Anda di halaman 1dari 17

Tema Ujian Bertutur Bahasa Melayu 2022 :)

1) Kesihatan & Kebersihan


-Mengapakah perlu jaga kebersihan alam sekitar?
menjaga kebersihan alam sekitar adalah mustahak untuk membendung masalah
pencemaran. Kita pernah menyaksikan satu insiden di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang
dicemari dengan pembuangan bahan kimia sehingga mengakibatkan masyarakat sekitar
khususnya kanak-kanak jatuh sakit
menjamin bekalan sumber alam semula jadi untuk masyarakat hari ini dan masa hadapan.
Sebagai contoh, sungai adalah sumber bekalan air bersih yang kita gunakan di rumah kita
untuk memasak dan membersih.
merupakan pusat tarikan pelancong asing dan juga tempatan. Sektor pelancongan
merupakan antara sektor utama di negara ini yang menyumbang kepada perkembangan
ekonomi negara.

cara mengawal penyakit berjangkit?


mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat merangkumi pemakanan seimbang dan
melakukan aktiviti riadah atau bersukan.

Pihak berkuasa bertanggungjawab untuk memperketatkan kawalan kemasukan pelancong


dan buruh asing ke dalam negara.

menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Kebersihan diri adalah nilai penting yang wajib
diamalkan oleh semua manusia kerana kekotoran adalah punca kepada penularan ini.

-cara/faedah menjaga kebersihan menggunakan kaedah tradisional?

Mencuci tangan dengan teknik dan kaedah yang betul

penjagaan gigi dan mulut.gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sekali iaitu pada waktu bangun
tidur dan sebelum tidur.

Membersihkan badan dengan mandi secara teratur adalah cara menjaga kebersihan diri yang paling
asas dan wajib dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

Faedah menjaga kebersihan

1. Kebersihan diri adalah lambang sifat disiplin diri.


2. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
3. Menjaga penampilan diri dan membina keyakinan diri untuk bergaul dan
berdepan dengan masyarakat.
-faktor/cara tangani penyakit kanser?
Usia
semakin tua usia individu, semakin tinggi risiko kanser.

Pilihan gaya hidup


Tabiat merokok, diet tinggi lemak serta pekerjaan yang melibatkan bahan kimia adalah
contoh gaya hidup yang mungkin boleh meningkatkan risiko kanser.

Sistem imun lemah


Sistem imuninasi tubuh badan adalah penting untuk melawan penyakit. Apabila ia
lemah, maka fungsi untuk melawan jangkitan juga turut akan jadi lemah.

Cara tangani kanser

1.Suntikan vaksinasi kanser

Vaksin adalah ubat yang membantu tubuh melawan penyakit. Ia melatih sistem imun untuk
mencari dan memusnahkan kuman dan sel berbahaya.

2.Gaya hidup yang aktif dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan.

3.Mengamalkan pemakanan yang sihat

-apakah kelebihan makan sayur-sayuran?


. Membantu proses menurunkan berat badan
Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di
hadamkan.
Memastikan sistem imun kuat
Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada
rosak,
Menangani masalah kesihatan
selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu
menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat.

2) Pelancongan
-apakah Manfaat pelancongan terhadap negara dan masyarakat?
industri pelancongan telah menarik pelbagai pelabur asing untuk melabur di dalam negara
kita. Antaranya adalah dari segi hospitaliti dimana pelabur berminat untuk mengusahakan hotel, pusat
membeli belah dan juga membina taman tema.

pelancongan juga membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor
tersebut. Pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja
seperti pekerja hotel, pemandu pelancongan,
industri pelancongan secara tidak langsung telah menggalakkan penambah-baikan
infrastruktur di dalam negara kita di mana rakyat juga mendapat tempias manfaatnya.

keunikan budaya dan alam semula jadi negara dapat dikongsi serta dihargai. Eko-
pelancongan merupakan antara pendekatan yang berjaya dan diraikan oleh semua dimana pelancong
akan melawat kawasan-kawasan semula jadi

-apakah keistimewaan Borneo sebagai destinasi pelancongan?


