Anda di halaman 1dari 10

BIBLIOGRAFI

1. http://dukeamienerev.blogspot.my/2008/04/sejarah-dan-asal-usul-gasing-permainan.html

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing

3. http://tradisional-bib.blogspot.my/2007/03/permainan-gasing.html

4. https://www.scribd.com/doc/3102006/permainan-tradisional-gasing

5. http://blog-permainan-tradisional.blogspot.my/2012/04/cara-bermain-gasing.html

6. http://gasingmelayu.blogspot.my/p/cara-pembuatan.html

7.https://www.google.com/search?q=sejarah+sukan+tradisional:+permainan+gasing&safe=strict&espv=
2&biw=1366&bih=623&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ved=0ahUKEwjpluTK5NzSAhVLr48KHRjIB
XcQsAQIJw#imgrc=_
CARA PEMBUATAN

Cara membuat gasing


Kayu yang paling sesuai dari
spesis merbau, seperti merbau
tanduk, merbau darah, merbau
johol dan merbau keradah,
ianya mudah dilarik
tetapi tidak mudah
serpih. Selain itu
kayu leban tanduk,
limau, bakau,
koran, sepan,
penaga, keranji
juga menjadi
pilihan. Jenis kayu
yang mudah
didapati seperti
manggis, jambu
batu, ciku atau
asam jawa sering
digunakan untuk
membuat gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan
bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi
dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat
dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan,
seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu
hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa
parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan
dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja

CARA PEMBUATAN GASING


Bahan : Kayu Tualang,Keranji Alat : Mesin Pelarik, parang, tatah, gergaji
Potongan kayu mentigi dibubut langsung membentuk Gasing yang dikehendaki, Gasing
Uri, Gasing Pemangkak dan Gasing Penahan.

Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan.


Kayu sepanjang 50 cm, biasanya bisa menjadi tiga buah gasing.

Kemudian bagian tengah gasing diberi kawat supaya putaran tahan lama, dan
langsung di balancing dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan

CARA PERMAINAN
1)Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking.
Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak
terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan
memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat
membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia
tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit
pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan
pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan
jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan
dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan.
Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan
menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk
memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan
meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan,
kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau
tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

2)Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan
menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini,
langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring,
meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan
sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara
mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di
hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa
menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah
gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak
jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan
gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain
memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat
tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran
dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing
terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika
tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu
sebelum dilepaskan.

3)Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan
hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak
dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga
pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

4)Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk
menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran,
kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan
kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah
bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu
ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat
gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang
berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam
keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali
yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan
dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.
PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui
oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan
tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita
sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di
antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan
lain-lain.

PERMAINAN GASING

Pengenalan

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat


pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing
kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang
dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz
yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara Bermain Permainan Gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan
kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi
buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm
dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh
permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu
tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada
satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya
dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira
berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut
akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon.
Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang.
Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan gasing .
Asal Usul Gasing

Asal Usul Perkataan Gasing Gah Berpusing


Menurut sumber dari Terengganu, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang berbentuk
bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk
menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah perepat (sonneratia alba).

Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah berembang, buah ini akan dipusingkan dengan
menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan pemusingnya dianggap
sebagai pemenang.

Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu gah
berpusing. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.

Gasing Berasal Daripada Permainan Laga Telur


Sumber dari Kedah ada menyatakan bahawa permainan gasing berasal daripada permainan laga telur ayam. Permainan
memusing dan melagakan telur ayam ini menjadi permainan kegemaran kanak-kanak pada masa dahulu. Kemudian barulah timbul
idea untuk menghasilkan gasing mengikut rupa bentuk telur. Paksi ditambah agar gasing berputar dengan laju dan tegak. Gasing
yang diputar dengan tangan kurang ligat berputar dan pusingannya tidak tahan lama. Oleh itu tali digunakan supaya dapat
memusingkan gasing dengan lebih ligat dan lama.

Gasing Berasal Daripada Peralatan Memburu Binatang


Pemain gasing veteran dari Sungai Pahang menyatakan bahawa gasing dahulunya merupakan senjata untuk memburu binatang.
Gasing yang berbentuk leper dan bulat akan berputar dengan ligat apabila dilemparkan ke badan binatang buruan. Idea permainan
gasing dikatakan datang daripada aktiviti masa lapang para pemburu, yang pada mulanya bertujuan menguji kecekapan melempar
gasing ke sasaran.

