Anda di halaman 1dari 7

HASNAH BINTI ISMAIL (670711-02-5662) PGSR SAINS

Jenayah Ragut Ragut membawa maksud menarik, menyentak dan mencabut secara paksa atau dengan kekuatan. Kes ragut di Malaysia kini semakin berleluasa di mana-mana saja, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Agak sukar sebenarnya untuk membanteras jenayah ragut ini kerana kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya. Jenayah ragut kini semakin berleluasa di mana sahaja, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Agak sukar sebenarnya untuk membanteras jenayah ragut ini kerana kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya. Saban hari kita dikejutkan dengan insiden ragut sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk setempat. Ada yang mula berfikir dua kali sebelum menjejakkan kaki keluar dari rumah mereka terutamanya pada waktu malam. Kebimbangan mereka sememangnya berasas apabila insiden ragut kini semakin berleluasa pada masa kini. Namun, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Tetapi perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Mengharapkan anggota polis sahaja untuk membanterasnya amat tidak adil sama sekali.Tiada sesiapa pun yang akan tahu bilakah jenayah ini akan berlaku. Mungkin kita sendiri yang kena ragut walaupun kita ditanamkan sikap berhati-hati untuk mengelakkannya daripada berlaku. Bagi penjenayah dan sesiapa sahaja yang gemar melakukan kejahatan, ragut adalah kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata sahaja. Hal ini kerana dengan beberapa saat sahaja, dompet, telefon atau beg tangan telah berjaya dilarikan oleh peragut. Kerana itulah peragut boleh membuat kerja mudah ini berulang kali dalam sehari. Sekali mereka berjaya melakukannya, menyebabkan mereka gian untuk melakukannya lagi. Yang menjadi mangsa ialah kita sendiri. Walaupun kita sering berhati-hati, namun peragut yang tidak berhati perut ini tidak mengenal mangsa.

HASNAH BINTI ISMAIL (670711-02-5662) PGSR SAINS

Mereka melihat situasi yang sesuai dan keputusan yang dibuat dalam sekelip mata sahaja untuk menjalankan kerja yang terkutuk ini. Pelaku jenayah ragut semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tidak dinafikan mereka ini adalah golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kebanyakannya juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Cara mudah bagi mereka untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah ialah meragut. Ada juga peragut yang melakukan jenayah ragut semata-mata kerana inginkan wang lebih untuk membeli barangan berharga kerana gaji yang diterima setiap bulan adalah sedikit, sedangkan nafsu kebendaan mereka sangat besar. Lebih menyedihkan, jenayah ragut kini melibatkan pula jenayah kekerasan dan kematian. Sungguh sedih mendengar berita apabila mangsa ragut terbunuh akibat mempertahankan barangan miliknya dari peragut oleh penjenayah. Peragut kini seolah-olah sudah dirasuk hantu apabila sanggup membunuh walaupun diketahui barangan yang diragut tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Punca-punca berlakunya jenayah ragut Jika mengkaji punca jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati terdapat banyak punca yang mengakibatkan berlakunya kes-kes jenayah ragut. Memang tidak dinafikan, media massa juga ialah salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Kemudahan seperti internet, e-mail, televisyen dan radio boleh disalahgunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan video tentang cara-cara meragut dan sebagainya. Hal ini lebih mendorong masyarakat untuk melakukan jenayah. Secara tidak langsung, keselamatan seluruh masyarakat kini semakin teruk. Menurut kajian, ramai pelancong asing yang menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini. Kesan kepada imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan pelancong-pelancong sedikit sebanyak memberi kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut. Selain itu, bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat
2

