Anda di halaman 1dari 6

Ujian Bertutur

Kepenggunaan
-ciri pengguna yang bijak
- amalan belanja berhemah
- kebajikkan koperasi sekolah

Alam Sekitar
-kepentingan alam kepada manusia
-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
-cintailah sungai kita

Sekolah
-sekolah idaman saya
-kepentingan mematuhi peraturan sekolah
-sekolah selamat

Pendidikan Dan Bahasa


- kelebihan menguasai banyak Bahasa
- faedah belajar secara berkumpulan
- usaha memartabatkan bahasa kebangsaan

Keselamatan
-cara mengurangkan kemalangan jalan raya
-kebaikan belajar seni pertahanan diri
-peranan masyarakat dalam mencegah jenayah

Seni Dan Budaya


- usaha memupuk minat membaca karya sastera
- adat dan budaya rakyat malaysia
- perayaan kaum di Malaysia

Patriotisme
-tanggungjawab rakyat mempertahankan kemerdekaan
-kepentingan semangat patriotik
-cara menunjukkan semangat patriotik

Pelancongan
-kepentingan industri pelancongan
-usaha menarik pelancong ke negara kita
-tempat pelancongan yang ingin dikunjungi
UJIAN BERTUTUR
Ciri Pengguna Yang Bijak
-Pada hemat saya, antara ciri yang paling domina adalah dengan membuat
perbandingan harga. Hal ini demikian kerana, harga sesuatu barangan yang dibuat
perbandingan terlebih dahulu dapat mengelakkan pengguna daripada dieksploitasi oleh
peniaga yang bersifat linta darah. Dengan berbuat demikian, pengguna yang bijak
dapat memilih barangan pada harga yang lebih murah tetapi berkualiti. Sebagai contoh,
seseorang pengguna tidak terlalu ghairah dengan pelbagai tawaran menarik daripada
jualan murah yang dipromosikan. Tegasnya, pengguna yang membuat perbandingan
harga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan
dapat dikategorikan sebagai pengguna yang bijak.
-membuat senarai barang sebelum membeli
-membeli barangan yang berkualiti

Amalan Belanja Berhemah


-Amalan berbelanja secara berhemah juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian.Amalan nilai-nilai murni ini boleh dipupuk secara langsung dan secara
tidak langsung.Contohnya,amalan nilai murni secara langsung ialah amalan berjimat cermat
dan rasional dalam berbelanja.Manakala amalan nilai murni yang dapat dipupuk secara tidak
langsung ialah amalan bertanggungjawab dan berfikiran posistif.
-membolehkan kita menyimpan wang lebihan pendapatan untuk kebaikan keluarga
-mengelakkan daripada perbuatan membazir

Kebajikkan Koperasi Sekolah


-Umum mengetahui bahawa koperasi memberi faedah kepada warga sekolah kerana
koperasi membantu memudahkan murid memperoleh barangan keperluan sekolah. Malah,
harga yang dikenakan lebih murah dan berpatutan daripada harga di pasaran. Secara
logiknya, murid-murid hanya membuang masa sahaja jika mereka pergi ke pasar raya
semata-mata kerana hendak membeli sebatang pen. Dengan penubuhan koperasi, secara
tidak langsung pelajar tidak akan membuang masa dan tidak akan membazir wang.
-penglibatan murid dalam koperasi adalah merupakan proses pembelajaran di luar bilik
darjah
-penubuhan koperasi juga memberi faedah dengan menambah kewangan sekolah

Kepentingan Alam Sekitar Pada Manusia


-Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini dikatakan
demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Kesihatan manusia akan
terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang bersih. Sebagai buktinya, pembuangan
sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai akan membekalkan tempat yang ideal untuk
pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes. Hal ini mengakibatkan berlakunya
penyakit Deman Tinggi. Selain itu, persekitaran yang kurang bersih akan menyebabkan sakit
perut jikalau tersalah minum atau makan yang tidak bersih.
-pembekal udara yang segar
-memberi tarikan kepada pelancong asing untuk melawat ke negara kita

Usaha Pemeliharaan Dan Pemuliharaan


-Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan
spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat
dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan
terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok
jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan
Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap
dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan
Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.
-Penggunaan baja organik
-Kaedah biologi