Struktur Gasing
Gasing memiliki tiga bahagian utama iaitu kepala, badan dan buritan gasing. Terdapat sedikit lekukan di bahagian bawah kepala
gasing dan bahagian ini dipanggil leher gasing. Gunanya adalah untuk melilit tali gasing. Paksi diletakkan di bagian buritan gasing
untuk menjaga keseimbangan putaran gasing di atas lantai.

Bahan Buatan Gasing


Pada masa kini terdapat gasing yang dibuat dengan menggunakan paku dan bahan plastik. Namun, gasing tradisional dibuat
dengan menggunakan kayu. Kayu-kayu yang sering digunakan untk membuat gasing ialah dari jenis kayu merbau (sympetalandra
borneensis), leban tanduk (vitex quinta), jeruk, bakau, kempas, sepan (gymnopetalum cochinchinensis), keranji (cynoptera
polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras zapota) dan kayu asam jawa.

Jenis-jenis dan bentuk-bentuk Gasing


Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia , Afrika serta Eropah. Pun begitu, gasing-gasing di
setiap negara tidaklah begitu serupa dari segi namanya, bentuknya, cara permainannya dan orang-orang yang memainkannya.
Keadaan ini dikatakan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti penghijrahan, penjajahan dan perdagangan yang berlaku pada masa
lalu.

Gasing timah dan gasing leper hanya terdapat di Kelantan. Gasing paku di Kuala Selangor pula mempunyai persamaan dengan
gasing yang terdapat di Kedah dan di Patani. Gasing Riau pula dikatakan berasal dari Melaka.

Terdapat beberapa jenis gasing. Permainan gasing ini mempunyai bentuk dan fungsi yang berbeza:
Gasing Leper Kelantan
Berbentuk leper dan rendah. Berat sekitar 8 kg. Lilitan 48 cm. Tinggi 6 cm. Gasing ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan
oleh segelintir pemain tradisional kerana harganya sangat mahal. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing lebih
ligat dan lebih lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini.

Gasing Uri
Berbentuk rendah dan agak pipih, beratnya 6 kg, berdiameter 60 cm dan tinggi 8 cm. Gasing jenis ini cukup terkenal di Kelantan.
Biasanya dibingkai dengan timah, besi atau plumbum (zat logam berwarna putih kebiru-biruan). Jika bahan dasar gasing ini
dibingkai dengan timah, maka gasing tersebut digunakan untuk pemutaran saja, tetapi jika bahan dasar gasing menggunakan
bingkai besi, maka gasing tersebut digunakan untuk permainan pangkah-memangkah.

Gasing Kuno atau Gasing Pangkah


Gasing kuno yang berbentuk sederhana dan berimbang, beratnya 0.6 kg dengan diameter 30 cm dan tinggi 8 cm. Gasing jenis ini
boleh ditemui di beberapa negeri di Malaysia, seperti Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Johor dan Kelantan. Struktur gasing
ini merupakan bentuk lama seperti buah perepat yang hanya digunakan untuk permainan pangkah-memangkah dan dibuat
daripada kayu merbau, keranji, meranti dan cengal.

Gasing Baba atau Gasing Wang Seringgit


Berbentuk seperti telur, beratnya 0.6 kg dengan diameter 38 cm dan tinggi 20 cm. Gasing jenis ini boleh ditemui di daerah-daerah
sekitar negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.

Gasing Jantung atau Gasing Lundu


Berbentuk seperti jantung dengan berat sekitar 0.25 kg, berdiameter 20 cm dan tinggi 12 cm. Selain Kelantan, gasing ini juga
terdapat di daerah Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Di Kelantan, gasing ini dibentuk daripada kayu merbau,
manakala di negeri-negeri lain, gasing ini dibuat dengan menggunakan kayu melawis (ramin: gonystylus bancanus), mengaris dan
saga (ormosia parviflora).

Gasing Tanjung atau Gasing Labu Lemak


Gasing tanjung yang tinggi dan berimbang, mempunyai berat beratnya 0.6 kg dengan diameter 30 cm dan tinggi 10 cm. Gasing ini
dimainkan oleh orang-orang dari Muar (Johor) sebagai gasing pemangkah. Bahan dasar gasing ini adalah kayu keranji, kempas,
cengal dan merbau. Di negeri Selangor, gasing ini dipanggil gasing labu lemak.