HASNAH BINTI ISMAIL (670711-02-5662) PGSR SAINS

gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri. Memandangkan kes semakin meruncing, penguatkuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Masyarakat yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh semasa proses meragut hendaklah dikenakan hukuman mati mandatory bagi memberikan pengajaran kepada orang lain. Selain itu, jenayah ragut ini berlaku kerana peragut tidak mempunyai kesedaran sivik dalam diri mereka. Selain itu, tiada nilai nilai kemanusiaan di dalam diri mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan kepuasan semata tanpa memikirkan penderitaan mangsa yang diragutnya. Selain itu, berlakunya jenayah ragut ini berpunca daripada sikap individu itu sendiri. Individu terbabit yang mengundang kepada jenayah ini berlaku. Diantaranya ialah individu tersebut tidak berwaspada dan tidak peka dengan keadaan sekeliling. Contohnya apabila mengeluarkan wang daripada mesin ATM atau ketika keluar daripada bank stelah selesai berurusan. Bagi kaum wanita terlalu menunjukkan barang kemas yang berlebihan dan beg tangan yang dipakai. Selain itu, keadaan ekonomi semasa yang sedang merosot adalah salah satu punca ini menyebabkan ramai orang kehilangan peluang pekarjaan dan sebahagian orang rela memilih untuk meragut untuk medapatkan sumber wang untuk menampung kehidupan seharian. Selain itu, sebahagian remaja cuba meragut dengan sebab ingin mencari keseronokan atau dipengaruhi oleh rakan sebaya punca berlakunya jenayah ragut yang semakin berleluasa pada masa kini. Punca-punca lain yang mengakibatkan jenayah ragut ialah ekonomi yang sedang merosot menyebabkan ramai orang kehilangan peluang pekerjaan yang mengakibatkan sebahagian orang rela meragut untuk mendapatkan sumber wang dengan cepat. Selain itu, penagih dadah yang meragut untuk mengumpulkan wang dan membeli dadah dari penjual dadah. Sebahagian remaja cuba meragut dengan sebab ingin mencari keseronokan atau dipengaruhi oleh rakan sebaya.

HASNAH BINTI ISMAIL (670711-02-5662) PGSR SAINS

Tambahan lagi, kurangnya kesedaran individu dan masyarakat itu sendiri terhadap jenayah ragut ini. Mengambil sikap sambil lewa dan tidak mengambil serius tentang permasalahan ini. Tidak mengambil tahu tentang wujudnya jenayah ini kerana pada mereka ,mereka tidak menjadi mangsa kepada jenayah ini.

Kesan-kesan jenayah ragut Jenayah ragut ini banyak meninggalkan kesan negatif terhadap rakyat dan nama baik Malaysia umumnya. Ia akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai Negara yang dikenali sebagai Negara yang aman dan damai. Ia memberi perspektif yang negatif dari seluruh pelusuk dunia. Bagi pelancong yang ingin atau sudah melancong di Negara ini, ia akan menimbulkan kerisauan dan kebimbangan terhadap keselamatan mereka ketika berada di Negara ini. Ini akan menjejaskan industri pelancongan di Malaysia. Ini kerana terdapat segelintir pelancong yang melancong di Negara ini adalah menjadi mangsa ragut. Rakyat Malaysia amnya, menjadi huru hara dan tidak berasa selamat walaupun berada di Negara sendiri. Masyarakat menjadi trauma tentang permasalahan ini yang semakin meruncing. Setiap hari ada sahaja jenayah ragut berlaku di tempat mereka. Ini menyebabkan masyarakat menjadi takut untuk keluar bersiar siar bersama keluarga dan teman-teman. Tidak bebas melakukan aktiviti seharian kerana perlu mengawasi keadaan sekeliling. Selain itu, bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri. Mereka menjadi tidak yakin dan tidak percaya pada orang lain. Selain itu, ia akan menyimpan perasaan dendam terhadap peragut. Jenayah ragut juga penyumbang kepada berlakunya peningkatan jenayah di Malaysia. Walaupun jenayah ini baru berlaku pada masa kini, tetapi jenayah ini
4

HASNAH BINTI ISMAIL (670711-02-5662) PGSR SAINS

meningkat dengan mendadak saban tahun. Jenayah ini juga menyebabkan statistik kadar jenayah di Malaysia meningkat. Lantas, ia akan menunjukkan rekod yang buruk terhadap imej Negara. Ia akan menjejaskan reputasi Negara di mata dunia.

