Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN PROSES PEMBUATAN LAYANG-LAYANG

MPU24021
SESI DISEMBER 2020

NAMA NOR AMILA BINTI MAPPEARE

NO.MATRIX 07DEP19F2010

PENSYARAH SALIMI SALIH


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1 PENGENALAN 3

2 JENIS-JENIS WAU 4-7

3 PROSES PEMBUATAN LAYANG-LAYANG 8-11

4 KESIMPULAN 12

5 SUMBER 13
PENGENALAN

Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan salah satu
daripada permainan tradisional masyarakat Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu
lagi..
Konsep permainannya sama. Ia Cuma perlu diterbangkan ke udara mengikut arah
angin dan dikawal menggunakan tali oleh si pemain. Cuma rekaan wau sedikit unik dan
agak berbeza jika dibandingkan dengan layang-layang moden.
Perkataan “wau” dikatakan berasal daripada perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai)
memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai
barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad
bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu
kemunculan nama wau juga dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang
diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur
tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan
wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk
kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna,
keaslian ciptaan dan ukurannya.
JENIS-JENIS WAU

Pelbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya ialah wau kucing, wau dodo helang, wau seri
bulan, wau kapal, wau seri negeri, wau kikik, wau merak, wau bulan, dan layang-layang moden.

WAU KUCING :

WAU DODO HELANG :


WAU SERI BULAN :

WAU KAPAL :
WAU SERI NEGERI :

WAU KIKIK :
WAU MERAK :

WAU BULAN :
PROSES PEMBUATAN LAYANG-LAYANG
Layang-layang yang dihasilkan ini merupakan tugasan yang diberi dalam kursus layang-layang
MPU24021 bagi sesi Disember 2020.

1. bahan-bahan untuk buat layang-layang

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat layang-layang ialah lidi/kayu


bambu, benang, pisau dan plastik/kertas layang-layang.
2. Buat tanda menggunakan kayu lidi untuk membina kerangka
layang-layang

Sediakan kayu lidi sepanjang 50cm untuk kayu tengah layang-layang dan 60cm untuk
kayu sayap layang-layang, kemudian gabungkan kedua-dua kayu dan ikat
menggunakan benang.

60cm
50cm
3. Regangkan benang pada kerangka
Ikat benang pada atas rangka layang-layang kemudian tarik ke bahagian kiri sayap
layang-layang dan ikat, seterusnya tarik benang ke bahagian bawah kerangka dan ikat.
Lalu tarik ke bahagian kanan sayap layang-layang, dan ikat, akhir sekali tarik semula
benang ke bahagian atas rangka layang-layang dan ikat. Pastikan benang terpasang
kencang tetapi tidak terlalu erat.
4. Proses pemasangan plastik pada rangka layang-layang

Ukur plastik mengikut saiz dan bentuk rangka layang-layang, kemudian potong plastik
tersebut. Pastikan plastik yg dipotong besar sedikit melebihi saiz rangka layang-layang.
Seterusnya lekatkan plastik yang sudah di potong pada kerangka dengan menggunakan
gam. Seterusnya, layang-layang bolehlah dihias mengikut kreativiti masing-masing.

5. Pasang benang layang


Akhir sekali, ikat benang pada bahagian tengah layang-layang kemudian sambungkan
pada benang yg digunakan untuk menerbangkan layang-layang.
Layang-layang yang telah dihasilkan.

KESIMPULAN

Antara budaya warisan yang ada di negara kita ialah permainan tradisional wau atau
layang-layang. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat
dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.
Malangnya tradisi pembuatan dan permainan wau kini dilihat semakin pupus ditelan
zaman. Generasi era kini dilihat tidak berminat dengan permainan tradisi sebegini.
Oleh itu, dengan adanya kursus atau pertubuhan kelab layang-layang ini dapat
memperkenalkan tentang permainan tradisional iaitu layang-layang serta proses
pembuatan permainan tradisional tersebut kepada generasi muda terutama pelajar
seperti saya sekaligus meningkatkan lagi rasa cinta akan warisan budaya yang ada di
negara kita. Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bersama-sama
memelihara warisan budaya negara kita agar tidak terus hanyut dibawa arus
pemodenan.
SUMBER
https://ms.wikipedia.org/wiki/Layang-layang

https://id.wikihow.com/Membuat-Layang-Layang

Anda mungkin juga menyukai