalutalu. KB2: Selak pintu dan pintu kayu dibuka. Mak Minah Waalaikumussalam. Apa hal tergesagesa ni?

Pak Halim

Assalamualaikum, Assalamualaikum

Berikut ialah maksud bagi singkatan-singkatan yang perlu anda ketahui dan gunakan semasa menyediakan skrip.

FI (Fade in) FO (Fade out) FUp (Fade up) FD (Fade down) BG (Background)

Muzik masuk perlahan-lahan Muzik hilang perlahan-lahan Muzik menaik perlahan-lahan Muzik menurun perlahan-lahan Muzik latar

8.0 Suntingan Setelah anda melakukan kerja-kerja rakaman, anda perlu melakukan kerka-kerja penyuntingan bahan bagi memastikan bahan audio anda sempurna dan berkualiti. Anda boleh melakukan penyuntingan melalui beberapa cara, antaranya melalui perisian Sound Forge. Sound Forge ialah satu perisian yang digunakan untuk menyunting fail audio. Selain itu, perisian penyunting audio ini mempunyai kemudahan untuk mencipta fail audio. 8.1 Langkah-langkah menggunakan Sound Forge Antara Muka Sound Forge Merakam Suara Menyunting Audio Magnify Pencil Menyimpan data

1. 2. 3. 4. 5. 6.

9.0 Format Fail Audio

Format fail audio Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)

Musical Instrument digital interface (MID, MDI, dan MFF) Sound (SND) Roll (ROL)

Keterangan Diguna pakai pada sistem komputer jenis Macintosh, IBM, dan yang serasi dengannya seperti Amiga dan Silicon Graphics. Ia menampung berbagai-bagai jenis saiz sampel pelbagai aras (sehingga 32 bit). Diterima pakai di seluruh dunia bagi tujuan menyimpan audio daripada jenis MIDI. Diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang mempunyai saiz sampel 8 bit. Mula diperkenalkan oleh Adlib. Inc dan digunakan bersama-sama dengan kad audio yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan. Paling meluas digunakan dan disokong sepenuhnya oleh sistem pengoperasian Windows. Dibangunkan oleh syarikat microsoft dan mampu menyokong rakaman dengan bit-depth setinggi 8 bit (mono dan stereo). Diperkenalkan khas untuk digunakan oleh komputer jenis stesen kerja Sun Microsystem. Ia merupakan format audio 16 bit yang dimampatkan dan sering juga digunakan bagi tujuan penyebaran melalui internet. Digunakan bersama-sama dengan kad audio jenis Sound Blasterdari Creative Technology. Ia boleh memainkan dan merakamkan audio, sama ada 8 atau 16 bit setelah melalui proses pemampatan atau tidak. Format fail yang semakin popular, terutamanya bagi tujuan penyaluran muzik melalui internet. Mempunyai teknik pemampatan yang baik sehingga dapat

Wave (WAV)

Sun Audio (AU)

Voice (VOC)

MPEG (Motion Picture Expert Group) Level 3 (MP3)

Real Audio atau RealMedia (.RA dan .RAM)

memampatkan audio bersaiz 45 MB dalam format WAV kepada kira-kira 4 MB dalam format MP3. Sangat meluas digunakan dalam internet secara langsung sehingga membolehkan siaran radio atau televisyen dimainkan terus melalui internet.

Rujukan: Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. 2009. 2. Chin Yoon Poh. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. UG Press Sdn. Bhd. 2009. 3. Muhamad Hasan Abdul Rahman. Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Selangor Darul Ehsan. 2000. 4. Rozinah Jamaludin. Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2005 1.

Anda mungkin juga menyukai