Usaha-usaha

yang

dijalankan

untuk

membanteraskan

jenayah

ragut

Dalam usaha mengatasi jenayah ragut, Polis Kuala Lumpur bertindak mewujudkan operasi berkonsepkan kepolisan agresif dengan menggabungkan setiap jabatan dan cawangan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam apa jua jenayah di ibu negara. Bagi pihak polis pula, diharapkan pendekatan itu dilakukan secara besarbesaran supaya ia dapat menutup peluang untuk semua penjenayah ragut bermaharajalela. Polis boleh menugaskan lebih ramai anggota yang tidak beruniform bagi memantau kawasan berisiko terutamanya di kompleks membeli-belah kerana di situ terdapat ramai pelancong. Usaha-usaha lain yang perlu dilakukan untuk membanteras jenayah ragut ialah memerhatikan sekeliling anda samasa berjalan di lorong kecil atau kawasan yang sepi. Selain itu, orang ramai perlu memerhatikan orang yang disyaki dan cuba bersembunyi identiti mereka dengan memakai topi keledar, cermin mata hitam ataupun memakai topi dengan menarik ke bawah untuk menutup muka mereka. Orang ramai perlu memegang telefon bimbit pada tangan supaya anda boleh mendapatkan pertolongan pada bila-bila masa. Orang ramai juga perlu mengelakkan daripada menggunakan lorong kecil dan jalan yang sepi serta mencari beberapa orang kawan menemani anda jika anda terpaksa menggunakan jalan yang gelap dan sepi.

HASNAH BINTI ISMAIL (670711-02-5662) PGSR SAINS

Langkahlangkah pencegahan melalui Pihak Kerajaan, NGO dan masyarakat pula adalah seperti berikut: Masyarakat kena prihatin dan membantu apabila berlaku jenayah ragut di depan mata kita. Mungkin ada yang berkata kita mungkin menempah maut apabila hendak membantu mangsa ragut kerana penjenayah mungkin bersenjata. Kita boleh memberhentikan kenderaan dan membunyikan hon apabila nampak peragut sedang melakukan jenayah berkenaan. Cara ini akan membuatkan penjenayah itu tergesagesa meninggalkan tempat kejadian. Kita boleh memberi bantuan dengan mengambil nombor kenderaan jika peragut itu menggunakan kenderaan sedikit sebanyak dapat membantu siasatan polis. Apabila ternampak kejadian berkenaan, kita boleh menjerit untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk sama-sama memberkas peragut itu. Kempen kesedaran tentang bahaya gejala ragut perlu dilaksanakan secara agresif dan sepanjang masa. Anggota masyarakat perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi tindakan peragut dengan cara mempelajari ilmu pertahanan diri. Masyarakat diberikan ingatan agar tidak membawa wang tunai yang banyak sebaliknya penggunaan kad debit dan kad kredit digalakkan. Orang ramai perlu diberikan pendidikan agama yang sempurna kerana pendidikan agamalah yang boleh menjadi benteng awal berlakunya kes ragut. Pihak kerajaan dan NGO wajar meningkatkan usaha membanteras kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia kerana perkara ini ada kaitan rapat dengan peningkatan kes ragut. Pihak kerajaan juga perlu memikirkan langkah bagi mengatasi masalah pengangguran terutamanya di bandar-bandar. Institusi rumah tangga juga perlu diperkukuh supaya dapat melahirkan generasi baru yang sempurna akhlaknya.

HASNAH BINTI ISMAIL (670711-02-5662) PGSR SAINS

KESIMPULAN Kesimpulannya, seluruh rakyat Malaysia dan pihak yang terbabit perlu memandang serius tentang jenayah ini supaya ia dapat ditangani sebelum ia menjadi lebih serius dan meruncing sehingga ketandusan jalan penyelesaian. Semua pihak perlu berkerjasama kerana Malaysia mengamalkan hidup bermasyarakat ini dapat membantu mengurangkan kadar jenayah ini. Semua pihak juga perlu memainkan peranan bagi membanteras jenayah rakus yang semakin mengganas sekarang. Mungkin pendapat apa faedahnya menjaga tepi kain orang perlu dihakis dalam konteks memerangi jenayah ragut ini. Kita kena prihatin dan membantu apabila berlaku jenayah ragut di depan mata kita. Mungkin ada yang berkata kita mungkin menempah maut apabila hendak membantu mangsa ragut kerana penjenayah mungkin bersenjata. Seluruh rakyat Malaysia haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempenkempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemikian dapat memberi pengajaran dan menimbulkan keinsafan kepada peragut. Mereka juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah ini akan merosakkan masa depan mereka.

Anda mungkin juga menyukai