Anda di halaman 1dari 18

OBJEKTIF

Kajian pada tahun ini bertujuan agar generasi pada masa kini akan memahami

permainan warisan tradisi masyarakat yang terdahulu. Hal ini dilakukan agar generasi

seterusnya akan tetap mengingati seterusnya sedia mengamalkan tradisi di mana

membawa kepada penarikab pelancong.

Selain itu, Kerja Kursus Sejarah pada tahun ini membawa tujuan supaya ia

dapat menjelaskan generasi muda mengenai sejarah sesebuah negeri serta tradisi yang

masih mereka amalkan sejak turun-temurun. Berikutan itu, generasi muda dapat

berbangga dengan warisan tradisi Malaysia yang pelbagai.

Kajian sejarah ini juga bertujuan untuk membuatkan generasi sekarang dan
hadapan agar memiliki perasaan bangga kepada kegemilangan tamadun bangsa dan
negara.

Generasi muda dapat mempertingkatkan daya pemikiran dengan mencontohi

keunikan permainan tradisional di Malaysia. Pemikiran yang baik akan membuatkan

kita percaya bahawa generasi yang akan datang mampu menjadi pemimpin yang

merupakan tampuk kepimpinan kita.


Hasil Kajian
4.1 NAMA PERMAINAN
Selain wau, nama lain adalah layang – layang. Perkataan “ wau” dikatakan

berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,

Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut, Perkataan layang – layang pula

digunakan di kebanyakan negeri – negeri seperti Pantai Barat dan Selatan

Semenanjung Malaysia seperto Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan

menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain

layang – layang bersama pemuda – pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula

disebut bermain wau.

Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada

busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang

pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau”, “wau”, “wau” secara berirama.
4.2 LATAR BELAKANG
Permainan wau mengandungi unsur budaya Melayu asli, terutamanya

pada bentuk wau itu sendiri. Ciri bentuk wau bulan yang menjadi lambang

kepada Penerbangan Malaysia ( MAS ), dengan sendirinya membuktikan bahawa

kebudayaan Melayu khususnya dan ciri – ciri kebudayaan rakyat rantau ini

merupakan ciri terpenting kepada kebudayaan kebangsaan Malaysia. Walaupun

permainan wau tidak berapa kerap dimainkan oleh masyarakat, namun Wau tetap

wujud pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Selain wau, nama lain adalah layang – layang. Perkataan “ wau” dikatakan

berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,

Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut, Perkataan layang – layang pula

digunakan di kebanyakan negeri – negeri seperti Pantai Barat dan Selatan

Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan

menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain

layang – layang bersama pemuda – pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula

disebut bermain wau. Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang

terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus

yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau”, “wau”, “wau”

secara berirama

Menurut suatu catatan, wau dipercayai dicipta oleh seorang yang

bernama Sang Jaya atau yang mempunyai gelaran seperti Dewa Muda, Dewa Hindu

dan Masai Kelana Seri Panji. Wau dipercayai dihasilkan antara tahun 711 hingga

839 Masihi. Terdapat beberapa dakwaan tentang Negara asal bermulanya wau

seperti di Indonesia, Thailand dan tidak kurang pula yang mendakwa dari

Kelantan. Permainan wau telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud
Shah Melaka , kira – kira dalam tahun 1500 masihi.

Pada awalnya wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah Negara.

Wau digunakan sebagai panduan untuk menentukan arah. Wau juga dikatakan

menjadi lambing kejayaan setiap serangan yang dilakukan oleh sesebuah negara

ke atas negara lain. Selepas berjaya dalam serangan pesta menyambut kemenangan

diadakan dengan menaikkan wau. Lama kelamaan wau dijadikan permainan

mengisi masa lapang yang popular sehingga diadakan pertandingan pula. Kini wau

merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu di beberapa negeri seperti

Kelantan, Terengganu , Kedah dan Perlis. Biasanya wau dimainkan pada musim

kemarau setelah selesai menuai padi.

Pendapat kedua pula menyatakan wau telah bermula di Negara China sejak

3000 tahun yang lalu. Bagaimanapun pada masa itu wau bukan dicipta untuk tujuan

hiburan. Tetapi untuk menerbangkan makanan kepada mereka yang terperangkap di

bukit – bukit atau gunung – gunung semasa banjir. Dalam kalender China terdapat

‘Hari Pesta Layang – layang’ yang dipercayai suatu musim yang baik dan sesuai

untuk melangsungkan perkahwinan.

