Anda di halaman 1dari 40

Tajuk : Amalan Berjimat-cermat Mendatangkan Pelbagai Manfaat Kepada Sesebuah

Negara. Huraikan Kepentingan-Kepentingan dan Langkah-Langkah Amalan Berjimatcermat.


Pendahuluan:
Istilah berjimat-cermat sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini.
Adakah masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat-cermat? Sebenarnya berjimat-cermat
merupakan istilah keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan
negara.Tanpa amalan tersebut maka tidak mustahilah negara akan terdedah kepada krisis
ekonomi,maka mundurlah ekonomi negara tersebut. Dalam konteks ini, semua individu
dalam sebuah negara memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimatcermat.Terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada amalan itu.
Isi 1: Persediaan dan Jaminan Masa Hadapan.
Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?
Amalan berjimat-cermat membolehkan individu merancang masa depan mereka.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Hal ini perlu dilakukan oleh semua orang bak kata pepatah beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habiskerana kita tidak menduga sesuatu perkara yang akan
berlakupada masa hadapan.
Bagaimanakah amalan ini perlu dilakukan?
Golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat
terutamanya dalam aspek kewangan kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukitdan
sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Hal ini akan dapat membantu mereka
membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila melanjutkan pelajaran ke menara
gading. Masyarakat terutamanya generasi muda perlu merancang perbelanjaan mereka
agar tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usia emas kelak. Kebanyakan
warga emas menghadapi masalah kerana mereka gagal merancang kewangan ketika usia
muda. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak seperti pepatah sudah terhantuk baru
tengadah.
Contoh
Sebagai contoh, apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran, ibu bapa akan
memerlukan kos yang banyak.Sekiranya ibu bapa mempunyai wang simpanan, mereka
tidak menghadapi apa-apa masalah, sebaliknya jika ibu bapa tidak mempunyai wang
simpanan, mereka akan tertekan dengan kemelut kewangan sekali gus akan
mengharapkan biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.
Rumusan isi

Oleh itu, kita janganlah menjadi masyarakat yangn sentiasa mengharapkan bantuan
daripada pihak kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh hal yang
demikian, amalan berjimat-cermat ini dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan
keluarga yang bahagia kerana tidak mengalami sebarang tekanan kewangan kerana
mempunyai wang simpanan mereka sendiri.
Isi 2 : Persediaan Menghadapi Waktu Kecemasan.
Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?.
Malang tidak berbau. Peribahasa ini sangat sinonim dengan fitrah kehidupan manusia.
Tiada sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan
datang.Sejajar dengan itu, amalan berjimat-cermat boleh membantu masyarakat sebagai
suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat
pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa
atau kaum keluarga.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Sehubungan dengan itu, melalui amalan berjimat-cermat, kita tidak perlu mengemis di
merata-rata tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Langkah berjimat-cermat ini
sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan jika berlaku sesuatu
kecemasan kerana manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan.
Bagaimanakah amalan ini penting kepada seseorang?
Hal ini disebabkan kos rawatan yang tinggi dan biasanya tidak mampu dibiayai oleh
pesakit terutamanya apabila melibatkan pembedahan dan penyakit kronik yang
memerlukan perbelanjaan beratus-ratus ribu ringgit. Kos rawatan yang terlalu tinggi ini
tentulah membebankan pesakit tersebut.
Contoh.
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kronik seperti
kanser, rawatan pembedahan melibatkan perbelanjaan berjumlah beratus-ratus ribu
ringgit. Kegagalan pesakit menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh
menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan akan berakhir dengan
kematian.
Rumusan isi.
Rumusannya, langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu
persediaan menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan
nyawa pesakit.
Isi 3 : Kestabilan Ekonomi Negara.
Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?

Salah satu faedah berjimat-cermat ialah ekonomi negara dapat distabilkan.


Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau
dimajukan. Komitmen seseorang amatlah diharapkan bagi membangunkan ekonomi
Negara.
Bagaimanakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Seseorang itu dapat berjimat cermat dengan cara membeli barangan buatan tempatan atau
melancong dalam negara mereka sendiri. Apabila seseorang itu membeli barangan buatan
tempatan, hal ini akan mengelakkan pengaliran wang keluar wang dan menggalakkan
wang beredar dalam negara. Jika kita membeli barangan buatan tempatan dan bukannya
barangan import, wang yang kita bayar atau belanjakan itu akan diterima oleh pengeluar
tempatan dan wang tersebut boleh mengalirdalam negara.
Contoh
Maka pendapatan yang ada, negara akan dapat membiayai pelbagai projek yang
mendatangkan keuntungan, lebih-lebih lagi ketika kegawatan ekonomi. Negara juga
tidaklah perlu memuat pinjaman kewangan dari Bank Dunia justeru, maruah negara dapat
diselamatkan. Oleh yang demikian itu, kegiatan ekonomi tempatan dapat dihidupkan
secara lebih aktif dan efektif. Impaknya, ekonomi menjadi lebih mampan.Seseorang
individu atau masyarakat turut dapat membantu kestabilan ekonomi negara dengan
mengamalkan pelancongan domestik. Mereka digalakkan melancong dalam negara
mereka sendiri seperti peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri lebih baik di negeri sendiri Apabila hal ini berlaku, maka secara tidak langsung
mereka telah memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi. Ekonomi negara akan
menjadi lebih teguh dan mantap. Wang yang dibelanjakan akan diterima oleh pengusaha
tempatan dan hal ini bermakna wang itu seterusnya akan beredar dalam kalangan rakyat
tempatan.
Rumusan isi
Oleh itu, jelaslah bahawa sikap berjimat-cermat merupakan salah satu punca yang
menyumbang ke arah kekukuhan ekonomi negara. Sejajar dengan itu, marilah kita
bersama-sama mengamalkan amalan yang terpuji itu.
Langkah-Langkah Amalan Berjimat-cermat
Isi 4: Peranan ibu bapa
Apakah peranan ibu bapa untuk memupuk amalan berjimat -cermat.?
Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengamalkan
tabiat suka berjimat-cermat,sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut bagaimana

acuan begitulah kuihnya.


Mengapakah ibu bapa perlu menunjukkan sikap berhemah ketika berbelanja?
Ibu bapa menunjukkan sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan menunjukkan
contoh yang baik kepada anak-anak sama juga seperti peribahasa bapa borek anak
rintik.
Bagaimanakah ibu bapa boleh memupuk amalan berjimat-cermat?
Antara langkah permulaan yang boleh dilakukan ialah menggalakkan anak-anak
membawa bekal makanan ke sekolah.Dalam hal ini, anak-anak mereka bukan sahaja
ditanam minat suka menabung dan berjimat-cermat tetapi juga membawa bekalan
makanan seimbang yang disediakan oleh ibu dari segi khasiatnya malah terjamin
kebersihannya. Tidak timbul lagi masalah keracunan makanan yang sering dihadapi oleh
pelajar seandainya mereka makan makanan di kantin sekolah atau yang dibeli di luar.
Contoh
Sebenarnya, penabungan wang belanja yang diberi oleh ibu bapa dapat digunakan untuk
membeli barang keperluan yang berfaedah seperti barangan peribadi ataupun buku-buku
rujukan.Hal ini, sebagai serampang dua mata, selain berjimat-cermat, pada masa yang
sama dapat merasai air tangan ibu dan boleh mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.
Rumusan isi.
Kesimpulannya, membawa bekalan makanan dari rumah ini perlu dijadikan satu budaya
yang patut diamalkan oleh setiap pelajar.
Isi 5: Peranan kerajaan dan rakyat
Apakah peranan kerajaan dan rakyat dalam usaha menggalakkan sikap berjimat-cermat?
Salah satu langkah untuk menggalakkan sikap berjimat-cermat, kerajaan perlu menyeru
rakyat agar membuat pelaburan pendidikan untuk anak-anak.
Mengapakah pelaburan pendidikan ini amat berguna kepada ibu bapa dan anak-anak?
Pelaburan pendidikan ini amat berguna kerana para ibu bapa dapat mempersiapkan diri
awal-awal lagi untuk membiayai pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan
dengan masalah kewangan ketika sampai masanya anak-anak memasuki institusi
pendidikan. Janganlah nanti anak-anak terpaksa mengalah untuk tidak menyambung
pelajaran disebabkan masalah kewangan.
Bagaimanakah caranya ibu bapa boleh melabur dalam skim pelaburan pendidikan?
Para ibu bapa boleh memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk
membuat simpanan dalam skim pelaburan pendidikan.

