Anda di halaman 1dari 17

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

Padang Behor Pulai Behor Pulai 01000 Kangar Perlis


Kerja kursus Sejarah Tingkatan 3





Nama:Zakka Ullah Khan Bin Zainal
Kelas:3 Budi
Guru Pembimbing:En.Ilyas Bin Abdullah
Tajuk Folio:Ekonomi Tradisional




Bil Senarai Kandungan Muka Surat
1
Tajuk Kajian

2
Senarai Kandungan

3
Penghargaan

4

Objektif Kajian

5
Kaedah Kajian

6
Hasil Kajian
6.1.Ekonomi Tradisional
6.2 Latar Belakang
Asal Usul
Cara Memasak
Pendapatan

6.3 Tujuan Dimainkan
6.4Alat alat Yang Digunakan
6.5 Cara Dimainkan



7
Rumusan

8
Lampiran

9

Rujukan





Saya, Zakka Ullah Khan Bin Zainal dari kelas 3 Budi mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Pengetua,Pn Natrah yang telah memberikan kebenaran kepada saya
menjalankan kajian ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru sejarah
saya,En. Ilyas Bin Abdullah yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga
kajian ini selesai.Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa
saya,Zainal Bin Abu Bakar dan Zarina Nazir Binti Nazir Ahmad yang telah memberi
dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga
kepada rakan-rakan saya Syafiq, Ariff, Amir, Hariz ,dan banyak lagi kerana
menolong saya dari segala aspek dan tunjuk ajar sekiranya saya membuat apa-
apa kesilapan ketika menjalankan kajian ini.





Objektif kajian ini adalah untuk:
Mengetahui secara mendalam tentang ekonomi tradisional di Malaysia
Asal usul ekonomi tradisional
Cara Memperusahakan
Cara memasak
Proses memasak






1.Kaedah Melayari Laman Web
Saya telah mendapat mengumpul maklumat melalui internet yang membantu saya memahami
dengan lebih jelas tentang permainan tradisional gasing masyarakat kita seperti cara-cara
bermain gasing, asal usul permainan gasing dan sebagainya. Melalui internet juga saya dapat
mengambil berberapa gambar berkaitan nasi ayam.
2. Pemerhatian
Saya dan beberapa orang rakan telah memerhati Mak Cik Bedah memasak dan menyediakan nasi
ayam.Kami telah mendapat pelbagai maklumat melalui pemerhatian ini.
3.Kaedah Penyelidikan Perpustakaan.
Saya dan beberapa orang rakan saya telah pergi ke salah sebuah perpustakaan yangterletak di Jalan
Permatang Pauh Pulau Pinang untuk mencari beberapa sumber penting tentang permainan gasing
.Antaranya majalah, Buku Ilmiah, surat khabar dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan permainan
gasing. Saya telah fotostat beberapa lempiran seperti buku ,surat khabar dan majalah yang berkaitan
dengan permainan gasing






















Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di
kawasan pendalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang,sawah
padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai
kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.Bukan itu sahaja, ia telah
diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang.Kite Festivals
International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat
menarik minat terutamanya peserta dari luar negara






Sejarah Permainan Wau
Nama Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan
negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan
tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai
Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain
layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain
wau.Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang
diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan
menghasilkan bunyi wau, wau, wau secara berirama.





Mengikut satu catatan, wau telah dihasilkan sejak dari tahun 711 Masihi lagi oleh SangJaya.
Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu negara. Apabila sesebuah
negara berjaya dalam peperangan, mereka akan meraikannya dengan cara menerbangkan wau
di angkasa. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa wau berasaldari negara China sejak
3000 tahun yang lalu. Penduduk China menggunakan wau untuk menghantar makanan kepada
penduduk yang terperangkap di bukit atau gunung semasa banjir.Wau juga dikaitkan dengan
semangat padi. Wujud mitos yang mengatakan bahawa pada zaman dahulu, terdapat sepasang
suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai anak.Suatu hari, mereka telah menjumpai
seorang bayi perempuan dan dengan rasa gembira,mereka telah menjaga bayi tersebut.
Apabila telah besar, bayi tersebut menjadi seorang gadis yang amat cantik. Pelbagai fitnah dan
tohmahan dilemparkan oleh mereka yang mencemburui kejelitaan gadis tersebut. Sehinggalah
pada suatu hari, dia telah dipukul dan di halau keluar oleh petani suami isteri. Sejak itu,
tanaman mereka tidak menjadi dan setelah ditilik oleh ahli nujum, ahli nujum mencadangkan
agar mereka menerbangkan wauberbentuk bulan untuk mengembalikan semangat tersebut.
Atas cadangan ahli nujum,tanaman mereka kembali subur dan aktiviti mengembalikan
semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.
Negeri yang mempopularkan permainan Ini negeri- negeri yang dikatakan mempopularkan dan
mengembangkan pengaruhnya terletak di pantai timur semenanjung. Antara negeri- negerinya
ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis. Negeri- negeri tersebut sering menjadikan
permainan tradisional wau ini sebagai permainan utama mereka untuk pelbagai tujuan.

