Anda di halaman 1dari 46

1.

0) Pengenalan

1.1) Nama Hoki

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di

kebanyakan negara di seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis

yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain dalam

gelanggang ais. Di negara yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis

hoki tersebut dimain dalam padang rumput yang dikenali dengan mudah

sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki ais, sukan itu

dikenali sebagai hoki padang. Dipercayai bahawa nama hoki berasal

daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah

kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".


1.2) Sejarah dan Perkembangan Hoki

Terdapat beberapa catatan rekod yang menyatakan terdapat

permainan yang dimainkan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya

didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang. Menurut catatan

rekod tersebut, permainan ini dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan

Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Namun begitu, permainan ini kemudiannya

mula terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila permainan ini

pertama kali diperkenalkan di England.

Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan dan

memarakkan lagi semangat dan menarik minat masyarakat di negara

tersebut ketika itu. Ramai rakyat yang mula bermainnya. Oleh kerana tiada

suatu peraturan atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan

teknik permainan telah digunakan. Ini mengakibatkan sering berlakunya

kekecohan sehingga sering kali meninbulkan pergaduhan dan

pertumpahan darah atau dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur

ini mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan

Britain terus mengharamkan permainan ini.

Di samping itu, sebagai suatu permainan, hoki sudah mula

diterima oleh lebih banyak negara dunia yang lain. Dengan ini, undang-

undang berkenanaan permainan tersebut telah mula direka. Biarpun usaha


ini mengambil masa yang lama, namun usaha ini mendatangkan manafaat

yang baik kepada permainan ini. Dengan adanya undang-undang dan

peraturan ini, maka permainan ini dapat dimainkan dengan lebih teratur dan

mudah lagi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mahu mempelajarinya.

Pada masa dulu, permainan hoki turut dikenali dengan

pelbagai nama atau panggilan. Sebagai contoh, di Wales permainan Hoki

dikenali sebagai banty atau bandy.Perkataan hockey pula diambil dari

perkataan Perancis, iaitu hoquet. Kita difahamkan, iaitu nama ini telah

diinggeriskan menjadi hockey ( hoki ).

Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka ini

menjadi permulaan bagi era baru kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum

lelaki yang bermain, malah kaum perempuan juga turut bermain. Pasukan

hoki yang pertama yang ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840 ialah

Kelab Blackheath di selatan London. Kelab ini dianggap sebagai kelab hoki

pertama dan tertua di dunia. Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada

tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkenalkan undang-undang hoki,

seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang

terhad, dan mengenkan hukuman kepada pemain yang melakukan

kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta

diperkemaskan lagi menerusi satu mesyuarat di London pada tahun 1875.

Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-

undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886

permainan hoki dimainkan sebagai sukan yang kini merupakan salah satu

sukan yang paling diminati di dunia. Daripada England permainan ini tersebar

ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara

Eropah.

1.3) Perkembangan Hoki di Malaysia


Dipercayai bahawa permainan hoki ini diperkenalkan dalam

negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di Malaysia

pada tahun 1892. Namun pada peringkat awalnya, permainan ini hanya

berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di

sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerima permainanini pada

peringkat tersebut. Pada tahun 1904, suatu perlawanan persahabatan hoki

antara negeri pertama kali dianjurkan di negara kita, iaitu di antara Selangor

dan Singapura.

Mulai tahun 1920, barulah permainan ini berjaya menarik minat

penduduk tempatan. Dari hari ke hari, bilangan mereka yang mempelajari

dan bermain permainan hoki telah mula meningkat. Kini hoki berjaya menjadi

salah satu acara sukan yang diminati di negara kita. Semua lelaki dan

perempuan pada pelbagai peringkat umur bermainnya. Pada tahun 1926

perlawanan hoki yang pertama yang melibatkan penduduk tempatan , iaitu di

antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat

dianjurkan.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan

sebuah pasukan hokinya sendiri. Pasukan hoki Negara wujud pada tahun

1923, iaitu menerusi usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan


pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika

itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Perlawanan tersebut juga telah mendorong pasukan hoki kita

untuk mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun selepas itu,

pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong

dan Macao. Pasukan kita telah memenangi kesemua perlawanan

persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah

membuat lawatan ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan.

Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita telah berjaya menumpaskan

mereka. Liga hoki juga telah dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946

di Taiping yang kemudiannya di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau

Pinang.

Pada tahun 1948 Persekutuan HokiTanah Melayu (MHF) telah

ditubuhkan sebagai satu badan penyelaras permainan hoki di Negara

kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya.

Dengan itu, ini telah menghidupkan peluang kepada pasukan kita untuk

mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan di peringkat

antarabangsa. Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu

telah menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.


