Anda di halaman 1dari 4

Remaja kini banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet yang

memberikan pelbagai kesan kepada mereka.


Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam
kalangan anak-anak.

Anak kecil main api,


Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Lirik lagu Warisan di atas mengenai nasib anak bangsa pada masa
akan datang sekiranya kita membiarkan sahaja minda kita dijajah oleh
anasir luar. Umumnya mengetahui bahawa penjajahan minda lebih
berbahaya daripada penjajahan secara fizikal kerana penjajahan minda ini
bersifat halus dan sukar untuk dikesan berbanding dengan penjajahan
Internet. Melalui Internet, penjajahan minda ini lebih halus dan mudah
disebarkan kerana generasi muda hari ini terlalu leka dengan Internet
sehingga terikut-ikut akan budaya kuning serta hedonisme yang dibawa
oleh anasir luar. Dakyah hendonisme amat dasyat sehingga remaja
merupakan benteng pertahanan negara dikongkong dan kehidupan mereka
lebih mengutamakan hiburan dan keseronokan sehinggakan
tanggungjawab mereka sebagai pelajar hapus daripada minda. Sebelum
nasi menjadi bubur, ibu bapa orang yang paling hampir dengan remaja
perlu mengawasi anak-anak mereka agar budaya kuning serta hendonisme
ini tidak menjadi ikutan anak-anak. Persoalannya, apakah peranan ibu
bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak?

Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa
perlulah memberi didikan agama yang mantap kepada anak-anak sebagai
pendinding kepada anak-anak agar terelak daripada dakyah songsang
Barat. Internet bukanlah sesuatu yang mudah dikawal “programming”nya.
Oleh sebab itu, banyak laman-laman web yang mengandungi unsur-unsur
negatif seperti budaya Black Metal, Skin Head dan pornografi tersebar
dengan begitu pantas di Internet. Melalui didikan agama yang mantap
sahaja, anak-anak dapat membezakan yang mana perbuatan yang keji dan
yang mana perbuatan yang mulia. Sabda Rasulullah SAW ‘akhlak yang
buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu’. Sekiranya anak-
anak melayari laman-laman web yang berunsur negatif sudah pasti pasti
merosakkan minda mereka dan menyebabkan mereka lalai untuk
menyelesaikan tuntutan agama yang wajib mereka tunaikan seperti
sembahyang lima waktu sehari semalam serta menjalankan tanggungjawab
belajar kerana hanya dengan pendidikan mereka mampu mengubah status
ekonomi keluarga. Oleh itu, jelaslah bahawa memberikan didikan agama
yang mantap kepada anak-anak adalah penting bagi mengurangkan
masalah penyalahgunaan Internet.

Selain daripada memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-


anak, ibu bapa juga perlu mengehadkan masa penggunaan Internet dalam
kalangan anak-anak. Memang tidak dinafikan bahawa Internet mempunyai
pelbagai kebaikan tetapi ibu bapa perlulah sedar bahawa Internet juga
boleh mendatangkan pelbagai keburukan kepada anak-anak. Sebagai ibu
bapa yang bertanggungjawab, mereka mestilah menetapkan masa
penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa
hanya membenarkan anak-anaknya menggunakan Internet pada waktu-
waktu tertentu terutama jika mereka ingin mencari bahan ilmiah ataupun
untuk menghilangkan stres. Hal ini secara tidak langsung akan mengajar
anak-anak agar menggunakan masa dengan baik di samping bijak
menggunakan Internet. Sekiranya anak bebas menggunakan internet setiap
masa, impaknya Internet mungkin akan melalaikan anak-anak. Jadi,
tegaslah bahawa ibu bapa perlu mengehadkan masa penggunaan Internet
oleh anak-anak agar anak-anak lebih berdisiplin ketika menggunakan
Internet.

Seterusnya, ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang


Internet kepada anak-anak. Pendedahan berkaitan Internet ini adalah
penting supaya anak-anak mengetahui kebaikan dan keburukan Internet
sewaktu akhlak mereka masih boleh dibentuk seperti kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini akan menyebabkan mereka
akan lebih berhati-hati dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang
melibatkan penggunaan Internet. Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap
yang positif ketika menggunakan Internet di hadapan anak-anak dan
mengajar mereka tentang cara penggunaan Internet yang betul. Hal ini
kerana tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Cuba
bayangkan sekiranya anak-anak tidak diberikan pendedahan tentang
Internet daripada kecil. Mungkin apabila dewasa kelak mereka akan
terikut-ikut budaya-budaya yang tidak bermoral yang telah dipelajarinya
daripada Internet. Natijahnya, pendedahan tentang Internet daripada ibu
bapa kepada anak-anak akan dapat membantu untuk mengurangkan
masalah penyalahgunaan Internet.

