Anda di halaman 1dari 8

Bila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya dengan

susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar.

Maksud obesiti di sini adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak
di dalam badan sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.

Hakikatnya, obesiti atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat
elakkan. Ianya berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit
malahan kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa
obesiti adalah salah satu penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh
dunia.
Situasi tentang obesiti di Malaysia pula agak menakutkan dan membimbangkan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 8.5 juta rakyat Malaysia
memiliki berat badan berlebihan manakala lebih kurang 4 juta orang pula
mengalami masalah berat badan melampau atau obes.

Makanan Manis Punca Obesiti


Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman
sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan berlebihan terutama
makanan manis.

Makanan yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras
gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula
diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.

Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan
menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk
meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti
yang membawa pelbagai penyakit.

Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori


Menjadi Lemak
Obesiti ada kaitan dengan nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan iaitu
kalori. Seorang lelaki yang aktif memerlukan sekurang-kurang 2500 kalori setiap
hari untuk kekal sihat dan cergas manakala seorang wanita memerlukan 2000
kalori setiap hari.

Nilai kalori ini boleh mempengaruhi berat badan seseorang. Jika anda mahu
menurunkan berat badan, kurangkan kalori makanan dan bersenam untuk
membakar kalori. Sekiranya mahu tambah berat badan, tambahkan kalori makanan
dan buat senaman berat.

Tetapi masalah berlaku apabila kebanyakan orang gemar makan berlebihan dan
jarang melakukan senaman. Tabiat ini akan menyebabkan badan cepat naik dan
boleh menjadi obesiti sekiranya tidak dibendung.

Orang yang ada berat berlebihan ini memang suka makan walaupun perut tidak
lapar. Mereka juga pasif dan sanggup duduk berjam-jam tanpa melakukan kerja-
kerja berat. Akhirnya, kalori di dalam makanan yang tidak digunakan ditukarkan
kepada lemak dan disimpan di bahagian-bahagian badan seperti perut, pinggang
dan lengan.

Gemuk Berlebihan Sebab Genetik?


Ramai menganggap tiada gunanya menurunkan berat badan hanya kerana percaya
“ini penyakit keturunan” atau “dah memang genetik aku.”

Sebenarnya ia tidak benar. Walaupun ada kes-kes tertentu yang mendorong


seseorang mengalami obesiti disebabkan genetik seperti sindrom Prader-Willi,
namun tidak ada sebab untuk menyalahkan sejarah ahli keluarga yang ada badan
gemuk berlebihan.
Anda mungkin mewarisi tabiat makan berlebihan daripada ibu atau ayah anda dan
ini menyebabkan anda obes tapi ianya boleh diubah.

Kebanyakan punca obesiti adalah kerana faktor luaran seperti pemakanan yang
tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.

Obesiti tidak berlaku dalam sehari dua. Ia berlaku sedikit demi sedikit akibat
pemilihan makanan yang kurang berzat dan gaya hidup yang tidak sihat.

Sebab-Sebab Kesihatan
Dalam kes-kes tertentu, berat badan seseorang boleh naik mendadak disebabkan
faktor kesihatan atau penyakit yang tiada kaitan dengan pemakanan. Di antara
contoh penyakit adalah:
– Hypothyroidism – keadaan di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon
tiroid yang secukupnya.

– Sindrom Cushing – sindrom yang menyebabkan penghasilan hormon steroid


yang melampau.

Walaubagaimanapun, kedua-dua penyakit di atas dapat dirawat dengan baik dan


pesakit dapat menurunkan berat badan setelah menjalani rawatan.

Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mempengaruhi obesiti. Ubat-ubatan seperti


ubat anti kemurungan dan pil perancang boleh menyebabkan kegemukan. Ini
mungkin berpunca daripada kesan tindak balas daripada pengambilan ubat-ubatan
tersebut.