Kejohanan hoki pertama anjuran MHF adalah pada tahun 1951

yang diteruskan sehingga kini. Allahyarham Tun Abdul Razak telah dilantik

sebagai Presiden pertama MHF ( 1957) dan beliau menghadiahkan sebuah

piala sebagai piala rebutan untuk pertandingan di antara negeri ini. Piala ini

dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah

pertandingan ini berjaya dianjurkan.


1.4) Perkembangan Hoki sebagai permainan antarabangsa

Perkembangan permainan hoki ini terus tersebar ke negara-

negara lain namun begitu detik bermulanya hoki sebagai permainan

antarabangsa adalah apabila ia diterima sebagai salah satu acara dalam

Sukan Olimpik pada tahun 1896. Walaupun hoki diketepikan pada Sukan

Olimpik tahun 1924, namun ia diterima kembali dalam Sukan Olimpik pada

tahun berikutnya. Kini hoki merupakan satu acara tetap bagi sukan terbesar

ini.

Seperti permainan-permainan yang lain, hoki juga memerlukan

sebuah badan khusus di peringkat dunia untuk menyelaras serta

menganjurkan pertandingan pada peringkat dunia dan menyelaras serta

menganjurkan pertandingan pada peringkat antarabangsa. Maka pada tahun

1924, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ditubuhkan atas usaha negara-

negara Eropah, iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis,

Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai

badan yang menjadi pengelola rasmi bagi permainan ini pada peringkat

dunia.

Antara usaha terpenting badan ini adalah memperkemaskan

undang-undang serta peraturan permainan agar semua negara dunia dapat

bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga bertanggungjawab
menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan

Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-juara, kejohanan

Eropah dan sebagainya.

Pada peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi

pencabar terkuat termasuklah India, Pakistan dan negara kita dari Asia,

Belanda, Jerman Barat, Sepanyol, dan England dari Eropah, serta Australia

dan New Zealand.

Dalam pertandingan-pertandingan utama peringkat dunia,

perebutan kejuaraan yang sering berlaku adalah di antara pasukana-pasukan

tersebut. Amerika Syarikat, walaupun merupakan salah sebuah negara

terawal diperkenalkan dengan permainan ini, namun hingga kini corak

permainan hoki di peringkat dunia masih belum membanggakan.

2.0) Pemain Dunia


2.1) Sergi Enrique

Negara: Spain
Tarikh Lahir: 22 September 1987
Jantina: Lelaki
Ketinggian: 155 cm
Berat: 50 kg
Posisi: Pertahanan

Dengan kerahmatan tuhan, Sergi Enrique telah menempah

nama dalam permainan Hoki Dunia sejak berusia 17 tahun bersama

pasukan Sepanyol. Beliau telah membantu Sepanyol untuk meraih

kemenangan Champions Trophy in Lahore pada tahun 2004.

Beliau juga turut membantu Sepanyol untuk memenangi

European Championships triumph pada tahun 2005 dan 2006 World Cup

competitions pada tahun 2006.

2.2) Park Mi-Hyun


Negara: Korea
Tarikh Lahir: 26 January1986
Jantina: Female
Ketinggian: 159 cm
Berat: 56 kg
Posisi: Penyerang

Beliau merupakan seorang yang berkebolehan dan rajin.

Beliau telah menempah nama dalam pertandingan hoki dunia pada tahun

2044 dalam Anthens Olympic Games. Beliau juga dikenali sebagai Hyun.

Beliau turut diberi gelaran FIH 'Young Player of the Year' in 2006.

3.0 PeraturanPeraturan Hoki


Pengetahuan mengenai peraturan-peraturans hoki adalah penting kepada

semua pemain hoki bagi memastikan kepuasan dan keseronokan daripadanya.

Penjelasan peraturan di bawah akan menerangkan secara mudah mengenai

peraturan asas tersebut.

3.1) Komposisi Pasukan

3.1.1) Setiap perlawanan dimainkan antara dua buah pasukan.

3.1.2) Setiap pasukan hanya boleh menggunakan 11 orang

emain pada setiap masa.

3.1.3) Pemain diganti, tetapi bilangan pemain dalam padang

tidak boleh melebihi 11 orang.

3.1.4) Setiap pasukan mesti mempunyai seorang penjaga gol

pada setiap masa perminan. Jika penjaga gol itu

tercedera, ia mesti diganti oleh seorang penjaga gol

yang lain.

3.1.5) Jika penjaga gol diarah keluar padang oleh pengadil, ia

mesti diganti oleh salah seorang daripada pemain

dalam padang dan pasukan itu terpaksa bermain

dengan 10 orang pemain.

3.2) Mengganti Pemain


3.2.1) Setiap pasukan boleh mengganti pemain semasa

permainan dijalankan, daripada senarai 16 orang pemain

yang dinamakan sebelum perlawanan itu bermula.