Orang Melayu adalah satu- satunya kaum / etnik yang terlibat dalam menjadikan permainan
tradisional wau ini pada zaman dahulu. Namun, permainan wau ini semakin meluas dan
semakin ramai yang mengetahui tentang permainan ini. Kaum dari negeri luar juga diberi
pendedahan tentang permainan tradisional wau ini melalui sumber- sumber tertentu seperti
melalui pertandingan- pertandingan wau yang diadakan di peringkat antarabangsa
Pada kebiasaanya wau akan dimainkan oleh 2 orang iaitu seorang akan memegang wau
dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali.Pada masa kini,wau telah
diberi perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak
wau telah dicipta dan diselaraskan dengan peredaran kemodenan seperti wau yang berbentuk
orang, kereta, kapal berangkai dan ada wau gergasi yang dimainkan dengan menggunakan dua
utas tali.Pertunjukan wau telah mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari hari
sambutan perayaan , pertandingan wau antarabangsa.





Buluh,Pisau raut,Kertas,Pensel,Pisau kecil,GuntingGam atau pelekat Tali Buluh.Buluh
merupakan bahan asas yang digunakan membuat wau. Buluh boleh didapatidi dalam hutan
yang lazimnya berhampiran kawasan kediaman pembuat wau.Hanya buluh yang bermutu tinggi
sahaja yang digunakan seperti buluh betung,buluh minyak dan sebagainya. Buluh daripada
spesies ini mempunyai ruas yang panjang dan tahan lebih lama bergantung kepada
pemilihannya. Semua ini dilakukan mengikut kemahiran si pembuat wau.Pisau raut adalah
pisau yang digunakan untuk meraut buluh. Pisau tersebut perlu tajam supaya dapat meraut
buluh dengan mudah. Namun harus diingat pisau yang terlalu tajam akan menyebabkan rautan
buluh tidak begitu baik. Justeru itu

penelitian dan kemahiran perlu ada semasa kerja-kerja meraut buluh dijalankan.Kertas Kertas
merupakan bahan pelengkap dalam sesuatu wau. Kertas berwarna digunakan untuk
menghasilkan wau yang menarik. Kertas ini dibahagikan kepada pelbagai warna sama ada
merah, biru, hijau, kuning atau sebagainya. Semua ini bergantung kepada bentuk, jenis atau
pilihan si pembuat. Namun begitu pemilihan warna yang sesuai dengan corak ukiran akan
melambangkan kemahiran si penghasilnya.Pensel merupakan peralatan untuk melakar lukisan.
Pensel digunakan untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan corak di atas kertas warna.
Lazimnya pensil yang bermata halus digunakan untuk memastikan corak yang dihasilkan juga
halus dan menarik. Lakaran ini memerlukan kemahiran dan daya imaginasi yang tinggi supaya
dapat menghasilkan corak yang menarik dan unik.Pisau kecil Pisau kecil juga memainkan
peranan yang cukup penting untuk menghasilkan corak yang cukup menarik. Pisau kecil ini
mempunyai mata yang cukup tajam untuk memotong atau mengguris bentuk corak yang
terdapat pada permukaan kertas. Pisau kecil akan dapat mengguris corak dengan baik, di
samping ketelitian si pembuat. Sekirannya tiada kemahiran, corak yang dihasilkan juga tidak
akan menarik dan kasar.

Gunting digunakan untuk menggunting kertas yang telah dilakarkan gambar atau corak.Kertas
digunting mengikut bentuk sesuatu wau. Kertas perlu digunting dengan cermat mengikut saiz
rangka wau supaya tidak berlebihan. Oleh itu mata gunting perlu tajam untuk memastikan
kehalusan wau tersebut.Gam atau pelekat adalah satu bahan yang digunakan untuk
melekatkan kertas warna yang dicorak pada kertas asas. Kertas tersebut dilekatkan dengan baik
supaya tidak berkedut.Oleh itu, gam digunakan perlu bermutu dan tidak berketul-ketul. Gam
juga perlu cair supaya boleh diratakan dengan sempurna.Selain itu, gam juga perlu kuat untuk
melekatkan kertas pada bingkai wau.Sekiranya gam yang tidak kuat digunakan, ini sudah pasti
akan merosakkan wau atau mudah tertanggal apabila diterbangkan.Tali adalah kelengkapan
terakhir untuk membentuk wau. Tali yang digunakan adalah benang kasar yang mempunyai
ketahanan. Tali tersebut mampu menarik wau dengan baik dan tidak mudah terputus. Ini
penting disebabkan wau mudah melayang apabila angin bertiup kencang.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing
uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk
gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk mengujiketahanannyaberpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan
sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya,
kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang
gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal
1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi
seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan
serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.












Selepas menjalankan kajian ini, saya berasa amat bersyukur sebagai
seorangwarganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan
adapt resamyang terdapat di negeri tercinta ini. Saya juga berasa sangat bertuah
kerana dapatmengenali permainan tradisional wau dengan lebih mendalam. Bak
kata pepatahmelayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih
menghormati danmenghayati permainan tradisional wau dalam kehidupan
seharian. Saya akan cubauntuk mengekalkan popularity permainan tradisional
wau dan akan berusahamemajukan permainan tradisional ini. Jika semua rakyat
masyarakat kita masihterus menjadikan permainan tradisional sebagai permainan
utama, sudah tentu permainan ini masih wujud dan kekal walaupun arus
kemodenan semakinmeningkat. Ini sekaligus menimbulkan semangat kerjasama
dan bersatu- padu dalamkalangan masyarakat kita. Oleh itu, setiap pihak
hendaklah memainkan peranan penting dalam memartabatkan permainan
tradisional ini.

Anda mungkin juga menyukai