Anda di halaman 1dari 5

1/7/2020 Karangan Terbaik!! : Kepentingan / Kebaikan / Faedah Amalan Kitar Semula.

More Create Blog Sign In

Karangan Terbaik!!

09/03/2018

Kepentingan / Kebaikan / Faedah Amalan


Kitar Semula.
Alam sekitar merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya
.Dalam satu sidang media massa yang diadakan baru-baru ini , Perdana Menteri Malaysia
yang keenam, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ada menyatakan
bahawa rakyat Malaysia perlu berganding bahu melakukan amalan kitar semula sebelum nasi
menjadi bubur. Di dada-dada akhbar tempatan pada terutamanya Berita Harian sering
mengutarakan rencana amalan kitar semula memberikan nilai yang paradoks apabila rakyat
Malaysia khususnya amat liat untuk mengamalkan kitar semula. Pihak-pihak yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar sudah mula melakukan inisiatif dengan
menggalakkan masyarakat mengamalkan amalan kitar semula kerana amalan ini dapat
menjamin persekitaran alam yang sihat. Persoalannya, apakah kepentingan amalan kitar
semula?

Antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar. Hal ini amat signifikan kerana bahan-bahan buangan atau barangan terpakai tidak
akan dibuang ke tempat yang sepatutnya. Sampah sarap dan bahan buangan yang tidak
berada di tempat pelupusan sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang
yang menetap berhampirannya. Hal ini demikian kerana longgokan sampah tersebut akan
menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit dan berbahaya seperti nyamuk, tikus, ular dan
lipas. Tamsilnya, bahan buangan domestik akan menarik perhatian tikus yang kelaparan dan
pembuangan tayar terpakai akan mengakibatkan pembiakan nyamuk kerana terdapat
takungan air hujan di dalamnya. Oleh yang demikian, masyarakat harus menyahut seruan
kerajaan untuk melakukan kitar semula yang dapat dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti
gotong-royong perdana. Kesannya, masalah pencemaran yang berlaku di negara Malaysia
dapat diatasi dengan lebih efektif dan pragmatik. Sudah terang lagi bersuluh, pengurangan
pencemaran alam sekitar merupakan salah satu kepentingan amalan kitar semula.

Seandainya dipandang pada perspektif yang lain, amalan kitar semula dapat menjimatkan
kos perbelanjaan pelupusan sampah .Perkara ini lebih menjimatkan berbanding usaha
menyelenggara tapak pelupusan sampah yang makin meningkat di negara ini. Oleh itu, caj
untuk pelupusan sampah akan dikurangkan selain dapat meningkatkan ekonomi negara agar
setaraf dengan negara maju yang lain. Melalui jumpaan carian di Internet, fakta ada
menyatakan bahawa plastik mengambil masa 500 tahun untuk dilupuskan. Apabila aktiviti kitar
semula dilaksanakan, pembuatan plastik yang menggunakan petroleum yang dijumpai melalui
hasil cari gali di dasar lautan dapat dikurangkan sekali gus mengelakkan berlaku perkara yang
tidak diingini kepada hidupan akuatik. Pusat pelupusan sampah yang tidak diurus akan
menyebabkan pencemaran bau akibat pelepasan gas semasa pereputan semula jadi sampah
berlaku. Rakyat Malaysia yang ingin hidup bebas daripada sampah perlulah berusaha
membuang secara sistematik dan terus istiqamah melaksanakannya persis peribahasa
Melayu, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-
senang kemudian. Izharnya, salah satu kepentingan amalan kitar semula adalah menjimatkan
kos pelupusan sampah.