3.2.2) Gantian pemain boleh dilakukan pada bila bila masa,

kecuali apabila sudut penalti sedang diambil.

3.2.3) Semasa sudut penalti, gentian penjaga gol dibenarkan jika

ia tercedera atau diarahkan keluar.

3.2.4) Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan jika pemain

dihukum keluar.

3.2.5) Selepas hukuman sementara, pemain itu boleh diganti

tanpa memasuki padang.

3.2.6) Pemain boleh diganti pada bila- bila masa dan permainan

tidak akan diberhentikan untuk mengganti pemain.

3.2.7) Permaianan akan diberhentikan untuk gentian penjaga gol.

3.2.8) Pemain yang diganti hendaklah masuk/ keluar dari padang

berhampiran dengan garisan tengah. Penjaga gol

dibenarkan masuk/ keluar melalui garisan belakang.

3.3) Ketua Pasukan


3.3.1) Setiap pasukan mesti melantik seorang pemain sebagai

ketua pasukan atau kapten

3.3.2) Jika kapten terpaksa keluar padnag kerana cedera atau

dihukum keluar, seorang pemain yang lain terpaksa

mengambil alih tugas kapten.

3.3.3) Tugas kapten adalah untuk menjaga gol kelakuan semua

pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan

sempurna.

3.4) Pakaian dan Peralatan Pemain

3.4.1) Setiap pasukan terpaksa memakai pakaian seragam yang

berlainan dengan pihak lawan.

3.4.2) Pakaian penjaga gol mesti berlainan dengan pemain

pasukan sendiri dan pihak lawan.

3.4.3) Perlindungan kepala diwajibkan untuk penjaga gol, kecuali

apabila menghadapi Penalty stroke.

3.5) Perlawanan dan Keputusannya


3.5.1) Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa

dengan 35 minit dibahagi kepada satu separuh masa.

3.5.2) Antara dua separuh masa itu, rehat selama lima minit

boleh dibenarkan dengan persetujuan kedua- dua

pasukan.

3.5.3) Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol diistiharkan

pemenang.

3.5.4) JIka kedua- dua pasukan gagal menjaringkan gol atau

menjaring bilangan gol yang sama.

3.6) Permulaan Permainan

3.6.1) Kapten kepada dua- dua pasukan yang berlawan diminta

memilih mula permainan atau memilih gol yang hendak

diserang.

3.6.2) Pada separuh masa kedua ( second half ) pilihan kapten

ditukar .

3.6.3) Permainan dimulakan dengan hantaran tengah( centre

pass).

3.6.4) Hantaran tengah ini diambil untuk memulakan permainan

pada kedua- dua separuh masa dan selepas setiap gol

dijaringkan.
3.6.5) Jika gol dijaringkan, pasukan yang lepaskan gol, membuat

hantaran tengah.

3.6.6) Hantaran tengah

Dibuat di tengah padang.

Bola boleh dihantar ke mana- mana arah, kecuali pemain

yang lakukan hantaran tengah itu.

Apabila pengadil memberhentikan perlawanan

( misalnya, kerana kecederaan), permainan mula semula

dengan lakuan buli.

Selepas strok penalti yang gagal dijaringkan,

permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.

3.7) Bola Keluar dari Kawasan Permainan

Bola hoki selalu keluar dari padang semasa permainan

dijalankan. Bola ini boleh keluar melalui garisan tepi atau garisan
belakang. Ini boleh menimbulkan situasi seperti disenaraikan di bawah

dan disertakan dengan tindakan yan diambil oleh pengadil.

Jika bola keluar melintasi garisan tepi

Daripada kayu hoki pemain pasukan anda,

permainan diteruskan oleh pihak lawan dengan

mengambil pukulan percuma ( free hit) dari

tempat di mana bola itu keluar.

Daripada kayu hoki pasukan lawan, pukulan

percuma akan diberikan kepada pasukan anda

dari tempat di mana bola itu keluar.

Jika bola keluar melintasi garisan belakang

Daripada kayu penyerang ( attacker ), pukulan

percuma oleh pemain pertahanan ( defender)

dari tempat yang bertentangan di mana boleh

melintasi 15 meter dari garisan itu.

Dengan tidak sengaja daripada kayu,

permainan dimulakan dengan satu penahan

atau oleh penjaga gol, pukulan percuma oleh

pasukan penyerang dari tanda lima meter yang

terdapat di garisan tepi berhampiran

dengan tempat di mana bola itu keluar.


Dengan sengajanya daripada kayu pukulan,

sudut penalti kepada penahan atau penjaga

gol penyerang diberikan.

3.8) Kelakuan, Aksi dan Gerakan yang Tidak Dibenarkan

Terdapat beberapa aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan di


dalam permainan hoki. Dikenali sebagai faul dan mempunyai
penalti tertentu. Faul dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.

Faul- faul bagi pemain ialah :

Bermain bola dengan bulat kayu ( back stick )

Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.

Menggunakan kayu secara agresif, berbahaya atau

menggangkat tinggi kayu hoki.

Sentuh, pegang atau tangkap kayuatau pakaian pemain

lawan.

Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan, kecuali

untuk menjaringkan gol.

Kayu hoki yang lebih tinggi dari aras bahu.

Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan

yang sedang menerima bola tinggi beliau hanya boleh

menghampiri pemainyang menerima bola itu selepas


beliau menerima dan terkawal bola itu di atas

padang.

Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa

mereka menahan gol.

Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja semasa

mengambil pukulan sudut penalty atau strok penalty.

Membuang masa dengan sengaja (delay or time wasting)

Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat

bola dengan mana-mana bahagian badan.

Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut

bola.

Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola

pemain atau pengadil.

Penjaga gol baring di atas bola.

Penjaga gol bermain tanpa topi keledar atau kayu hoki.

Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan

tangan kaki aytau mana-mana bahagian badan.

4.0) Spesifikasi
Ramai yang berpendapat bahawa hoki merupakan satu

permainan yang amat bahaya kerana setiap pemain menggunakan batang kayu dan

bermain dengan bola kulit yang keras yang boleh bergerak selaju 140- 160km

sejam. Ini bukanlah satu pendapat yang tepat. Bukan ramai yang menyedari

bahawa terdapat permainan atau sukan lain yang boleh mendatangkan kecederaan

seperti bola sepak, ragbi, American foot- ball dan lain- lain sehingga ada antara

pemain yang bersara dan hidup dengan kecederaan yang lebih teruk untuk seumur

hidupnya.

Kecederaan dalam hoki boleh dikurangkan dan

keseronokannya boleh ditambah jika permainan hoki dimainkan di padang yang

sesuai dengan peralatan yang betul. Permainan hoki perlu diperkenalkan kepada

ukuran dan tanda- tanda padang, permukaan padang yang sesuai serta spesifikasi

alatan yang betul supaya dapat mencegah kecederaan.

4.1) Ukuran Padang


Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan berukuran

91.40meter panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali

sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang.

Pintu gol diletakkan di atas garisan belakang tersebut.

Dapat diperhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada

dua bahagian oleh garisan tengah. Setiap bahagian tengah dibahagi

kepada dua lagi bahagian, di mana bahagian yang sebelah garisan gol

ialah 22.90 meter, manakala bahagian sebelah garisan tengah ialah

22.80 meter. Kawasan di antara garisan belakang dengan garisan ialah

22.90 meter yang dikenali sebagai kawasan 23 meter.

4.2) Bulatan Jaringan (Striking Circle)

4.2.1) Satu garisan yang panjangnya 3.66 meter selari dengan

garisan gol ditanda di tengah garisan 14.63 meter.


4.2.2) Dua suku bulatan berradius 14.63 meter dilukis bermula dari

garisan 3.66 meter ke garisan belakang. Bagi suku bulatan

di sebelah kiri tiang gol kiri digunakan sebagai pusat,

manakala suku bulatan di sebelah kanan tiang gol kanan

digunakan sebagai pusat.

4.2.3) Bulatan yang dilukis seperti Rajah 2 dikenali sebagai bulatan

jaringan, bulatan pukulan atau kawasan D.

4.2.4) Tanda- tanda yang lain didapati dalam bulatan jaringan ialah

strok penalti 6.4 meter di hadapan gold an garisan garisan

sudut penalti 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol di

sebelah kiri dan kanan.

4.3) Pintu Gol

4.3.1) Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol.

4.3.2) Gol diletak di tengah- tengah garisan belakang.


4.3.3) Gol dibuat dengan dua tiang gol tengah yang

disambung dengan satu tiang mendatar ( crossbar). Jarak

di antara dua tiang tengah itu ialah 3.66 meter.

4.3.4) Ketinggian tiang tengah ialah 2.14 meter

4.3.5) Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk empat segi

bujur berukuran 5.0m 7.5m.

4.3.6) Semua tiang tengah dan tiang mendatar dicat putih

4.4) Jaring

4.4.1) Jaring diikat kukuh kepada tiang tegah dan tiang mendatar.

4.4.2) Jaring mempunyai mesh berukuran 45 mm dan berbentuk

empat segi.

4.5) Tiang-Tiang Bendera

4.5.1) Empat tiang bendera diletak di setiap sudut padang

permainan yang dikenali sebagai bendera sudut.

4.5.2) Tingginya di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter.

4.5.3) Bendera diletak di luar sudut.

4.5.4) Tiang bendera diperbuat daripada bahan lembut untuk

menjamin keselamatan pemain.

4.6) Bola
4.6.1) Sebiji bola keras, pejal atau kosong digunakan.

4.6.2) Biasanya, permukaan bola adalah licin.

4.6.3) Bola berwarna putih ( warna lain digunakan dengan

persetujuan oleh kedua dua pasukan).

4.6.4) Berat bola : 156 g ( minimum) 163 g ( maksimum)

Lilitan bola : 224 mm ( minimum ) 235 mm (

maksimum

4.7) Kayu Hoki

4.7.1) Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat (

rounded) di sebelah kanan.

4.7.2) Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (

face of the stick).

4.7.3) Hanya boleh bermain bola dengan menggunakan muka

kayu.

4.7.4) Bahagian bulat kayu dipanggil belakang kayu ( back stick )

dan dilarang bermain bola dengan bahagian ini.

4.7.5) Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu boleh

berbentuk J atau U

4.7.6) Kayu hoki hendaklah licin dan tidak boleh mengandungi

tepi- tepi tajam atau serpihan yang berbahaya.


4.7.7) Tebal kayu dihadkan, kayu mesti boleh melalui satu gelung

yang mempunyai diameter 51 mm.

4.7.8) Kayu hoki boleh diperbuat daripada apa- apa bahan

sahaja, kecuali logam dan tidak melebihi 737 g.

4.8) Kasut

4.8.1) Boleh memakai apa sahaja jenis kasut yang sesuai.

4.8.2) Kasut yang mempunyai pancang ( spikes) tetungku yang

terjulur ( protruding studs) dan paku- paku tidak

dibenarkan.

4.8.3) Kasut yang mempunyai tetungku getah dicadangkan.

4.8.4) Kasut khas digunakan untuk bermain di atas

permukaan sintetik. Kasut ini membenarkan pemain

mempunyai tempat berpijak yang baik, dan pada masa

yang sama membenarkan pemain menukar arah

dengan cepat tanpa kasut tersekat.

4.9) Alatan Penjaga Gol

Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik disebabkan


peranan dan tugasnya dalam permainan.
4.91) Penjaga gol mesti memakai ped di kakinya. Ped

dipakai dari pergelangan kaki sehingga ke lutut. Ped

mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga

gol. Ped yang popular pada masa ini ialah ped fibre-

glass dengan penutup kulit. Ped ped lama yang

dipasang dengan kickers dan diisi dengan kapas,

sabut dan gentian lain kurang popular kerana berat

dan kecenderungannya meresap air di padang basah

dan menjadi lebih berat. Ini akan mengehadkan

pergerakan penjaga gol sehingga menggurangkan

kepantasan dan meletihkan gol.

4.9.2) Ped- ped pada hari ini datang dengan kickers

pasang tanggal. Kickers mesti menutup keseluruhan

kaki dan memberi perlindungan yang sempurna

kepadanya. Biasanya, bahagian kaki yang mudah

cedera ialah di kekuda kaki dan tempat di mana ped-

ped disambung kepada kickers di atas pergelangan

kaki. Setiap ped hanya boleh mempunyai dimensi 300

mm maksimum apabila dipakai untuk permainan.

4.9.3) Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit

dan plastik. Sarung tangan mesti memberi keyakinan


kepada penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul

ke arah gol dan datang pada kelajuan 140- 160 km

sejam.

4.9.4) Sarung tangan juga mesti lembut supaya boleh

memegang kayu hoki dengan kukuh. Sarung tangan

tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm

panjang. Alat- alat yang melindungi penjaga gol ialah

pelindung dada, ped-ped bahu, penutup muka,

pelindung mulut, seluar berped dan pelindung kemola

untuk penjaga gol lelaki.

4.9.5) Pelindung dada dan ped- ped bahu melindungi

tubuh badan dan bahu. Ia dipakai di bawah jersi

penjaga gol. Pelindung mulut adalah sama seperti

yang digunakan oleh atlit tinju, bertujuan untuk

melindungi mulut dan gusi penjaga gol. Pelindung

muka yang menyerupai topi keledar diwajibkan bagi

penjaga gol, kecuali masa penalti ( penalty stroke ).

Alat pelindung ini hendaklah melindungi muka, kepala

dan kerongkong.

4.9.6) Seluar seluar berped diperlu untuk membolehkan

penjaga gol melungsur di atas permukaan sintetik

dengan keyakinan. Tanpa perlindungan tambahan ini,


geseran di atas permukaan tiruanboleh menyebabkan

kecederaan kepada kulit penjaga gol.

4.10) Permukaan Padang

Permukaan padang yang sintetik telah menambahkan

kepopularan permainan hoki. FIH telah memutuskan bahawa semua

pertandingan sama ada di peringkat Piala Dunia, Sukan Olimpik, Piala

Juara ( Champions trophy) atau semua sukan sukan benua seperti


Sukan Asia, Sukan Eropah dan lain- lain lagi. Dimainkan di atas

permukaan sintetik.

Pelbagai tanda selar ( brands) permukaan disahkan oleh FIH.

Pergerakan ini dikategorikan permukaan global dan bukan

globalyang boleh digunakan untuk pertandingan utama seperti Piala

Dunia Sukan Olimpik dan lain-lain lagi. Permukaan bukan global

hendaklah mendapatkan pengiktirafan FIH dari pertandingan ke

pertandingan.

Banyak negara telah mengeluarkan pic-pic sintetik. Antara pic

yang popular ialah Asroturf dan Soteturf ( Amerika Syarikat ), Megaturf

dan Megagrasse( German), sportilon dan Eldel Classic( Belanda), Poli,

Super dan Superior Grasse( Australia ), Aquaturf dan Grasshopper(

England) dan lain- lain lagi.

Negara negara lain seperti Belgium, Argentina, Kanada,

Perancis, Korea Selatan dan Itali juga turut mengeluarkan pic-pic

sintetik.Banyak antara pic sintetik diisi dengan pasir. Pic yang


mengandungi pasir kurang kurang popular kerana kecederaan seperti

lebam kerap berlaku jika pemain terjatuh.

Malaysia mempunyai banyak pic sintetik diisi dengan pasir.

Difahamkan, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pic

terbanyak di Asia jika dibandingkan dengan Pakistan, India, Korea

Selatan, Negara China dan Jepun. Dua pic yang paling popular di

Malaysia ialah padang permainan di Stadium Hoki, Kompleks Sukan

Bukit Jalil dan padang permainan di Stadium Hoki Ipoh.

5.0) Tujuan dan Objektif

5.1) Tujuan

Latihan ini adalah bertujuan:-


5.1.1) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat

berteraskan kepada prinsip mekanik secara berterusan.

5.1.2) Mendedahkan pemain kepada satu sistem latihan yang rapi

dan berobjektif.

5.1.3) Menjadi satu paduan kepada jurulatih mengendalikan satu

sistem latihan yang bersistematik.

5.1.4) Melahirkan pemain yang bersikap positif dan melahirkan

pemain yang berbakat.

5.2) Objektif

Latihan ini pada keseluruhannya memuatkan contoh-contoh

sukatan latihan, rancangan latihan, gerak kerja serta latih tubi yang

bersesuaian. Ia dibuat untuk jurulatih-jurulatih menjalani satu sessi

pengajaran permainan hoki ke atas kumpulan pelajar.

Secara am, manual latihan ini menrangkumi konsep dan sistem

latihan,carapengelolaan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian pemain.

Dari segi kejurulatihan, manual ini diharapkan :-


Dapat membantu jurulatih mengetahui kelebihan-kelebihan

yang diperolehi dalam menjalankan latihan berdasarkan

sukatan yang diberi.

Dapat memberi tunjuk cara dan menjalankan latihan dengan

lebih berkesan.

6.0) Persediaan Sebelum dan Selepas Bermain


6.1) Memanaskan Badan

6.1.1) Memanaskan badan adalah aktiviti persediaan yang

dilakukan oleh seseorang pemain yang akan menjalani

latihan sukan atau latihan kecergasan. Melalui aktiviti

memanaskan badan, ini akan membolehkan suhu darah dan

otot meningkatkan fungsinya melalui :

Otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih

pantas

Rintangan dalam otot akan menurun dan seterusnya

meningkatkan

Kemampuan melakukan sesuatu aktiviti

Kenaikan suhu badan akan menyebabkan hemoglobin

membebaskan oksigen dengan lebih cepat untuk kegunaan

tisu-tisu otot

Kenaikan suhu juga akan menyebabkan myoglobin

berfungsi dengan lebih berkesan dan mempertingkatkan

aktiviti enzim

Rintangan dalam salur darah berkurangan dengan kenaikan

suhu

Mengurangkan risiko kecederaan pada tisu-tisu lembut.


6.1.2) Bagi menaikkan suhu badan, seseorang pemain perlu

melakukan aktiviti selama lebih kurang 30 minit dengan

intensiti senaman yang sesuai.

Kesan ke atas seseorang pemain yang telah melakukan

latihan memanaskan badan ialah mereka akan

berkemampuan melakukan kerja lebih kurang 45 hingga 80

minit. Ini adalah mengikut pendapat Herbert A de Vires.

6.1.3) Jenis Memanaskan badan

Memanaskan badan secara aktif (aktiviti yang dilakukan

sendiri)

Memanaskan badan secara pasif (aktiviti yang

dijalankandengan bantuan alat)

Memanaskan badan secara am (untuk meningkatkan suhu

badan)

Contoh : Lari anak, lari setempat

Memanaskan badan secara spesifik (aktiviti yang dilakukan

khusus untuk sesuatu latihan )

Contoh : Regangan Statik & Regangan Dinamik


6.1.4) Prinsip-prinsip memanaskan badan

Memanaskan badan secara am atau untuk meningkatkan

suhu badan atau otot serta darah dapat meningkatkan

pencapaian seseorang pemain.

