Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN : KEMAHIRAN-KEMAHIRAN

SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK


MENGHADAPI CABARAN ERA
GLOBALISASI
Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir
kepada kebanyakan pelajar. Sama ada pada peringkat sijil, diploma atau ijazah
mereka mula mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau
bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan
akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan yang
dicita-citakan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping
akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para
majikan. Oleh hal yang demikian, seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkap
dirinya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang
pekerjaan.

Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran


berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi ialah kebolehan istimewa yang
menggabungkan kecekapan seperti petah berbicara, matang dalam melontarkan idea
dan pendapat serta berani lagi yakin apabila berhadapan dengan pelbagai peringkat
klien. Hal tersebut amatlah penting memandangkan dunia terbuka pada hari ini
memerlukan seseorang itu berkebolehan untuk mengeluarkan hujah yang bernas serta
pendapat yang matang. Kebolehan dalam berkomunikasi juga memberikan ruang
kepada individu tersebut memperluas rangkaian klien dan tetamu. Melalui interaksi
yang baik pada pelbagai peringkat pasti memberi impak besar apabila pelbagai
peluang kerjaya mudah diperoleh. Pada peringkat nasional, tokoh-tokoh istimewa
seperti Dato Dr. Fadhillah Kamsah, Mahathir Lokman, Dr Fatimah Al Zahra serta
ramai lagi telah berjaya membina kerjaya yang lumayan hasil kebijaksanaan
berkomunikasi yang dimiliki oleh mereka. Demikianlah yang dimaksudkan oleh
peribahasa, budi menunjukkan hati, bahasa menunjukkan bangsa.

Di Malaysia, bahasa-bahasa utama seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin,


Arab, Perancis dan Jepun mula mendapat tempat di hati masyarakat. Signifikan
menguasai pelbagai bahasa memang tidak dapat dielakkan lagi dalam era globalisasi
tanpa sempadan seperti sekarang. Keupayaan seseorang menguasai pelbagai bahasa
memberikan ruang yang luas untuknya menjalinkan jaringan komunikasi dan
seterusnya menghidu pelbagai peluang kerjaya. Dalam konteks negara perindustrian
seperti Malaysia, keupayaan menguasai pelbagai bahasa menjadikan bonus seseorang
itu menjawat pelbagai jawatan penting seperti penterjemah, pegawai perhubungan
awam, agen perdagangan antarabangsa dan pegawai utama di mana-mana kedutaan.
Dengan hal yang demikian, seyogialah rakyat negara ini mengambil peluang
mempelajari pelbagai bahasa agar peluang kerjaya yang terbuka menjadi milik kita.
Tanpa penguasaan bahasa yang sesuai dengan tuntutan globalisasi, nescaya kita akan
terus tertinggal dan terperap bagaikan katak di bawah tempurung. Oleh itu, atas dasar
tuntutan globalisasi dan massa kita hendaklah mampu menguasai kemahiran pelbagai
bahasa.
Pembawaan dengan sifat sederhana, kemas dan berperawakan yang yakin
adalah antara faktor seseorang itu mudah diterima dalam mana-mana agensi atau
organisasi. Demikian pula apabila dalam alam pekerjaan, kebolehan menyesuaikan
diri dalam khalayak menjadi sumber terpenting untuk seseorang itu berjaya.
Sewajarnya, sebelum melangkah ke alam kerjaya, pastikan diri kita memperloleh
suatu kemahiran yang paling penting, iaitu kemahiran membuat penampilan diri.
Penampilan diri adalah berhubung kait dengan cara berpakaian, gaya bertutur dan
bijak menyesuaikan diri dalam pebagai lantai khalayak. Kemahiran ini perlu
dipelajari semasa pelajar masih pada peringkat sekolah dan lebih-lebih lagi di institusi
pengajian tinggi. Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan
koakademik membolehkan individu belajar cara-cara bergaul, kebolehan membuat
keputusan dan sentiasa mesra khalayak. Oleh sebab itu, remaja hendaklah tampil
dengan perawakan yang baik, berfikiran positif dan menjauhi sikap menyendiri ibarat
kera sumbang.

Kemahiran teknologi adalah antara cabaran terbesar yang mesti dikuasai oleh
setiap remaja. Pada hari ini dianggarkan lebih 200 ribu graduan yang menganggur
akibat kesukaran untuk memasuki pasaran kerja. Namun demikian, rata-rata graduan
yang memiliki ijazah dalam bidang teknologi seperti kejuruteraan, elektronik dan
perniagaan sangat mudah diterima oleh majikan. Oleh itu, bagi memenuhi pasaran
kerja yang mementingkan bidang kepakaran dan kemahiran, para remaja hendaklah
tahu akan potensi diri masing-masing dan memilih mana-mana bidang yang
berkaitan dengan teknologi. Kemahiran seperti pengendalian mesin, arka dan reka
bentuk membolehkan graduan dalam bidang ini amat laris bagaikan pisang goreng
panas. Selaras dengan matlamat tersebut pelbagai institusi kemahiran seperti
Politeknik, Pusat Latihan Industri dan IPT yang berorientasi teknologi tumbuh bak
cendawan selepas hujan. Ayuh, remaja sekalian, apa lagi yang ditunggu? Perahu
sudah di air, pendayung di dalam genggaman harungilah samudera nan terbuka.

Dalam dunia yang semakin dikuasai oleh pengaturcaraan maklumat,


kemahiran dalam bidang ICT sentiasa memberikan kelebihan kepada individu.
Pada hari ini semua urusan yang bermula dari kaunter hadapan hinggalah kepada
membuat keputusan yang paling dasar bergantung penuh kepada akses
komputer. Golongan remaja kini mesti celik komputer dan mempunyai pengetahuan
secara profesional dalam bidang pengaturcaraan, ‘programming’ dan perisian.
Golongan remaja hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kemahiran asas komputer
seperti ‘Office’, ‘Powerpoint’, ‘Excel’, ‘Adobe’ dan boleh melayari Internet.
Malahan, seperkara yang amat penting juga, kebolehan berbahasa Inggeris juga amat
penting dalam menguasai teknologi maklumat ini. Oleh hal yang demikian,
bersedialah dari awal agar anda menjadi anak muda yang lengkap dengan
pengetahuan sebelum turun ke pentas kerjaya, sejajar dengan peribahasa, hilang dicari,
terapung direnangi, tenggelam diselami.

Pada hakikatnya, seperti yang dikatakan oleh orang-orang lama, anak-anak


muda mestilah boleh ditolak ke tepi mahupun ketengah, bak kata peribahasa ‘benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, naik ke darat menggunung sasa dan terlontar
ke udara menyinar bak kejora’. Begitulah hakikatnya, anak muda pascamilenium
datangnya dinantii, perginya dicari dan hilangnya diratapi.

Dicapai dari
http://karanganspm.com/2015/10/28/karangan-kemahiran-kemahiran-sebagai-persediaan-untuk-me
nghadapi-cabaran-era-globalisasi/

Anda mungkin juga menyukai