Anda di halaman 1dari 3

WAU

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu


ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di
kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah
padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai
popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka
yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah
diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di pasir
gudang, Kite Festivals International Guests yang diadakan pada
setiap tahun. Sambutan festival ini juga
sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan "wau"
dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan
negeri
seperti Kelantan,Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut.


Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-
negeri seperti di pantai barat dan selatan semenanjung Malaysia
sepertiSelangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan
menerusi catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan bahawa Raja
Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta
kerabat Diraja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu
kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil
daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke
udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan
menghasilkan bunyi "wau', "wau', "wau' secara berirama.

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dipastikan
kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun
menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia
berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor
mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari
negara china. layang-layang pada masa dahulu menggunakan
daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di
Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari
negara China. Permainan wau dikaitkan dengan mitos 'semangat
padi' yang berasal dari utara semenanjung Malaysia iaitu negeri
Kedah.


Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut
yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan
menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi,
mereka terjumpe seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya
bayi tersebut sehinggalah dewasa.Oleh kerana suaminya ingin
mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu
maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak
gadisnya bermain iaitu di baluh padi.Perbuatan suaminya itu
telah menyebabkan sang isteri merasa sangat
cemburu.Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah
menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah
mata angin barat.Akibatnya,pada tahun itu juga padi yang ttelah
dikerjakan tidak menjadi.Menurut Tok Nujum yang ditemui
menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah
meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga
yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan
tali jerami.


Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu
terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap
wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau. Di malaysia
terdapat tiga jenis Wau Tradisional iaitu Wau Bulan,Wau
Kucing dan Wau JalaBudi.


Pecahan dari tiga kategori tersebut terdapat beberapa lagi jenis
wau tradisioanal mengikut negeri seperti; Wau Merak, wau
Puyuh, Wau Kikik, wau Cenderawasih, wau Seri Bulan, wau
helang, Wau Kotak, Wau Kapal, Wau Dodo Helang, Wau Seri
negeri dan Wau Kangkang. Adiguru wau di Malaysia ialah
Shafie b. jusoh.

Anda mungkin juga menyukai