Pemandangan yang cantik – gunung kinabalu
Keunikan kaum dan budaya serta makanan traidisonal
Terdapat pelbagai aiktiviti lasak yg dapat dilakukan – daki gunung kinabalu
-Bagainanakah cara mempromosikan sesuatu tempat pelancongan?
Berkempen melalui media massa dan elektronik
Teknologi yang tiada had ini wajar dimanfaat sebaik oleh pihak berkuasa dan agensi
pelancongan untuk mempromosi keunikan dan keindahan yang dimiliki oleh negara kita .

Menganjurkan acara atau kejohanan sukan peringkat antarabangsa


Penganjuran Le Tour De Langkawi adalah salah satu contoh terbaik dalam
menganjurkan acara di peringkat antarabangsa dan mempromosikan keindahan
kawasan tumpuan pelancong di Malaysia

Memastikan prasarana dan infrastruktur awam di tahap terbaik


Prasarana yang dimaksudkan adalah jalinan perhubungan seperti jalan raya yang
selamat dan lapangan terbang yang selesa

Membina jaringan keselamatan yang diyakini oleh pelancong

-apakah kepentingan arkeopelancongan?


memupuk rasa cinta dan bangga dengan tanahair kerana penemuan khazanah aktifak yang
unik dan tidak ternilai harganya,

menambahkan pengetahuan masyarakat tentang keunikan khazanah sebagai identiti


nasioanal

dapat menarik minat pelancong asing untuk melawat ke negara kita

-mengapakah tanah tinggi cameron menjadi pilihan pelancong?cnth(alam


semula jadi)
Cameron Highlands merupakan suatu kawasan berpotensi tinggi bagi
pelaksanaan pembangunan produk pelancongan tanah tinggi. Ini
disebabkan kawasan Cameron Highlands merupakan sebahagian dari
alam sekitar yang memiliki kehidupan flora dan fauna, termasuk tanaman
teh,
menyediakan pelbagai kemudahan pelancongan banyak hotel dan homestay yang
disediakan
suhu dan pemandangan yang indah

Keselamatan
-bagaimanakah cara jaga keselamatan jalan raya.

berjalan mengikut laluan pejalan kaki.Pejalan kaki hendaklah menggunakan laluan pejalan kaki
yang disediakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

penunggang motosikal haruslah memakai topi keledar yang bersesuaian. Mengikat tali topi keladar
dengan betul dan kemas dapat mengelakkan topi keledar tercabut apabila berlaku kemalangan.

berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan arah kenderaan. Ini dapat mengelakkan daripada
dilanggar kenderaan dari belakang secara mengejut.

-apakah langkah mengurangkan kemalangan jalan raya?


pemandu mesti memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.
Mereka perlu sentiasa menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis.

Sekolah juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara


kita. Sekolah boleh melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.

Media massa seperti televisyen boleh menyiarkan dokumentari berkaitan


kemalangan jalan raya.

mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya secara berterusan. Antara


kempen yang telah diadakan ialah Kempen Berhati-hati di Jalan Raya.

-cara menangani ancaman siber?


pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu
menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita.

memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari
ini
pengguna internet mempunyaI tahap kesedaran tentang risiko darI ancaman siber , melindungi
komputer dengan perisian yg ada di psaran seperti antivirus , firewall dan perisian keselamatan
komputer yang lain

-masalah/punca ancaman siber kepada negara?


Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu penyebab kejadian
jenayah siber berleluasa di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana,
peningkatan pengguna internet mendorong ramai pengguna internet
menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira
betul atau salah
kekurangan pakar-pakar forensik komputer juga menjadi penyebab kejadian
jenayah siber berleluasa di negara kita.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah menyebabkan siasatan terhadap
jenayah siber mengambil masa yang lama dan banyak kes tertangguh.
-cara / peranan menangani isu penculikan
Sentiasa mengawasi dan memberi perhatian kepada kanak-kanak

Memberi pelajaran seni mempertahankan diri

Peranan media massa dalam menyedarkan masyarakat tentang isu ini

Memakai alat penjejak pada kanak-kanak

-bagaimanakah memastikan keselamatan sekolah terjamin?


pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-
tempat yang strategik di kawasan sekolah.
pihak berkuasa patut mempamerkan tanda amaran bahaya di
kawasan merbahaya seperti tapak pembinaan di kawasan sekolah,
pihak sekolah wajar meningkatkan kawalan keselamatan. Pintu sekolah
mestilah dijaga dengan rapi pada setiap masa.
-kepentingan keselamatan di sekolah?
Mengelakkan kejadian berisiko di sekolah
Menjamin keselamatan pelajar
Menjadikan sekolah tempat yang kondusif
2) Perpaduan
-Bagaimanakah nk pupuk perpaduan? Cnth -amalan rumah terbuka
mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai
kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama
lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang

pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya
telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung.

mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek
pemakanan , pemakaian dan peradaban

-konsep kementerian perpaduan.


