Anda di halaman 1dari 12

Program 5 MinitAnti Dadah

ISNIN 1. *
Sudah Belum

RUPA DAN KEADAAN PENAGIH DADAH Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut: Penagih dadah tidak menjaga diri. Pakaiannya kotor dan berbau busuk, rambut tidak terurus, hidung sentiasa berair, air liur meleleh dengan mulut berbau busuk. Duduk dan baring tidak kira tempat. RUMUSAN : Penagih dadah akan menjadi seorang yang pengotor.

Tandatangan Guru

2.

DADAH MEMBAWA MAUT SELASA 1. *


Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

Jelaskan kepada murid-murid : Penagih dadah akan mati sebelum ajal. Penagih dadah yang sedang khayal akan hilang daya tumpuan fikiran. Tenaga lemah, jalan terhoyong-hayang. Mereka tidak hiraukan keselamatan diri. Bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh tersungkur ke dalam parit, longkang dan jalan raya. Akibatnya mereka akan luka, cedera-parah dan akhirnya membawa maut. RUMUSAN : Kita juga akan mati tetapi janganlah mati seperti seorang penagih dadah.

CARA-CARA MENGENAL PENAGIH DADAH RABU 1. *


Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

Minta murid senaraikan mengenai rupa dan keadaan penagih dadah. Semak jawapan murid berdasarkan senarai berikut : Bajunya kotor dan berbau busuk Matanya merah dan kuyu Air liur meleleh Jalan terhoyong-hayang Percakapan meleret-leret Tempat tidurnya di tepi parit, bawah jambatan, tepi tangga atau kaki lima. Selalu minta duit dengan alasan sudah tiga hari tidak makan atau tiada duit tambang bas. RUMUSAN : Penagih dadah tidak boleh mengurus diri

*Sila tandakan () jika sudah dibaca atau () jika belum dibaca.

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


KHAMIS 1. *
Sudah Belum

MASA DEPAN SEORANG PENAGIH DADAH Jelaskan kepada murid-murid mengenai masa depan penagih dadah seperti berikut: Jadi seorang pemalas Susah untuk lulus peperiksaan Daya tahan diri kepada penyakit sangat lemah Dipulaukan oleh masyarakat Susah dapat kerja Sering dicaci dan dicurigai Dibenci dan dihina Dibuang kerja atau sekolah Tidak dipercayai oleh rakan-rakan Masa depan gelap RUMUSAN : Pelajar sekolah yang ditangkap kerana mengguna/mengedar dadah akan dibuang sekolah dan dijadikan kes polis

Tandatangan Guru

2.

JUMAAT 1. *
Sudah Belum

NASIB KELUARGA PENAGIH DADAH Jelaskan kepada murid-murid nasib keluarga penagih adalah seperti berikut : Hubungan anak yang menagih dengan ibu bapa atau adikberadik yang lain akan renggang Fikiran dan perasaan anggota keluarga tidak tenteram dan terancam Keluarganya akan dibenci dan dipulau oleh masyarakat Keluarganya jadi huru-hara Harta benda keluarga tidak selamat RUMUSAN : Kerana penagih, keluarga yang tidak berdosa menjadi mangsa. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka juga...

Tandatangan Guru

2.

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


ISNIN 1. *
Sudah Belum

PENGEDARAN DADAH DI MALAYSIA Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut: Jenis dadah seperti heroin, morfin, candu dan ganja yang digunakan oleh penagih diseludup dari luar negara oleh pengedar dadah Pokok ganja ada ditanam secara haram di Malaysia dan biasanya terletak di kawasan pedalaman Penagih-penagih yang sudah tidak mampu membeli dadah kerana harganya terlalu mahal akan membeli pil-pil psikoterapik dan memakannya secara berlebihan sebagai ganti Dadah akan dijual kepada penagih melalui pengedar dadah yang cuba membuat seberapa banyak keuntungan yang boleh, terutamanya kepada penagih yang meluapluap ketagihannya RUMUSAN : Pengedaran dadah di Malaysia masih berleluasa

Tandatangan Guru

2.

