Anda di halaman 1dari 23

KERJA

KURSUS
SEJARAH
TAHUN
2008
KAJIAN TENTANG
PERMAINAN
TRADISIONAL
NAMA:Khairul Anuar bin Yusri
TING :3 Pertanian 2
NAMA GURu:En.Azrol

PENGHARGAAN
Saya merakan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada semua pihak yang
telah memberi sumbangan dan dorongan dalam usaha menerbitkn buku
ini.Saya ucapankan setinggi tinggi terima kasih kepada pengetua SMKPG 2
EN.Abdul Wahid bin Yahyin kerana memberi kebenaran untuk menjalankan
kajian ini dan memberi sokongan dalam menjayakan penghasilan buku ini.

Disamping itu ucapan terima kasih ini ditujukan kepada guru sejarah
saya, En.Azrol kerana banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam
menghasilkan buku ini.

Tidak lupa juga ucapan ini ditujukan kepada kedua dua ibu bapa yang
bernama yang telah banyak memberi sokongan moral kepada saya.

Dan akhir sekali ucapan ini ditujukan khas buat rakan rakan Muhd Farhan,
Nurazam Syawal, Muhd Shamrine dan Muhd.Faridzwan yang banyak
membantu saya mengumpul maklumat disamping membantu saya
menyiapkan laporan ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya berharap agar beberapa objektif kajian dapat dipenuhi melalui kajian
yang dijalankan.Antara objektif yang ingin kami capai adalah ingin
mengetahui jenis-jenis permainan tradisional yang ada di Malaysia.

Disamping itu,kita ingin mengetahui latar belakang permainan tradisional


tersebut. Antara latar belakang yang ingin kita kaji adalah asal-usul
permainan tersebut,negeri yang memporpularkan permainan ini dan kaum
atau etenik yang terlibat dalam permainan tradisional ini.

Selain dari itu,kita juga ingin tahu apakah tujuan permainan ini dimainkan
sama ada saja untuk mengisi masa lapang ataupun ia dimainkan dalam
majlis-majlis tertentu ataupun dimainkan didalam pertandingan peringkat
negeri dan kebangsaan.
Selain itu,alat-alat yang digunakan untuk membuat dan memainkan
permainan ini juga akan kami kaji. Tidak ketinggalan juga cara bermain
permainan tradisional ini juga kami akan kaji.

KAEDAH KAJIAN
Semasa saya menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa
kaedah dalam proses mendapatkan maklumat.Antara kaedah yang digunakan
termasuklah mendapatkan maklumat dari Internet,buku buku yang berkaitan
dengannya.Selain dari itu saya ada juga mendapatkan maklumat didalam
majalah yang berkaitan dengan permainan tradisional. Selain bahan-bahan
diatas saya juga ada mendapatkan maklumat dari dokumentari yang
berkaitan dengan permainan tradisional. Segala maklumat yang saya
perolehi saya catatkan dan saya dijadikan ia sebagai maklumat penting
dalam penghasilan buku ini.
RUMUSAN
Saya berharap dengan adanya buku ini,sedikit sebanyak memberi
pengetahuan kepada pelajar tentang permainan-permainan tradisional yang
ada dinegara kita. Selain dari itu, ia dapat memupuk cinta akan permainan
tradisional. Dengan ini, pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mempertahankan permainan tradisional daripada ditelan zaman kerana
permainan tradisional adalah sebuah permainan yang diwarisi dari zaman ke
zaman.

Selain dari itu,ia menunjukkan jenis permainan sesebuah kaum atau


etenik. Dengan adanya pelbagai jenis kaum dam etenik membuatkan negara
kita sebuah Negara yang unik di mata dunia.