Ada juga berpendapat, wau bukan sahaja sudah dimainkan malah sudah

mempunyai pelbagai rupa bentuk pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui buku ‘Sejarah Melayu’ yang menceritakan

perihal pertandingan wau yang disertai oelh Raja Ahmad putera Sultan Mahmud. Ini

menunjukkan permainan wau pada masa itu sangat popular hingga wujud

permainan kebanggaan bagi anak-anak raja dan golongan istana


Pendapat ketiga pula menyatakan permainan wau pada awalnya tiada nama.

Wau dimainkan oleh kanak – kanak dan diperbuat daripada daun yang diikatkan pada

tulang belakang dengan menggunakan tali daripada kelopak pisang atau urat nanas.

Permainan ini dimainkan dikawasan lapang dan berangin. Apabila permainan tersebut

putus, anak – anak yang memainkan permainan ini menangis. Bunyi tangisan “wa,

wa, wa” akan kedengaran dan lahirlah perkataan wau.

Di Rome Kuno dan di Greece pula, permainan wau merupakan suatu

kegemaran biasa . Di Eropah dan di Amerika, selain menjadi suatu hobi, wau

digunakan untuk kajian Sains yang bermula pada tahun 1479 Masihi oleh Alexander

Wilson dan Thomas Mervill dari Scotland.

Di Malaysia lazimnya, permainan wau dilakukan selepas musim menuai padi

atau pada masa nelayan tidak pergi ke laut menangkap ikan. Setiap kali memiliki

masa lapang, mereka bermain wau terutamanya pada ketika angin bertiup kencang.

Ertinya, permainan utama masyarakat petani dan nelayan. Dikatakan pula bahawa di

samping sebagai suatu jenis permainan, wau dikaitkan juga dengan kepercayaan

terhadap semangat padi. Permainan wau ini amat popular dimainkan di kawasan

pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya Terengganu dan Kelantan. Di

Johor, Negeri Sembilan dan Selangor wau lebih dikenali dengan nama layang –

layang.
4.3 TUJUAN DIMAINKAN
Wau digunakan untuk tujuan riadah atau senaman yang boleh mengeluarkan

peluh. Oleh itu, dapat menyihatkan badan. Sesiapa sahaya boleh bermain wau,

permainan wau tidak memerlukan ketangkasan atau kekuatan fizikal seperti bermain

bola sepak.

Bermain wau juga memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk

menaikkan wau. Semangat kejiranan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat

setempat dapat dipupuk dan dibentuk melalui permainan wau. Semangat kejiranan

dan perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara.

Wau juga merupakan aktiviti untuk mengisi masa lapang orang Kelantan

sebelum menjalankan kerja – kerja menanam padi pada musim seterusnya. Selain itu,

wau dimainkan dalam pertandingan. Setiap tahun ada sahaja pertandingan wau

diadakan terutama di peringkat kebangsaan.


4.4 ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN
Alat – alat yang digunakan ialah buluh, pisau, kertas, pensil, gunting, gam, dan tali.

(i) Buluh

Buluh merupakan bahan asas yang digunakan untuk membuat wau. Buluh

boleh didapati untuk membuat wau. Buluh boleh didapati di dalam hutan yang

lazimnya berhampiran dengan kawasan kediaman pembuat wau.

Hanya buluh yang bermutu tinggi sahaja yang digunakan seperti buluh betung,

buluh minyak dan sebagainya. Buluh daripada spesies ini mempunyai ruas yang

panjang dan tahan lama bergantung kepada pemilihan. Semua ini dilakukan ke atas

kemahiran si pembuat.

(ii) Pisau

Pisau raut adalah pisau yang digunakan untuk meraut buluh. Pisau tersebut

perlu tajam supaya dapat meraut buluh dengan mudah. Namun begitu, harus diingat

pisau yang terlalu tajam akan menyebabkan rautan buluh tidak begitu baik. Justeru

itu, penelitian dan kemahiran perlu ada semasa kerja – kerja meraut buluh dijalankan

Pisau kecil juga memainkan peranan yang cukup penting untuk menghasilkan

corak yang menarik, pisau kecil mempunyai mata yang cukup tajam untuk memotong

atau mengguris bentuk corak yang terdapat pada permukaan kertas.