SELASA 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

CARA PENGEDAR DADAH MEMPENGARUHI PELANGGAN BARU YANG TERDIRI DARIPADA PARA PELAJAR Jelaskan kepada murid-murid cara pengedar dadah mencari pelanggan baru seperti berikut : 1. Pengedar dadah akan mengenalpasti pelajar yang bermasalah di rumah atau di sekolah 2. Pengedar dadah akan berbuat baik dan cuba berdamping selalu dengan pelajar yang dikenal pasti 3. Pengedar dadah akan mulakan dengan belanja pelajar tersebut sehingga dirinya dipercayai dan diterima sebagai sahabat 4. Pengedar dadah akan mulakan pengaruhnya dengan belanja rokok semewah-mewahnya 5. Kemudian pengedar dadah akan beri peluang mencuba dadah dengan percuma. Bila pelanggan baru sudah mula seronok barulah dikenakan bayaran. Selagi pelanggan baru belum ketagih, harga tetap murah. Bila sudah mula ketagihan, harga dadah melambung RUMUSAN : Pengedar dadah adalah menusia kejam yang mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. AWAS! PENGEDAR DADAH SANGAT LICIK DAN CEKAP

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


RABU 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MENJADI SASARAN PENGEDAR DADAH Ciri-cirinya adalah seperti berikut : Kawalan ibu bapa yang terlalu longgar Ibu bapa yang selalu bergaduh Suka ponteng kelas atau ponteng sekolah Nakal Merokok Suka buang masa Suka berfoya-foya Suka merancang untuk bersuka-ria Berpakaian tidak kemas dan bertampal-tampal Beg sekolah juga bertampal-tampal Menggunakan perkataan Lu atau Gua bila bercakap sesama rakan Pelajaran merosot Selalu melanggar peraturan sekolah RUMUSAN :Prinsip pengedar dadah : TIADA PENAGIH, TIADA PERNIAGAAN. BILA TIADA PERNIAGAAN, HIDUP SUSAH. APA PEDULI ORANG MENDERITA, ASALKAN AKU KAYA MENGAPA PELAJAR SEKOLAH MENJADI SASARAN PENGEDAR DADAH Jelaskan kepada murid-murid perkara yang berikut : Pelajar sekolah adalah golongan yang mudah dipengaruhi Golongan remaja suka kepada keseronokan Golongan remaja suka mencuba-cuba Remaja suka kepada cara hidup bebas Daya tahan remaja kepada godaan tidak kuat Mudah dapat wang daripada ibu bapa Sudah ada tabiat asas kepada menagih iaitu tabiat merokok daripada ahli keluarga Tidak suka kepada perkara-perkara yang membebankan diri atau fikiran seperti belajar Suka kepada kawan-kawan yang menyeronokkan RUMUSAN : Pengedar dadah menganggap bahawa pelajar sekolah yang bermasalah adalah bakal pelanggan mereka yang setia, walaupun mereka tahu bahawa menagih dadah banyak keburukannya

KHAMIS 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah

JUMAAT 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

MENGENAL PELAJAR YANG MENGGUNAKAN DADAH Ciri-cirinya adalah seperti berikut : Selalu atau suka ponteng sekolah Pandai berdalih Merokok Selalu pinjam atau minta wang Selalu bercakap bohong Pakaian tidak kemas Jadi murid yang pendiam atau memilih kawan yang tertentu sahaja Menjual barang curi Selalu membawa pakaian harian ke sekolah Pelajaran semakin merosot Enggan bertentang mata bila bercakap engan orang lain Memilki wang yang banyak Menyorok-nyorokkan barang yang mencurigakan deperti pil, serbuk putih seperti tepung atau daun kering pokok ganja RUMUSAN :Pelajar yang menggunakan dadah selalu berada dalam keadaan gelisah, bimbang dan takut walaupun dia cuba menyembunyikan perasaannya. Dia berperasaan demukian sebab takut ditangkap oleh pihak sekolah. Dia tahu kalau kena tangkap hukumannya ialah buang sekolah atau jadi kes polis

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


ISNIN 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

APA ITU DADAH Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut : Mengganggu keseimbangan kimia dalam tubuh badan manusia Boleh merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) Mengakibatkan pergantungan fizikal (idak boleh buat kerja atau lemah badan jika tidak makan dadah) Mengakibatkan pergantungan psikologikal (fikiran, peresaan, emosi dan personaliti yang dikawal oleh dadah) Memberi kesan buruk kepada kesihatan (sakit lain seperti AIDS dsb) Emberi kesan buruk kepada fungsi sosial (bersendirian, menyusahkan orang lain dan sebagainya) RUMUSAN : Dadah diharamkan sebab banyak mendatangkan keburukan KESAN BURUK GANJA Terangkan apa itu ganja. Ganja ialah daunpokok ganja yang dikeringkan. Warnanya hijau pucat. Biasanya dibungkus dengan kertas coklat seperti bentuk rokok. Ganja juga dipanggil dengan nama sateh atau barang dan lain-lain lagi Terangkan bahawa ganja membawa kesan-kesan buruk seperi berikut : Hilang persepsi masa dan ini menyebabkan penagih jalan terhoyong-hayang Boleh menyebabkan penyakit bronkotis, sakit dada, lelah dan kanser sebab asap ganja mengandungi THC (TETRAHYDROCANNABINOL) Melemah dan merokkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah Menyebabkan pengeluaran hormon lelaki merosot. Bilangan sperma akan kurang dan jadi cacat serta boleh menyebabkan mandul ..........sambung pada waktu ke-3..............

