Anda di halaman 1dari 6

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang
kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak
banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang
sama.
WAU antara permainan orang Melayu berunsur seni untuk masa lapang, sekitar
kurun ke-15, sangat popular di kalangan rakyat biasa dan golongan istana.
permainan wau dikatakan ada kaitan dengan semangat angin,langit dan padi.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur.Permainan
wau juga diadakan untuk pertandingan.Pertandingan diukur dari segi keindahannya
kepada bentuk,ciptaan,warna,keaslian ciptaan dan ukurannya.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau
burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi,
wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat
digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan
menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.
Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan
dinding.

JENI9S WAU

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau
bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah,
wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak
bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang
dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk
permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

ELEMEN 3
Sukan dan permainan adalah salah satu aktiviti yang dapat membentuk model
insane yang patrotik. Ia akan dapat membentuk semangat setia negara yang
cemerlang. Hal ini juga akan mewujudkan rasa tanggungjawab kepada bangsa dan
negara kerana sebagai pemain, seseorang itu telah diberikan tanggungjawab dan
amanah supaya berlatih bersungguh – sungguh untuk menjadi insan yang patrotik.

Pemain juga akan dapat membentuk satu lagi sikap modal insan yang patrotik
melalui aktiviti sukan dan permainan, iaitu sikap disiplin yang mungkin dapat
dicontohi oleh masyarakat. Keadaan ini berlaku apabila pemain mematuhi peraturan
dan undang- undang yang telah ditetapkan. Melalui aktiviti sukan dan permainan ini
juga, pemain akan berkelakuan lebih sopan dan bertatasusila serta berhemah tinggi
jika ingin menyertai sesuatu permainan. Perkara ini akan melahirkan modal insan
yang lebih patrotik.

Aktiviti ini juga dapat melahirkan modal insane yang berusaha dan produktif. Hal ini
terjadi apabila pemain bersikap rajin dan gigih ketika membuat sebarang latihan
yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan permainan ini. Selain itu, mereka akan
berdikari dengan berlatih secara bersendirian tanpa terlalu mengharapkan bantuan
dari orang lain. Mereka juga akan menjadi lebih tabah untuk menghadapi segala
cabaran kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi menjalankan
sesuatu aktiviti serta menjadi modal insan yang patriotik dari segi sukan dan
permainan.

Keadaan ini juga akan dapat melahirkan semangat kekitaan yang tinggi di dalam diri
para pemain. Hal ini berlaku apabila ahli dari sesebuah pasukan mengamalkan sikap
bersekefahaman dan bermuafakat di antara satu sama lain jika ingin berjaya. Ini
juga akan mewujudkan rasa bersatu- padu dan berkeharmonian di antara ahli
pasukan jika mereka rasa yang sama iaitu ingin mencapai kejayaan serta ingin
menjadi modal insan yang patriotik.

Kesimpulannya, modal insan yang patriotik dapat dipupuk dan dibentuk dalam diri
seseorang itu melalui aktiviti sukan dan permainan. Sebagai rakyat Malaysia, kita
harus mengekalkan tradisi permainan tradisional ini supaya tidak lapuk ditelan
zaman dan dapat melahirkan lebih ramai lagi modal insan yang patriotik.

kl0 nk inf0 bih lnjut tntg wau leh r msg@calling2..


0179146106..
gud luckx 4 y0ur exam..

Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong
mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping
untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah
kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3


bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian
tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya
kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di
tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu
bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh
daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau


Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada
wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih
kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.


2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak
asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan
kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap
tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup
kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau
yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain
itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya
mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai
sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu


Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk
membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai


Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau
tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah
dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini
permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar
bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula
memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai
salah satu aktiviti pada waktu terluang.

Cara bermain wau.

Kawasan yang sesuai.


Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan
sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai
untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang
tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin


Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik
tinggi semakin meningkat.
Daya tarikan graviti
Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.
Daya seretan.
Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang
tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah
dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini
mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau
iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali
tangsi.
Teknik menaikkan wau jarak dekat.
Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja
diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin.
Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin.
Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau
naik tinggi ke udara.
Mengawal penerbangan
Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan
wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau
mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin
beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti
menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau.


Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi
penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung
tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan
wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan
kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan
serpihan kaca halus.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-


I) Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang
amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang
dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan
Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan
tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree
atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree
mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan
sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di
sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi


kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini
antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.
Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini
menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan
yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini
ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional
seperti gendang dan seruling

Dikir Barat
Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir
Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat
Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung
dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang
diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil
berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara
yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-
1. Karut Selampit
2. Karut Menora
3. Karut Jenaka Mak Yong
4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat


In Formal Malay (Translation in Brackets)
Eh Wau Bulan 2X
(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)
Wau Bulan teraju tiga
(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a
single string for flying)
Ini malam sama-sama
(Tonight, all of us together)
Sama-sama bersuka-ria
(Together, we all have a good time)

Anda mungkin juga menyukai