Gambar-gambar dan maklumat mengenai gasing boleh ditemui secara lebih lanjut menerusi laman web Perbadanan Perpustakaan
Awam Kelantan seperti berikut:
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/fisiologigasing.htm

Kaedah Permainan Gasing


Sebelum 1971, terdapat banyak bentuk peraturan dalam permainan gasing. Namun masalah ini berjaya diselesaikan selepas
wujudnya usaha-usaha untuk menyatukan permainan gasing sekitar tahun 1971-1973.

Dalam permainan gasing, terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain gasing iaitu; kemahiran memusing,
memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Langkah-langkah dalam permainan gasing secara tertibnya
melibatkan perkara melilit tali, melilit gasing, memusing gasing, memangkah gasing dan. mengangkat gasing. Kaedah bermain
gasing boleh dirujuk menerusi pautan seperti berikut:
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/caramaingasing.htm

Tujuan Permainan Gasing


Gasing bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut berperanan sebagai pengerat hubungan antara penduduk
setempat. Permainan gasing menguji kemahiran, kecekapan, kemahiran mengatur strategi, di dalam pasukan. Pada masa kini,
gasing merupakan salah satu tarikan pelancong di Malaysia.

Kronologi Perkembangan Permainan Gasing Usaha-usaha untuk Meningkatkan Populariti Permainan Gasing di Malaysia

1971: Pembentangan Mengenai Gasing di Kongres Kebudayaan Malaysia di Universiti Malaya


Setelah mendapati populariti permainan gasing mula merosot, para pemain dan peminat gasing mula memikirkan cara-cara untuk
meningkatkan kembali populariti permainan gasing. Pada 16 April 1971, ketika Kongres Kebudayaan Malaysia berlangsung di
Universiti Malaya, satu kertas kerja berkaitan dengan pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit telah dibentangkan oleh
Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard.
1972: Usaha-usaha Menyeragamkan Permainan Gasing menerusi Kongres Kebudayaan Melayu
Antara penyebab kenapa permainan gasing sukar untuk dipopularkan di setiap negeri ialah faktor-faktor ketidakseragaman dalam
peraturan permainan gasing, bentuk gasing dan corak permainan gasing di kebanyakan negeri. Menyedari betapa pentingnya
keseragaman dalam permainan gasing diwujudkan, maka pada tahun 1972, Kongres Kebudayaan Melayu telah diadakan.

Seminar Penyatuan Undang-undang Gasing telah diadakan di Sekolah Dato Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, bertujuan
menyeragamkan permainan gasing di seluruh negeri. Antara perkara yang dibincangkan menerusi seminar ini ialah kaedah-kaedah
untuk mengesan persamaan dalam permasalahan yang wujud dalam permainan gasing, dan kaedah-kaedah untuk menyatukan
permainan gasing. Pada peringkat awal perbincangan, beberapa negeri telah membantah kerana mahu mengekalkan bentuk dan
peraturan gasing seperti sediakala.

Kemudian, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima bulan selepas seminar
Penyatuan Undang-undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan Melaka akhirnya
bersetuju untuk mencuba peraturan yang telah digubal.

1973: Perlaksanaan Format Permainan Gasing yang telah diseragamkan


Pada 5 Ogos 1973, corak permainan yang telah diseragamkan ini mula dilaksanakan dalam pertandingan gasing di negeri Melaka
yang disertai oleh tiga buah negeri.

1974: Mesyuarat Penyelarasan Permainan Gasing di Kuala Lumpur dan Johor


Dua mesyuarat penyelaras telah dibentuk. Mesyuarat penyelaras pertama pada 10 Februari 1974 di Wisma Belia, Kuala Lumpur,
manakala mesyuarat penyelaras kedua pada 10 Julai 1974 di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor.

1975: Cadangan Penubuhan Lembaga Pengadil Gasing


Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dicetuskan dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di
Wisma Belia. Cadangan ini dipersetujui dan majlis penubuhan Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah
Kelang pada 20 Jun 1975. Di dalam majlis ini juga, perbincangan mengenai penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia diwujudkan.

1977: Tertubuhnya PEGAMA


Pada 5 Disember 1977, Persekutuan Gasing Malaysia (PEGAMA) telah ditubuhkan dan didaftarkan di Melaka setelah melalui
beberapa perbincangan.

Anda mungkin juga menyukai