Pisau kecil akan dapat mengguris corak dengan baik, disamping

ketelitian si pembuat. Sekiranya kemahiran tiada corak yang dihasilkan juga

tidak menarik dan kasar.


(iii)Kertas

Kertas merupakan bahan pelengkap dalam sesuatu wau. Kertas berwarna

digunakan untuk menghasilkan wau yang menarik. Kertas ini dibahagikan kepada

pelbagai warna sama ada merah, biru, hijau, kuning dan sebagainya.

Semua ini bergantung kepada bentuk, jenis atau pilihan si pembuat. Namun

begitu pemilihan warna yang sesuai dengan corak ukiran akan melambangkan

kemahiran si pembuatnya.

(iv) Pensil

Pensil adalah peralatan untuk melakar lukisan. Pensil digunakan untuk

menghasilkan pelbagai bentuk dan corak di kata kertas warna. Lazimnya pensel yang

bermata halus digunakan untuk memastikan corak yang dihasilkan juga halus dan

menarik. Lakaran ini memerlukan kemahiran dan daya imaginasi yang tinggi supaya

dapat menghasilkan corak yang boleh dibanggakan kelak.

(v) Gunting

Gunting digunakan untuk menggunting kertas yang telah dilakarkan gambar

atau corak. Kertas digunting mengikut bentuk sesuatu wau. Kertas perlu digunting

dengan cermat mengikut saiz, rangka wau supaya tidak berlebihan. Oleh itu, mata

gunting perlu tajam untuk memastikan kehalusan wau tersebut.

(vi) Gam

Gam atau pelekat adalah satu bahan yang digunakan untuk melekatkan kertas

warna yang dicorak pada kertas asas. Kertas tersebut dilekatkan dengan baik supaya

tidak berkedut. Oleh itu gam yang digunakan perlu baik dan tidak berketul – ketulan .

Gam juga perlu cair supaya boleh dilekatkan dengan mudah sekali.
Selain itu, gam juga perlu kuat supaya kertas mudah dilekatkan pada bingkai

wau. Sekiranya gam tidak kuat lekatannya, sudah pasti akan merosakkan wau atau

mudah tertanggal apabila diterbangkan ke udara.

(iv) Tali

Tali adalah pelengkap terakhir untuk membentuk wau. Tali yang digunakan

adalah berbenang kasar yang mempunyai ketahanan. Tali tersebut mampu menarik

wau dengan baik dan tidak mudah putus. Ini penting disebabkan wau mudah

melayang apabila angin bertiup dengan kencang ke udara.


4.5 CARA DIMAINKAN
Bagi wau jenis terbang, kepuasan boleh dirasai apabila wau tersebut mampu

melakukan penerbangan setinggi mungkin. Sebelum diterbangkan adalah perlu

dipastikan wau tersebut diimbangkan dengan baik dan tidak berat sebelah. Ini adalah

untuk menentukan sama ada wau dapat terbang dengan baik atau tidak. Sekiranya

seimbang, wau tidak akan dapat dinaikkan dengan baik.

Setelah keseimbangan dipastikan tugas selanjutnya ialah menaikkan wau

supaya mampu terbang ke udara. Biasanya dua orang diperlukan untuk menaikkan

wau. Seorang akan memegang tali wau yang digelar juru anjung dan seorang lagi

akan membawa wau kira – kira 15 hingga 25 meter dari juru anjung dan digelar juru

main tali.

Sebaik sahaja terdapat angina yang sesuai, wau akan dilepaskan dan juru

anjung akan menariknya sambil berlari. Ketika itu, wau akan naik kemuncak kira –

kira 20 meter ke udara. Juru anjung akan terus menghulurkan tali supaya wau dapat

dinaikkan lebih tinggi. Lazimnya wau boleh naik sehingga 500 hingga 600 meter ke

udara.

Setelah melihat wau naik dengan baik, juru anjung akan menambat tali wau

pada pangkal pokok dan terus memegang. Juru anjung akan meninggalkan tempat

tersebut dan menikmati alunan bunyi busur yang dibawa oleh angin. Oleh kerana

angin adalah faktor penentu sama ada wau boleh dinaikkan atau tidak, bermakna wau

selalu dimainkan pada musim berangin


LAMPIRAN

pembuatan wau di Kelantan

permainan wau sebagai aktiviti masa lapang salah satu contoh wau yang terdapat
di Malaysia
Negeri-negeri yang telah mempopularkan wau.
contoh-contoh wau bulan

wau burung
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang telah saya gunakan bagi menjayakan kerja

kursus saya ini ialah dengan melayari beberapa laman web internet untuk

mencari maklumat serta bahan yang berkaitan dengan asal usul

permainan gasing.