Contoh
Pada hari ini, banyak syarikat insuran, umpamanya Malaysian National Insurance (MNI),
Malayan Alliance Assurance (MAA), Insuran Takaful dan Takaful Nasional serta bankbank perdagangan lain yang menawarkan pelan pendidikan untuk meringankan beban ibu
bapa bagi menampung pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa depan. Amalan ini
sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan.
Rumusan isi.
Sesungguhnya, kita tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata kerana kita
perlu berusaha sendiri untuk menempa kejayaan anak-anak. Pelaburan awal ini dapat
menjamin penerusan kegemilangan generasi cemerlang.
Isi 6: Peranan golongan wanita
Apakah peranan golongan wanita dalam amalan berjimat-cermat?
Kajian menunjukkan bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam
mencorak perbelanjaan keluarga.
Mengapakah wanita perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi?
Bagi golongan wanita yang celik ekonomi,mereka akan sentiasa peka dan mengambil
berat tentang wang yang dibelanjakan.
Bagaimanakah golongan wanita boleh menstabilkan ekonomi rumahtangga?
Oleh itu, untuk memastikan ekonomi dalam rumahtangga mereka sentiasa stabil, wanita
yang bergelar suri rumah harus bertindak dengan bijaksana serta teliti ketika berbelanja.
Suri rumah perlu mengikis sikap terburu-buru semasa membuat pilihan kerana hal ini
akan merugikan diri.
Contoh
Sebagai contoh, mungkin mereka terpaksa membeli barangan yang tidak perlu atau tidak
berkualiti hanya kerana tertarik dengan iklan-iklan jualan murah yang indah khabar
daripada rupa. Selain itu, sekiranya mereka ada masa terluang, suri rumah ini juga boleh
menyahut seruan kerajaan agar berjimat-cermat melalui penanaman sayur-sayuran atau
memelihara ayam itik di belakang rumah. Kebaikannya memang ketara iaitu di samping
dapat menghidangkan sayur-sayuran yang segar untuk keluarga, mereka juga dapat
membantu suami mengurangkan perbelanjaan rumahtangga. Pada masa yang sama,
kempen yang dilancarkan oleh kerajaan agar membeli barangan buatan tempatan perlu
dimanfaatkan oleh golongan wanita. Jika selama ini mereka terlalu taksub dengan
barang-barang buatan luar negara yang kononnya berkualiti tinggi,kini mereka boleh
beralih arah dengan barang-barang buatan tempatan yang tidak kurang hebatnya. Selain
murah, barang-barang ini juga mempunyai kualiti yang lebih baik.

Rumusan isi
Oleh itu, di samping berjimat cermat, suri rumah juga dapat membantu menjana ekonomi
negara.
Penutup
Konklusinya, amalan berjimat-cermat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat
agar hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi akan
tercapai.Sesungguhnya, amalan berjimat-cermat dapat meloloskan diri daripada belenggu
inflasi yang melanda negara. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan warga negara
yang bijak dan berhemah dalam mengurus ekonomi keluarga,masyarakat dan
negara.Maka, sekiranya kita sayang akan keluarga dan negara daripada dibebani
kebejatan ekonomi,kita perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan budaya
berjimat-cermat. Akhir kalam, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakitsakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
sumber dipetik daripada : CONTOH KARANGAN BERJIMAT CERMAT

KARANGAN SPM 2012 - TEMA - BERJIMAT CERMAT

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah
bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada
bukit, ada paya,namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang
sedang dikecap, negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang
semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir
masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang

dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan
Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang
disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh
dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk
merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak
ada lurah yang tak dapat dituruni.

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan
penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif
dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh
pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata
azimat Lao tze, kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah
kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan
berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan
masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya
berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan
usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu
akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu
lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus
mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaan khalayak seperti sayembara
puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan
kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan
holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan masalah kenaikan harga
barangan.

Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang
kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu.
kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup
terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah
gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli
sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang
berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan badan bukan
kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan
tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang
masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau
CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini
berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang
dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan
yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya

FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak
golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga
yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan
hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang
pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita
lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama.
Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa
kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.

Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak
boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini
memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata
kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif.
Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat
pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan
harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib.
Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk
mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke
semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah
melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal,
mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus
supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang
cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah
didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua
kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil
tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah
kenaikan harga barangan di pasaran.

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya
terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan
semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana
peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi
berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan
harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam
kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh
itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan
keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas golongan pengguna
yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang

tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna


kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan
mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan
oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan,
pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan
supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media
cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh
ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam
memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di
negara ini.

Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh,
segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk
mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang
kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu
ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek,
yang pipih tak datang melayang.Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung
semangat habis kapak berganti beliunguntuk membendung masalah tersebut. Oleh itu,
Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun
Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin

Contoh Karangan Berpandu 4K ( Kerja Rumah Dalam Cuti )

CARA-CARA BERJIMAT CERMAT


Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap

pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada masalah sistem ekonomi melibatkan
kenaikan harga barangan yang semakin menjadi-jadi belakangan ini. Sehubungan dengan
itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat
dalam rutin hidup mereka seharian untuk menghadapi masalah berkenaan. Semua ajaran
agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan.
Allah s.w.t. menegah perbuatan boros (al-Isra 26) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran
yang bermaksud: Dan janganlah kamu boros terlalu boros. Filosofer Laotze berkata,
Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. Hal ini
memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan
sehari-harian kita. Terdapat beberapa cara untuk kita berjimat cermat.

Mari kita fokus perbincangan ini kepada cara berjimat cermat yang pertama iaitu
mengurangkan perbelanjaan keluarga. Sebagai unit keluarga yang besar, setiap ahli
keluarga perlu mempunyai tanggungjwab dalam mengurangkan perbelanjaan harian
keluarga mereka. Ibu bapa dan anak-anak perlu saling berkerjasama untuk menjalankan
tanggungjawab masing-masing kerana setiap unit keluarga ini diibaratkan seperti
sebatang pokok kerana setiap bahagian pokok perlu menjalankan peranannya untuk
memastikan pertumbuhan pokok tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Ibu bapa sebagai
ketua rumah perlu menunjukkan contoh berbelanja yang baik seperti mempunyai buku
penggunaan wang seharian dan mereka sentiasa merujuk buku berkenaan pada setiap
bulan untuk melihat pengurusan wang mereka. Justeru, dengan cara ini mereka dapat
mengawal dan merancang perbelanjaan setiap masa kerana pengguna boleh melihat rutin
perbelanjaan seharian atau sepanjang bulan dan mengurangkan perbelanjaan untuk bulan
seterusnya jika didapati perbelanjaan mereka berlebihan.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi contoh kepada anak-anak dengan tidak
mengamalkan sikap boros semasa berbelanja. Sebelum merancang untuk membeli
barangan, ibu bapa perlu menulis barangan keperluan yang perlu digunakan sahaja. Hal
ini kerana, kita sentiasa rambang mata apabila pergi ke pusat beli belah yang sentiasa
memasang perangkap dengan menawarkan harga promosi untuk mempengaruh pengguna
membeli barangan mereka. Justeru dengan adanya senarai barangan yang ditulis lebih
awal mereka boleh mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu dan hanya
mengutamakan barangan yang perlu dibeli sahaja. Selain itu, pengguna juga perlu menilai
beberapa pusat beli belah dan kemudian membuat bandingan harga barangan yang dijual.
sebelum membuat pembelian. Pastikan barangan yang dibeli tersebut ditawarkan dengan
harga paling istimewa kerana dengan membeli barangan yang sama dengan harga lebih
murah akan membantu pengguna berjimat cermat. Contohnya, harga sebotol syampu
rambut mungkin berbeza harganya daripada pusat beli belah berbeza. Tegasnya, sikap
tidak boros berbelanja dan membuat pengamatan harga barangan membantu pengguna
untuk berjimat cermat.

Sebagai ibu bapa, anak-anak perlu didedahkan sikap menghargai wang yang

mereka miliki sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Sebagai seorang anak, mereka perlu sedar wang saku atau perbelanjaan yang
diberikan oleh ibu bapa perlu dihargai. Hal ini kerana, keperluan asas mereka sudah di
sediakan oleh ibu bapa dan sewajarnya mereka menyimpan lebihan wang saku yang
diberikan ibu bapa untuk perbelanjaan harian atau persekolahan di dalam tabung. Sikap
sebegini akan menjadi kelaziman mereka apabila sudah menjadi kebiasaan. Sebagai
contoh, jika ibu bapa memberi anak mereka sebanyak RM 2.00 sehari, anak-anak perlu
menambung RM 0.50 ke dalam tabung sekiranya tidak digunakan. Selain sebagai
simpanan, kemungkinan apabila wang tersebut diperlukan untuk membeli buku atau
keperluan yang penting wang tersebut boleh digunakan semula. Budaya begini bertepatan
dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, dan
peribahasa ini amat bermakna sekiranya wang yang mereka kumpul secara berdisiplin
akan menjadi banyak dalam tempoh yang lama. Tegasnya, sikap menghargai wang amat
perlu di dedahkan kepada anak-anak semenjak mereka kecil lagi.
Akhir sekali, berjimat cermat dapat meningkatkan tabungan sama ada anak-anak
mahupun remaja. Sikap menabung ini juga perlu didedahkan kepada anak-anak kerana
wang yang mereka simpan di dalam tabung boleh dimasukkan ke dalam bank. Hal ini
amat penting untuk kesedaran anak-anak supaya wang simpanan mereka akan tersimpan
dengan lebih selamat di dalam bank. Selain itu, wang simpanan ini boleh ditambah dari
semasa ke semasa untuk kegunaan mereka pada masa akan datang. Malang tidak berbau,
kemalangan dan tragedi yang tidak dijangka mungkin berlaku. Contohnya kebakaran,
kemalangan jalan raya mungkin terjadi kepada mereka dan wang tabungan tersebut
mungkin amat berguna untuk mereka ketika itu. Malah, kemungkinan mereka juga
memerlukan wang untuk kemasukan ke universiti dan sudah tentu wang berkenaan dapat
membantu mereka. Kesimpulannya, berjimat cermat dengan menabung dapat meningkat
tabungan mereka.

Tuntasnya, amalan berjimat cermat memang bermanfaat dan menjadi amalan yang
mampu membantu kehidupan manusia. Justeru, bukan sahaja ibu bapa perlu membantu
menyubur sikap positif ini dalam kalangan anak-anak, malah kerajaan, pihak bank swasta
dan separa kerajaan serta Kementerian Pelajaran perlu mengorak langkah dan berganding
bahu agar sikap berjimat cermat menjadi budaya dan amalan masyarakat Malaysia yang
berbilang etnik dan agama. Impaknya, ekonomi negara dan keawangan masyarakat akan
mantap dan mampu untuk menghadapi ekonomi dunia yang sering terumbang-ambing
dan sentiasa tidak stabil. Semoga dengan situasi sedemikian rupa negara dan rakyat
mampu seiring dengan pembangunan ekonomi negara maju dunia agar kita mampu
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bersama mereka.
Karangan di atas sebagai contoh dan pelajar perlu kreatif mengubah suai dan
memastikan

karangan yang dihasilkan lebih bermutu.

Pastikan pengenalan anda mantap dan menarik.


Pastikan perkembangan isi anda mengikut kaedah deduktif:Ayat Isi + Ayat Huraian 1 + Huraian 2 + Ayat Huraian 3 + Ayat Contoh + Ayat
Penegas
( Selitkan frasa menarik )

Penutup:Ayat cadangan 1 + Ayat Cadangan 2 + Ayat Cadangan 3 + Ayat Cadangan 4


+ Ayat Harapan
Dicatat oleh MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN di 9:35 PTG
Faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan berjimat cermat. (Karangan Bahagian A)

Sempena Hari Pengguna 2010, Perdana Menteri kita telah menyeru rakyat agar
berjimat cermat dalam segala aspek kehidupan demi menjamin kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup. Beliau juga menasihati rakyat agar ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis agar tidak menyesal kemudian hari. Rakyat juga digesa agar tidak menjadi
hamba kepada hawa nafsu ketika membeli-belah kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Pada hemat saya, pandangan Perdana Menteri ini sewajarnya direnungi kerana banyak
faedahnya jika amalan berjimat cermat dijadikan agenda utama dalam kamus hidup kita.

