Anda di halaman 1dari 1

Punca dan Cara Mengatasi Masalah Obesiti

Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan
terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti
penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak
dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah
semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat
perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di
Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di
Asia.

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak
menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis
boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh
menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti
yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan
dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan
minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau
merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya
masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang
pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil
menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka
yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain
badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan
atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald,
Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana
mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja.
Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang
ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini
tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang
timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang
bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih
kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha
ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Anda mungkin juga menyukai