Di samping itu, sebagai ibu bapa yang menyayangi anak-anak, mereka


perlulah mendekatkan diri anak-anak semasa mereka aktiviti pembelajaran
menggunakan internet. Pada masa kini, pembelajaran menjadi lebih
mudah dengan adanya Internet. Pelbagai laman sesawang telah
diwujudkan bagi kemudah pembelajaran. Sekiranya anak-anak kerap
menggunakan Internet untuk menuntut ilmu, ibu bapa perlulah
menyokong tindakan anaknya itu. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya
anak-anak tidak menggunakan buku untuk belajar malah mereka harus
berbangga kerana anak-anak mereka merupakan generasi yang pintar
dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi. Tambahan
pula, sebagai ibu bapa yang tahu penggunaan internet, mereka tidak perlu
risau kerana mereka boleh mengesan aktiviti Internet anak-anak dengan
memantau bahagian “history” atau sejarah penggunaan enjin carian sama
ada Google, Al-Tavista, Monzila Firefox, Yahoo atau MSN. Hanya dengan
cara ini ibu bapa akan tahu sama ada anak-anak mereka menggunakan
Internet untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya Jadi, sebagai ibu bapa,
mereka haruslah menyokong tindakan anak-anak dalam proses
meningkatkan IQ melalui penggunaan Internet dalam masa yang sama ibu
bapa juga boleh memantau dan terlibat sama semasa aktiviti Internet anak-
anak.

Akhir sekali, ibu bapa mestilah memantau anak-anak semasa


menggunakan kemudahan Internet. Janganlah terlalu mempercayai anak-
anak kerana sikap tersebut akan membawa masalah kepada ibu bapa pada
masa akan datang. Hal ini boleh dilihat dalam filem Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee yang berjudul ‘Anakku Sazali’ yang berkisahkan seorang bapa yang
terlalu mempercayai anaknya sehingga anaknya sanggup menipu dirinya.
Pemantauan terhadap penggunaan Internet oleh anak-anak mungkin sukar
dilakukan kerana pada masa kini anak-anak telah mempunyai gajet
peribadi seperti telefon pintar dan komputer riba. Namun, sebagai ibu bapa
berminda kelas pertama dan arif berkaitan kemahiran Internet dan
bertanggungjawab, mereka mampu mengesan penyalahgunaan
Internet dalam kalangan anak-anak dengan memantau aktiviti
penggunaan Internet. Sebagaimana saya perkatakan sebelumnya iaitu ibu
bapa boleh melihat aktiviti internet anak-anak pada bahagian “history”
atau sejarah enjin carian Internet, bukan sahaja dalam masa sehari, malah
sepanjang masa. Tegasnya, ibu bapa mestilah memantau anak-anak semasa
menggunakan kemudahan Internet untuk kebaikan anak-anak, keluarga
dan bangsa.

Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa peranan ibu bapa dalam


mengawal penggunaan Internet amatlah penting. Selain daripada ibu bapa
dapat mengelakkan anak-anak daripada penjajahan minda, ibu bapa juga
dapat melahirkan anak-anak yang celik dalam penggunaan Internet.
Dengan adanya generasi yang bijak dalam penggunaan Internet, sudah
pasti negara kita akan bertambah maju setanding dengan negara-negara
lain. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan
peranan bagi melahirkan individu yang bijak, berakhlak serta dapat
memajukan bangsa, agama dan negara. Sebelum saya mengakhiri
penulisan ini, nasihat saya kepada ibu bapa yang bijak dan mahir dalam
penggunaan Internet, kebijaksanaan ibu bapa dalam aplkikasi Internet
mempunyai banyak kelebihan, ibarat anak seorang pelari pecut sedang
berada di garisan penamat dengan larian 50 km dan ibu bapa perlu berlari
lebih laju daripada pecutan anak mungkin 80 km. Barulah anak akan tahu
kehebatan seorang ayah kerana ayah borek anak rintik dan ayah suri
teladan bagi seorang anak.

Anda mungkin juga menyukai