Cintailah Sungai Kita


-Sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan. Hal
ini disebabkan oleh sungai telah menjadi jalan perhubungan utama untuk menghubungkan
kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Sebagai contoh, sungai dapat mengangkut
kayu balak dari hutan ke kawasan bandar. Hal ini bukan sahaja menjimatkan tenaga pekerja,
malah juga dapat menjimatkan kos pengangkutan. Dengan ini, kita mestilah menyayangi
sungai supaya fungsinya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan dapat dilestarikan.
- tempat rekreasi dan pelancongan
- membekalkan makanan dan pendapatan kepada manusia

Sekolah Idaman
-Sekolah idaman saya juga merupakan sebuah sekolah yang mempunyai murid-murid yang
berdisiplin. Hal ini demikian kerana disiplin yang baik menjadi asas kepada suasana sekolah
yang tenteram dan harmoni. Jika keadaan sekolah tidak terkawal kerana masalah disiplin
yang dilakukan oleh pelajar sudah pasti akan menganggu proses penerimaan ilmu
pengetahuan kepada pelajar.
-memiliki kemudahan fizikal yang lengkap
-Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia

Kepentingan Mematuhi Peraturan Sekolah


-Antara kepentingan peraturan di sekolah ialah mendidik pelajar supaya berdisiplin.
Mematuhi peraturan bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi mendidik mereka supaya
peka dengan persekitaran. Sebagai contoh, ketika perhimpunan rasmi pelajar di didik supaya
menghormati majlis yang diadakan dengan menjaga tingkah laku supaya sentiasa senyap
dan memberi tumpuan.
-melahirkan pelajar yang Berjaya
-melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dalam nengurus masa

Sekolah Selamat
-Selain itu, setiap bilik di sekolah itu perlulah dilengkapi dengan alat pemadam api yang
mudah untuk diperoleh. Maknanya, pelajar bukan sahaja diberi latihan menggunakannya
tetapi hendaklah diletakkan di tempat yang paling strategik untuk keberkesanan
penggunaannya kelak. Jelaslah, alat pemadam api boleh memastikan kebakaran yang
berlaku dikawal sebelum ketibaan pihak bomba.
-menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah itu
-memiliki pelan arah keselamatan apabila berlakunya sebarang kejadian

Kelebihan Menguasai Banyak Bahasa


- Seseorang lebih mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain .Hal ini
demikian keranan, seseorang akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa
sahaja. Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Inggeris, seseorang boleh memberitahu
tempat-tempat menarik serta keistimewaan yang terdapat di negara kita kepada pelancong
yang datang ke negara kita. Faedah daripada itu, para pelancong berasa lebih dihargai malah
akan lebih tertarik untuk berkunjung ke negara kita. Seseorang juga akan lebih memahami
psikologi serta penutur jati individu tertentu.
- memperoleh ilmu pengetahuan
- mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan

Faedah Belajar Secara Berkumpulan


-Belajar secara kumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Seseorang
pelajar akan dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa
tekanan daripada guru-guru. Hal ini demikian kerana rakan-rakan merupakan orang yang
paling dekat dengan pelajar selain ahli keluarga. Contohnya, seseorang yang pemalu tidak
berani bertanya kepada guru apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran. Sebaliknya
dia akan bertanya dan mengeluarkan buah fikirannya di depan rakan-rakan. Justeru, belajar
secara berkumpulan bukan sahaja dapat memberikan suasana belajar yang menyeronokkan
malahan membuka peluang kepada pelajar untuk memajukan diri dalam pelajaran dengan
acuan sendiri.
- memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar di samping dapat menerapkan nilai
toleransi
- berkongsi ilmu sesama mereka melalui kaedah belajar secara berkumpulan

Usaha Memartabatkan Bahasa Kebangsaan


-Pada pendapat saya,cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan
adalah mengadakan kempen’Cintailah Bahasa Kita’.Hal ini dikatakan demikian kerana
kempen yang diadakan oleh pihak kerajaaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran
anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana
perpaduan kaum.Di samping itu,kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di
seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.Sebagai contoh,aktiviti
yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari,iklan,serta
penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa
kebangsaan.Tegasnya,kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ merupakan cara untuk
memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.
-menganjurkan aktiviti kebahasaan
-penerbitan bahan bacaan

Cara Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya


-Keluarga juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.Sebagai
contoh,ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar memandu dengan cermat ketika di jalan
raya.Pada masa yang sama,anak-anak juga boleh mengingatkan serta menasihati ibu bapa
supaya mematuhi peraturan jalan raya pada setiap masa.Sikap saling menasihati ini pasti
dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan.
-pihak media massa
-pihak kerajaan

