Anda di halaman 1dari 3

Pelbagai slogan dan kata-kata nasihat telah dicanangkan demi menangani krisis kemalangan jalan raya yang semakin

serius sejak akhir-akhir ini. Kemalangan jalan raya yang semakin hari semakin serius sering terpampang di muka-muka akhbar, terutamanya yang melibatkan kematian. Krisis kemalangan jalan raya ini lebih serius lagi apabila melibatkan golongan pelapis ataupun lebih dikenali sebagai pelajar. Seperti yang kita tahu pelajar merupakan aset penting dalam pembangunan Negara. Oleh itu, dalam menangani masalah ini semua pihak mempunyai tanggung jawab tidak kira ibu bapa mahupun penjawat awam yang lain demi mewujudkan kesedaran keselamatan jalan raya terhadap para pelajar. Sering kali kita dikejutkan dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar sekolah, menurut kajian kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar sekolah ialah kes langgar. Berdasarkan kajian tersebut, kita sudah dapat menilai tentang punca utama berlakunya kes langgar ini tentang sikap pelajar ketika melintas jalan dan pejalan kaki. Walaupun dalam hal ini bukan pelajar yang patut disalahkan sepenuhnya namun kurangnya kesedaran pelajar juga merupakan salah satu punca kemalangan ini boleh berlaku. Oleh yang demikian, pihak sekolah patut merangka satu langkah yang lebih efektif bagi menangani masalah ini. Sebagai contoh berkerjasama dengan polis trafik dalam mengadakan ceramah berkenaan dengan krisis kemalangan jalan raya. Dengan itu, kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan pelajar sekolah ketika melintas dan hal-hal lain ketika berada di jalan raya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, berdasarkan peribahasa tersebut kita dapat mengaitkan perkara ini dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak mereka. Dengan adanya didikkan awal berkenaan dengan keselamatan jalan raya maka apabila mereka memasuki usia yang lebih tinggi dan bergelar sebagai seorang pelajar, mereka akan lebih

berwaspada dan mementingkan keselamatan ketika di jalan raya kerana sudah terbiasa dengan keadaan tersebut sejak dari kecil lagi. Namun begitu, bagaimana pula caranya apabila kurang pendedahan tentang keselamatan jalan raya semasa kecil kepada pelajar?. Berdasarkan persoalan tadi sudah jelas lagi bersuluh peranan guru-guru disekolah selaku ibu bapa kedua bagi pelajar. Apakah yang boleh dilakukan oleh guru untuk mewujudkan rasa kesedaran dalam kalangan pelajar bagi isu keselamatan jalan raya ini?. Sebagai mana yang kita tahu, terdapat pelbagai program yang diakui keberkesananya tentang kesedaran keselamatan jalan raya yang telah dianjurkan oleh kerajaan dalam menangani isu kemalangan jalan raya. Terdapat program-program yang telah dianjurkan oleh kerajaan yang bermamfaat kepada pelajar seperti program keredaan trafik yang dianjurkan oleh Jabatan keselamatan jalan raya untuk memberi penekanan khusus dalam mewujudkan persekitaran yang selamat kepada pelajar ketika di jalan raya. Namun tanpa peranan guru, program ini tidak akan berjalan seperti yang diharapkan. Oleh itu peranan guru dalam pelaksanakan program kesedaran di sekolah merupakan salah satu langkah positif dalam menangani kemalangan jalan raya dalam kalangan pelajar. Penekanan tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah, tidak terbatas daripada program-program yang dianjurkan oleh sekolah. Peranan media massa dalam mewujudkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar merupakan satu langkah yang boleh menjamin keselamatan ketika di jalan raya. Peranan media massa memaparkan kejadian kemalangan jalan raya yang telah berlaku kepada pelajar sebelumnya sebagai pedoman dan kesedaran kepada pelajar dalam menjaga keselamatan ketika di jalan raya kerana pengalaman mengajar seseorang untuk lebih matang . Dengan adanya kerjasama yang erat diantara pihak swasta dan kerajaan ini maka secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah.

Keselamatan dalam kalangan pelajar tidak akan berlaku apabila pelajar itu sendiri tidak bijaksana dalam menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya. Menurut Hajji Bektasy Wali, orang yang bijaksana berfikir dua kali sebelum melakukanya sekali lagi. Merdasarkan daripada kata-kata Hajji Bektasy Wali tadi, bolehlah dikaitkan dengan sikap pelajar ketika melakukan sesuatu di jalan raya seperti melintas jalan. Oleh yang demikian dengan adanya sikap pelajar yang lebih berdisplin ketika berada di jalan raya maka kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar dapat dicegah daripada berlaku. Selain itu, kerjasama yang erat antara semua pihak juga dapat mencegah daripada krisis ini terus berlaku bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Anda mungkin juga menyukai