Anda di halaman 1dari 2

Peranan ibu bapa mengawal obesiti dalam kalangan anak- anak

Peranan ibu bapa mengawal obesiti dalam kalangan anak- anak

Ibu bapa merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak- anak. Anak- anak
seperti kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa. Oleh itu, peranan ibu bapa amatlah besar
dalam mengawal kadar obesiti anak- anak mereka.

Antara cara ibu bapa mengawal obesiti anak- anak mereka ialah mereka harus membawa anak- anak
mereka bersenam. Mereka perlulah menjadi teladan kepada anak- anak mereka. Ini kerana, anak-
anak akan mengikuti jejak ibu bapa mereka. Senaman harus dijadikan rutin harian. Bersenam
bertindak seperti serampang dua mata kerana anak- anak dapat menyihatkan badan dan
mencerdaskan minda dan sekaligus mengurangkan berat badan.

Selain itu, ibubapa harus mendorong anak- anak mengambil makanan yang seimbang mengikut
piramid makanan. Sebagai ibubapa yang mengambil berat tentang obesiti anak- anak, mereka harus
menerangkan faedah- faedah pengambilan makanan dan kesan buruk makan makanan ringan.
Ibubapa harus melarang anak- anak mereka daripada mengambil makanan segera secara kerap.

Selanjutnya, ibubapa harus memberi penekanan tentang pengambilan makanan anak- anak pada
waktu yang bertepatan. Tambahan pula, ibu bapa wajar memberithau anak- anak bahawa
pengambilan jenis makanan yang betul pada waktu yang sepatutnya amat penting. Misalnya,
pengambilan karbohidrat pada waktu pagi, makanan seimbang dengan sayur- sayuran dan buah-
buahan yang banyak serta protein yang secukupnya digalakkan untuk makan makanan tengah hari,
dan pada waktu malam pengambilan makanan yang kurang lemak.

Di samping itu, ibubapa harus menyediakan dan menggalakkan anak- anak mereka membawa
bekalan dari rumah ke sekolah. Ibu bapa pula harus menyediakan makanan mengikut piramid
makanan. Anak- anak akan makan makanan yang seimbang dan juga makanan sihat dan bersih. Bak
kata pepatah, ‘sambil menyelam minum air’.

Ijmalnya, tiada insan yang lebih berpengaruh dalam mengawal obesiti anak- anak daripada ibu bapa.
Oleh itu, tanggungjawab mendidik dan mendorong pengambilan makanan anak- anak terletak pada
bahu ibu bapa. Bak kata pepatah, ‘rakyat sihat negara maju’ perlu diterapkan dalam diri setiap
anggota masyarakat Malaysia.

Adakah masalah obesiti itu satu kebiasaan di kalangan kanak-kanak di Malaysia? Di Malaysia, obesiti
dalam kalangan kanak-kanak di peringkat umur tujuh hingga 10 tahun meningkat daripada 6.6%
kepada 13.6% berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia.

Ini merupakan satu fenomena yang amat membimbangkan. Masalah ini pasti berlarutan sehinggalah
mereka meningkat dewasa jika tiada langkah pencegahan yang dilakukan.

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini dan kita akan mulakan kupasannya
melalui peranan ibu bapa.
Ibu bapa kerap mengatakan yang anak yang memiliki pipi yang gebu dan tubuh yang gendut itu
comel. Pipi mereka akan dicubit dan mereka akan dimanjakan oleh ibu bapa termasuklah dari
masyarakat sekeliling.

“Penerimaan” masyarakat ini menjadikan ibu bapa menjadi selesa melihat ciri-ciri fizikal yang ada
pada anak mereka. Pada usia kecil, kanak-kanak tidak akan malu dengan keadaan tubuh badan
mereka kerana masih lagi dianggap comel. Tetapi apa pula yang berlaku setelah mereka meningkat
dewasa?

Kanak-kanak yang menghadapi masalah obesiti memiliki rasa rendah diri yang tinggi apabila dia mula
diejek apabila berada di bangku sekolah.

Apakah tindakan ibu bapa? Syukurlah jika ada ibu bapa yang prihatin apabila melihat keadaan anak
yang perlu dikawal selia pemakanan.

Namun, bagi ibu bapa yang hanya memandang enteng akan perkara ini, apa pula kesan yang akan
ditanggung oleh si anak? Anak yang tidak dipedulikan mungkin terpinggir dan tidak memiliki kawan-
kawan yang ramai.

Kanak-kanak biasanya lincah dan selalu melakukan aktiviti lasak seperti bersukan. Anak anda yang
bertubuh besar mungkin tidak akan menerima pelawaan rakannya untuk bermain bersama kerana
dikhuatiri akan mendatangkan kesusahan. Ini menjadikan anak anda lebih tertekan.

Oleh itu, anak-anak perlu dilatih untuk mengawal rutin makan yang tepat dan berdisiplin. Senaman
ringan dan aktiviti riadah bersama keluarga juga membantu anak anda dalam mengawal
kesihatannya.

Pengaruh teknologi mutakhir ini juga telah mengundang masalah obesiti yang keterlaluan.
Mengehadkan masa bermain di meja komputer juga adalah langkah penting demi mengubah cara
hidup anak anda.

Kesimpulannya, peranan ibu bapa adalah yang terpenting dalam menangani masalah obesiti dalam
kalangan kanak-kanak. Ibu bapa yang memberi makan anak-anak wajar mengambil kira nutrisi yang
diperlukan agar kesihatan mereka lebih terjamin.

Anda mungkin juga menyukai