Anda di halaman 1dari 18

 

KARANGAN : KEMAHIRAN-KEMAHIRAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI


CABARAN ERA GLOBALISASI

Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir kepada


kebanyakan pelajar. Sama ada pada peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka mula
mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun,
dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum
tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya,
individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti
dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Oleh hal yang demikian,
seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkap dirinya dengan pelbagai kemahiran yang
diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan.

Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran berkomunikasi.


Kemahiran berkomunikasi ialah kebolehan istimewa yang menggabungkan kecekapan
seperti petah berbicara, matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta berani lagi
yakin apabila berhadapan dengan pelbagai peringkat klien. Hal tersebut amatlah penting
memandangkan dunia terbuka pada hari ini memerlukan seseorang itu berkebolehan
untuk mengeluarkan hujah yang bernas serta pendapat yang matang. Kebolehan dalam
berkomunikasi juga memberikan ruang kepada individu tersebut memperluas rangkaian
klien dan tetamu. Melalui interaksi yang baik pada pelbagai peringkat pasti memberi
impak besar apabila pelbagai peluang kerjaya mudah diperoleh. Pada peringkat nasional,
tokoh-tokoh istimewa seperti Dato Dr. Fadhillah Kamsah, Mahathir Lokman, Dr Fatimah Al
Zahra serta ramai lagi telah berjaya membina kerjaya yang lumayan hasil kebijaksanaan
berkomunikasi yang dimiliki oleh mereka. Demikianlah yang dimaksudkan oleh
peribahasa, budi menunjukkan hati, bahasa menunjukkan bangsa.

Di Malaysia, bahasa-bahasa utama seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Arab,


Perancis dan Jepun mula mendapat tempat di hati masyarakat. Signifikan menguasai
pelbagai bahasa memang tidak dapat dielakkan lagi dalam era globalisasi tanpa sempadan
seperti sekarang. Keupayaan seseorang menguasai pelbagai bahasa memberikan ruang
yang luas untuknya menjalinkan jaringan komunikasi dan seterusnya menghidu pelbagai
peluang kerjaya. Dalam konteks negara perindustrian seperti Malaysia, keupayaan
menguasai pelbagai bahasa menjadikan bonus seseorang itu menjawat pelbagai jawatan
penting seperti penterjemah, pegawai perhubungan awam, agen perdagangan
antarabangsa dan pegawai utama di mana-mana kedutaan. Dengan hal yang demikian,
seyogialah rakyat negara ini mengambil peluang mempelajari pelbagai bahasa agar
peluang kerjaya yang terbuka menjadi milik kita. Tanpa penguasaan bahasa yang sesuai
dengan tuntutan globalisasi, nescaya kita akan terus tertinggal dan terperap bagaikan
katak di bawah tempurung. Oleh itu, atas dasar tuntutan globalisasi dan massa kita
hendaklah mampu menguasai kemahiran pelbagai bahasa.

Pembawaan dengan sifat sederhana, kemas dan berperawakan yang yakin adalah antara
faktor seseorang itu mudah diterima dalam mana-mana agensi atau organisasi. Demikian
pula apabila dalam alam pekerjaan, kebolehan menyesuaikan diri dalam khalayak
menjadi sumber terpenting untuk seseorang itu berjaya. Sewajarnya, sebelum melangkah
ke alam kerjaya, pastikan diri kita memperloleh suatu kemahiran yang paling penting,
iaitu kemahiran membuat penampilan diri. Penampilan diri adalah berhubung kait dengan
cara berpakaian, gaya bertutur dan bijak menyesuaikan diri dalam pebagai lantai
khalayak.  Kemahiran ini perlu dipelajari semasa pelajar masih pada peringkat sekolah dan
lebih-lebih lagi di institusi pengajian tinggi. Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum
dan koakademik  membolehkan individu belajar  cara-cara bergaul, kebolehan membuat
keputusan  dan sentiasa mesra khalayak. Oleh sebab itu, remaja hendaklah tampil dengan
perawakan yang baik, berfikiran positif dan menjauhi sikap menyendiri ibarat kera
sumbang.

Kemahiran teknologi adalah antara cabaran terbesar yang mesti dikuasai oleh setiap
remaja. Pada hari ini dianggarkan lebih 200 ribu graduan yang menganggur akibat
kesukaran untuk memasuki pasaran kerja. Namun demikian, rata-rata graduan yang
memiliki ijazah dalam bidang teknologi seperti kejuruteraan, elektronik dan perniagaan 
sangat mudah diterima oleh majikan. Oleh itu, bagi memenuhi pasaran kerja  yang
mementingkan bidang kepakaran dan kemahiran, para remaja hendaklah tahu akan
potensi diri masing-masing  dan memilih mana-mana bidang yang berkaitan dengan
teknologi. Kemahiran seperti pengendalian mesin, arka dan reka bentuk membolehkan
graduan dalam bidang ini amat laris bagaikan pisang goreng panas. Selaras dengan
matlamat tersebut pelbagai institusi kemahiran seperti Politeknik, Pusat Latihan Industri
dan IPT yang berorientasi teknologi tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ayuh, remaja
sekalian, apa lagi yang ditunggu? Perahu sudah di air, pendayung di dalam genggaman
harungilah samudera nan terbuka.

Dalam dunia yang semakin dikuasai oleh pengaturcaraan maklumat, kemahiran dalam


bidang ICTsentiasa memberikan kelebihan kepada individu. Pada hari ini semua urusan
yang bermula dari kaunter hadapan hinggalah kepada membuat keputusan yang paling
dasar bergantung penuh kepada akses komputer.  Golongan remaja kini mesti celik
komputer dan mempunyai pengetahuan secara profesional dalam bidang
pengaturcaraan,  ‘programming’ dan perisian. Golongan  remaja hendaklah memiliki
sekurang-kurangnya kemahiran asas komputer seperti ‘Office’, ‘Powerpoint’,  ‘Excel’,
‘Adobe’ dan boleh melayari Internet. Malahan,  seperkara yang amat penting juga,
kebolehan berbahasa Inggeris juga amat penting dalam menguasai teknologi maklumat
ini. Oleh hal yang  demikian, bersedialah dari awal agar anda menjadi anak muda yang
lengkap dengan pengetahuan sebelum turun ke pentas kerjaya, sejajar dengan
peribahasa, hilang dicari, terapung direnangi, tenggelam diselami.

Pada hakikatnya, seperti yang dikatakan  oleh orang-orang lama, anak-anak muda
mestilah boleh ditolak ke tepi mahupun ketengah, bak kata peribahasa ‘benih yang baik
jatuh ke laut menjadi pulau, naik ke darat menggunung sasa dan terlontar ke udara
menyinar bak kejora’. Begitulah hakikatnya, anak muda pascamilenium datangnya
dinantii, perginya dicari dan hilangnya diratapi.

     Antara persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan adalah berkaitan dengan


kelayakan akademik yang sesuai dengan pengkhususan pekerjaan. Hal ini kerana, jika
seseorang individu ingin meneceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan sudah
tentu pihak majikan akan meneliti tentang kemahiran atau kebolehan yang setaraf
dengan sektor atau jabatan yang dapat dijawat melalui kelayakan akademiknya. Sebagai
contoh, individu yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang perubatan
kebiasaannya akan menceburkan diri dalam bidang sama atau berkaitan dengan
pengkhususan kemahiran seperti ahli farmasi, doktor pakar, jururawat, pakar bedan dan
sebagainya. Kesannya, seseorang individu dapat menumpukan perhatian ketika di
bangku sekolah terhadap bidang yang berkaitan dengan pengkhususan pekerjaan yang
sesuai dengan cita-citanya agar dapat mengelakkan pengangguran akibat tidak
memenuhi kriteria yang sepatutnya ada apabila berkhidmat di bawah sesebuah agensi
sama ada kerajaan mahupun swasta. Justeru, jelaslah bahawa kelayakan akademik amat
penting bagi seseorang membuat persediaan menempuh alam pekerjaan.
Peranan ibu bapa membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada
pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap
anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti
berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya
cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa
untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam
situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap
saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan
keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian
kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti
pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh
mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam
mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap “rumahku syurgaku”.
Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran
kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa
bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria
sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-
anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang
besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja
mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini
kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan
perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng
sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat
untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan
sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada
setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan
terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan
dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam
pelajaran.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan
moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa
mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan
perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih
bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan
menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu
anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa
perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar
supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi
dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh
teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan
pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta
menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji
pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk
kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke
pameran buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak
langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan
persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan
mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka
sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan
pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak
sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi
masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani
masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh
rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang
masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah
bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah
mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak
akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang
memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya
mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat
tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain
agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa
hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur.
Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti
sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga
sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan
masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.
Sektor pertanian merupakan nadi terpenting dalam membangunkan ekonomi
negara. Berikan saranan anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh
pelbagai pihak untuk merancakkan industri pertanian negara ini.

Apabila direnungkan kembali kepada sejarah silam, negara bangsa yang bangun di wilayah
Nusantara secara keseluruhannya berasaskan komuniti pertanian. Oleh hal yang demikian,
sektor pertanian menjadi nadi dan jantung kepada masyarakat awal bukan sahaja di wilayah
Nusantara malah di mana-mana peradaban manusia terbentuk. Antara masyarakat maritim
dengan agraria, masing-masing saling memerlukan. Walau bagaimanapun setelah berlaku
revolusi dan penjanaan mental, manusia mula mengembangkan sayap kegiatan ekonomi dengan
memasuki sektor industri. Kerencaman pelbagai strata hidup akhirnya membentuk suatu pola
baru, iaitu masyarakat multiekonomi. Akhirnya, bidang pertanian telah ditinggalkan dan
menjadi aktiviti sara diri terutama di wilayah yang tidak menerima pengaruh Revolusi Industri
dari Barat sahaja.

Kini, setelah memasuki abad ke-21, Malaysia yang suatu ketika dahulu dikenal sebagai negara
ekonomi tani konservatif mula mengorak langkah untuk menjadikan sektor pertanian sebagai
sinergi atau enjin kedua untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Usaha tersebut
selaras dengan dasar kepemimpinan baru yang ditunjangi oleh Perdana Menteri Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Sesungguhnya, gagasan dan wawasan kerajaan itu amatlah relevan
pada masanya setelah negara terpaksa berbelanja melebihi RM15 bilion setahun untuk
mengimport barangan makanan. Walau bagaimanapun, sebelum sektor ekonomi tradisional ini
dapat dilonjakkan semula ke taraf industri, banyak kerja yang harus dilaksanakan. Tidak
dinafikan sektor ini boleh mencapai kualiti industri, namun usaha bersepadu semua pihak
hendaklah digemblengkan lebih dahulu.

