Anda di halaman 1dari 44

PENDIDIKAN SENI VISUAL I

PERMAINAN WAU & ARCA


Asihwiniy Francisco Norsiah Saleng

PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan wau ini juga dikenali dengan layanglayang. Permainan wau amat digemari oleh pendudukpenduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasankawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Sejarah permainan wau bermula sejak 3000 than lalu dan muncul di Negara China. Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Empayar Melaka. Wau berfungsi sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Kebiasaanya, wau dimainkan selepas menuai padi. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

CARA MEMBUAT

Alat : Pisau raut, parang dan gunting Bahan : Buluh, kertas, benang, gam, dan kertas warna untuk corak

Proses memilih buluh


Buluh yang dipilh mestilah buluh jenis yang kuat, liut dan ringan.

Meraut buluh
Meraut buluh adalah proses yang memerlukan ketelitian. Bahagian kulit buluh tidak dibuang semasa meraut. Kemudian, bilah-bilah buluh di layur pada api sebelum melentur.

Membentuk rangka
Membentuk rangka memerlukan kemahiran. Biasanya buluh betung di jadikan tulang kerana ianya kuat. Pada masa kini buluh perlu ditimbang untuk imbangan yang betul. Untuk membuat sayap dan ekor, gunakqwn buluh yang mudah dilentur. Benang yang baik digunakan untuk mengikat agar ianya tahan.

Proses menampal kertas dan corak padan rangka


Kertas ditampal pada rangka wau mengikut saiz. Kertas adalah daripada jenis yang ringan. Kertas warna digunakan untuk membuat warna sebagai hiasan. Corak untuk motif adalah berdasarkan flora dan fauna.

1.Pokok buluh duri yang selalunya digunakan untuk membuat wau.

2.Buluh terlebih dahulu dipilih bagi mendapatkan yang sederhana tuanya supaya ianya tidak mudah patah.

3.Buluh terlebih dahulu diukur dengan ukuran seperti yang dikehendaki sebelum ianya dipotong.

4.Buluh dipotong mengikut ukuran yang dipilih untuk dibuat sayap, tulang belakang dan bahagian-bahagian yang lain.

5.Kemahiran membelah buluh cara lama yang selalunya dilakukan oleh pembuat wau yang mahir dan berpengalaman.

6.Buluh dibelah dengan teliti supaya sama besar dan mudah diraut.

7.Belahan buluh diasingkan megikut keperluan sama ada untuk dibuat sayap atau tulang belakang.

8.Belahan buluh seterusnya dicuci daripada buku buluh.

9.Bahagian tulang belakang dibelah mengikut ukuran yang dikehendaki dan bersesuaian dengan sayap.

10.Penyediaan tulang belakang supaya lebih sempurna antara bahagian kepala dan bahagian ekor

11.Bahagian sayap mestilah sama panjang antara kiri dan kanan

12.Buluh sayap yang telah diraut terlebih dahulu diukur menjadi dua bahagian sama panjang.

13.Bahagian sayap mula diraut dengan pisau yang tajam bagi mendapatkan bilah buluh yang lebih halus dan mudah diliut.

14.Dari semasa ke semasa bahagian sayap diliut-liut untuk mendapatkan bentuk yang sempurna.

15.Bahagian sayap yang telah siap diraut di timbang dengan jari atau mata pisau supaya sama timbang di antara kiri dan kanan.

16.Bilah buluh di bahagian ekor juga diliut-liut sebelum ianya diikat bersama dengan tulang belakang.

17.Bilah buluh di bahagian ekor dibentuk bersama-sama dengan tulang belakang terlebih dahulu sebelum ianya diikat dengan benang atau tali.

18.Penyediaan dan ikatan bahagian sayap dengan bahagian ekor.

19.Cara membuat ikatan untuk bahagian-bahagian rangka wau.

20.Bahagian ekor diliut dan dibentuk supaya sama lekok seperti yang dikehendaki.

21.Bahagian rangka wau bulan yang hampir siap.

22.Kerja-kerja mengikat rangka wau bulan iaitu bahagian sayap, tulang belakang dan bahagian ekor.

23.Rangka wau kucing yang telah siap.

24.Kerja-kerja meraut daun ibus untuk dibuat dengung atau busur wau.