MALAYSIA MADANI
enam tonggak iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan serta
ihsan memegang maksud MADANI secara menyeluruh.

Enam tonggak ini bakal memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju
dan sejahtera.

-apakah langkah2 yg perlu dilakukan untuk pastikan perpaduan terjalin dlm


kalangan masyarakat majmuk di negara kita? (Peranan sapa) ada 5 ms47
ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi

institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat


bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum

, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat


memahami erti perpaduan negara.

menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum.

-bagaimana nk pastikan sesuatu usaha yg dilakukan untuk perpaduan kaum itu


berkesan?

-mengapa negara kita perlu jalinkn hubungan baik dgn negara luar?
Menjamin keselamatan dan kemanan dunia- malaysia menyertai PBB untuk
mengelakkan berlaku konflik atau peperangan
Bebas dari ancaman atau campur tangan kuasa besar dalam urusan
pentadbiran – mengamalkan dasar berkecuali
Meningkatkan ekonomi negara- tarikan pelabur asing , meluaskan pasaran
barangan negara

3) Kebudayaan , Kesenian dan Estetika.


-adat-amalan sesuatu yg diwarisi nenek moyang.(seni batik /kraf tangan)
-(budaya)> budaya memberi dn sbgainya
-apakah langkah2 yg harus diambil agar muzik tradisional (atau warisan
lain)tidak terus ditelan zaman?
menggunakan platform media untuk mempengaruhi masyarakat

Menjadikan warisan seni budaya sebagai salah satu subjek dalam pendidikan

Memelihara kesenian dan budaya yang masih ada ketika ini

Mempromosikan kesenian dengan aktiviti-aktiviti menarik

-bagaimanakah kuih tradisional mampu bertahan & bersaing dgn kuih moden?
mengadakan Karnival Makanan Tradisional Malaysia bagi setiap tahun bagi
memperkenalkan kepada orang luar
pihak media massa mengadakan pertandingan memasak kuih muih tradisional
.pihak media massa melakukan dokumentari
-apakah keunikan busana melayu?
menggunakan fabrik kapas atau gabungan fabrik yang berlainan
untuk memberikan sedikit kelainan pada kainnya.
konsep pemakaian yang mencerminkan moral kesantunan
Keunikan dan keseniannya yang menjadi kebanggaan orang Melayu apabila
dipakai tidak kira walau di mana berada

-mengapakah adat dlm suku kaum orang asli masih dipelihara?


Orang asli merupakan sebahagian daripada kaum bumiputera
Untuk tatapan generasi akan datang tentang kewuujudan org asli di tanah air
Keunikan budaya yang dimiliki oleh org asli
Menjadikan tarikan kepada pelancong asing
-dimanakah tempat paling sesuai bina arca awam?mengapa?
Tempat paling sesuai ialah bandar Kuala Lumpur .- loksai strategik para
pelancong asing dan dapat menyerlahkan keindahan sesuatu kawasan, malah
ia boleh menjadi identiti serta mercu tanda tarikan pelancong bagi sesebuah
kota metropolitan.

4) Jati diri , Patriotisme dan Kewarganegaraan


-bagaimanakah untuk meningkatkn patriotisme dlm diri?
perlu dipupuk bermula daripada bangku sekolah

ibu dan bapa berperanan memupuk

kempen patriotik oleh media massa

menghargai sejarah dan tokoh negara

melawat tempat bersejarah

-apakah ciri2 warganegara mampu bina negara yg cemerlang?


masyarakat yang rajin bekerja turut dilihat sebagai ciri yang diperlukan dalam mencapai
wawasan murni ini.
kemampuan memiliki ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat terutama remaja
penting
perlulah memiliki sikap mengutamakan konsep perpaduan dalam sebarang aktiviti
harian mereka itu.