Kita perlu menjaganya supaya ia tidak ditelan oleh zaman kerana ia


adalah sebuah permainan yang diwarisi olah nenek moyang kita dari zaman
ke zaman. Dan disamping itu permainan tradisional ini sangat berharga dan
tidak ternilainya dengan wang. Kita perlu mewarisi permainan ini untuk
anak cucu kita di masa hadapan.
Dengan adanya permainan tradisional di masa hadapan dapatlah anak
cucu kita merasa pengalaman bermain permainan tradisional yang
dimainkan oleh nenek moyang kita dan tidaklah mereka hanya tahu tentang
permainan tradisional saja malah dapat merasa pengalaman bermain
permainan tradisional dan disamping itu dapat menambah ilmu pengetahuan
tentang permainan tradisional seperti cara bermain permainan itu,alat-alat
yang digunakan dan banyak lagi yang boleh kita dan anak cucu kita
perolehi dari permaianan trdisional.

Permainan juga memdidik kita tentang displin. Ini disebabkan dalam


setiap permainan mempunyai peraturan yang tersendiri. Selain dari itu ia
juga merapatkan hubungan silaturahin antara satu sama lain. Banyak
kebaikkan yang kita boleh perolehi dalam permainan tradisional.
PENGENALAN
Permainan tradisional membentuk sebahagian daripada kehidupan seharian
yang telah dilalui oleh nenek moyang kita yang terdahulu. Permainan
tradisional juga membolehkan kita bekerja dan berhibur pada masa yang
sama. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat kerana
permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang. Sejak kecil lagi kita telah
dibiasakan dengan keadaan sedemikian. Permainan tradisional juga
mendapatkan kesan yang baik kepada kita seperti mengeratkan silaturahim
dan dapat mengisi masa lapang yang terluang daripada terbiar begitu saja.
Setiap permainan mempunyai peraturan,secara tidak langsung ia mendidik
kita supaya berdisplin. Antara permainan tradisional yang masih dimainkan
ialah guli,gasing,congkak,dan sebagainya.
ELEMAN 2
ELEMAN 1
BAHAN-
BAHAN
UNTUK
MEMBUAT
KAJIAN

• INTERNET
• BUKU RUJUKAN

• MAJALAH

GASING
Gasing popular di semenanjung Malaysia terutama di kelantan. Orang
dewasa yang memejukan seni permainan ini,bagi kanak-kanak lebih gemar
dengan permainan gasing melayu dan gasing cina kerana ia lebih kecil dan
mudah untuk dimainkan.
LATAR BELAKANG
GASING
Gasing di mainkan oleh segenap lapisan masyarakat. Ada banyak asal usul
tentang gasig tapi masih satu pun masih tidak dapat dipastikan. Terdapat
pelbagai ceita tentangnya, mengikut daerah dan kampung. Ada yang
mengaitkannya dengan buah berembang. Buah berembang adalah sejenis
buah yang mudah diperolehi di tepi pantai yang berbentuk bulat licin dan
agak leper. Ia amat mudah dipusingkan dengan tangan. Buah ini agak ligat
dan lama pusingannya dikira menang.ketika ligat berpusing ia disebut “gah”
yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing. Daripada itu lah maka
timbulnya permainam gasing.

Ada sebuah lagi cerita menurut seorang orang tua dari Kulim,permainan
gasing ini berasal daripada laga telur. Dan lama kelamaan timbul lah ilham
mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi padanya. Seutas
tali digunakan untuk memusingkan gasing kerana mememusingkannya
dengan tangan kurang ligat dan tidak tahan lama.

Seorang pemain gasing veteran yang tinggal dikawasan pinggir sungai


Pahang mengatakan bahawa permainan gasing ini bermula dari penciptaan
alat memburu binatang yang berbentuk bulat dan dan leper. Apabila alat ini
dilemparkan ia berpusing dengan ligat dan melayang sebelum mengenai
binatang buruan. Kemudian mereka menggunakan tali untuk mendapatkan
pukulan yang lebih kuat. Dai sini lah mereka menggunakannya untuk
mendapatkan menguji kecekapan seseorang
Itu mencampakkannya da mengenai sasaran.permainan ini lama kelamaan
diminati. Alat ini tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa
hinggalah seperti berbentuk gasing.

NEGERI YANG
MEMPOPULARKA
N PERMAINAN INI
Negeri yang popularkan permainan ini adalah negeri Kelantan dan
Terengganu. Selain negeri yang ini negeri lain juga mempopularkannya
tetapi tidak setanding negeri ini. Antaranya ialah Johor,N.Sembilan dan
banyak lagi negeri yang ada disemenanjung.

