Anda di halaman 1dari 3

Kini, akhbar menyatakan pertumbuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menjejaskan

kualiti para pelajar sehingga menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk


memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh Kementerian
Pengajian Tinggi untuk menangani isu tersebut.

1. Proses pengambilan mahasiswa dan mahasiswi – sistematik – ketat


2. Mengadakan pemantauan secara berkala 定期
3. Akreditasi MQA diwajibkan di semua IPTS
4. Sistem pengujian yang selaras dengan IPTA
5. Menyedaikan suatu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh IPTS

Sebagaimana yang kita sedia maklum, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) banyak didirikan
di dalam negara kita seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ironiknya, baru-baru ini, kita
sering dapat membaca berita tentang pertumbuhan IPTS menjejaskan kualiti para pelajar
sehingga menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk memperoleh pekerjaan
selepas tamat pengajian daripada akhbar. Senario ini seperti telur di hujung tanduk dan
membimbangkan semua pihak. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
perlu mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini dengan secepat yang mungkin.

KPT perlu memastikan proses pengambilan mahasiswa dan mahasiswi dilaksanakan


dengan sistematik dan ketat oleh pihak IPTS. Sebagai contoh, pihak KPT seharusnya
menentukan syarat kemasukan IPTS yang lebih tinggi, iaitu mendapat sekurang-kurangnya 3
A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Syarat kemasukan ini dapat memberi kesedaran
kepada anak-anak bangsa bahawa mereka perlu memandang serius terhadap prestasi
akademik mereka. Oleh itu, syarat kemasukan ini merupakan suatu proses penapisan yang
dapat membantu pihak IPTS untuk memilih mahasiswa dan mahasiswi yang akan lebih peka
terhadap pembelajaran mereka.

Tambahan pula, pihak KPT perlu melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap
IPTS di negara kita. Dalam hal ini, pemantauan yang berterusan membolehkan pihak KPT
untuk memastikan setiap IPTS dapat sentiasa mematuhi piawai dan standard yang
ditentukan . Sehubungan dengan itu, langkah pemantauan ini juga dapat memberi peluang
kepada pihak KPT untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud dalam sisitem pentadbiran
dan sistem pendidikan IPTS. Ekoran daripada itu, hal ini dapat membolehkan pihak KPT untuk
merancang tindakan susulan yang sewajarnya untuk membendung masalah yang dihadapi
oleh IPTS berkenaan.

Bagi meningkatkan mutu mahasiswa dan mahasiswi yang dihasilkan oleh IPTS, pihak
KPT juga perlu mewajibkan akreditasi MQA bagi semua IPTS di negara kita. Dalam konteks
ini, akreditasi MQA dapat memastikan setiap IPTS dapat memenuhi piawai dan tahap SOP
yang ditentukan setiap tahun. Seterusnya, kewibawaan IPTS seharuslah diberi pengiktirafan
secara rasmi melalui media sosial, seperti radio, Internet, dan akhbar-akhbar. Lantaran itu,
IPTS akan mampu melahirkan para graduan yang berkuaiti dan mampu berdaya saing dengan
negara-negara yang lain.

Di samping itu, pihak KPT perlu memastikan IPTS seharusnya menyediakan kursus yang
dibekalkan kepada mahasiswa dan mahasiswi adalah sama dengan institut pengajian tinggi
awam (IPTA). Pada masa yang sama, sistem pengujian yang dilaksanakan oleh IPTS perlulah
selaras dengan ujian yang dilakasakan oleh IPTA. Kini, banyak keluarga yang berupaya
sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menghantar anak-anak mereka
menuntut pengajian di IPTS kerana sistem ujian yang longgar. Justeru, kolaboratif antara IPTA
dan IPTS dapat mewujudkan situasi yang adil dalam sistem pengujian seterusnya
mengelakkan situasi di atas berlaku di IPTS.

Selain itu, pihak KPT juga perlu menyediakan suatu garis panduan yang lengkap sebagai
rujukan oleh IPTS. Intipati-intipati dalam garis panduan tersebut seharusnya membincangkan
aspek subjek dan masa kredit, kemudahan dan infrastruktur, serta kelulusan iktisas dan
kekuatan tenaga pengajar. Setiap IPTS diwajibkan untuk mematuhi garis panduan yang telah
ditetapkan. Dengan adanya garis panduan yang disediakan ini, barisan pentadbiran dapat
mengenal pasti hala tuju sesebuah IPTS. Ekoran daripada itu, hala tuju yang betul dapat
meningkatkan mutu dan kualiti mahasiswa dan mahaiswi IPTS.

Secara tuntas, selaras dengan keadaan sistem pendidikan yang semakin mencabar,
pihak KPT perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap IPTS di dalam
negara kita mematuhi garis panduan dan memenuhi kriteria yang ditentukan supaya kualiti
mahasiswa dan mahasiswi dapat terjamin kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang
pipih tidak datang melayang. Jadi, negara kita dapat melahirkan generasi muda yang bakal
menerajui kepimpinan negara dan memimpin negara untuk mengorak langkah menjadi
sebuah negara yang. Ekoran daripada itu, negara kita mampu duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara-negara maju.

Anda mungkin juga menyukai