-mengapakah jalur gemilang perlu dihormati?


Merupakan identiti dan simbol negara.
Menunjukkan negara sudah berdaulat

-jasa wira negara wajar dihargai.bagaimana caranya?


pembinaan muzium negarawan. Di dalam muzium tersebut, kita patutlah
menghimpunkanbukti-bukti jasa mereka
bangunan dan jalan utama negara bolehlah dinamakan dengan nama mereka. Hal ini
membuktikan bahawa kerajaan mahuwarganegara mengapresiasi bakti mereka kepada nusa

meletakkan sejarah pahlawan dalam buku teks sejarah supaya para pelajar mengetahui jasa
dan pengorbanan mereka sejak bangku sekolah

-ciri2 warganegara yg baik(rukun negara)

. Melengkapkan Diri dengan Ilmu dan Kemahiran


- mampu bersaing dengan negara lain

Mempunyai Jati Diri - dapat membantu mengukuhkan


perasaan cinta terhadap bangsa, agama

Mempunyai Nilai-nilai Murni


- memudahkan rakyat menjalinkan
kerjasama dgn orang lain
5) Sains , Teknologi & Inovasi (kejuteraan /teknologi alano/dron)
-apakah kebaikan/manfaat mengompos sisa kpd alam sekitar?ms72
 Meningkatkan kadar kitar semula
 Mengurangkan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar;
 Memelihara sumber alam semulajadi;

-mengapakah astrofotografi penting dlm bidang astronomi?


mempunyai keupayaan untuk merakam imej objek-objek yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar seperti bintang malap, nebula dan galaksi..
membolehkan astrofotografi dilakukan dengan lebih baik dan lebih terperinci.
-nyatakan 3 aplikasi nanoteknologi dlm kehidupan harian.
Nanoteknologi diguna untuk mencipta cip kamputer dan peranti elektronik lain bersaiz
nano.

Nancteknologi digunakan dalam rawatan penyakit genetik.


• Gen yang rosak diganti dengan gen yang normal.

Nanoteknologi diguna untuk hasilkan mikroskop

-bagaimanakah teknik kultur tisu pisang dpt nenibgkatkan hasil pertanian?


teknik yang dimanfaatkan adalah bioteknologi dalam bidang pertanian yang berjaya
dibangunkan bagi menggandakan tanaman seterusnya meningkatkan produktiviti atau mutu
keluaran

6) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau


-punca berlakunya pencemaran alam sekitar?
sikap tidak bertanggungjawab individu dan organisasi

penguatkuasaan undang-undang yang lemah dasar atau polisi kerajaan yang lemah

penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui

pembuangan sisa industri dan pertanian yang tidak dikawal

pembakaran terbuka

-kesan pencemaran alam sekitar?


terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan
Mengancam punca rezeki para nelayan dan petani
Tragedi bencana alam akan berlaku dengan lebih kerap
Habitat dan kelangsungan flora dan fauna terancam
-kepentingan alam sekitar kepada kehidupan seharian?
Mengekalkan ekosistem dan habitat yang sihat
Membendung masalah pencemaran
Menjamin bekalan sumber alam semula jadi
Menjadi pusat tarikan pelancong
Mewujudkan suasana yang selesa untuk didiami

-apakah aktiviti manusia yg beri kesan kpd alam sekitar?


kegiatan pembalakan yang berleluasa dan tidak terkawal
~ kegiatan pertanian/ pertanian pindah
~ pembinaan jalan raya / pengangkutan
~ pembinaan petempatan
~ pembinaan empangan yang menyebabkan hutan ditenggelamkan dan haiwan terpaksa dipindahkan
~ kebakaran hutan

-apakah kepentingan hutan paya bakau kpd biodiversiti?


Pokok bakau tumbuh di tebing-tebing sungai sebagai benteng daripada tanah dihakis oleh air sungai

Sebagai habitat dan ekologi hidupan marin dan haiwan lain,

Sifat daun pokok bakau yang menyerap dan memerangkap habuk di udara dapat mengurangkan pencemaran
udara.

-kuasa drpd sumber alam pemangkin kelestarian alam sekitar. Mengapa?