Selain itu, saya juga turut menggunakan kaedah menganalisis

dokumen dengan mencari dan merujuk buku-buku rujukan, majalah,

buku-buku jurnal, dan surat khabar bagi melengkapkan lagi laporan kerja

kursus saya ini. Maklumat ini kebanyakkannya saya perolehi melalui

perpustakaan sekolah saya.

Beberapa maklumat juga saya perolehi melalui rancangan di

televisyen. Akhir sekali, kaedah-kaedah kajian tersebut telah membantu

saya dalam melengkapkan kerja kursus saya tanpa menghadapi sebarang

masalah.

Di samping itu, saya juga telah menggunakan teknik pandang dan lihat. Saya

telah menonton VCD yang berkenaan dengan permainan tradisional wau. Maklumat

yang terkandung didalm VCD tersebut sangat berguna dalam proses penyiapan projek

ini.
Bil Perkara Muka surat
1. Penghargaan 1
2. Objektif kajian 2
3. Kaedah kajian 3
4. Laporan kajian 4
4.1 Nama permainan 5
4.2 Latar belakang permainan 6-8
4.3 Tujuan permainan dimainkan 9
4.4 Alat-alat permainan yang digunakan 10-12
4.5 Cara permainan dimainkan 13
5. Rumusan 14
6. Lampiran 15-17
7. Rujukan 18
RUMUSAN
Sememangnya asal usul wau yang begitu menarik dan unik dapat

menarik perhatian orang ramai. Hasil daripada pemerhatian saya,

permainan wau atau nama lainnya ialah layang-layang boleh dimainkan

oleh semua peringkat umur. Golongan remaja masa kini hendaklah diberi

penekanan mengenai warisan kebudayaan agar dapat menyuntik

semangat patriotik dalam diri mereka. Layang-layang dapat dimainkan

diwaktu senggang atau ketika beristirehat. Selain dapat menghirup udara

segar, kita juga dapat bersenam secara tidak langsung. Kita juga dapat

menanamkan sifat sabar dalam diri ketika cuba untuk menaikkan layang-

layang. Wau juga terdapat dalam pelbagai rupa dimana akan menarik

pelancong.
RUJUKAN
malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

http://www.ashtech.com.my/children/permainan_tradisi.htm

http://komuniti.dikirbarat.net/index.php?PHPSESSID=85a348dbb285a11285c6bcf2ec
bb7fd3&topic=251.0

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=243224

http://www.mygfl.net.my/mygfl/index.php3?site=Adults&ms=subsubject&ParentID=
115&AudienceId=486&Lang=570

http://www.skselasihworld.com/2006/12/05/traditional-games/

http://members.tripod.com/~smkgrnet/humor/wau.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2003&dt=0222&pub=utusan_malaysi
a&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_05.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0220&pub=utusan_malaysi
a&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_14.htm&arc=hive
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya berasa bersyukur kerana dengan limpah kurnia-Nya saya akhirnya dapat

menyiapkan folio ini dengan mengikut tarikh dan kehendak pemeriksa yang telah di

nyatakan.

Saya ingin memberi sekalung penghargaan kepada pihak sekolah terutamanya

puan pengetua sekolah Puan Remi Binti Kardi yang memahami dan memberi

kerjasama sepanjang pembuatan folio sejarah ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Sejarah saya

iaitu Cik Siti Zubaidah Binti Muhammad kerana kesabaran beliau menerangkan dan

juga memberi tunjuk ajar sepanjang pembuatan folio ini.

Di samping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Siti Noor Afiruziah

Binti Mohd. Noor, Lina Solehah Binti Ishak dan Elyana Yusra Binti Yunus yang

membantu dan memberi galakkan kepada saya untuk menyiapkan dan membuat folio

ini dengan kemas dan sempurna.

Tidak lupa juga kepada ibu saya Puan Kalthom Binti Haron, ayah saya Hassan

Bin Sayot, kakak saya Haniza Binti Hassan tercinta yang telah memberi banyak

bantuan dan kerjasama dalam penyempurnaan folio ini.

Anda mungkin juga menyukai