Aktiviti yang disusun sebaik-baiknya dikaitkan dengan sukan

yang dimainkan supaya penguasaan kemahiran asas dapat

dipertingkatkan.

Latihan memanaskan badan boleh dijalankan secara pasif

jika aktiviti aktif tidak dapat diadakan.

Aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan

kecederaan otot semasa bermain.

Prosedur memanaskan badan hendaklah tersusun dan

bersesuaian dengan individu melaksanakan.

Latihan memanaskan badan yang dilaksanakan secara

lebihan beban akan menyebabkan kesan positif kepada

koordinasi neuro-muscular.
6.2) Regangan Otot-Otot Spesifik

6.2.1) Otot-otot utama yang akan digunakan dalam permainan hoki

harus diregangkan.

6.2.2) Pemain harus menahan setiap regangan selama 10 hingga 12

saat dan ulang aktivti ini.

6.2.3) Latihan Gerak Kendur/Warm Down

6.2.4) Latihan gerakendur ialah latihan yang dijalankan selepas

seseorang pemain menjalani sesuatu latihan atau

permainan.

6.2.5) Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan

darah dari terkumpul di bahagian-bahagain anggota yang

tertentu.

6.2.6) Aktiviti gerakendur :

Antara aktiviti gerakendur yang dilakukan selepas menjalani

latihan ialah :

Perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah.

Contoh :- Lari anak, Berjalan dan Regangan otot

pada intensiti sederhana


7.0) Pengenalan kepada prinsip asas sains

7.1) Pelatih perlu disedarkan tentang apa dan mengapa sesuatu aktiviti

atau pergerakkan itu perlu dilakukan. Kesemua pergerakkan ini

adalah berlandaskan sains sukan yang meliputi elemen-elemen

dalam prinsip mekanik seperti :

7.1.1) System tuas


7.1.2) Projektil
7.1.3) Kesinambungan
7.1.4) Pemindahan dan penyerapan daya
7.1.5) Gravity dan kestabilan
7.1.6) kuasa

7.2) Prinsip-Prinsip Sains

Aspek ini perlu diberi penekanan di dalam pengajaran

supaya pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini adalah

kerana penggunaanya banyak terlibat dalam latihan kecergasan, latihan

kemahiran, dan teknik kemahiran kemahiran yang tertentu. Kefahaman

yang jtu terhadap prinsip prinsip ini dapat membantu para pemain

menggunakannya dalam latihan untuk mencapai kecergasan optimum dan

seterusnya meningkatkan prestasi permainan. Melalui prinsip prinsip ini,

kita boleh mengkaji daya daya tertentu yang bertindak ke atas tubuh dan

kesan yang dihasilakan olehnya serta tindak balas tubuh kita terhadap
pengaruh tersebut. Prinsip mekanik ini adalah suatu prinsip yang penting

dalam bidang fizik dan ia merangkumi beberapa teori.

Berikut adalah beberapa contoh prinsip mekanik :

7.2.1) Hukum Newton

Pertama
Kedua
Ketiga

7.2.2) Penyerapan dan pemindahan daya

7.2.3) Keseimbangan

7.2.4) Momentum

7.2.5) Pergerakan linear dan angular

7.2.6) Pusat graviti

7.2.7) Sistem Tuas :


Kelas Satu
Kelas dua
Kelas tiga

7.2.8) Daya sentrifugal dan sentripetal


7.3) Tiga Prinsip Asas Sains yang Dipilih

7.3.1) Hukum Newton

-terdapat tiga kelas dalam hukum ini, iaitu:

Hukum Newton Pertama- Hukum Inersia

-Hukum ini mengatakan bahawa suatu benda, misal

sebiji bola yang berada dalam keadaan pegun akan

kekal berada dalam keadaan itu kecuali suatu daya

luar bertindak ke atasnya untuk mengerakkannya.

-Sekiranya bola itu berada dalam keadaan

bergerak, ia akan terus bergerak menuju ke arah

yang sama pada halaju seragam kecuali suatu

daya luar bertindak mengubah arah atau halajunya.

Ringkas kata,hukum Newton pertma ialah


sesuatu jasad akan terus bergerak lurus
atau dalam keadaan rehat hanya jika satu
daya luar bertindak ke atasnya.

Hukum Newton Kedua - Hukum Pecutan

-Pergerakan badan mengalami pecutan apabila ia

bergerak daripada keadaan pegun atau mengubah

arah atau mengubah kelajuan ketika sedang


bergerak. Pecutan boleh berlaku dalam keadaan

linear atau bersudut. Pecutan ialah keadaan

perubahan halaju badan mengikut masa.

-Hukum ini diwakili oleh rumus yang berikut:

a = F/m

Maksud :

a = pecutan sistem(badan)

F = daya luar bersih yang bertindak ke


atas badan

m = jisim badan yang menerima tindakan


daya luar itu.

-Didapati bahawa pecutan badan adalah berkadar

terus dengan daya luar bersih yang bertindak ke

atasnya dan pecutan badan akan berlaku searah

dengan daya tindakan luar itu. Oleh itu, semakin

besar daya luar yang bertindak ke atas badan,

semakin cepatlah pecutan yang dialami olehnya.

-Hukum ini juga menyatakan bahawa pecutan

badan adalah berkadar songsang dengan jisim

badan iaitu semakin besar jisim badan, semakin

kurang pecutan yang dialaminya.


-Ringkas kata, hukum Newton kedua menyatakan

bagi satu jasad, daya yang dialaminya berkadar

terus kepada pecutan.

-Rumusnya : F= ma atau Daya = jisim pecutan

Hukum Newton Ketiga

-Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap daya

tindakan yang dikenakan, terdapat satu daya tindak

balas yang sama magnitud tetapi pada arah yang

bertentangan

-Apabila dua biji bola, katakana A dan B berlanggar,

masing-masing akan mengenakan daya yang sama

magnitud terhadap satu sama lain tetapi

bertentangan arah. Selain daripada hukum

Gerakan Newton Ketiga ini kesan tindakan daya

luar terhadap pergerakan seluruh badan mesti juga

mengambil kira Hukum Inersia dan Hukum

Pecutan.

Pendek kata, Hukum Newton Ketiga


menyatakan untuk sesuatu tindakan
ada tindakan yang sama kuat dan
bereaksi bertentangan
7.3.2) Sistem Tuas

Tuas ialah alat untuk menjungkit atau mengangkat sesuatu

yang berat, iaitu, beban, dengan daya daya yang kecil. Sistem tuas

terbahagi kepada tiga kelas mengikut kedudukan fulcrum dan

hubungannya dengan beban serta daya serta dikenakan. Fulkrum

boleh terdiri daripada benda atau sendi dalam badan. Daya yang

dikenakan biasannya daripada daya otot.

Tuas Kelas Pertama

-Fulkrum berada di antara daya dengan beban

fulkru
Daya m beban

Tuas Kelas Kedua

- Beban berada diantara fulkrum dengan daya

Daya

fulkru
beban
m
Tuas Kelas Ketiga

-Daya berada diantara beban dengan fulkrum.

Daya

fulkru beban
m

7.3.3) Pusat Graviti

- Semua jasad termasuk badan manusia mempunyai berat

kerana adanya daya tarikan gravity. Titik tumpuan keseluruhan

berat jasad dipanggil pusat graviti bagi jasad itu.

- Bagi jasad seperti badan manusia, kedudukan pusat gravity

tidak semestinya terletak di titik tumpuan keseluruhan berat

jasad itu, ia boleh berada di luar jasad.

- Kestabilan sesuatu jasad bergantung kepada kedudukan pusat

gravitinya, iaitu lebih stabil jika pusat gravitinya itu rendah.

- Walau bagaimanapun kestabilan sesuatu jasad itu juga

dipengaruhi oleh kedudukan garisan graviti dan beban jasad itu

sendiri.
7.4) Unsur Fisiologi

-Pengetahuan tentang sains pergerakan itu perlu juga digabungkan

dengan unsur-unsur fisiologi, iaitu :

otot

tulang

jenis sendi
8.0) Kemahiran Asas Dalam Permainan Hoki

Terdapat beberapa kemahiran asas yang patut diperolehi si pemain

dapat keseronokkan daripada permainan ini. Antara kemahiran

kemahiran asas tersebut ialah seperti berikut :

8.1) Memukul
8.2) Menolak
8.3) Menahan / menyerkap
8.4) Menggelecek
8.5) Menguit / menguis
8.6) Merebut/tackle
8.7) Menghantar
8.8) Penjagaan Gol

Asas pegangan kayu hoki

Terdapat 2 cara asas menggenggam kayu hoki iaitu :

a) Genggaman berjarak.

- Diamalkan untuk tindakan tindakan yang

berikut iaitu mengelecek bola, menolak bola,

menguis bola dan menyerkap bola.

Teknik Asas Genggaman:


- Sebelah tangan menggenggam bahagian

pangkal kayu dan sebelah lagi di bahagian

berhampiran dengan pertengahan kayu.

b) Genggaman rapat

- Diamalkan apabila pemain hendak memukul

bola.

Teknik Asas Genggaman:

- Kayu digenggam dengan kedua-dua belah

tangan secara rapat di bahagian berhampiran

pangkalnya.

Anda mungkin juga menyukai