Kebaikan Belajar Seni Pertahanan Diri


-Faedah yang paling utama sekali ialah kita dapat mempertahankan diri sendiri apabila
berada di luar. Marcapada ini, banyak gejala peras ugut, rogol dan ragut yang berlaku. Untuk
mengelakkan diri dari menjadi mangsa, kita perlu tahu mempertahankan diri sendiri bila
berhadapan dengan situasi yang tidak diingini terutamanya golongan wanita. Bukan itu
sahaja, kita juga boleh membantu orang lain melawan penjahat yang cuba melakukan
kejahatan terhadap mereka.
-menyihatkan tubuh badan kita
-menambah kenalan dan bersosial
Peranan Masyarakat Dalam Mencegah Jenayah
-Sementara, masyarakat seharusnya sentiasa menyahut seruan pihak berkuasa dalam aktiviti
“celik jenayah” demi kepentingan mereka sendiri. Bahkan, masyarakat yang perihatin dan
aktif seharusnya sentiasa mencari ruang menganjurkan aktiviti serta menanam kesedaran di
kalangan anggota masyarakat setempat akan pentingnya membasmi jenayah dan masalah
sosial dalam kawasan mereka.

Usaha Memupuk Minat Membaca Karya Sastera


-Usaha seterusnya adalah memperluaskan perpustakaan di sekolah dan memperbanyakkan
buku tentang karya sastera di perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan awam.Setiap
sekolah mempunyai perpustakaan sendiri,namun kadar kemasukan para pelajar sangat
mengecewakan.Untuk memupuk minat membaca karya sastera dn juga minat membaca
buku,kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di
sekolah.Contohnya,sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan
juga karya sastera,menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan sebagainya.
- menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam
bilik
- mengadakan minggu sastera seperti minggu yang diadakan sekarang.

Perayaan Kaum Di Malaysia


- Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat
pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri
daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk
menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina,
Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan
berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain.
- Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira empat
hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh jatuh bila-bila
masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua) kalendar.Setiap tahun
dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu daripada lima unsur,
dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang terpenting dalam setiap
tahun.

Tanggungjawab Rakyat Mempertahankan Kemerdekaan


-Rakyat perlulah bersemangat setia kepada negara supaya pengekalan kemerdekaan negara
dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan yang berkobar-kobar.Di antara cara untuk
rakyat mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan menyertai angkatan
tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara
tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat
dipertahankan.Rakyat perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

Kepentingan Semangat Patriotik


- Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di
kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau
musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme.
Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin
menjajah lagi negara kita.
- menjadi pemangkin kepada kemajuan negara
- memupuk perpaduan kaum
Cara Menunjukkan Semangat Patriotik
- Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu,
“melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan
program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku
semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak
kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga
dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang
sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan
nama negara.
- ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam
sanubari anak
- pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran
melalui media massa

Kepentingan Industri Pelancongan


-Selain itu, pelancongan juga membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor
tersebut. Pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja
seperti pekerja hotel, pemandu pelancongan, pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai
kraftangan. Perkembangan industri pelancongan yang menggalakkan di negara kita ini
meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam industri ini
pada peringkat pengurusan dan penyeliaan dan golongan pekerja mahir dan separa mahir.
Selain itu, industri pelancongan memberikan peluang perniagaan berangkai kepada rakyat.
Perkembangan industri ini menjadikan nadi kepada perkembangan pelbagai sektor lain
seperti sektor pengangkutan, makanan dan minuman, bunga-bungaan, kraf tangan,
pertanian dan penternakan. Hal ini mampu mengurangkan kadar pengganguran di negara
kita. Pada masa sama , taraf hidup rakyat juga akan meningkat.
- memaparkan ketamadunan atau sejarah sesebuah negara
- menarik pelabur asing

Usaha Menarik Pelancong Ke Negara Kita


-Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan , peraturan imegresen
perlu dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini
demikian kerana, pelancong asing dapat membeli belah di Malaysia dengan pembelajaan
yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang
menjadi destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar negara. Di sana , mereka
dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraftangan, dan coklat untuk di bawa pulang.
Dengan itu, pendapatan penduduk setempat bertambah dan mereka dapat meningkatkan
taraf hidup masing-masing.
- kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah
- kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk mengadakan kempen promosi
pelancongan di dalam dan di luar negara

Anda mungkin juga menyukai