KAUM/ETENIK
YANG
MEMPOPULARK
AN GASING .
Permainan gasing tidak mengenal bangsa atau agama. Kaum yang
mempopularkan permainan gasing ini adalah daripada golongan orang-orang
melayu. Selain dari itu kaum iban juga memainkan gasing

TUJUAN
DIMAINKAN
Pada masa dahulu ,gasing dimainkan pada waktu lapang. Disamping itu
permainan ini juga dapat menyihatkan tubuh badan kerana tangan menjadi
kuat kerana tangan digunakan untuk melilitkan tali dan memangkah gasing
lawan. Permainan gasing diangkap penting bagi penduduk di kelantan.
Mereka bermain gasing pada masa menunggu musim padi masak. Selain
dari itu ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama
lain. Ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dan
mewujudkan unsur-unsur persahabatan.

ALAT-ALAT YANG
DIGUNAKAN
Didalam permainan gasing terdapat alat-alat tertantu yang digunakan
semasa permainan ini dimainkan. Antara alat yang digunakan didalam
permainan gasing ini adalah seperti tali. Selain daripada itu alat-alat
tambahan yang lain juga terdapat didalam permainan gasing seperti
cokok,lopok,kaca,piring dan ketuk-ketuk. Oleh sebab kemahiran pemain
yang berbeza maka tali yang berlainan yang digunakan. Kebanyak pemain
gasing di Malaysia akan menggunakan salah satu tali iaitu tali kecil dan
panjang, besar dan pendek, dan pendek turus.
Tali yang kecil dan panjang biasanya digunakan oleh pemain permainan
gasing tradisional di negeri Johor, Kelantan,dan pahang. Tali ini mencapai 4
meter dan diperbuat daripada kulit terap.untuk menambahkan cengkaman
tali kelulut digosokkan pada rembunya, dan ia digunakan untuk memusing.

Tali jenis besar dan pendek,biasa digunakan oleh tekongatua pemangkah.


Pemain tradisional Negeri Sembilan banyak menggunakan tali jenis ini dan
ia panjangnya Cuma 1.5 meter. Kelemahan pada tali ini adalah agak sukar
untuk mengangkat gasing. Kebanyakan tali jenis ini diperbuat daripada
benag kapas.

Tali jenis terus panjang biasa digunakan oleh pemain gasing moden. Ia
bersaiz sederhana. Tali ini agak terus di bahagian hadapan dan besar di
bahagian belakang. Ia diperbuat daripada benang kapas. Tali ini
memerlukan penjagaan yang rapi kerana banyak bahagian sumbungan pada
tali ini ketika membuatnya.

Cokok pula adalah alat seperti sudip yang digunakan untuk mengangkat
gasing. Ia diperbuat daripada kayu yang ringan tetapi keras. Lopok pula
dijadikan sebagai tapak uri. Kedua-dua alat ini banyak digunakan dalam
permainan tradisional gasing. Tetapi di Sabah dan Pahang kaca dan piring
digunakan untuk menggantiakn lopok.
CARA-CARA
DIMAINKAN
Gasing hendaklah dipusingkan.ia memerlukan seutas tali untuk
memusingkan gasing dan panjang tali itu mesti panjangnyalebih kurang 4.6
meter. Sebelum gasing dipusingkan,getah kecupu hendaklah disapukan
dahulu pada tali dan gasing. Getah kecupu diambil daripada pokok
kecupu.getah kecupu disapukan pada gasing dan talinya adalah bertujuan
untuk menguatkan lilitan tali pada permukaan gasing. Lilitan tali yang kuat
akan memberikan pusingan gasing yang ligat.

Anda tahu bagaimana tali dililit pada gasing? Biasanya ,pangkal tali akan
diikat pada sebatang pokok. Hujung tali diikat pada gasing. Disamping itu,
beberapa pembantu akan melilit tali pada gasing. Tali mestilah dililit dengan
kemas dan kuat. Pemain itu sedikit demi sedikit akam mara ke pokok tempat
hujung tali.
Kemudian pangkal tali akan diikat pada lengan tangan kanan pemain gasing.
Apabila wesil dibunyikan maka gasing akan dilontarkan kedalam
gelanggang. Di dalam gelanggang gasing yang sedang berpusing dengan
ligat perlulah diangkat. Seorang pembantu akan mengangkatnya dengan
penyodok yang bernama cokok.

