Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Setelah bertungkus lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Pelaksanaan kajian ini memberikan iktibar kepada kami yang menjalankan kajian ini. Bagi diri saya, pengkajian ini sememangnya memberi banyak informasi yang berguna kepada diri saya sekali gus menambahkan pengetahuan saya dalam pembuatan keropok lekor. Saya bukan sahaja mampu meluaskan pengetahuan saya tentang latar belakang keropok lekor malah saya berasa kagum dengan keunikan keropok lekor yang begitu popular di negara kita ini. Dalam tidak sedar, sebenarnya penghasilan keropok lekor ini dapat membentuk perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat di Malaysia seterusnya dapat menjana ekonomi Negara.

Anda mungkin juga menyukai