Melalui amalan berjimat cermat, perbelanjaan harian dapat dikurangkan. Hal ini
demikian kerana kita membandingkan harga barang-barang yang hendak kita beli dan
membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya. Barang yang berkualiti
dan mahal juga eloklah dibeli kerana alah membeli, menang memakai. Kasut sekolah
Bata, misalnya, bukan sahaja tahan lama bahkan berbaloi. Pemakaian kasut ini
memberikan keselesaan dan kepuasan. Dengan cara ini, bukan sahaja perbelanjaan harian
dapat dijimatkan bahkan kebahagiaan terjamin.

Amalan berjimat cermat juga dapat menambah simpanan kita. Apabila kita
menjimatkan perbelanjaan, wang yang dihematkan dan ditabungkan di institusi kewangan

akan meningkat, bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Wang
simpanan ini amat berguna ketika menghadapi waktu kecemasan seperti hendak
menjalani pembedahan. Menurut Dato Michael Chong, kita tidak perlu mengemis dan
menjadi mangsa ceti haram kerana lintah darat ini memang menangguk di air keruh dan
menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita. Tegasnya, bukan sekadar wang tabung
kita bertambah malah kesenangan hidup terpelihara.

Seterusnya, amalan berhemat dalam pengurusan kewangan akan mendidik


seseorang individu untuk berdikari. Kita tidak perlu bersandar pada ibu bapa ataupun
pada kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi
mengongkosi pengajian kita di menara gading nanti. Dewasa ini, banyak pelajar
cemerlang yang menggantungkan harapan pada biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman
PTPTN. Apabila gagal beroleh bantuan kewangan, mereka pun seolah-olah langit runtuh,
bumi cair ataupun kaca terhempas ke batu. Jadi, kita patut berjimat cermat untuk
berdikari agar hidup kita lebih damai dan sejahtera.

Intihanya, cermat masa banyak, jimat masa sedikit. Kita hendaklah menghayati
pesanan agama kita, yakni ingat akan kesakitan ketika sihat; ingat akan ketuaan usia
ketika muda; ingat akan kematian ketika hidup; dan ingat akan kepapaan ketika kaya
seandainya kita hendak bahagia sepanjang hayat. Sehubungan ini, ibu bapa berperanan
sebagai cermin perbandingan yang positif kepada si anak, dan bukannya seperti ketam
menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan terpupuknya nilai positif ini dalam lubuk
kalbu generasi muda, mereka akan senantiasa mampu memberi dan tidak akan meminta.

Karangan Kepentingan Amalan Berjimat Cermat


Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap
pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan
itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat
dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar
penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer
Laotze berkata, Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah
kebinasaan. Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat
cermat dalam kehidupan sehari-harian kita.

Seperti pepatah , malang tidak berbau, iaitu manusia tidak dapat

menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit,

kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang


sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita
dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak
diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk
meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika
kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita
perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, Sediakan payung sebelum hujan.
Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat
persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.
Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang
mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal
dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari
segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita
sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan.
Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah
alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti,
manusia terpaksa bunuh membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak
kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan jangan
terhantuk baru tengadah, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda
sebagai langkah mencintai alam kita.
Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa
tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi
penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat
mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka.
Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak
nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang.
Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat
menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim
amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya
menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada
berhutang

Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah.

Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu
berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan
masa kelak kita. Bak kata peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa, jika kita
berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana
kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos
pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak
diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit
lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan
yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis.
Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang
diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan
kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih
harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.

AMALAN BERJIMAT CERMAT

AMALAN BERJIMAT CERMAT AMAT DIGALAKKAN DALAM KEHIDUPAN

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam
kehidupan. Isu ini sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam
kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara
berhekmah dengan berhati-hati dan bukan secara boros. Biasanya segenap lapisan