Pada perspektif yang lain, kepupusan sumber alam dapat dielakkan merupakan antara

https://sar2509-karangan-cemerlang.blogspot.com/2018/03/kepentingan-kebaikan-faedah-amalan.html 1/5
1/7/2020 Karangan Terbaik!! : Kepentingan / Kebaikan / Faedah Amalan Kitar Semula.
kepentingan amalan kitar semula. Hal ini demikian kerana sebanyak 17 pohon pokok yang
matang terpaksa ditebang untuk menghasilkan satu tan kertas. Oleh yamg demikian,
masyarakat perlulah mengguna semula barang terpakai atau barang-barang buangan selain
dapat mengubah fungsinya dengan mereka cipta sesuatu yang baru dan boleh memberi
manfaat. Hal ini persis peribahasa Melayu yang menyatakan, ingat sebelum kena jimat
sebelum habis agar seseorang itu tidak akan menyesal di kemudian hari. Tambahan pula,
bahan mentah yang dieksploitasi di negara ini dapat dikurangkan dan digunakan oleh generasi
pada masa akan datang dan menjamin kelangsungan ekonomi negara, Masyarakat Malaysia
terutamanya perlu memelihara hutan hujan tropika yang terdapat di bumi bertuah ini kerana
pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan melalui proses
fotosintesis yang memerlukan cahaya matahari dan karbon dioksida . Kesan daripada
kepupusan sumber alam akan menyebabkan bumi menjadi gondol dan bencana alam akan
berlaku dengan kerap seperti banjir kilat dan tanah runtuh. Tuntasnya, salah satu kepentingan
amalan kitar semula adalah dapat mengelakkan kepupusan sumber alam yang indah ini.

Seterusnya, kepentingan amalan kitar semula adalah menambahkan pendapatan


masyarakat. Hal ini diutarakan demikian kerana sesetengah masyarakat beroleh pendapatan
tetap atau sampingan melalui amalan jual beli bahan terbuang dan terpakai sekali gus dapat
menurunkan peratus pengangguran di Malaysia. Perkara ini dapat meningkatkan ekonomi
individu dan sesebuah organisasi keluarga terutama yang mempunyai banyak tanggungan.
Tamsilnya, masyarakat terutama pihak ibu bapa bokeh menjual majalah dan surat khabar lama
ke kilang atau kedai membeli kertas untuk dikitar semula selain dapat menjadi contoh teladan
yang baik kepada anak-anak kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tin-tin
minuman yang sering digunakan juga dapat dijual dengan harga yang tinggi mengikut
beratnya. Sering kali kita dipaparkan dengan panorama yang tidak enak dilihat di kawasan
rekreasi iaitu bekas-bekas tin ditinggalkan apabila isinya sudah selamat masuk ke perut
manusia. Tin-tin tersebut lebih baik dihantar ke kilang untuk diproses menjadi bahan baru
berbanding menjadi hiasan di taman rekreasi yang akan mengundang pelbagai kesan negatif.
Jelaslah bahawa pendapatan masyarakat dapat ditambah merupakan kepentingan amalan
kitar semula.

Akhir sekali, persekitaran alam yang ceria merupakan kepentingan amalan kitar semula.
Perkara ini dapat dilaksanakan melalui kaedah guna semula barangan terpakai. Barangan Kenali Saya ��
terpakai tersebut dapat dimanfaatkan untuk menceriakan persekitaran berbanding hanya sar2509_
berada di pusat pelupusan sampah. Sebagai contohnya, botol-botol plastik terpakai dapat
View my complete profile
digubah dan dijadikan sebagai sebuah pasu mini selain dapat menghiasi pagar rumah dengan
terdapat pokok bunga bervariasi warna di dalamnya. Kesannya, jiran tetangga akan mengikuti
kaedah yang ditunjukkan kerana penggunaan botol plastik untuk menghasilkan pasu mini lebih Blog Archive
menjimatkan kos daripada membeli pasu sebenar di kedai yang jauh lebih tinggi harganya.
► 2019 (1)
Tambahan pula, melalui Sambutan Hari Bumi yang disambut pada setiap tahun, masyarakat
dapat mengubah fungsi pelbagai barang terpakai dan mendapat impak yang baik daripadanya. ▼ 2018 (4)
Tegasnya, antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat menceriakan alam sekitar ► May (1)
melalui penghasilan produk baru.
▼ March (1)
Kepentingan / Kebaikan / Faedah
Deduksinya, untuk mendapatkan faedah atau kepentingan alam sekitar, semua pihak
Amalan Kitar Semul...
haruslah seia sekata untuk istiqamah dalam mengamalkan amalan kitar semula. Masyarakat
tidak boleh memandang remeh perkara ini supaya alam ini selamat untuk didiami oleh ► February (1)
generasi sekarang dan akan datang agar keindahan alam akan terus dapat dinikmati. Mantan
► January (1)
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa rakyat
yang sihat bergantung kepada persekitaran alam yang bersih dan indah. Masyarakat harus ► 2017 (2)
mengamalkan amalan kitar semula kini kerana alah bisa tegal biasa. Oleh yang demikian,
rakyat Malaysia diseru untuk terus mengamalkan amalan kitar semula dan berupaya
meluaskan horizon pemikiran masyarakat untuk melahirkan generasi yang cinta akan alam
sekitar.