-huraikan implikasi lambakan sisa elektronik kpd alam sekitar
menggalakkan penghasilan bahan toksik.
, menjejaskan kesihatan kita

menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar.

-mengapakah aktiviti berjalan kaki berkait dgn mobiliti hijau?


Kerana dgn berjalan kaki , tiada pencemaran akan berlaku malah memberi
kebaikan keoada kesihatan tubuh badan .
-nyatakan kesan kepupusan hidupan liar kpd ekosistem.
Keterancaman hidupan liar
Ketidakseimbangan ekosistem

-amalan2 mesra alam cnth( pengangkutan mesra alam/emiobaliti=tntng


pergerakan/Kenderaan guna tenaga solar/kereta elektrik/hotel hijau)

7) Pertanian , Penternakan , & Perikanan


-langkah2 meningkatkan hasil pertanian
Merangka strategi pemasaran terbaik

Meningkatkan kadar kebergantungan negara terhadap hasil tempatan

Memperkasa agensi kerajaan dan lembaga pertanian

Menggunakan teknologi terkini

-mengapakah herba yg digunakan dlm masakan menjadi penawar kpd pelbagai


jenis penyakit?
Tidak mengandungi bahan kimia
Mengandungi bahan semulajadi
-apakah tumbuhan yg blh merawat masalh penyakit?cnth(halia/bunga
raya/aloevera)
-sejauh manakah penternakan ikan hiasan mampu menjanakn pendapatan?
Pemilihan ternakan ikan laga ini adalah berdasarkan kepada modal permulaan yang
rendah, tempoh ternakan yang singkat, ternakan ikan yang mudah serta pasaran
yang luas dan bernilai tinggi

-mampukah penternakan ayam piru bersaing dgn penternakan ayam daging?


bidang penternakan ayam piru menjadi pilihan pelanggan kerana produk
makanan itu kurang kolesterol selain harganya yang murah .
-langkah yg perlu dibuat untuk membantu para petani dlm tingkatkn hasil
pertanian mereka?
Mengubah kaedah pertanian menggunakan teknologi terkini
Memberi bantuan insentif dan bengkel kemahiran
Menggalakkan pengguna membeli produk tani tempatan
Membuka kawasan pertanian baru

Sejarah & Warisan


-Cara memartabatkan permainan tradisional.
bu, bapa dan ahli keluarga memperkenalkan permainan tradisonal

Memperkasa pertandingan permainan tradisional

Menyalurkan dana secara konsisten kepada penggiat permainan tradisional

Melazimi permainan tradisional dalam media massa seperti drama dan dokumentari

-usaha untuk memulihara bangunan sejarah.


mendapatkan pengiktirafan dpd badan dunia utk mewartakannya sebagai Warisan
Dunia/mewartakannya sebagai warisan kebangsaan
menyediakan dana besar untuk mengekalkannya. Sebagai contohnya, usaha membaik
pulih Bangunan Sultan Abdul Samad

diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu .

mengekalkan tajuk mengenainya di dalam buku teks

-kepentingan subjek sejarah kpd pelajar?


memupuk semangat patriotik

menyemai perpaduan antara kaum

mempelajari kesilapan masa dahulu

menghargai budaya dan warisan negara

Sukan & Rekreasi


-perbezaan sukan dalam dan luaran
-kepentingan sukan kpd diri dan negara
menjamin kesihatan diri

mengurangkan stress menjadi kerjaya

memupuk semangat setia kawan

membanteras gejala tidak sihat seperti lumba haram dan sebagainya

menyumbang kepada ekonomi negara

-kelebihan/faedah bersukan dan rekreasi


Menyihatkan tubuh badan
Meningkatkan disiplin diri
Befirkiran positif
Mengisi masa lapang

-mengapakah pemainan tradisional perlu dipertahankan?


PERMAINAN TRADISIONAL MERUPAKAN ASET BUDAYA BANGSA MALAYSIA. HAL INI DEMIKIAN
KERANA PERMAINAN TRADISIONAL MELAMBANGKAN ADAT, BUDAYA, DAN IDENTITI SESUATU BANGSA
YANG PERLU DILESTARIKAN UNTUK TATAPAN GENERASI AKAN DATANG

SATU DAYA TARIKAN YANG SIGNIFIKAN DALAM MERANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA.

DAPAT MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM YANG BERBILANG BANGSA


1) Perindustrian
-kepentingan kpd negara
Meningkatkan pendpatan negara - ALIRAN WANG MASUK KE DALAM NEGARA DAPAT
DITINGKATKAN APABILA NEGARA MENGEKSPORT BARANGAN PERINDUSTRIAN KE LUAR NEGARA.

MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN - PENDUDUK LUAR BANDAR TURUT MENDAPAT MANFAAT


DARIPADA BIDANG PERINDUSTRIAN.

memajukan sektor pertanian- merangsang perkembangan sektor pertanian.


Umpamanya, penggunaan jentera moden membuka peluang kepada para
petani untuk mengurangkan keperluan tenaga manusia

2) Pendidikan
-kepentingan belajar sepanjang hayat/ ilmu pengetahuan
Melahirkan individu yang berkemahiran tinggi
Mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama
Menyumbang kepada penyelesaian masalah dan perkembangan ilmu
Mengelakkan kita daripada dimanupulasi oleh pihak yang tidak bertanggung
jawab
Membuka ruang kepada peluang pekerjaan atau perusahaan

-kelebihan/perbezaan belajar di luar negara dan dalam negara


Kelebihan bljr dlm negara
Lebih bergaul dengan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan negeri

Menjimatkan kos

terdedah dengan dunia pendidikan dan penyelidikan semasa tempatan.

Kelebihan belajar luar negara

berpeluang mendapatkan gaya pendidikan yang berbeza.


bertemu dengan orang yang membesar dengan budaya yang berbeza
berpeluang belajar bahasa asing baharu.
Mendidik diri berdikari.

-apakah pandangan anda tngtng pendidikan untuk golongan kurang berupaya?


walaupun golongan ini merupakan golongan minoriti dalam keistimewaan tetap
diberikan dalam pendidikan mereka. Walaupun silibus pembelajaran sama,
namun teknik pembelajaranya berbeza dengan yang pelajar normal. Bagi
pelajar yang mengalami masalah penglihatan, mereka akan menggunakan kanta
pembesar, kertas yang lebih besar dan mesin taip braille bagi yang buta.
Peruntukkan masa dalam peperiksaan juga dipanjangkan bagi memberi ruang
bagi mereka untuk menjawab soalan dengan baik.
-mengapkah kerajaan perlu pastikan setiap orng mndpt peluang untuk
bersekolah?
Selaras dgn matlamat kerajaan , kerajaan mempunyai mandat global bagi
memastikan semua keperluan rakyat dalam pendidikan dipenuhi untuk
melahirkan generasi yg berpendidikan

-adakah anda gemar menyertai kem motivasi?berikan alasan.


membentuk disiplin diri
memupuk semangat kepimpinan
memperbaiki kemahiran komunikas
i melahirkan ketrampilan yang unggul
menerapkan nilai agama dan moral dalam diri pelajar

-kerjaya pilihan anda


-pada pendapat anda,pentingkah untuk mendapat banyak gred A dalam
peperiksaan?Mengapa

Gred yang Baik boleh Memimpin ke Lebih Banyak Biasiswa

Pelajar yang mendapat gred yang baik diberi peluang melanjutkan pelajaran ke luar
negara

Membuka Pintu untuk Peluang Masa Depan terutamanya dalam bidang kerjaya
3) Bahasa & Kesusasteraan
-cara nak pupuknya\usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan

Menghasilkan banyak karya seni dan penyiaran dalam Bahasa Melayu


Memastikan urusan rasmi negara dalam Bahasa Melayu (jadikan bukan isu politik)
Menganjurkan pertandingan dan anugerah sastera dengan lebih banyak dan
berprestij

-cara tangani bahasa rojak


, memantapkan etika kerja supaya masyarakat lebih tertarik untuk memurnikan bahasa Malaysia. ,
. Kakitangan sektor awam mestilah mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan oleh DBP yang
mewajibkan bahasa kebangsaan digunakan sepenuhnya dalam majlis rasmi termasuklah mesyuarat.

kempen kesedaran secara besar-besaran perlulah diadakan sepanjang masa ibu bapa perlu
menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul terhadap anak-anak.H bapa perlu
menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul terhadap anak-anak.

-Punca bahasa rojak semkin berleluasa


Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris
Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik
-mengapakah kita perlu menghargai jasa Sasterawan Negara?
Kerana merekalah yang telah mempertahankan identiti bangsa
Karya mereka menaikkan semangat cinta kepada tanah air

-Bagaimanakah cara menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar?


guru boleh menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran berdasarkan bahan bacaan ataupun
menganjurkan pertandingan yang dapat merangsang minda pelajar seperti pertandingan
membaca,

pihak sekolah mengadakan Program Nilam yang berasaskan budaya membaca amat wajar
dilaksanakan secara proaktif di sekolah.

Ibu bapa juga boleh mengadakan perpustakaan mini atau sudut bacaan di dalam rumah mereka
untuk mendedahkan anak mereka dengan persekitaran membaca.

-Huraikan peranan peribahasa dalam masyarakat


Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran,
atau ingatan secara kiasan atau sindiran.
peribahasa berfungsi sebagai pengawal sosial. Hal ini bermaksud
masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias i

4) Kerjaya
-persedian memenuhi kerjaya impian.
Memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam
Melengkapkan diri dengan kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi
Melakukan persiapan mental
Mempunyai jati diri yang mantap
-apakah faktor2 yang menentukan pemilihan sesuatu kerjaya?
Minat dan cita-cita
Latar belakang akademik
Pengaruh dan sokongan ahli keluarga
Ekonomi semasa
Suasana pekerjaan

5) Integriti (nilai2 murni)


(bertanggungjawab/amanah untuk kepentingan diri/umum)
-mengapakah integriti perlu?
meningkatkan kesedaranseseorang supaya menghindarkan diri daripada melakukan perkaar negatif
dapat menjalankan pekerjaan dgn amanah

-apakah punca berleluasanya rasuah?


sikap materialistik. Hal ini disebabkan oleh sikap negatif individu yang suka
bermewah-mewah di luar kemampuannya. Mereka menganggap memiliki
banyak harta benda yang mewah seperti kereta, rumah dan barang kemas boleh
menyebabkan mereka dikagumi dan dihormati
penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Hal ini berlaku disebabkan oleh
kekurangan anggota penguatkuasa.
Gaji yang rendah ini mendorong individu untuk mengambil rasuah bagi
meningkatkan pendapatannya.
6) Ekonomi , Keusahawanan & Pengurusan Kewangan
-kelebihan/faedah menabung
Meringankan kos perbelanjaan yang meningkat
memupuk sikap disiplin pada diri individu
mempunyai simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan.
setiap individu perlu sedar bahawa keperluan wang semasa waktu kecemasan juga
membuatkan amalan menabung itu sangat penting.

-Sejauh manakah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berupaya


untuk membantu masyarakat?
Agensi ini menyediakan khidmat nasihat, kaunseling dan bantuan kepada individu dalam bidang
berkaitan dengan kredit, pengurusan kewangan dan pendidikan serta penstrukturan semula
hutang. Kesemua perkhidmatan AKPK adalah percuma.[1]

-Apakah bentuk pelaburan yg patut anda sertai?


-Masih mampukah syarikat e-panggilan bertahan pada masa hadapan?
-Apakah kepentingan keusahawanan kpd negara?
Meningkatkan pendapatan negara
Menwarkan peluang pekerjaan
Membangunkan industri sokongan bg memastikan aktiviti perniagaan berjalan
lancar
-wajarkan penggunaan kad kredit dijadikan suatu kebiasaan dlm
berbelanja?Jelaskan.

bayaran dengan kad kredit memudahkan kita untuk mempunyai rekod dan
memeriksa kembali perbelanjaan anda, kerana ianya akan direkod dalam
penyata bulanan kad kredit. Sebagai permulaan, banyak kad kredit menawarkan
rebat tunai atau mata ganjaran bagi setiap RM1 yang anda belanjakan.

7) Pentadbiran dan Politik


-kepentingan politik kpd negara\-manfaat jika politik negara stabil
Meningkatkan ekonomi negara – menarik minat pelabur asing
Menjamin kesejahteraan negara
Memlihara industri pelancongan negara
#doakanspmsayadipermudah

Anda mungkin juga menyukai