Anda di halaman 1dari 12

Peralatan

Beberapa peralatan tenis termasuk :

1. Pemukul (raket)

1. Terdapat bermacam-macam raket tenis yang ada. Secara garis besar terdapat 3

jenis raket berdasarkan luas kepalanya, iaitu:

i. Mid size : 85-90 sq.inch

ii. Mid-plus : 95-105 sq.inch

iii. Oversize : 110-135 sq.inch


2. Bola

1. Bola tenis bentuknya seperti bola kasti.Dalam turnamen bola tenis harus

berwarna putih dan kuning.Ukurannya berdiameter antara 2,5 dan 2,63 inci

dengan berat antara 1,98 dan 2,08 ons.Dalam peraturan teis bola harus

memantul antara 53 dan 58 inci ketika jatuh dari ketinggian 100 inci.

3. Jaring tenis
Gelanggang Tenis Dan Ukurannya
Kemahiran-kemahiran Asas

1. Cara memegang raket tenis

Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara

memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang

pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan

pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan.

Forehand Continental grip

Posisi tangan berada tepat di atas gagang raket dan posisi pangkal telunjuk berada di

sudut 1 (untuk pemain tangan kanan) atau sudut 4 (untuk pemain kidal).
Forehand Eastern grip

Eastern merupakan grip yang paling mudah diaplikasikan petenis pemula. Grip ini

seringkali disebut sebagai pegangan berjabat tangan. Grip ini dapat dilakukan dengan

memulai pegangan dari leher raket, seperti menjabat tangan, lalu turun ke ujung gagang raket.

Posisi dari pangkal telunjuk cenderung berada pada sisi kanan (untuk pemain tangan kanan)

atau sisi kiri (untuk pemain kidal).

Forehand Western grip

Grip ini dilakukan dengan menempatkan pangkal jari telunjuk anda di sudut 2 (untuk

pemain tangan kanan) atau 3 (untuk pemain kidal). Atau boleh juga berawal dari grip eastern

kemudian tangan anda diputar kearah jarum jam satu sudut ke sudut 2 atau 3.
2. Pukulan depan

Terdapat empat peringkat dalam kemahiran membuat pukulan pepat, iaitu ayunan

balik(backswing) , ayunan hadapan (forward swing), kontak dengan bola dan ikut lajak. Teknik

pukulan :

Diri sedia (stance)

Ayun balik (backswing ) dan tangan pemukul berada di paras pinggang.

Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing )

Semasa membuat ayunan ke hadapan raket akan ke atas dan ke hadapan

denganmembuat kontak pada bola.

Semasa mebuat kontak, pastikan bahawa lengan adalah lurus sepenuhnya,pergelangan

tangan hendaklah tegap apabila berlakunya kontak dengan bola.

Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.

Ikut lanjak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola akan bergerakkea

rah hadapan atau ke atas.


3. Pukulan Kilas

Pukulan kilas ialah pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat belakang

raketyang dilakukan pada bahagian tangan tidak dominan. Terdapat dua kaedah pukulan kilas,

iaitu pukulan kilas satu tangan dan pukulan kilas dua tangan.

a. PUKULAN KILAS SATU TANGAN

Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu tangan iaitu ayun belakang, ayunhadapan,

kontak dan ikut lajak.

Semasa ayunan ke belakang , bengkokkan lutut dan pastikan bahu menghala kearah

bola yang hendak dipukul.

Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.

Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih

tenaga.

Selepas kontak, ikut lajak.

b. PUKULAN KILAS DUA TANGAN

Pukulan kilas dua tangan adalah lebih tepat dan laju. Ketika pukulan ini, cekak

pertama(tangan bawah) ialah tangan dominan dan cekak kedua( tangan atas ) ialah tangan

tidakdominan.Ketika membuat pukulan kilas dua tangan , empat pergerakan utama yangterlibat

iaitu diri sedia, ayunan belakang, kontak dan ikut lajak.


Diri sedia

Raket diayunkan ke belakang dan kedua-dua tangan berada pada paras pinggangdengan

lutut dibengkokkkan .

Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.

Raket diayun ke hadapan dengan raket diluruskan sedikit untuk mendapatkkan daya.

Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan keatas.

Selepas kontak , ikut lajak.

4. VOLI

Voli ialah menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi

memastikanbola.Voli tidak memerlukan ayunan belakang.Terdapat tiga fasa utama dalam

melakukanvoli iaitu diri sedia, ayunan hadapan dan kontak. Teknik voli adalah seperti yang

berikut :-

Diri sedia

Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan ke atas

kakihadapan.

Ayunan hadapan dengan membawa raket ke hadapan.

Kontak, membuat punch pada bola dengan ketinggian bahu.


5. SERVIS

Servis digunakan untuk memulakna permainan. Terdapat tiga jenis servis iaitu servis

cantas,American twist dan servis rata. Servis dimulakan di garisan belakang.

Sekiranyamenggunakan tangan kanan, letakkan kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan berada

30-35 cmdi belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah sebaliknya.Terdapat empat fasa

utamasemasa melakukan servis iaitu lambungan, ayun belakang, kontak dan ikut lajak.

Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket( bolahendaklah

dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu kiri.)

Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan.

Raket ditarik ke belakang disebelah kanan badan.

Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian maksimum

bolamenurun dan berada pada aras kontak tertinggi.

Ikut lajak.
6. SMESY

Smesy ialah pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di hadapan

jaring.Terdapat empat fasa melakukan smesy iaitu ayunan belakang, ayunan hadapan, kontak

danikut lanjak.Teknik lakuannya adalah seperti yang berikut :-

Raket diayunkan ke belankang. Tangan yang tidak memgang raket mengimbangibadan.

Mta focus kepada bola.

Ayun raket ke hadapan, badan dan lengan diluruskan dengan berat badandipindahkan

dari kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola dikontak.

Semasa kontak, kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul boladengan

kuat masuk ke gelanggang lawan.

Ikul lajak
7. LOB

Lob ialah hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada dikawasan

jaring dan sebagai pukulan bertahan bagi memboleh pemukul mendapatkansemula posisi

mengawal gelanggang.

Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.

Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan raketbermula

dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik tinggi.

Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak
Undang-Undang tenis

Anda mungkin juga menyukai