Kemudian gasing tersebut akan diletakkan di dalam salah satu bulatan. Undi
akan menentukan siapa yang akan menghidupkan gasing terlebih
dahulu.gasing yang menang undi akan memangkah gasing- gasing tersebut.

Permainan gasing pangkah adalah permainan mengeluarkan gasing dari


bulatan. Gasing yang sedang berpusing didalam bulatan dapat dikeluarkan
oleh pemangkah maka dia dikira sebagai pemenang. Setiap pemenang itu
tadi akan mendapat 2 markah. Permainan ini terkenal di negeri Kelantan. Ia
sebenarnya adalah bertujuan untuk menguji kebolehan setiap orang itu
memangkah.
Elemen 3
esei
Sebagai warganegara Malaysia yang kaya denga permainan tradisional.

Saya sentiasa memastikan permainan tradisional ini tidak lapuk dek hujan

tidak tekang dek panas. Permainan tradisional banyak unsur-unsur

patriotisme yang boleh membawa kepada perpaduaan. Persoalannya,adakah

anda terfikir akan usaha yang boleh dijalankan agar perpaduaan kaum dapat

dicapai?\

Permaianan tradisional mempunyai nilai yang tidak ternilainya dengan

wang ringgit. Permainan terdisional dapat memupuk semangat ingin

menjaga serta mempertahankan maruah bangsa dan Negara. Permainan


tradisional amat berharga bagi kita kerana ia adalah warisan zaman

berzaman dari nenek moyang kita lagi. Semangat setia akan Negara juga

terdapat didalam permainan tradisional. Semangat cintakan akan bangsa

dan Negara dapat di terapkan didalam kalangan warganegara Malaysia.

Selain itu, pertandingan gasing juga boleh diadakan dikawasan kawasan

perumahan. Hal ini bukan saja dapat mewujudkan semangat muhibah

sesama kaum malah sifat saling hormat menghormati dapat di pupuk

didalam kalagan masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum. Sukan-

sukan ini juga dapat menyihatkan badan malah di samping itu dapat

membentuk sikap bertolak ansur dan sikap bertoleransi didalam kaum.

Negara kita memang terkenal dengan keunikan kaumnya yang terdiri

daripada pelbagai kaum. Didalam permainan tradisional gasing perlu

dimainkan sekurang-kurangnya 3 orang permain. Dengan ini secara tidak

langsung ia dapat memupuk sikap berkerjasama dan tolong-menolong

diantara ahli kumpulan tersebut. Dan seterusnya ia dapat melahirkan sikap

bersatu padu dan ia dapat membina sebuah pasukan atau kunpulan yang

harmoni serta mempunyai persefahaman antara satu sama lain.

Permainan tradisional gasing juga mempunyai peraturan yang tersendiri.

Seseorang pemain gasing perlu mematuhi peratiran tersebut. Secara


langsung displin seseorang itu dapat dibentuk. Sikap berakhlak mulia dan

budi perkerti dapat di terapkan didalam diri seseorang. Disamping itu ahli

kumpulan dapat melahirkan sikap sopan,bertatasusila dan berhemah

tinggi. Dengan adanya pertandingan-pertandingan gasing ia dapat

menerapkan sikap rajin dan gigih berusaha untuk berjaya dalam

pertandingan tersebut. Ia juga melatih kita supaya kita berdikari

Oleh itu banyak yang kita perolehi dari permainan tradisional dalan

menwujudkan perpaduan dan menerapkan sikap patriotisme dalam

masyarakat di Negara Malaysia. Justeru permainan tradisional banyak

membawa faedah kepada kita. Permainan tradisional perlulah dijaga dengan

sebaiknya supaya ia tidak luput ditelan dek zaman.

Anda mungkin juga menyukai