Anda di halaman 1dari 2

Gaya Hidup Sihat Permainan Congkak

Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan congkak dapat menyemai pelbagai jenis nilai musni terhadap sanubari pemain-pamain. Oleh hal yang demikian, permainan congkak tidak harus dilupa dan diabaikan ibarat kacang yang melupakan kulit. Hal ini demikian kerana permainan congkak ini merupakan salah satu permainan tradisional. Justeru, permainan congkak harus diajar sejak berada di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pertama, melalui permain congkak, pemain-pemain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Dalam hubungan ini, mereka dapat menggunakan cuti minggu dengan bermain congkak berbanding dengan berlepak di luar dengan rakan sebaya. Oleh itu, hal ini dapat mengelakkan mereka daripada melibatkan diri dalam gejala social, seperti merokok, berjudi, berlepak, merompak, dan lan-lain lagi.

Sehubungan dengan itu, permainan congkak dapat menyemai nilai-nilai murni dalam sanubari dan jiwa para pemain. Sebagai contoh, permainan congkak dapat menjadikan seorang menjadi seprang penyebar yang bagus. Hal ini desebabkan oleh salah seorang pemain terpaksa menunggu giliran diri sendiri sehingga pihak yang lain mati di lubang yang kosong. Jadi, permainan ini menjadikan seorang itu mempunyai kesabaran yang amat baik.

Melalui permainan congkak, para pemain dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain. Dalam hal ini, mereka akan berkomunikasi melalui permainan congkak ini. Kita tidak dapat mengelakkan bahawa suatu permainan akan terdapat suatu pemenang dan seorang pekalah. Namun, hal ini tidak menjejeskan hubungan kawan, malah dapat mengeratkan hubungan tersebut.

Permainan congkak memang sedap dimain, terutama mengisi masa yang lapang. Jadi, adalah molek jika semua pihak mengekalkan permainan congkak ini. Hal ini disebabkan oleh permainan congkak merupakan salah satu keistimewaan Malaysia.

Kemahiran Pergerakan Asas

Permainan congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang senang dimain. Permainan ini merupakan permainan tidak lokomotor, yang bermaksud tidak bergerak dan hanya kekal pada pusat gravity. Hal ini demikian kerana permainan congkak ini tidak memerlukan kita berlari sini dan ke sana. Sebaliknya, pemain-pemain berduduk di atas lantai, hanya tangan dan akal sahaja yang diperlukan dalam permainan ini. Jadi, permainan ini merupakan permainan yang memanipulasi alatan kerana akan memegang buah guli sepanjang permainan dijalankan.

Pertama sekali, kedua-dua pemain memulakan permainan serentak dengan memasukkan sebiji buah guli ke dalam setiap lubang di kampung sendiri dan seterusnya memasukkannya ke dalam rumah. Seterusnya, buah guli handaklah dimasukkan ke dalam kampung lawan. Jika buah guli tersinggah di kamoung lawan yang tidak mengandungi buah, maka pihak ini dikira kalah. Jika buah terakhir tersinggah di kampong lawan yang mengandungi buah guli, maka, dia boleh meneruskan permainan lagi. Jika pemain itu mati di lubang sendiri dengan bertentangan dengan lubang pihak lawan, maka pemain ini berhak mengambil biji guli tersebut. Istilah ini dipanggil tikam. Permainan ini diteruskan dengan giliran masing-masing sehingga ke akhir permainan. Dalam arena ini, pihak masing-masing dikehendaki berjalan serentak dan berlawan agar tidak kehabisan buah guli. Manamana pihak yang kehabisan buah guli ini akan dikira kalah dan permainan akan bermula lagi dengan mengisi semula papan congkak dengan jumlah buah guli yang terdapat di dalam rumah sendiri. Jika terdapat buah guli yang tidak mencukupi untuk mengisi suatu lubang, maka rumah itu dianggap terbakar.

Anda mungkin juga menyukai