Anda di halaman 1dari 6

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Tahun Tarikh/Masa Bilangan Murid Mata Pelajaran Tajuk Fokus Utama

: : : : : : 2 Bestari 11 Januari 2011 / 7.45 8.45 pagi 35 orang Bahasa Melayu Mawar Putih dan Mawar Merah 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat Aras 2: i. Membaca ayat yang diberikan ii. Menjelaskan maksud ayat yang diberikan 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila Aras 1: i. Mengemukakan pelbagai soalan untuk mendapat respons ii. Memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan Pada akhir pelajaran murid dapat : i. Membaca dan menjelaskan maksud ayat yang mengandungi simpulan bahasa dan perkataan sukar dalam teks Mawar Putih dan Mawar Merah dengan betul. ii. Mengajukan dan menjawab soalan berkaitan dengan watak dalam cerita Mawar Putih dan Mawar Merah dengan betul. i. ii. i. ii. i. ii. iii. Bacaan Lisan Kosa kata Simpulan Bahasa Ilmu : Pendidikan Moral Nilai Murni : Tidak berdengki, kasih sayang Peraturan Sosiobudaya : Kesantunan bahasa dalam pertuturan

Aras

Fokus Sampingan

Aras

Objektif

Kemahiran Bahasa

Sistem Bahasa

Pengisian Kurikulum

Kemahiran Bernilai Tambah Bahan Bantu Mengajar Pengetahuan Sedia Ada

Kecerdasan Pelbagai, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kemahiran Berfikir, Kontekstual Seni kata lagu, radio kaset, kad petikan, keratan teks, Borang Pengurusan Grafik (Sifat Watak) Murid pernah membaca cerita-cerita rakyat

Langkah/Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Kandungan Seni kata lagu Pohon Beringin - Rujuk lampiran Contoh Soalan : a. Apakah nama cerita yang boleh dikaitkan dengan lagu tersebut? b. Siapakah yang menyanyikan lagu ini berdasarkan cerita yang kamu pernah baca atau filem yang kamu pernah tonton? Petikan teks cerita Mawar Putih dan Mawar Merah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran a. Guru mengedarkan lagu Pohon Beringin dan minta murid menyanyi bersamasama. b. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lagu.

Catatan Seni kata lagu Kaset TKP : - Muzik - verbal linguistik Kontekstual: - menghubung kait isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid

Langkah 1 (10 minit)

Langkah 2 (20 minit)

Petikan teks cerita Mawar Putih dan Mawar Merah Contoh perkataan : a. Mendera b. Murka c. Merdu Simpulan bahasa : a. Anak yatim b. Baik hati c. Ringan tangan

Langkah 3 (10 minit)

Aktiviti Kerusi Panas Contoh soalan untuk Mawar Merah: a. Mengapakah awak suka mencaci dan mendera Mawar Putih? b. Mengapakah awak tidak sayang akan kakak awak sendiri?

a. Guru meminta seorang murid membaca teks Mawar Putih dan Mawar Merah secara kuat. b. Murid lain dikehendaki mendengar dan memahami cerita tersebut. a. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. b. Set keratan teks cerita Mawar Putih dan Mawar merah diedarkan. c. Murid mencantumkan keratan teks tersebut menjadi cerita yang lengkap dan membaca cerita itu. d. Guru mengedarkan teks cerita sebenar Mawar Putih dan Mawar Merah dan meminta murid membaca secara mekanis. e. Murid mencari makna simpulan bahasa dan perkataan sukar yang bergaris. f. Murid membentangkan hasil tugasan mereka. a. Guru mengadakan aktiviti Kerusi Panas dengan memilih beberapa orang murid untuk memegang watak-watak yang telah ditentukan. b. Murid lain akan mengemukakan soalan kepada murid-murid yang memegang watak-watak berkenaan.

Kad petikan KBCB : - Mendengar dengan cekap - Bacaan mekanis

KBCB : - Menyusun mengikut urutan - Memberi ulasan TKP : - Interpersonal - Intrapersonal Penilaian formatif : - Penilaian secara pemerhatian Sistem Bahasa : - Kosa kata - Simpulan bahasa

Kemahiran Berfikir : - Menjana idea

Langkah/Masa Langkah 4 (10 minit)

Isi Kandungan Watak dan perwatakan dalam cerita Mawar Putih dan Mawar Merah a.

b.

Penutup (5 minit)

Penutup Kognitif : Contoh soalan : a. Apakah yang kamu telah pelajari pada hari ini? Nilai Murni : a. Jangan berdengki b. Menyayangi adik-beradik sendiri Penutup Sosial a. Nyanyian lagu Pohon Beringin

a.

b.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru mengedarkan borang Pengurusan Grafik tentang watak . Murid berbincang dan secara berkumpulan dan kemudian ketua kumpulan melaporkan hasil tugasan. Guru dan murid bersoal jawab tentang apa yang telah mereka pelajari dan nilai-nilai murni yang terdapat cerita Mawar putih dan Mawar Merah. Murid menyanyikan lagu Pohon Beringin sambil menggayakannya mengikut lirik lagu.

Catatan Borang Pengurusan Grafik - Sifat Watak Penilaian Formatif: - Penilaian formatif dijalankan secara pemerhatian Kontekstual: - Menghubung kait - Kaset TKP : - Kinestetik - Muzik

Refleksi : Kekuatan :

Kelemahan :

Cadangan Mengatasi Kelemahan:

Ulasan Guru Pembimbing :

Ulasan Pensyarah Penyelia :

LAGU POHON BERINGIN Pohon beringin Tegaknya rimbun Dahannya jatuh Menimpa bumi Membuai aku Menghibur aku Bertiuplah oh angin bayu Laju-lagu buaiku laju Akulah anak yatim piatu Laju-laju buaiku lagu...

Mawar Putih dan Mawar Merah Mawar Putih dan Mawar Merah bersaudara tiri. Mereka ialah anak yatim. Ayah mereka telah meninggal dunia. Ibu Mawar Putih bernama Mak Cempaka. Ibu Mawar Merah bernama Mak Anggerik. Mawar Putih dan ibunya baik hati dan ringan tulang. Mawar Merah dan ibunya sangat jahat. Mereka selalu mencaci dan mendera Mawar Putih dan ibunya. Pada suatu hari, Mak Anggerik telah menolak Mak Cempaka ke dalam sungai. Mak Cempaka mati lemas kerana tidak tahu berenang. Beberapa hari kemudian, Mawar Putih ternampak sebuah buaian tergantung pada dahan pohon Beringin. Mawar Putih pun duduk di atas buaian itu lalu menyanyi dengan suara yang sungguh merdu. Pada ketika itu, seorang putera raja sedang berburu. Baginda sangat tertarik mendengar nyanyian tersebut dan meminta Bendahara pergi menyiasat. Putera raja ingin melihat Mawar Putih menyanyi lagi. Bendahara memberi tahu Mak Anggerik akan hajat putera raja. Mak Anggerik yang tamak haloba itu telah membawa Mawar Merah ke buaian untuk menyanyi. Malangnya, Mawar Merah tidak pandai menyanyi. Putera raja sangat murka. Akhirnya, Mak Anggerik membawa Mawar putih ke buaian. Mawar Putih pun menyanyi di atas buaian. Suaranya sangat merdu. Putera raja jatuh cinta akan Mawar Putih. Putera raja dan Mawar Putih berkahwin dan hidup bahagia. Mak Anggerik dan Mawar Merah telah dipenjara kerana cuba menipu putera raja.

BORANG SIFAT-SIFAT WATAK Tandakan ( / ) bagi sifat yang betul dan ( X ) bagi sifat yang salah untuk watakwatak di bawah ini. 1. Mawar Putih a) Rajin b) Ringan tulang c) Suara merdu d) Sombong

2. Mawar Merah a) Jahat b) Baik hati c) Pemalas d) Tidak pandai menyanyi

3. Mak Anggerik a) Jahat b) Tamak c) Rajin d) Suka memfitnah

Anda mungkin juga menyukai