Peranan terpenting ialah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan sendiri. Kerajaan
hendaklah mempunyai polisi yang jelas dengan menggubal dasar pertanian negara. Dasar
tersebut yang memberikan tumpuan khusus terhadap usaha membangunkan potensi pertanian
hendaklah mendapat suntikan daripada dasar Tanah Negara yang lebih kondusif ke arah
memajukan sektor pertanian. Langkah tersebut amatlah mustahak agar tanah-tanah milik
kerajaan negeri dan swasta dapat dibangunkan untuk projek-projek pertanian berskala besar.
Penjenamaan semula Kementerian Pertanian dengan imej baru, iaitu Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited untuk memajukan sektor
pertanian. Selain penjenamaan semula, kementerian tersebut telah diletakkan di bawah jagaan
menteri senior lagi berpengalaman, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kini setelah empat tahun,
sektor pertanian kembali mendapat nafas baru dengan pelbagai insentif dan projek pertanian
berskala besar mula beroperasi.

Setelah terperap lama di dalam kepompong budaya jumud yang meletakkan petani sebagai entiti
masyarakat yang tidak berdaya saing dan tidak produktif, program motivasi dan kursus
pertanian untuk petani-petani hendaklah digemblengkan. Para petani hendaklah diberitahu dan
dimotivasikan bahawa rakan-rakan mereka seperti di Thailand dan di negara-negara maju telah
lama menjadi kaya-raya hasil pendapatan daripada bidang pertanian. Oleh itu, kursus-kursus
yang berasaskan motivasi dan teknik memodenkan pertanian dan pengurusan ladang hendaklah
dijalankan dengan lebih agresif oleh agensi kerajaan dan pihak swasta. Para petani yang sudah
pasif dengan cara hidup tradisional perlu didedahkan dengan suatu gaya hidup baru. Mereka
hendaklah dibawa melawat ke ladang-ladang pertanian di negara-negara maju untuk membuka
minda. Selain itu, barangkali kita sudah lupa dan terbawa-bawa dengan sikap berat sebelah
dengan hanya mengagung-agungkan golongan birokrat, teknokrat, dan korporat dalam
memberikan apa-apa anugerah bertaraf negara. Dalam hal ini, golongan tani yang telah sekian
lama bergelumang dengan peluh dan lumpur hendaklah diberi pengiktirafan dan anugerah
bertaraf negara juga.

Selain mengubah pandangan golongan tani, usaha positif untuk memberikan nafas baru kepada
bidang ini hendaklah dilakukan dengan cara merancang program pemasaran yang lebih intensif
dan 
efektif. Dalam dunia global kini, pemikiran bekerja secara secukup hidup hendaklah ditukar
kepada kegiatan komersial yang lebih menguntungkan. Dengan cara ini, barulah paradigma
mentaliti golongan tani dapat diubah kepada bertani untuk tujuan eksport. Sebelum operasi
eksport dapat dijalankan, justeru usaha mempertingkatkan kualiti produk perlu diutamakan.
Semua pihak terutamanya agensi pertanian hendaklah meneruskan aktiviti R&D (penyelidikan
dan pembangunan) agar hasil keluaran pertanian negara mencapai kualiti yang ditetapkan oleh
agensi pertanian antarabangsa. Usaha pelabelan “Malaysia Best” adalah sebahagian daripada
usaha memberikan jaminan kualiti kepada hasil keluaran pertanian negara. Langkah ini sudah
pasti memberikan nafas baru kepada program pemasaran petani negara agar produk mereka
dapat dipasarkan ke pasaran global dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Generasi muda adalah tenaga penggerak utama industri pertanian negara. Golongan ini haruslah
direvolusikan minda mereka agar dapat melihat bahawa pertanian adalah sektor yang dapat
mengangkat martabat mereka menjadi korporat muda. Seperti yang telah dinyatakan sebelum
ini, kurangnya minat menceburi bidang pertanian khususnya dalam kalangan golongan muda
amat berkait rapat dengan trend masyarakat kini yang sudah banyak beralih daripada ekonomi
agraria kepada bidang perindustrian. Sikap masyarakat yang memandang tinggi terhadap kerja-
kerja pejabat dan bidang kerja yang lebih profesional telah jauh meninggalkan minat untuk
berselimut dengan lumpur dan bermandi peluh. Peralihan status tersebut menyebabkan bidang
pertanian dianggap sebagai aktiviti kuno dan hanya layak diusahakan oleh golongan yang tidak
berilmu dan golongan daif yang tinggal di hujung-hujung kampung. Oleh itu, suatu revolusi
mental untuk menganjak paradigma remaja untuk menceburi sektor pertanian hendaklah
bermula dari peringkat sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi.

Bak kata pujangga Aminuddin Baki, “Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”.
Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak
diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah corak
hidup termasuklah segelintir golongan tani yang masih berfikiran jumud. Sesungguhnya, sektor
pertanian menjanjikan harapan yang cerah untuk menjanakan semula ekonomi negara yang
selama ini terlalu bergantung pada industri pembuatan dan petroleum.

Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De
Langkawi, Sukan Komenwell dan sebagainya. Pecapaian Malaysia sebagai penganjur tidak dapat
dinafikan kehebatannya. Walaupun begitu, pencapaian Malaysia sebagai peserta amatlah
mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah dilakukan untuk memajukan sukan
negara.

     Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa depan
kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa depan mereka.
Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu, elaun dan pencen
harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili Malaysia, tidak kira sama ada atlet
tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga
kebajikan atlet Malaysia.

     Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet,
pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak-kanak. Sekolah sukan haruslah dibina di setiap
daerah atau disetiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari peringkat sekolah rendah. Di
sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. Segala ilmu seperti teknik pernafasan yang
betul diajar selain teknik menguasai permainan sukan yang dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam
silibus dan diuji, sama seperti ujian bagi mata pelajaran lain.Oleh itu, pelajar tersebut akan
memandang serius dalam subjek tersebut.

     Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti kesukanan
haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai ganjaran. Selain itu,
perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat sekolah haruslah ditingkatkan
untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar yang seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia
ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan dan peruntukan untuk membeli peralatan sukan
haruslah disediakan selain galakan daripada pihak guru dan ibu bapa. 

     Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara kita.
Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan negara. Semua
pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan kepada anak-anak yang
berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.

Sumber: Karangan-Bahasa-Melayu 

Karangan 2.

     Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan
yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan
pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai
teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada
pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak.

      Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap
sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus
dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik
dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh
itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang
mengutamakan sukan di peringkat global.

      Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di
dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan
atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha
mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada
golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima
ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap
pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara.

      Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan
kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara
sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini
menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di
negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya,
pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa.

      Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini.
Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-
ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita
lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan
pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di negara ini,
semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.

      Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari
negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang
berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan
pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat
program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk
merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik
terhadap mutu sukan kita.

      Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan
sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu
sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi alasan yang diberikan
setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita
banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

Sumber: norazmanmahat.blogspot.com

Karangan 3.

Sebagai wartawan sebuah majalahsukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang
bertajuk“Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Langkah-langkah MeningkatkanMutu Sukan Negara


Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah

     Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia
(AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini,
seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi
mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya.
Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau
mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat
sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga
mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada
peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan
menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

     Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa
induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-
persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton
Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan
persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik
mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan
atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan
memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan
hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin
politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya
ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini
dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar
belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata
pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.

     Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru
dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada
peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan
peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara
ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program
pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan,
psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina
Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika
bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet.
Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak,
dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan
negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak
menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk
sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena
badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun
kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-
galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha.
Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat
dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

     Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa
secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan
persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola
sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang
saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang
kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai
kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai
hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan
beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada
penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan
bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti
melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada
dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.
     Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan
kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar
dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia
telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar
dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan
diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga
bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak
muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak PialaDunia 2014 akan menjadi kenyataan.
Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita
untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”

Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. 


Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam
memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.
Semua orang mempunyai satu hasrat yang sama iaitu mereka berharap kehidupan mereka
sentiasa selamat dan selesa. Sebaliknya, setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang
tersendiri dan berlainan antara satu sama lain. Dengan mepunyai impian dan cita-cita,
kehidupan seseorang akan menjadi lebih menarik. Hal ini demikian, seseorang akan meletakkan
impian dan cita-cita sebagai salah satu matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat
dalam hidupnya akan berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa memajukan diri dalam semua
aspek bagi memastikan diri mereka mencapai matlamat mereka dan seterusnya memperoleh
kejayaan dalam kehidupan. Pendek kata, kejayaan hidup berasas dan bermula daripada impian
dan cita-cita seseorang. Oleh itu, saya sebagai seorang remaja juga mempunyai impian dan cita-
cita saya iaitu saya ingin menjadi seorang dokor pada masa hadapan. Saya menjadikan ini
sebagai matlamat hidup yang mesti saya capai. Justeru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh
untuk memastikan impian saya menjadi kenyataan. Persoalannya, sebagai seorang remaja yang
berwawasan, apakah usaha-usaha yang akan saya lakukan dalam memastikan impian saya untuk
menjadi seorang doktor menjadi kenyataan?
Usaha yang paling utama yang akan saya lakukan ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Saya akan menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar. Saya akan memberanikan diri
untuk bertanya tentang topik-topik yang difahami tanpa sebarang perasaan malu dan takut. Saya
juga akan menghadiri kelas tuisyen dan sentiasa membuat ulang kaji untuk memastikan diri saya
tidak ketinggalan dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Sains. Saya akan sentiasa berusaha
untuk membolehkan diri saya meraih kejayaan dan kegembiraan setiap kali keputusan
peperiksaan diumumkan. Oleh itu, saya akan membuat persediaan yang rapi sebelum
menduduki peperiksaan agar saya dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang kerana di
mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Apa yang paling penting ialah saya tidak akan berasa
menyesal semasa berada di dewan peperiksaan. Saya juga sedar bahawa kos pembelajaran di
university amat tinggi dan untuk tidak membebankan kedua-dua ibu bapa saya yang usianya
telah lanjut, saya belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dan seterusnya berpeluang untuk mendapatkan biasiswa. Dengan bantuan daripada
kerajaan,saya akan dapat menempatkan diri di university sains tempatan yang terkenal dalam
jurusan perubatan.Keadaan ini membolehkan saya membuka langkah yang pertama ke arah
pencapaian matlamat hidup saya. Tegasnya, saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk
membolehkan diri saya melanjutkan pelajaran dalam jurusan pilihan saya di menara gading
kelak.
Selain itu, saya juga akan sentiasa bersifat sabar,tabah dan tidak mudah berputus asadalam
menghadapi cabaran dalam hidup khususnya dalam pembelajaran. Saya tidak akan cepat
mengalah. Misalnya, saya tidak akan berputus asa walaupun saya telah mengalami kegagalan
secara berturut-turut. Sebaliknya, saya akan tabahkan diri dan menerima kegagalan tersebut
kerana dengan ini baru saya dapat belajar dari kegagalan supaya diri saya tidak akan
mengulanginya lagi. Hal ini demikian kerana saya sedar bahawa sekiranya hanya ada
kegembiraan dan kejayaan hidup, seseorang itu tidak mungkin akan dapat memahami kesusahan
untuk mencapai sesuatu dalam erti kata yang sebenarnya. Saya sedar akan kegagalan saya
merupakan ujian yang diberikan oleh Tuhan untuk menguji keikhlasan saya serta untuk
menjadikan diri saya lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk menempuh persaingan di
bidang pekerjaan yang bakal akan saya ceburi. Sejak kecil lagi, saya telah difahamkan oleh
kegagalan yang dialami merupakan ibu serta punca kepada kejayaaan seseorang. Saya percaya
bahawa kegagalan yang dialami hanya untuk sementara waktu dan kejayaan akan dating kepada
saya sekiranya saya sentiasa sabar dan bersikap opstimitik dalam halangan dan caran yang
dihadapi. Jelasnya, saya perlu sabar dan tabah dalam menghadapi halangan matlamat hidup
saya bagi memastikan impian saya untuk mrnjadi seorang doktor akan menjadi kenyataan.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai keinginan
untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya
tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala
social yang negatif. Saya akan membezakan kaca dengan permata dan sentisasa memikirkan
akan masa depan saya serta matlamat hidup saya. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang
mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapatserta ilmu dengan
mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan saya
berbincang serta lebih memahami topik-topik yang telah diajar oleh guru. Secara tidak langsung,
pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk
ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan
dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat
untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari
kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan
sesuatu soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak
berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan
dapat membantu saya untuk membangkitkan diri saya semula dengan memberi dorongan dan
nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruh saya melibatkan diri diri dengan
gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan tekanan jiwa dan stress. Maklumlah, seseorang
akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada dalam ambang kegagalan dan
kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya
tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
Seterusnya, saya akan menghadiri seminar dan mengkaji tentang cita-cita pekerjaan saya. Saya
akan mula merancang masa depan saya dan sentiasa berfikiran matang. Saya akan membuat
penyelidikan tentang pekerjaan seorang doktor dan sentiasa mendedahkan diri tentanginformasi
perubatan terkini. Hal ini amat penting supaya saya dapat melengkapkan dan mendedahkan diri
saya dengan asas pengetahuan yang diperlukan dalam bidang perubatan. Melalui seminar dan
kursus-kursus yang dihadiri, saya akan lebih memahami kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh
seorang doktor. Keadaan ini amat penting supaya suppaya saya tidak akan menyesal dan berasa
bosan dengan pekerjaan doktor sekiranya saya benar-benar mencapai cita-cita saya. Oleh itu,
dengan menghadiri seminar, saya akan dapat memastikan diri saya adakah saya betul-betul
mempunyai minat untuk menjadi seorang doktor. Saya juga tidak ingin memaksa diri saya untuk
membuat sesuatu yang tidak disukai yang akhirnya akan menyebabkan profesion saya sebagai
seorang doktor tidak terserlah.Saya tidak ingin menjalani kehidupan sedemikian dengan setiap
hari yang dilalui adalah pudar tanpa sebarang warna. Menghadiri seminar juga membolehkan
saya untuk mencari impian dan cita-cita yang lain sebelum terlambat sekiranya saya mendapati
perkerjaan doktor tidaksesuai dengan diri saya. Tegasnya, saya akan menghadiri seminar dan
kursus yang berkaitan dengan perubatan untuk menyediakan diri saya dalam mengejar impian
hidup saya.
Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kerana Tuhan hanya akan
menolong dan memberkat hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Saya akan sentiasa patuh
kepada arahan ibu bapa tanpa sebarang rungutan kerana saya sedar bahawa syurga terletak di
bawah tapak kaki ibu bapa. Saya juga sedar bahawa tanpa doa dan dorongan ibu bapa, betapa
tabah dan pandai saya pun, saya tidak mungkin akan mencapai impian serta kejayaan dalam
hidup saya. Ibu bapa merupakan insan yang lebih tua dan mereka terlebih dahulu makan garam
daripada saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya dan luas dalam masyarakat
dan luar dunia. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan menerima pandangan mereka agar diri
saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin mengakibatkan saya berasa menyesal
buat seumur hidup saya. Mereka merupakan punca tenaga dan dorongan saya untuk mengejar
impian dan cita-cita saya serta memperoleh kejayaan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya
tidak mungkin berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya. Tegasnya, saya akan
mematuhi arahan dan mendengar nasihat ibu bapa agar impian saya dapat dicapai dan yang
paling penting sekali ialah kisah Si Tanggang tidak akan berlaku ke atas diri saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mencapai impian dan
kejayaan dalam hidup, remaja perlu bertindak dari sekarang lagi. Remaja perlu fikir akan usaha-
usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan impian dan cita-cita mereka tercapai agar masa
depan remaja tidak akan pudar dan gelap tetapi terang dengan kejayaan. Manusia memang tidak
dapat menjangka dan melihat masa depan, tetapi manusia boleh meramal masa depan mereka
dengan merancang masa depan mereka. Kita harus member peluang kepada diri kita untuk
menjadikan impian dan cita-cita hidup serta kejayaan menjadi kenyataan dan bukannya hanya
mimpi sahaja dengan mengambil pelbagai usaha. Sesungguhnya,kejayaan seseorang bermula
daripada impian dan cita-cita.

Kita semua mempunyai cita2 dan angan2. Manusia mana yang tiada cita2.
Ada juga manusia yang hidupnya hanya makan dan minum tanpa sebarang
cita2. Mereka ini biasanya tiada hala tuju. Hidup mereka hanya sekadar
memperlengkapkan keperluan hidup. Manusia yang mempunnyai cita2
biasanya ada wawasan, mereka mempunyai hala tuju. Manusia ini biasanya
lebih baik berbanding manusia yang tiada cita2. Namun, walaupun niat yang
baik, jangan disangka tiada ujian. Setiap manusia akan diuji, samaada
mereka yg sakit, yg sihat, yg kaya, setiap keadaan manusia sebenarnya diuji
setiap saat. Namun ramai antara kita tidak sedar bentuk ujian tersebut,
kerana jarang antara kita mengupas sedikit sebanyak ujian yang melanda
bagi orang yg mempunyai cita2. Biasanya ujian yg sering diungkap adalah
ujian orang sakit, ujian org kaya. Cerita2 ujian ini biasanya banyak disebut
dalam cerita cerpen, cerita dalam majalah atau akhbar. Buka majalah, kita
akan didedahkan kisah2 seorang penghidap kanser yg terpaksa mengharungi
ujian kesakitan , penghidap kanser. Buka buku the necklace karangan Guy
de Maupassan sedikit sebanyak mengisahkan ujian kehidupan orang miskin
yang harus diharungi untuk membayar hutang. Bagaimana ujian2 yg
dihadapi oleh orang bercita2. Sedikit sebanyak isu ini jarang dibangkitkan,
sedangkan ramai orang yg bercita2, walaupun niat baik, namun mereka
terkandas dalam perangkap sehingga mereka menjadi insan yg banyak
melanggar perintah Allah. Sedikit sebanyak saya ingin mengupas isu2
berbangkit mengenai rintangan2 hidup orang yg bercita.

Terdapat sebuah kisah, seorang pemuda, merupakan pelajar perubatan. Dia


mempunyai cita2 yang besar. Dia bukan sahaja ingin menjadi seorang
doktor, malah bercita2 menjadi seorang ustaz, pendakwah, malah seorang
ahli pemikir serta ahli sains serta seorang pilantropist yg dapat berbakti
kepada masyarakat. Niatnya sangat murni, dia ingin membantu masyarakat
islam menjadi sebuah masyarakat yang unggul, kembali jalan islam. Namun
dalam mengejar cita2nya......dia bersikap terburu2. Dia berasa mudah
tertekan apabila ada sesuatu yg menghalangi dia untuk mencapai cita2 yang
dia mahu. Bila wujud sahaja halangan yg mencegah dia mencapai cita2nya
dia berasa tertekan, bersikap runsing, marah dan adakalanya hubungan dgn
kawannya menjadi renggang. Apabila kawannya mengajak pergi keluar
mencari makan, dia menolak ajakan tersebut kerana merasakan
membebankan. Bila azan berkemundang, dia tidak pergi solat jemaah kerana
merasakan pergi ke solat jemaah mungkin akan memakan masa yang
banyak

Dia bukanlah orang yg pemalas, tapi orang yg sangat rajin. Dia memang
bersungguh2 melatah ilmu yang ada. Walaupun dia seorang yang rajin,
namun disebabkan sikapnya yang terburu2 memburu kejayaan, sikapnya yg
tidak bersyukur akan apa anugerah yg Allah berikan, malah sikap yg kurang
berserah menyebabkan segala usahanya menjadi angin. Walaupun berjaya
menjadi seorang doktor, namun hakikatnya banyak ilmu2 asas perubatan
gagal diterapkan berbanding kawan2 yg lain. Malah, dia sebenarnya banyak
ketinggalan berbanding dengan doktor yg lain

Inilah contoh2 perangkap bagi orang yg bercita2. Mereka diuji samaada


mereka bersyukur pada apa yg telah Allah diberikan. Mungkin sahaja Allah
memberi dia sedikit ilmu, kerana dia ingin melihat apakah dia seorang yg
tahu bersyukur. Adakalanya Allah meletakkan halangan2 yang menghalang
dia mencapai cita, untuk melihat setakat mana dia bertawakal serta berserah
pada tuhannya. 

Kebanyakan kita, apabila ada sesuatu perkara yg menghalangi cita2, kita


merasa marah dan runsing, serta risau. Apabila muncul seruan azan, kita
hiraukan seruan tersebut kerana sibuk mengejar perkara2 yg dicitakan
kerana risau tiada masa untuk berjaya. Malah adakalanya,kita mengungakna
jalan yg salah, hanya sekadar ingin mencapai cita2 kita. Adakalanya kita
sanggup melukakan kawan kita, kita sanggup menipu, adakalanya kita
sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai cita2 yg ingin dikejarkan. 

Sewajarnya seorang muslim, untuk berjaya, untuk mencapai cita2 yang kita
idamkan. Terlebih dahulu, kita tidak boleh terburu2, kerana yg pertama, apa
yg dihajatkan kita adalah milik Allah. Apakah dianggap sopan, seorang
pekerja terburu2 nak dapatkan gaji daripada bossnya? Sebagai seorang
muslim, kita harus bersabar dalam mencapai kejayaan. Sudah pasti dlm
mencapai kejayaan, akan ada segala bentuk macam ujian2, dan kita harus
bersikap sabar serta banyak berserah dan bertawakal. Kita juga perlu
banyak bersyukur.....kerana sikap bersyukur mendatangkan lebih banyak
rezeki, sebaliknya sikap kurang bersyukur hanya menyempitkan rezeki,
malah membuatkan segala usaha2 kita boleh menjadi sia. Malah dlm usaha
mencapai cita yg dikehendaki, haruslah jalan yg digunakan haruslah
bertepatan dengan syariat, dgn harapan segala usaha kita ada berkatnya
dan usaha kita menjadi lebih berhasil. Apabila usaha kita tiada berkat, walau
bagaimana usaha yg banyak pun, usaha kita tetap akan menemui jalan
kebuntuan

Secara kesimpulannya, dalam mencapai cita2, kita haruslah, banyak


bersabar, bersyukur, bertawakal dan segala usaha perlu dipastikan
mengikkut syariat supaya ia menjadi berkat. Apabila salah satu unsur ini kita
gagal penuhi, usaha kita ke arah cita2 kita bukan sahaja akan gagal,
kalaupun kita berjaya pun, ia mungkin menimbulkan masalah yang baru.
Sebagai contoh.....adakalanya kita berjaya membeli kereta mercedes, tetapi
kerana usaha kita yg kurang berkat, kereta tersebut cepat rosak, atau
mungkin kereta tersebut mengalami kemalangan dan kita terpaksa
membayar ganti rugi

Amalan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu,  Hari Bapa dan hari lahir setiap
ahli keluarga semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dewasa
ini. Semakin banyak orang Melayu,  Cina,  India,  Punjabi,  Iban,  Kadzan, Murut dan
Malanau yang menyedari kepentingan Hari Ibu,  Hari Bapa atau hari lahir setiap ahli
keluarga. Memang banyak sebab hari-hari tersebut diraikan sama ada secara kecil-
kecilan atau secara sederhana atau secara besar-besaran.

     Petama-tama kepentingan Hari Ibu atau Hari Bapa diraikan ialah kita mahu
mengingati iltizam atau tanggungjawab ibu bapa kepada kita.  Pada
hari berkenaan sudah pasti akan kita insaf betapa besarnya tugas ibu bapa memelihara
kita sehingga menjadi manusia yang sempurna.  Berat sungguh penderitaan ibu semasa
hamil. Siang dan malam ibu berhati-hati,  berwaspada dalam apa juga kerja agar
kandungan sentiasa selamat.  Bapa pula bekerja keras mencari rezeki, membawa ibu ke
hospital dan akhirnya bersama-sama ibu menyambut orang baru dalam kehidupan
mereka.  Dengan adanya hari-hari tersebut barulah kita insaf bahawa ibu bapa
merupakan insan yang tidak wajar kitaderhakai, tidak wajar kita membelakangi arahan
atau nasihat mereka yang sentiasa  gigihdalam menghadapi kehidupan di dunia 
yang penuh dengan pancaroba ini.  Jangan sekali-kali kita menjadi manusia yang tidak
berhati perut dengan melupai jasa ibu bapa.  Dalam agama Islam, Buddha, Hindu atau
Kristian perbuatan menderhakai ibu bapa boleh mengakibatkan
mereka dihumban ke dalam neraka.  Menurut ajaran Islam,  seburuk-buruk sikap ibu
atau bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita.  Wajib kita sayang akan
merekasementelahan mereka masih hidup. Janganlah setelah kita kini cantik, kacak,
kaya, ada harta, ada pangkat maka kita menjadi kacang lupa akan kulit. Bukan itu
sahaja,  buka mata kita, pasang telinga kita bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu dan
bapa.

     Selanjutnya,  Hari Ibu atau Hari Bapa atau hari lahir adik, abang atau kakak
merupakan hari yang bertuah kerana pada hari ini kita dapat menyampaikan hadiah
yang istimewadengan tangan kita sendiri kepada pihak berkenaan.  Kita boleh
menghadiahi mereka pakaian, jam tangan, komputer riba,  telefon bimbit yang paling
canggih dan sebagainya.  Bukan itu sahaja,  kita boleh membawa ibu bapa atau ahli
keluarga yang diraikan menaiki kapal atau kapal terbang.   Dalam kalangan
orang berada dan berwang biasanya menghadiahkan kereta, rumah, tanah atau saham
kepada ibu bapa. Kedapatan pula anak-anak yang memberi hadiah sekuntum bunga
mawar kepada ibu atau bapa atau adik-beradik yang disayangi.  Paling kurang,  anak
akan menghadiahkan ciuman untuk ibu bapa atau orang yang disayangi. Perlu kita ingat
bahawa ibu bapa bukanlah menggilai hadiah yang mahal-mahal sebaliknya mereka lebih
bahagia andai kata anak-anak sihat, amatintim hubungan dengan ibu bapa, berjaya
dalam kehidupan,  itulah sebenarnya hadiah yang paling istimewa.

     Di samping itu, meraikan Hari Ibu atau hari Bapa elok kita adakan saban tahun
kerana pada hari tersebut kita boleh makan bersama-sama orang yang kita raikan. 
Jikalau semasa kita kecil dahulu, ibu bapa yang menyuapkan makanan dan minuman
kepada kita, kini peluang terbaik untuk kita melakukan perkara yang sama.  Kita boleh
membawa ibu bapa ke restoran yang paling mahal di Kuala Lumpur seperti Restoran
Kuala Lumpur Tower atau makan di hotel mewah atau gerai makan
yang paling lazat makanannya. Pada hemat saya paling menarik ialah kita memasak
sendiri makanan kegemaran ibu bapa kita dengan tangan kita sendiri, bahan-bahannya
dibeli dengan wang kita sendiri,   menghidangkan makanan dan minuman mereka di
rumah ibu bapa kita.

   Seperkara lagi, meraikan ibu dan bapa pada Hari Ibu atau Hari bapa memang wajar
kerana pada hari itulah kita mempunyai masa yang terluang untuk berinteraksi dengan
mereka.  Jikalau pada hari lain, kita atau ibu bapa asyik sibuk dengan urusan masing-
masing maka pada hari istimewa ini kita dapat berbual-bual seberapa lama yang kita
suka.  Kita boleh berbual-bual dengan mereka sambil bertanya kesihatan mereka, kita
boleh bertanya tentang cara mereka mendidik kita sampai kita berjaya menjadi doktor
atau jurutera.  Kita sepatutnya mahu tahu apakah formula yang digunakan oleh ibu yang
kerap kita dengar, seorang ibu mampu memelihara sepuluh anak tetapi sepuluh orang
anak belum tentu mampu membela seorang ibu?  Bukan setakat itu sahaja,  ada banyak
perkara yang wajar kita tanyai pada ibu bapa kerana mereka terlebih dahulu makan
garam.   Tidak keterlaluan saya katakan bahawa aak-anak juga boleh memberi nasihat
kepada ibu bapa.  Bukanlah bermaksud itik mengajar anak-anak berenang.  Pada zaman
yang canggih ini banyak perkara yang kita tidak mengerti atau tidak faham tetapi hasil
pembacaan kita melalui Internet maka kita memperoleh pengetahuan dan ilmu. 
Contohnya,  ibu bapa kita tidak faham akan pertanain organik.  Kitalah yang wajar
memberitahu mereka.  Kita wajar menasihati ibu bapa makan sayur-sayuran organik
kerana sayur-sayuran, buah-buahan dan daging pada hari beracun menyebabkan kita
mudah diserang kanser. Nasihatkan ibu bapa kita jangan merokok, jangan minum arak
dan jangan bermain judi. Ibu bapa menasihati kita manakala kita pula memberi
pendapat kepada ibu bapa. Nasihat secara timbal balas ini jikalau kena caranya sudah
pasti akan menelurkan hasil yang memuaskan semua pihak.

     Akhir sekali, Hari Ibu atau Hari Bapa memang wajar kita raikan kerana kita mahu
kehebatan ibu bapa disanjungi secara global.  Pada hari tersebut baru insan di dunia
ini mencelikkan mata dan melihat kepentingan ibu bapa di dunia ini.   Sayang seribu kali
sayang,  sejak akhir-akhir ini banyak anak yang tidak segan-silu memarahi ibu bapa, 
menengking ibu bapa, menipu ibu bapa, membiarkan ibu bapa hidup merana dan
miskin dan yang paling malang ialah anak sanggup membunuh ibu bapa kerana wang,
kerana harta. Mengapakah anak-anak hari in tergamak menconteng arang di muka ibu
bapa?  Oleh itu, dengan adanya Hari Ibu atau Hari Bapa dihaharap sesiapa yang selama
inimembelakangkan ibu bapa, ubahlah sikap buruk itu. Dalam agama Islam,  anak yang
memilih jodoh dengan membelakangi ibu bapa maka Allah sendiri tidak meredai
perkahwin mereka. Dalam buku yang berjudul 'My Story' karya mendiang Lim Goh
Tong,  bekas jutawan Malaysia sangat percaya bahawa kejayaan manusia banyak
bergantung pada ibu. Itulah sebabnya jikalau sesiapa pergi ke pejabat Lim Goh Tong di
Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, kita dapat melihat gambar emak Lim Goh Tong, bukan
gambar isterinya.  Pemain piano seantero dunia Yani, mesti membawa emaknya ke
mana-mana di serata dunia  jikalau beliau mengadakan konsert. Pemain tenis dunia
Roger Federar juga akan membawa ibunya menyaksikan pertandingan yang
disertainya.   Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu atau bapa memang sangat penting
kepada kita dan meraikan Hari Ibu atau Hari Bapa itu memang wajib.

     Kesimpulannya, meraikan Hari Ibu atau Hari Bapa memang patut diadakan saban
tahun. Tidak tahu apa akan terjadi dunia kita ini jikalau ibu bapa, adik, abang, kakak
yang banyak berjasa tidak dihargai.  Kita akan menyesal yang tidak berpenghujung 
setelah mereka menutup mata selama-lamanya dan pada masa itu menyesal dan
tangisan sudah tidak bermanfaat lagi.  Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian
tidak berguna. Selamat Hari Ibu atau Hari Bapa.

Anda mungkin juga menyukai