25.Inas, iaitu bahagian hujung dengung wau yang digunakan untuk mengikat dan menarik daun ibus supaya menjadi tegang bagi mendapatkan bunyi yang baik dan nyaring.

26.Beberapa bilah busur (dengung) wau yang telah siap. Biasanya busur ini akan dilekatkan di bahagian leher wau.

27.Wau ditimbang terlebih dahulu sebelum dinaikkan supaya bahagian kepala dan sayap menjadi sama timbang. Ini bagi mengelakkan daripada wau menjadi berpusing.

28.Penyediaan teraju wau (benang yang diikat pada bahagian leher dan pinggang wau) yang sempurna adalah penting sebelum sesebuah wau itu diterbangkan. Ini akan mempengaruhi kedudukkan wau supaya terbang dengan baik.

29.Wau bulan dan wau kucing yang telah siap diikat dengan teraju.

30.Menaikkan wau mestilah dalam keadaan yang bertentangan dengan arah tiupan angin dan wau mestilah dalam keadaan tegak.

31.Wau mula diterbangkan ke udara.

32.Imbangan sayap, ekor dan teraju wau akan menjadi sesebuah wau itu terbang dengan sempurna dan terapung-apung di udara.

JENIS WAU

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarnawarni.

Wau Bulan

Wau Helang

Wau Kucing

Wau Payung

Wau Kangkang

Wau Jala Budi

Wau Puyuh

CARA BERMAIN

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

ARCA

ARCA STABIL

PENGENALAN
Stabil berasal dari perkataan stabile yang bermakna statik, kukuh dan mantap. Stabil berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran. Tapak arca mestilah kukuh, berjisim dan menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek atas. Arca ini berbentuk abstrak. Antara pengarca stabil yang terkenal ialah Alexander Calder, Jean Tinguely dan Constantin Brancusi.

ALATAN MENGHASILKAN ARCA STABIL


Playar pemotong Playar muncung Gunting dawai Gergaji besi Gergaji kayu Bahan pelekat -masking tape -gam -bahan pematri Pisau pemotong Gerudi elektrik

PENGGUNAAN MEDIA UNTUK MENGHASILKAN ARCA STABIL


1. Kayu - Tunggul kayu, Kayu keras, Bongkah kayu 2. Batu marmar, Batu granit 3. Logam Besi, Timah, Tembaga, Aluminium 4. Plastik - Kepingan plastik, Bongkah plastik 5. Plaster of Paris simen, simen putih 6. Bahan-bahan daripada spare-part kereta 7. Zink, kepingan logam

CONTOH ARCA STABIL MARMAR

Pengenalan Hal Subjek dalam Arca Stabil


Sama ada bentuk stabil dipresentasikan secara abstrak atau realis, unsur keseimbangan bentuk menjadi pertimbangan utama. Di dalam arca jenis ini, keseimbangan secara seimbang antara kiri dan kanan terhadap karya dipanggil simetri tulen. Manakala keseimbangan yang memihak sebelah kiri atau kanan dipanggil simetri tidak tulen. Seterusnya ruang dipertimbangkan kerana arca stabil banyak diperagakan di luar bangunan dan tanah lapang.

Pemilihan bahan untuk menghasilkan arca stabil


Bahan terbuang yang diguna pakai semula seperti kepingan logam, besi, kayu, plastik, papan,tali dan lain-lain. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak, tisu, gam, besi paip, basikal buruk, spare-parts kenderaan dan lain-lain. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah dan lain-lain.

PROSES KREATIVITI MENGHASILKAN ARCA STABIL


Memerhati,mengenal i dan memahami bentuk dan ruang objek stabil Melakar sketsa untuk mendapatkan penampilan imej yang terbaik dan terancang

Memahami kemasan dan menentukan ruang untuk peragaan


Menghasilkan arca stabil mengikut prototype

Memilih 1 sketsa yang terbaik dan relevan dengan perancangan menghasilkan arca

Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil


Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan arca stabil. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan arca stabil. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan dan seterusnya memasang tapak (pedestal). Memilih dan menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk arca stabil. Menghasilkan arca stabil mengikut proses pembuatan.

Melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. Membandingkan hasil arca stabil dengan arca stabil yang lain. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. Menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsurunsur seni, fungsi dan kemasan. Menentukan cara untuk memperagakan arca stabil yang paling sesuai di samping melihat kesannya. Mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi mengikut fungsinya.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai