Anda di halaman 1dari 20

SENARAI KANDUNGAN

Perkara

1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN
3. SEJARAH
4. GELANGGANG TENIS
5. KEMAHIRAN ASAS
 Cekak
 Pukulan pepat
 Pukulan kilas
 Voli
 Servis
 Smesy
 Lob
6. MEMULAKAN PERLAWANAN
7. ETIKA DI PERLAWANAN
8. ASPEK KESELAMATAN
9. LAMPIRAN
10. RUJUKAN
PENGHARGAAN

Syukur,alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta


alam.Dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan
folio ini dengan jayanya.Meskipun tidak sesempurna dan
secantik yang dinginkan,namun saya amat berharap agar
folio ini boleh diterima dengan seadanya.

Di kesempatan ini,saya selaku pelajar yang mempelajari


subjek pendidikan jasmani ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada guru yang saya sangat sayangi,Puan
Sapijah bt Sapuwan yang telah banyak mengorbankan ,asa
dan tenaga mengajar saya subjek pendidikan
jasmani.Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik
puan.

Tidak lupa kepada kedua ibu bapa saya yang tercinta,En


Aminudin b Shuib dan Pn Chempaka bt Saad di atas segala
sokongan dan kasih sayang yang diberikan terutama sekali
dari segi kewangan.Semoga sumbangan ini dapat
menjadikan saya pelajar yang berguna dan berjaya.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
menyumbangkan idea dan tidak pernah lokek untuk
membantu saya dalam proses menyiapkan folio ini.Jasa dan
budi baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sekian,wassalam.

PENGENALAN
 Permainan tennis boleh dimainkan
secara perseorangan atau beregu.
 Acara perseorangan merupakan
perlawanan satu lawan satu.
 Beregu pula merupakan perlawanan
antara dua orang pemain melawan dua
orang pemain yang lain.
 Acara beregu boleh dilakukan secara
campuran iaitu pasukan mesti terdiri
daripada 2 orang pemain yang berlawanan
jantina.
 Permainan tenis biasanya dimainkan
di:
o Gelanggang rumput
o Permukaan keras,sintetik,tanah liat
o Di dalam dewan

SEJARAH
 Orang Perancis mula bermain permainan
yang mirip permainan tenis pada tahun 1300
Masihi.

 Pada asalnya ia dipanggil ‘Jeu De Paume’.

 Nama tenis mungkin berasal dari percatan


Perancis,’Tenez’.

 Tenez bermaksud ‘ambil main’.

KEMAHIRAN ASAS
Saiz gelanggang permainan untuk perseorangan ahíla
8.23 meter lebar dan 23.77 meter panjang.

Gelanggang untuk permainan beregu pula ialah


29.97meter lebar dan 23.77 meter panjang.

Tabal garisan ahíla 5cm kecuali di bahagian belakang


garisan terdapat 10cm.

1) CEKAK
Dalam permainan tenis ,grip atau cekak ,raket
merupakan aset yang amat penting.

Tiga cekak utama iaitu :

I. Cekak timuran
II. Cekak barat
III. Cekak kontinental

Untuk mempelajari kemahiran asas , hanya


cekak timuran (seperti dalam gambar) yang
akan dipelajari.

Cekak timuran juga dikenali sebagai ’cekak


berjabat tangan , dibuat seolah-olah
berjabat tangan.

2) PUKULAN PEPAT
Terdapat 4 peringkat dalam membuat pukulan pepat :

I. Ayunan balik
II. Ayunan hadapan
III. Kontak dengan bola
IV. Ikut lanjak

Teknik pukulan adalah seperti berikut


 Diri sedia (stance).
 Ayunan balik (backswing) dan tangan pemukul
berada di paras pinggang.
 Lakukan ayunan ke hadapan.
 Pastikan bahawa lengan lurus
sepenuhnya,pergelangan tangan hendaklah
tegap bila melakukannya dengan bola.
 Apabila kontak telah dibuat , raket akan
berada di paras bahu.
 Ikut lanjak , ketika ini raket akan terus
menyilang bahu supaya bola akan bergerak ke
arah hadapan atau ke atas.

Otot yang digunakan dalam pukulan pepat ialah pectoralis


major , latissimus dorsi , otot oblique.

3) PUKULAN KILAS
Pukulan kilas merupakan pukulan bahagian yang bertentangan
pukulan tepat belakang raket yang dilakukan pada bahagian
tidak dominan.

Terdapat dua kaedah iaitu :

a. PUKULAN KILAS SATU TANGAN

 Terdapat 4 fasa iaitu ayun belakang , ayun haadpan , kontak dan


ikut lanjak.
 Semasa ayunan ke belakang ,bengkokkan lutut dan pastikan bahu
menghala ke arah bola yang hendak dipukul.
 Semasa ayunan ke hadapan ,pastikan mata memandang bola.
 Semasa kontak,tangan dihayun ke atas dan lutut diluruskan untuk
mendapatkan lebih tenaga.
 Selepas kontak,ikut lanjak.

b. PUKULAN KILAS DUA TANGAN


 Lebih tepat dan laju.
 Ketika pukulan ini , cekak pertama (tangan bawah)ialah tangan
dominan dan cekak kedua (tangan atas) ialah tangan tak
dominan.Ketika kumpulan ini , 4 pergerakan utama terlibat iaitu
diri sedia , ayunan . belakang , kontak dan ikut lanjak.

Diri sedia.
Raket dihayunkan ke belakag dan kedua-dua tangan
berada pada paras pinggang dan lutut dibengkokkan.

Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.

Raket diayun ke hadapan dengan lutut diluruskan sedikit


untuk mendapatkan daya.

Semasa kontak dengan bola , lengan dan lutut diluruskan


dan raket diayunkan di atas.

Selepas kontak,ikut lanjak.

Otot-otot utama yang digunakan ketika membuat pukulan


ini ialah triceps , deltoid , dan lastissimus dorsi.
4) VOLI
 Voli ialah menghentam bola di udara dengan cepat ke
gelanggang lawan bagi mematikan bola.

 Voli tidak memerlukan ayunan belakang.

 Terdapat 3 fasa utama iaitu diri sedia,ayunan hadapan dan


kontak.

 Teknik voli adalah seperti berikut :

Diri sedia.

Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki


seluas bahu dan berat badan ke atas kaki
depan.

Ayunan hadapan dengan membawa raket


ke hadapan.

Kontak membuat ’punch’ pada bola


dengan ketinggian bahu.

 Otot-otot utama yang digunakan ketika membuat pukulan


voli ialah triceps , deltoid , dan lastissimus dorsi.
5) SERVIS
Servis yang digunakan untuk memulakan
permainan.Terdapat 3 jenis servis iaitu servis cantas,
American twist dan servis rata.
Sekitarnya , menggunakan ton kanan, letakkan kaki kiri
ke hadapan dan kaki kanan berada hingga 35cm.
Terdapat 4 fasa utama semasa melakukan servis iaitu
lambungan , ayun belakang ,kontak dan ikut lanjak.
Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak
memegang raket (bola hendaklah dilambung secara lurus
dan ke hadapan sedikit daripada bahu kiri).
Setelah bola dilambung ,ayunan belakang
dilakukan.Raket ditarik ke belakang di sebelah kanan
badan.
Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada
ketinggian maksimum bola menurun dan berada pada
aras kontak tertinggi.
Ikut lanjak.
6) SMESY

 Smesy ialah pukulan kencang untuk memukul bola


yang melantun tinggi di hadapan jaring.Terdapat 4 fasa
untuk melakukan smesy iaitu ayunan belakang ,ayunan
hadapan ,kontak dan ikut lanjak.

 Teknik lakuan adalah seperti berikut :

raket dihayunkan ke belakang.Tangan yang


tidak memegang raket mengimbangi
badan.Mata hendaklah fokus pada bola.
Ayun raket ke hadapan , badan dan lengan
diluruskan dengan berat badan dipindahkan
dari kaki belakang ke kaki hadapan hingga
bola dikotak.
Semasa kontak , kekuatan pergelangan tangan
diguna untuk memukul bola dengan kuat
masuk ke gelanggang lawan.
Ikut lanjak.

 Otot utama yang terlibat ketika melakukan smesy ialah


deltoid ,pectoralis major dan latissimus dorsi.
7) LOB
 Lob ialah hantaran tinggi yang bertujuan untuk
melepasi pemain lawan yang berada di kawasan jaring
dan pukulan bertahan bagi membolehkan si pemukul
mendapatkan semula posisi mengawal gelanggang.

Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap


jaring.

Raket diayun ke hadapan untuk melakukan


kontak dengan bola.Ayunan raket bermula dari
bawah ke atas bagi membolehkan bola naik
tinggi.