Kesan Obesiti Kepada Pesakit


Aspek kesihatan disebabkan obesiti adalah kesan yang paling ketara kerana lebihan
lemak di dalam badan pesakit.

Orang yang obes akan mudah menghidap serangan jantung enam kali lebih tinggi
berbanding orang yang kurus. Kajian pada tahun 2007 yang diterbitkan di dalam
Archives of Internal Medicine mendapati orang yang ada berat badan berlebihan
berisiko menghidap penyakit jantung sebanyak 32% manakala peratus mendapat
sakit jantung bagi orang yang mengalami obesiti adalah 81%.

Kebarangkalian untuk mendapat penyakit angin ahmar juga tinggi bagi penghidap
obesiti. Laporan pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam jurnal Stroke
mendedahkan bahawa peratusan bagi orang yang obes untuk menghidap angin
ahmar meningkat sebanyak 64%.

Masalah kencing manis sememangnya berkait rapat dengan obesiti. Hampir 90%
orang yang obes akan menghidap diabetes jenis 2 yang sememangnya mengancam
nyawa. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan
buah pinggang, mata boleh menjadi buta dan kudung kedua-dua belah kaki.
Menurut pakar, obesiti menjadi punca penyakit kanser hingga menyebabkan
kematian. Kajian daripada American Cancer Society yang diterbitkan di dalam
jurnal The New England Journal of Medicine mendapati 14% kes kematian pesakit
kanser lelaki dan 20% kes kematian pesakit kanser wanita adalah disebabkan oleh
obesiti.

Obesiti juga mempengaruhi kesihatan mental pesakit terutamanya yang berkaitan


dengan kemurungan. Kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam Archives
of General Psychiatry mendapati risiko orang yang mengalami obesiti untuk
menghidap kemurungan berbanding orang yang memiliki berat normal adalah
sebanyak 55%. Faktor keyakinan diri yang rendah dan stigma masyarakat terhadap
orang gemuk juga boleh mencetuskan kemurungan.

Cara Mengatasi Obesiti


Obesiti dapat diatasi menerusi rawatan dan juga intervensi kepada pesakit.

Menurut pakar, pesakit obesiti dapat mengurangkan berat badan dengan


melakukan aktiviti senaman, menukar menu makanan daripada kurang sihat
kepada sihat dan memperbaiki tingkah laku terhadap makanan. Sebahagian pesakit
perlu mengambil ubat-ubatan manakala ada juga yang perlu menjalani surgeri.

Ubah Diet Untuk Lawan Obesiti – Doktor menyarankan pesakit obesiti untuk
mengurangkan jumlah kalori makanan harian dan melebihkan makan buah-buahan,
sayur-sayuran dan bijirin penuh.

Antara buah buahan yang dapat membantu dalam mengawal obesiti adalah buah
delima dan buah teen. Disamping itu, gunakan minyak zaitun dalam penyediaan
makanan harian.
Walaupun diet makanan telah berubah, namun pesakit perlu mempelbagaikan
makanan untuk mengelakkan kebosanan. Pengambilan gula, karbohidrat dan lemak
tak sihat perlu dikurangkan dengan segera.

Pesakit yang kurang bermotivasi untuk mengubah diet perlu mendapatkan khidmat
doktor, pakar pemakanan atau menjalani program kurus badan yang diperakui.
Ini kerana kaedah diet tanpa pengawalan dan ikut suka-suka akan menyebabkan
beberapa masalah lain seperti:

– Pesakit akan membahayakan kesihatan mereka

– Pesakit mungkin akan mengalami kemerosotan vitamin di dalam badan

– Pesakit mungkin akan berhenti buat diet sekiranya berat badan masih belum
turun

Oleh itu, mereka yang sememangnya obes atau memiliki berat badan yang
melampau perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.