masyarakat perlu berjimat cermat untuk memastikan mereka tidak kesusahan di


kemudian hari. Amalan berjimat cermat diamalkan dalam masyarakat, namun sikap
segelintir masyarakat yang bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam berjimat
menyebabkan amalan ini terhenti di tengah jalan. Namun, bagaimanakah cara-cara untuk
memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat?
Jika ditelusuri secara mendalam, kepentingan amalan berjimat cermat dalam
kehidupan ialah membantu seseorang ketika susah seperti orang mengantuk disorongkan
bantal. Hal ini kerana, melalui membantu seseorang ketika susah akan mengurangkan
masyarakat yang miskin dan berpendapatan rendah di negara kita. Selain itu, melalui
membantu seseorang ketika susah dapat meningkatkan taraf kehidupan seseorang
masyarakat. Natijahnya, masyarakat yang susah dapat meringankan beban yang mereka
hadapi. Tamsilnya, wang sudah di simpan di bank dapat dikeluarkan bagi menghadapi
saat-saat getir dalam hidup. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa berjimat dapat menjadi
tangan ghaib yang membantu kita pada saat tiada yang boleh membantu.
Jika dikaji sekali lagi, amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai
tabung simpanan wang kita untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh
dijadikan bekalan kita apabila menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini bertepatan
dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Natijahnya, kita tidak akan
menhadapi kesulitan wang pada masa akan datang. Misalnya, kita pelru menabung wang
kita dengan membuka akaun simpanan bank atau menyimpannya di rumah sahaja. Jadi
jelaslah bahawa amalan berjimat cermat boleh memberi jaminan untuk masa depan kita
nanti.
Jika dikaji seterusnya, amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat
dapat melahirkan pengguna yang bijak kerana dapat mengelakkan pembaziran dalam
membelanjakan wang. Dalam hal ini, seorang pengguna yang bijak akan lebih
berwaspada dan lebih peka ketika membeli barang. Bahkan juga, seorang pengguna yang
bijak juga akan membeli barangan keperluan kehidupan seharian sahaja dan tidak
membazirkan wang dengan membeli barang yang tidak memberi apa-apa faedah. Sebagai
tamsilny, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, kita perlu mengetahui
isi kandungan dan sum ber barang tersebut sebelum membelinya. Masyarakat juga dapat
hidup dengan lebih kondusif.Oleh itu, ternyatalah benar bahawa dengan mengamalkan
amalan berjimat cermat dapat melahirkan pengguna yang bijak.

Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan murni
dan seharusnya amalan ini dipraktikkan sejak azali lagi khusunya sewaktu kecil lagi. Jika
diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat.
Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang yang mereka hajati.
Biarpun lambat namun barang yang dihajati itu tetap akan dapat dimiliki. Dengan
amalan menabung ini, sedikit sebanyak ia dapat menjamin masa hadapan kerana seperti
kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Menurut kata Dato
Dr. Fadzillah Kamsah, amalan menabung ini perlu diajar kepada anak-anak dari kecil lagi

supaya amalan menabung ini dapat memberi faedah dan manfaat pada masa hadapan.
Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut, amalan berjimat cermat juga dapat
memupuk amalan menabung. Dengan menabung kita dapat mengumpul wang untuk masa
hadapan anak-anak. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa haruslah
mengamalkan amalan menabung ini untuk menjamin pendidikan anak-anak. Seringkali,
dikaitkan isu kewangan dalam negara kita yang kian menjadi racun dalam masyarakat.
Sebanyak 1440 kes perceraian dalam masyarakat kita ini berpunca daripada kemerosotan
kewangan. Bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin mereka akan menhadapi
masalah ini dan akhirnya sebagai penyelesaian mereka akan bercerai. Jadi sebagai
langkah penyelesaian amalan menabung haruslah dipraktikkan sejak dari dulu lagi untuk
menjamin kebahagiaan keluaraga di masa hadapan. Dengan itu, anak-anak boleh
menikmati kemewahan dan keselesaan hidup.
Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan yang
paling bagus dan seharusnya amalan ini dipraktikkan oleh semua orang. Jika diperhatikan
amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan
menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang-barang yang mereka inginkan.
Biarpun lambat tetapi barang yang mereka hajati itu dapat dibeli.
Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana,
amalan berjimat cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa
hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Bak kata
pepatah, bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan itu sahaja, kita juga
haruslah memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimat cermat dan
kita juga perlu menunjukkan teladan yang baik supaya generasi akan datang dapat
mencontohi sikap ini. Amalan ini harus ditanam dalam diri masing-masing sejak dari
kecil lagi oleh ibu bapa bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum
nasi menjadi bubur.