Selepas kontak , pastikan raket dihayun ke atas


dengan aksi ikut lanjak.

 Otot utama yang digunakan ketika membuat lob ialah


biceps dan deltoid.

Memulakan perlawanan
Penservis akan berdiri di belakang garisan dan pukul secara
menyilang.Penservis dibenarkan semula servis jika servisnya
gagal.

Let pula bermaksud bola yang dipukul terkena jaring dan jatuh
di kawasan servis lawan (pemain dibenarkan servis sekali lagi
tanpa kehilangan servis).

Jika kedua-dua servis tidak melepasi jaring atau terkeluar


gelanggang , mata diberi kepada penerima servis.

Bola perlu melepasi jaring dan tidak menyentuh sebarang objek


sebelum masuk ke gelanggang lawan.

Penerima akan membuat pukulan balas dengan membalas


pukulan bola yang masuk ke dalam gelanggang lawan.

Hanya sekali lantunan bola dibenarkan semasa servis (bola yang


tidak melantun / melantun beberapa kali dikira faul).

Perlawanan akan terus berlangsung sehingga salah seorang


pemain gagal untuk menghantar semula masuk ke gelanggang
untuk menghantar semula ke gelanggang lawan atau pemain
melakukan faul.

KIRAAN MATA
Kiraan mata bermula kiraan 0,15,30,40 dan tamat.

Mata akan diberi setiap kali berjaya melakukan servis

 Seperti jadual 1,pemain A dikira pemenang.


PEMAIN A PEMAIN B
servis servis
0 0
15 0
30 0
40 0

menang kalah

Jadual 1:kiraan mata

Dius berlaku sekiranya kiraan ,ata seri iaitu 40-40 dan


permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain
mendapat 2 mata kemenangan berturut-turut.

1 set perlawanan perlukan 6 mata permainan untuk


tamat.

Untuk menang 1 set perlawanan,pemain perlu peroleh 6


mata untuk mengatasi 2 permainan daripada lawan.
Sekiranya 5-5,permainan perlu diteruskan sehingga 7
mata.

Sekiranya mata terikat 6-6,pemutus (tie-break)


dilakukan.

Untuk menang :

 Wanita :menang 2 daripada 3 set permainan.


 Lelaki :menang 3 set daripada 5 set permainan.
Situasi yang memberi mata
kepada pihak lawan
Memukul bola yang sudah melantun
dua kali dalam kawasannya.

Membuat voli sebelum bola melepasi


jaring.

Bola terkena badan atau pakaian


pemain kecuali raket yang dipegang.

Bola tidak dihantar balik ke kawasan


gelanggang lawan.
Etika ketika di gelanggang
Melintas gelanggang hanya apabilas sesuatu
permainan tamat.
Permainan dimulakan dengan sekurang-kurangnya
2 biji bola dalam posisi simpana pemain.
Tunggu sehingga penerima sudah bersedia,baru
mula servis.
Diam apabila bola masuk gelanggang .Sekiranya
terkeluar katakan ‘out’ atau keluar.
Jangan berkata-kata semasa dalam permainan.
Jangan membuat hantaran balas sekiranya servis
yang dibuat faul.
Sekiranya bola daripada luar tiba-tiba masuk ke
dalam gelanggang , minta permainan dimulakan
semula.
Berjabat tangan selepas permainan.
Jangan mengeluarkan kata-kata kurang sopan.
Pakai pakaian sukan , kasut serta stoking yang
sesuai semasa bermain (memakai baju dan seluar
putih adalah digalakkan).
Aspek keselamatan
Jangan bermain ketika hujan / kilat.

Lap gelanggang jika ada takungan air.

Minum lebih air jika cuaca panas.

Pakai kasut dan pakaian yang sesuai.

Jangan bergurau dalam gelanggang.

Jangan membawa makanan atau minuman


ke dalam gelanggang.

Rujukan
BUKU TEKS : PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN.

PENULIS : SHAMSUDDIN B. MOHD SHARIFF


MOHD SOFIAN B. OMAR FAUZEE
SHAHRIZAD BT. YUSOFF

CETAKAN : CETAKAN PERTAMA 2002


CETAKAN KEDUA 2003
CETAKAN KETIGA 2005

DICETAK :PERCETAKAN SURYA SDN BHD.


LOT 29 , JALAN IKS , BUKIT KATIL
75450 , MELAKA.

Anda mungkin juga menyukai