Posted by sar2509_ at 3/09/2018 06:36:00 am

18 comments:
Unknown 7 Mar 2019, 04:55:00

Good!

Reply

Unknown 21 Apr 2019, 18:26:00

Karangan yang bagus, mantap Dan penuh isi yang terbaik

Reply

https://sar2509-karangan-cemerlang.blogspot.com/2018/03/kepentingan-kebaikan-faedah-amalan.html 2/5
1/7/2020 Karangan Terbaik!! : Kepentingan / Kebaikan / Faedah Amalan Kitar Semula.

Replies

Unknown 15 Jun 2019, 05:36:00

Agree

Reply

Unknown 29 Apr 2019, 06:52:00

Good essay I like it

Reply

Unknown 1 May 2019, 03:04:00

Bagus sekali karangan ini!!!!!

Reply

Unknown 7 May 2019, 18:54:00

Nice....

Reply

Unknown 18 May 2019, 22:46:00

best of the best

Reply

Unknown 18 May 2019, 22:47:00

ujhitgyuiih

Reply

Unknown 18 May 2019, 22:52:00

gteruiuyutghfytjytydtyt7hfgfy5yiouytyfuyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyydgfjgj

Reply

Replies

Unknown 18 May 2019, 22:52:00

jkjohjoijkp

Reply

Unknown 6 Jun 2019, 18:33:00

GItuwww

Reply

Unknown 18 Jun 2019, 06:02:00

Good

Reply

Unknown 30 Jun 2019, 05:45:00

Karangan yang baik dan isinya sangat padat dengan point ii yang hebat.....saya sangat
sukakannya

Reply

gordon ramsey 6 Aug 2019, 20:15:00

b i t c h fuck all ya'll negatives comments this person works hard for your own research if u
only came here and put up with your nonsense shit then u better get the fuck outta here
you retarded ass bitches.

https://sar2509-karangan-cemerlang.blogspot.com/2018/03/kepentingan-kebaikan-faedah-amalan.html 3/5
1/7/2020 Karangan Terbaik!! : Kepentingan / Kebaikan / Faedah Amalan Kitar Semula.
Reply

Unknown 13 Aug 2019, 05:14:00

Panjang sngt laa

Reply

Oktober 21 Aug 2019, 08:21:00

Ni la standard karangan cemerlang. Lagi panjang lagi bagus sama standard dengan spm

Reply

Rahman 2 Sep 2019, 01:43:00

Good and it is also useful for student


Those who are sitting an important exam such spm bahasa melayu

Reply

Anonymous 11 Sep 2019, 05:52:00

Wow

Reply

Enter your comment...

Comment as: Google Accoun

Publish Preview

Newer Post Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

https://sar2509-karangan-cemerlang.blogspot.com/2018/03/kepentingan-kebaikan-faedah-amalan.html 4/5
1/7/2020 Karangan Terbaik!! : Kepentingan / Kebaikan / Faedah Amalan Kitar Semula.

sar2509. Watermark theme. Powered by Blogger.

https://sar2509-karangan-cemerlang.blogspot.com/2018/03/kepentingan-kebaikan-faedah-amalan.html 5/5

Anda mungkin juga menyukai