Lakukan Aktiviti Fizikal


Formula untuk mengurangkan berat badan adalah mudah; lebih banyak anda
bergerak, lebih banyak kalori dibakar dan lebih cepat untuk kurus. Untuk
menghilangkan 1 kilogram lemak, anda perlu membakar 7,700 kalori dengan
bersenam. Untuk permulaan, orang yang obes boleh berjalan perlahan-lahan untuk
meningkatkan aktiviti fizikal harian. Gabungkan aktiviti fizikal dengan diet yang
betul akan meningkatkan peluang untuk kurus secara berkesan.
Cuba lakukan apa-apa aktiviti yang boleh membuatkan anda bergerak. Sekiranya
anda kerap menaiki lif ke tempat kerja, apa kata cuba menaiki tangga untuk sampai
ke pejabat. Parkir kereta jauh sedikit supaya anda boleh kerap berjalan.

Jika anda pergi ke kedai dan jaraknya adalah dekat, cuba berjalan kaki dan
tinggalkan kereta di rumah. Biasakan diri untuk bergerak lebih banyak supaya
lebih banyak kalori dapat dibakar.

Pesakit obes yang kritikal, tidak cergas dan ada masalah kesihatan perlu
mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa
kegiatan fizikal.

Pengambilan Ubat-ubatan Untuk Mengatasi


Obesiti
Ubat-ubatan hospital adalah langkah terakhir untuk merawat obesiti.

Sekiranya pesakit mendapati dirinya amat sukar untuk mengurangkan berat badan
dengan senaman dan diet sihat atau paras obesiti paras adalah kritikal dan boleh
mengancam nyawanya, pesakit itu perlu mengambil ubat-ubatan khas.

Terdapat beberapa kriteria lain yang perlu diperhalusi sebelum doktor


mengeluarkan perskripsi ubat kepada pesakit obesiti:

– Kesemua kaedah untuk mengurangkan berat badan adalah gagal sepenuhnya

– Pesakit menghidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung

– Pesakit tidak mampu bergerak dan perlu bantuan orang

Satu daripada ubat yang disyorkan oleh pakar untuk merawat obesiti adalah
Xenical. Namun ubat-ubatan ini perlu diambil berterusan oleh pesakit. Sekiranya
berhenti makan atau terputus bekalan, terdapat kebarangkalian berat badan akan
naik semula.
Surgeri menurunkan berat badan
Obesiti dapat diatasi menerusi surgeri khusus yang dikenali sebagai Bariatric
Surgery. Ia dilakukan khusus untuk pesakit obes kritikal di mana sebahagian perut
atau usus kecil pesakit dikeluarkan. Selepas tamat rawatan, berat badan pesakit
akan menurun.
Secara ringkasnya, Bariatric Surgery mengubah keadaan perut atau usus kecil
supaya pesakit tidak dapat makan banyak. Ini membantu mengurangkan kalori
makanan yang diambil, seterusnya membantu mengurangkan berat badan.

Menurut American Society for Bariatric and Metabolic Surgery, Bariatric Surgery
dapat merawat penyakit yang berkaitan dengan obesiti seperti kencing manis, sakit
jantung, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Membudayakan amalan sihat
Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Mungkin itu adalah pernyataan
yang sesuai untuk mengurangkan masalah obesiti yang berleluasa di kalangan
masyarakat hari ini.

Kelimpahan makanan yang beraneka jenis dan budaya makan rakyat Malaysia
sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup kita. Fenomena restoran hipster dan
‘food truck’ menjadikan tabiat makanan kita berubah dengan kemudahan
menikmati pelbagai juadah yang menyelerakan tanpa halangan.

Walaupun banyak program dan kempen kesihatan yang dijalankan oleh pihak
kerajaan, namun kesedaran untuk membudayakan amalan sihat hanya bermula di
peringkat individu itu sendiri. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil
untuk mencegah obesiti daripada melarat dan individu itu berhak mendapatkan apa
yang terbaik untuk kesihatan dirinya.

Anda mungkin juga menyukai