SELASA 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


RABU 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

KESAN BURUK GANJA (sambungan) Terangkan kesan bruk ganja selanjutnya : Merosakkan pertimbangan, persepsi dan motivasi Menimbulkan sikap tidak peduli dan kurang sihat untuk bergaul dengan kawan-kawan Menyebabkan kedatangan haid yang tidak menentu dan mengurangkan telur dalam ovari. Mengurangkan susu badan dan boleh menyebabkan mecacatan pada janin RUMUSAN : pelajar sekolah biasanya diumpan dengan ganja terlebih dahulu sebelum dikenalkan kepada dadah yang lebih kuat dan mahal

2.

KHAMIS 1. *
Sudah Belum

2.

Tandatangan Guru

3. JUMAAT 1. *
Sudah Belum

KESAN BURUK CANDU Jelaskan apa itu candu : Candu berasal dari getah bunga popi yang banyak ditanam di kawasan TIGA SEGI MAUT di utara Thailand. Getah bunga popi ini diproses (dimasak) menjadi candu masak. Keburukan candu : Boleh menyebabkan mati mengejut Menyebabkan khayal dan tidak boleh mengawal pergerakan badan dan mudah mendapat kemalangan Hilang selera makan dan berat badan merosot dengan banyak Menjadi sesak nafas Mudah diserang penyakit sebab kurang daya ketahanan diri terhadap penyakit RUMUSAN : Candu juga salah satu daripada jenis dadah yang merbahaya KESAN BURUK MORFIN Terangkan : a) Morfin ialah hasilan yang diproses daripada candu. Terdapat dalam bentuk serbuk putih seperti tepung atau cecair atau ketulan hitam. Kesannya kira-kira lapan kali lebih kuat daripada candu. b) Kesan buruk mengambil dadah morfin kepada penagih : - Selalu menganuk - Berat badan merosot - Tidak berupaya mengurus diri - Mudah diserang penyakit - Mati mengeju RUMUSAN : Harga morfin juga mahal. Pengedar dadah akan jual kepada penagih yang tidak berkesan dengan jenis-jenis

Tandatangan Guru

2.

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


dadah yang lain. Penagih-penagih akan menyebabkan pengedar dadah lebih kaya. ISNIN 1. *
Sudah Belum

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut: Undang-undang dadah yang paling keras sekali di dunia Akta ini bertujuan menyekat atau mengawal kegiatan pengimportan, pembuatan, penjualan, pemilikan, pengeksportan dan penggunaan segala jenis dadah dan campuran dadah Hukuman di bawah undang-undang ini : Seksyen 39B (pengedar) HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI MANDATORI ( tiada hukuman lain) Seksyen 39A (penjual) HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP RUMUSAN : Yng banyak mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain ialah pengedar dan penjual dadah. Jika anda tahu, laporkan kepada polis secara senyap-senyap AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 Jelaskan kepada murid-murid : Akta ini membolehkan pihak berkuasa menangkap penagih dadah dan dihantar ke pusat pemulihan selama 2 tahun Di pusat pemulihan penagih dadah diberi pemulihan fizikal, psikologikal, mental dan rohani RUMUSAN : Penagih-penagih yang sudah parah memang sukar untuk dipulihkan. Mereka akan ulang semula tabiat lama setelah keluar dari pusat pemulihan. Mereka hanya menanti maut

Tandatangan Guru

2.

SELASA 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

RABU *
Sudah Belum

1.

2.

AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTAN HAK HARTA) 1988 Akta ini memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengesan, membeku dan merampas harta (aset) pengedar dadah samada di dalam atau di luar negeri, selain daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas dirinya RUMUSAN : Pengedar dadah tidak patut dibiarkan hidup

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


Tandatangan Guru

senang-lenang hasil daripada jualan dadah AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 Akta ini membolehkan Menteri Dalam Negeri menahan pengedar-pengedar dadah selama 2 tahun tanpa bicara. Seksyen 6(1). Penahanan ini boleh dilanjutkan selepas tamat tempoh penahanan yang pertama Seksyen 6(3) pula membolehkan Menteri Dalam Negeri mengenakan perintah sekatan selepas tamat penahanan tanpa bicara RUMUSAN : Pengedar dadah yang ditahan tanpa bicara adalah pengedar dadah yang cukup licin dan sukar untuk dibuktikan kesalahannya. Jika anda dapat memberikan maklumat, manusia durjana ini akan mati di tali gantung DADAH MUSUH UTAMA NEGARA Jelaskan kepada murid-murid perkara berikut : Dadah adalah musuh utama negara Ramai tenaga pekerja tidak dapat digunakan untuk pembangunan kerana ketagihan dadah Negara-negara luar hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia menyebabkan ekonomi merosot dan meleset Bila pengangguran meningkat, masalah sosial akan meningkat seperti merompak, mencuri, menyamun,membunuh, melacur dan lain-lain lagi RUMUSAN : Sekarang negara kita aman dan makmur, tetapi jika kegiatan pengedaran dadah tidak dihapuskan, negara akan jadi huru-hara

KHAMIS 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

JUMAAT 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah


ISNIN 1. *
Sudah Belum

BAHAYA MEROKOK Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut: Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah ramai orang mati kerana merokok Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai orang yang sanggup menggadaikan nyawa sengan merokok Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin, karbon monoksid dan tar Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur darah dan meninggikan tekanan darah Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan keupayaan darah membawa oksigen menurun. Bila darah kurang membawa oksigen, badan akan menjadi letih dan mengantuk Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru, usus atau mulut RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar yang melanggar peraturan ini akan dibuang sekolah CARA MENGESAN KEGIATAN MEROKOK DAN MENGGUNAKAN DADAH DI SEKOLAH Biasanya kegiatan menagih dadah di sekolah dilakukan secara sulit tetapi kegiatan ini masih dapat dikesan jika terdapat : Alat Suntikan Straw, sudu, pelepah betik Mancis Lilin Tembakau Rokok, rokok daun, timah rokok Sudu Limau Nipis Tali RUMUSAN : Barang-barang atau alat tersebut biasanya disorok ditempat sulit. Cuba buat tinjauan

Tandatangan Guru

2.

SELASA 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah

RABU 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

PERANAN PELAJAR MENGHAPUSKAN KEGIATAN MEROKOK DAN MENGGUNAKAN DADAH DI SEKOLAH Peranan pelajar adalah seperti berikut : Pilih seorang murid yang berkelakuan luar biasa dan awasi gerak-gerinya sepanjang hari tanpa disedari Bantu sekolah menjalankan aktiviti pendidikan pencegahan dadah di sekolah Beri nasihat secara tidak langsung kepada rakan-rakan sebaya supaya tidak merokok atau mencuba dadah Jadikan diri sendiri sebagai murid contoh dalam segala hal RUMUSAN :Kerja mengawas perbuatan merokok dan menggunakan dadah adalah bahaya. Sebaliknya jika anda menyelamatkan rakan anda daripada terlibat dengan dadah, bererti anda telah memberi sumbangan yang amat bermakna CARA MEMPENGARUHI RAKAN SEBAYA SUPAYA MENJAUHI DIRI DARI DADAH Cara-caranya adalah seperti berikut : Sampaikan maklumat bahaya dadah kepada rakan sebaya secara tidak langsung Mengajak rakan sebaya menyertai pelbagai aktiviti kelab, persatuan dan sukan di sekolah Rancang aktiviti berfaedah untuk menghabiskan masa cuti sekolah Pujuk rakan sebaya yang bermasalah jumpa kaunselor atau mana-mana guru yang dipercayai supaya dapat berbincang RUMUSAN : Untuk berjaya dalam usaha ini, anda mestilah bersifat jujur, ikhlas, mesra, ambil berat dan simpati. Semua sifat-sifat tersebut menyebabkan rakan sebaya yakin dan percaya kepada anda AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MENJAUHKAN DIRI DARI DADAH Antara aktivitinya adalah seperti berikut : Libatkan diri dalam permainan tiap-tiap petang supaya badan sentiasa sihat Adakan perkhemahan atau melancong dalam cuti sekolah Penuhkan masa lapang dengan hobi Anjurkan perkelahan atau kembara Aktiviti riadah yang berfaedah RUMUSAN : Bila masa lapang kita penuhi dengan aktiviti yang berfaedah, sudah pasti pengaruh dadah dapat anda jauhi

KHAMIS 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

JUMAAT 1. *
Sudah Belum

Tandatangan Guru

2.

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Program 5 MinitAnti Dadah

Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3

Anda mungkin juga menyukai