Anda di halaman 1dari 3

__ _________ Karangan

Manfaat-manfaat kitar semula


Amalan kitar semula memberikan keuntungan kepada pelbagai pihak sekiranya dilakukan secara
kolektif.Bincangkan manfaat-manfaat yang diperoleh sekiranya kitar semula menjadi amalan
dalam kehidupan seharian.

a. Dalam menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, hampir saban
hari mauduk 标 题 tentang kepentingan mempraktikkan amalan kitar semula kepada semua strata
masyarakat sering dibincangkan melalui media massa arus perdana di negara kita.
b. Senario berlaku demikian kerana kitar semila dikatakan dapat mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar semakin melonjak dan tidak pernah surut dari setahun ke setahun.
c. Program kitar semula sebenarnya merupakan aktiviti menggunakan barangan terpakai atau bahan
buangan yang masih boleh digunakan seperti kaca, plastik, tin-tin aluminium.
d. Aktiviti ini telah menjadi trend kehidupan moden dan mesra alam.
e. Persoalannya ialah apakah faedah-faedah apabila menjadikan kitar semula sebagai etos dalam
kalangan masyarakat di negara kita?
f. Segala persoalan yang mewarnai mauduk diskusi di atas wajib dikupas hingga ke akar umbinya.
g. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Isi 1.
a. Sebagai pembuka tirai bicara, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula.
b. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah akan menggunakan lebih banyak
tenaga.
c. Persoalan yang bermain-main dalam minda kita ialah bagaimana penghasilan barang baharu ini akan
mengundang pencemaran alam sekitar dan pemanasan global?
d. Penggunaan bahan apai yang banyak akan membebaskan gas-gasa seperti karbon monoksida ,
sulfur oksida dan metana merupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada
pemanasan global. 
e. Program kitar semula yang diaplikasikan dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu
dan seterusnya menurunkan kadar pengeluaran gas-gas tersebut.
f. Secara langsung, peningkatan suhu bumi dapat dikawal.
g. Hasilnya bumi ini tidak mengalami cuasa yang panas dan musim kemarau yang berpanjang sehingga
mengacamkan kehidupan serta nyawa penghuni-penghuninya.
h. Jelaslah bahawa, masyarakat dunia akan mendapat manfaat apabila amalan kitar semula dalam
kehidupan seharian mereka dapat mengurangkan kesan rumah hijau,

Isi 2
a. Selain itu, ibu bapa dapat menjimatkan wang perbelanjaan isi rumah dengan mengamalkan amalan
kitar semula barangan terpakai di rumah.
b. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa kitar semula merupakan proses menggunakan barang-
barang terpakai untuk menghasilkan sesuatu yang berguna kepada kita.
c. Tamsilnya, ibu boleh membimbing anak-anak menjahit beg alat tulis dengan menggunakan baju
lama.
d. Ayah pula boleh mendidik kotak kertas untuk menghasilkan permainan kereta.
e. Hasilnya, mereka tidak mengeluarkan wang untuk membeli barang-barang yang telah dihasilkan
daripada barang-barang terpakai.

1
__ _________ Karangan
f. Wang yang dijimatkan itu boleh disimpan untuk membeli keperluan yang lain atau digunakan Ketika
masa kecemasan, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
g. Jelalah bahawa, wang perbelanjaan isi rumah dalam dijimatkan jika amalan kitar semula diamalakan
di rumah.

Isi 3
a. Jika dipandang dari sudut yang lain, program kitar semula juga dapat mengurangkan pencemaran
alam sekikar.
b. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti tersebut dapat mengurangkan sampah yang semakin
bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan 多.
c. Persoalan yang menerawang dalam minda kita ialah bagaimana program kitar semula dapat
meminimumkan sisa-sisa buang?
d. Kita sedia maklum bahawa amalan kitar semula merupakan kegiatan penggunaan semula barangan
terpakai yang dianggap sampah seperti botol plastik, tin-tin aluminium dan kertas.
e. Oleh itu, jika amalan yang mulia ini dijadikan sebagai budaya kepada semua orang, penghasilan
sampah sarap dapat dikurangkan.
f. Apabila sampah berkurang, alam sekitar akan menjadi lebih indah dan nyaman tanpa dicemari oleh
sisa-sisa buangan yang kotor, busuk serta bertoksik.
g. Haslinya, suasana kehidupan kita akan menjadi lebih kondusif.
h. Jelasnya, persekitaran yang bersih dapat diwujudkan 被形成 melalui program kitar semula.

Isi 4
a. Selain itu, kitar semula boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang mendatangkan keuntungan.
b. Perkara ini dikatakan demikian kerana aktiviti kitar semula dapat dijadikan kerjaya yang menghasilkan
sesuatu yang baru daripada bahan yang tidak mahu digunakan lagi.
c. Sebagai contoh, botol-botol plastik dan tin-tin aluminium boleh diinovasi menjadi sebuah kraf tangan
yang cantik dan menarik.
d. kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan untuk memperoleh rezeki.
e. Rezeki yang diperoleh tersebut dapat digunakan untuk menyara kehidupan diri sendiri dan ahli
keluarga.
f. Usaha-usaha tersebut adalah lebih baik daripada kegiatan jenayah seperti ragut, pecah rumah dan
pencurian.
g. Secara eksplisit, amalan kita semula dapat dijadikan sebagai periuk nasi yang dapat menguntungkan
pengamalnya.

Isi 5
a. kitar semula juga dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu. Kebanyakan bahan
mentah diperoleh daripada sumber hutan.
b. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah.
c. Persoalan yang bermain-main di minda kita ialah bagaimanakah jika sumber-sumber ini habis
digunakan tanpa disimpan untuk generasi akan datang?
d. Data-data statistik yang sahih lagi jitu yang diajukan oleh akhbar Metro yakni akhbar arus perdana
yang mempunyai pembaca paling ramai di Malaysia melaporkan bahawa hampir 69.7% hutan di
negara kita telah digondolkan untuk tujuan pembangunan bandar dan sebagai penggunaan bahan
mentah.
e. Jika masyarakat sedar bahawa kawasan hutan merupakan tempat tadahan hujan dan tempat tinggal
bagi flora dan fauna yang amat berharga kepada generasi akan datang pasti mereka akan berusaha
melestarikan penggunaan alam sekitar dengan membudayakan amalan kitar semula yang dapat
mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu.
f. Jelaslah, sudah terang lagi bersuluh amalan kitar semula akan menjadikan hutan terus kekal sebagai
habitat bagi flora dan fauna yang terdapat di negara ini. 
Penutup:
2
__ _________ Karangan
a. Deduksinya, untuk mendapatkan faedah atau kepentingan alam sekitar, semua pihak haruslah seia
sekata untuk istiqamah dalam mengamalkan amalan kitar semula.
b. Masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara ini supaya alam ini selamat untuk didiami oleh
generasi sekarang dan akan datang agar keindahan alam akan terus dapat dinikmati.
c. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa rakyat
yang sihat bergantung kepada persekitaran alam yang bersih dan indah.
d. Masyarakat harus mengamalkan amalan kitar semula kini kerana alah bisa tegal biasa.
e. Dalam konteks ini, semua pihak perlu membanting tulang empat kerat dan berusaha untuk
membudayakan amalan kitar semula dalam kehidpan, bak kata peribahasa hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih.
f. Dengan itu, semoga negara kita dapat berdiri gagah di pentas dunia sebagai sebuah negara
yang bebas daripada pencemaran alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai