Anda di halaman 1dari 22

PROJEK SEJARAH

Nama Adrian Yap Yee Chin


Tingkatan 2 Keruing
IC No. 950404-10-5191
Tajuk Kajian Permain Tradisional
Tarikh Hantar 17-4-2009
Nama Guru Puan Margaret
Elemen 1
MELAWAT TEMPAT KAJIAN
SUMBER MAJALAH
ORANG SUMBER

Saya telah mewawancara Joanne Loo iaitu ibu saya.

Saya: Dari manakah berasal permainan traditional wau?

Joanne Loo: Wau berasal dari Kelantan kira-kira 500 tahun dahulu.

Saya: Bilakah wau biasanya dimainkan?

Joanne Loo: Ia biasanya dimainkan dari bulan Mei hingga Julai apabila anginnya kuat dan matahari

terik

Saya: Oh begitu rupanya.Apakah Tarian Siti Wau Bulan?

Joanne Loo: Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan

yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini

ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional

seperti gendang dan seruling.

Saya: Kalau begitu? Dari manakah asal usul Tarian Siti Wau Bulan?

Joanne Loo: Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Saya: Terima Kasih kerana sudi membantu saya dalam projek sejarah saya.

Joanne Loo: Sama-sama.


INTERNET
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri

sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan

golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang

Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak,

wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari

oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah

menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu

sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk

permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluhuntuk dijadikan

rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil

masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya,

kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.


Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan

warna.Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza

dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada

lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-

rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian

belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul

diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia

berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah

bawah wau bagi mengimbangi wau-Teraju Tiga.

Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan

seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik

melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di

udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-

layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga

antarabangsa.Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk

orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan

pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia,terutama ketika hari-hari

sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.


Elemen 2
Permainan
Traditional

WAU (kite)
SENARAI KANDUNGAN

1.Tajuk Kajian

2.Senarai Kandungan

3.Penghargaan

4.Objektif Kajian

5.Kaedah Kajian

6.Hasil Kajian

7.Rumusan

8.Lampiran

9.Rujukan
PENHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan

limpah kurnianya kepada saya kesihatan untuk menyiapkan kertas khusus sejarah ini dengan

sempurna serta dapat menyiapkannya dalam jangka masa yang ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Magret selaku guru Sejarah yang sentiasa

memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjalankan atau menyiapkan kertas kerja ini.Terima

kasih juga kepada rakan-rakan yang turut membantu.

Selain itu,ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu dari segi

kewangan dan moral,dalam menyiapkan dan melancarkan proses untuk kertas kerja ini.

Sekian terima kasih…


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang

sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan

tepat.

(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat

mengikut adat Melayu.

(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah

(PMR).

(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional di

kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya

yang tersendiri.
KAEDAH KAJIAN

1.Saya telah menlayari laman internet iaitu http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm bagi

mengetahui latar belakang permainan yang dimainkan secara terperinci

2..Saya telah menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji

permainan traditional iaitu permainan wau

3.Saya telah mewawancara individu seperti ibuku iaitu Joanne Loo bagi mendapat maklumat maklumat

mengenai permainan traditional

4.Saya telah melawat Pasir Gudang Kite Musium bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang

peristiwa yang saya kaji


HASIL KAJIAN

Pendahuluan
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih populardi kawasan

pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan

sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah

mereka yang menetap di kawasan bandar.Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat

antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap

tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Mitos Permainan Wau


Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia

iaitu di negeri Kedah.Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja

sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi,

mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh

kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau

selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan

cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin

barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum
yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan

menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah

lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Latar Belakang Wau


Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan

Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan

perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di

Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat

dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-

layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wauSelain itu

kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau.

Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi

“wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Teknik Pembuatan Wau Tradisional


Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam

daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.Selain

daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau

yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta

pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai

kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.Oleh itu terdapat

beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh
tersebut.

Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit.

Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau.

Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja

tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1.Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar

lembut dan sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter

dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3.Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5

Sentimeter.

Kesimpulan
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan

kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai

popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja,

permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau,

layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.
RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia

kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negara yang tercinta

ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan

tradisional.Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih

menghormati dan menghayati adat permainan tradisional orang melayu. Saya akan cuba untuk

mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik dan indah.Jika semua rakyat masyarakat kita

dapat mengenali dan memahami adat-adat permainan tradisional dengan mendalam, maka akan timbul

semangat bersefahaman dan hormat-hormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja

dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat

menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.Semangat muhibah yang wujud

ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat.Malaysia yang berbilang kaum ini terus

berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek

untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat

Malaysia.
LAMPIRAN

Wau Bulan Wau Kuching Wau Merak Wau Daun

Wau Puyuh Wau Kenyalang Wau Jalabudi Wau Kangkang

Wau Kapal Wau Seri Negeri Wau Kikik Layang-layang


RUJUKAN

1.Laman Web
http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

2.Majalah
Dewan Siswa, siri Mei 2007, muka surat 19

3.Orang Sumber
Nama: Joanne Loo Chwee Peng

Alamat: 52, Jalan Kenanga SD9/8, Bandar Sri Damansara

No. Telefon: 017-3380333

4.Melawat Tempat Kajian


Pasir Gudang Kite Museum
Elemen 3
TUGASAN 2
Kepentingan sukan dan permainan khususnya dalam melahirkan modal insan yang patriotik

telah menjadi salah satu agenda negara untuk dikembangkan pada segenap lapisan masyarakat.

Kerajaan telah menyedari bahawa sukan dan permainan adalah saluran yang paling berkesan untuk

melahirkan generasi yang akan sentiasa menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa.

Sukan merupakan alat yang penting bagi mewujudkan perasaan bersatu padu. Permainan sukan

seperti sepak takraw atau bola sepak memerlukan ramai pemain. Oleh itu, sikap bersefahaman dan

bermuafakat adalah perlu untuk mengukuhkan pasukan dalam memperoleh kemenangan. Masyarakat

juga dapat mewujudkan perasaan muhibah atau semangat bermasyarakat kerana sesuatu permainan ini

biasanya akan dihadiri oleh pelbagai bangsa.

Malaysia,saya sentiasa berbangga dengan masyarakat zaman dahulu yang berjaya mencipta

sebuah permainan tradisional yang bukan sahaja popular malah turut meningkatkan martabat negara

kita.

Selain itu,saya bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Keunikan Malaysia yang terkenal

dengan pelbagai tarikan seperti wau berjaya menarik minat warga asing untuk melihat sendiri keunikan

yang terdapat di negara kita.

Di samping itu,semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri saya dan masyarakat.Hal ini
dapat digambarkan melalui sikap kerjasama dan bersatu padu sewaktu wau dimainkan kerana

permainan wau memerlukan beberapa orang untuk menaikkannya di udara.Sikap tolong menolong

dapat dibentuk sewaktu menghasilkan wau.

Melalui festival wau dan pertandingan wau,sikap berdisiplin dapat dibentuk dalam diri kita.Hal

ini kerana banyak peraturan yang perlu dipatuhi dalam acara pertandingan wau.Setiap peserta yang

memasuki pertandingan ini perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan sekaligus dapat

menjadikan peserta seorang yang lebih berdisiplin.Sehubungan dengan itu,negara Malaysia yang aman

lagi makmur akan menjadi sebuah negara yang adil dan bertimbang rasa terhadap rakyatnya.Ini kerana

juri bagi pertandingan wau akan berlaku adil untuk memilih pemenang bagi sesuatu pertandingan itu.

Bukan itu sahaja,negara kita akan menjadi sebuah negara yang menghargai dan sentiasa

mengamalkan tradisi,adat turun-temurun dan budaya nenek moyang kita supaya tak lapuk

dek hujan,tak lekang dek panas. Walaupun pada masa kini banyak permainan lain yang canggih dan

moden dipopularkan,namun permainan wau tetap dimainkan oleh masyarakat hari ini. Oleh itu,suda

terang lagi bersuluh bahawa aktiviti sukan dan permainan dapat melahirkan modal insan yang

bersemangat patriotik