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 4

TAJUK 4: LANGKAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat
dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai
sekiranya pelajar itu sendiri mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi untuk
mencapainya. Namun begitu, dalam menelusuri arus globalisasi yang pantas bergerak
bagai belut diketil ekor ini masih terdapat segelintir pelajar yang masih tidak
menitikberatkan kecemerlangan akademik lantaran masih dibuai lena oleh budaya
hedonisme. Mereka ini lebih mementingkan keseronokan dan hiburan daripada
pendidikan. Pelajar-pelajar tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh
atau mudah kerana keputusan peperiksaan mampu menjamin masa hadapan seseorang
pelajar yang lebih cerah. Oleh itu, pelajar-pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan
disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan jika
asyik mengabaikan pelajaran, bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada berguna. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan
untuk mencapai kecemerlangan seseorang pelajar?

Langkah perdana yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar yang sentiasa
mendambakan kecemerlangan ialah dia haruslah mempunyai sahsiah dan peribadi yang
unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga
hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun
rakan-rakan. Mereka haruslah bercakap dengan menggunakan bahasa yang sopan santun
bagaikan butir-butir mutiara yang berharga.Sebagai contoh, seseorang pelajar itu perlu
sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga perlu sentiasa
berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Hal ini kerana bantuan
yang diberikan dapat mengukuhkan pemahaman mereka atas penerangan yang diberikan.
Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang
ingin cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih
dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana
menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan. Sahsiah dan peribadi pelajar
yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap
bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa
kecemerlangan dapat dicapai melalui sahsiah dan peribadi yang unggul.

Langkah yang seterusnya ialah pelajar haruslah sentiasa mengikut ajaran agama.
Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah

agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Mereka perlu menjadikan agama sebagai
panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri
pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang
manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Mereka seharusnya mempunyai nawaitu
yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang
pelajar Islam yang ingin cemerlang perlu menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah
iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Menurut
Albert Einstein, Agama tanpa ilmu ada buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Izharlah
bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong
daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Jika ditinjau dari dimensi yang lain, kecemerlangan seseorang pelajar dapat
dicapai jika pelajar itu sentiasa mengisi masa lapang dengan bijak. Setiap pelajar haruslah
menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang
dimilikinya. Mereka perlu sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai
aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah.
Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang
dilakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian
amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di
meja belajar sahaja. Pelajar yang ingin cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang.
Hal ini kerana mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan
horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang
cemerlang bak kata slogan,membaca jambatan ilmu. Mereka juga perlu menyiapkan
setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Bagi mereka, bertangguh itu
pencuri masa. Mereka juga tidak akan mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul
dalam proses menuntut ilmu. Secara tidak langsung, pengisian masa yang bijak dapat
mengekang mereka daripada terjebak dalam kebejatan sosial yang kian menghambat
golongan pelajar kita seperti vandalisme, gengsterime, melepak dan sebagainya. Pelajar
yang berdisiplin dalam pengisian masa dengan aktiviti yang berfaedah juga dapat
dilahirkan. Jadi, jelaslah kepada kita semua bahawa pengisian masa yang bijak dapat
membantu seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

Di samping itu, seseorang pelajar juga perlulah sentiasa memberikan tumpuan


ketika guru sedang mengajar. Hal ini kerana perhatian dan tumpuan yang diberikan
menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping
meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Seorang pakar psikologi

pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar disebabkan faktor
memberikan sepenuh tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberikan sepenuh perhatian
dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus
menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika
kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di
dalam kelas bukan sahaja menjadi salah satu ciri kecemerlangan pelajar malahan juga
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari.
Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka,
mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar
seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan
dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang.
Ringkasnya, pemberian tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas turut
mendorong kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.

Bukan itu sahaja, kecemerlangan juga dapat dicapai dengan menetapkan wawasan
hidup. Hal ini kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai
segala cita-cita dalam hidup mereka. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri
pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih
kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sebagai
contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu
mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka
akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti
seharian. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan
serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin
menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan
menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih
pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat
menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah
dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar
sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang
kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.

Seperkara lagi, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar
hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah
dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Pelajar cemerlang tidak rela dicop atau
dilabel sebagai ulat buku semata-mata. Mereka juga menunjukkan pencapaian yang tinggi
dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya bidang kokurikulum ialah pelengkap kepada
aktiviti kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ialah wahana bagi aplikasi

pengetahuan dan kemahiran kurikulum. Oleh itu, para pelajar haruslah menyertai
sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform
mahupun akademik. Para pelajar boleh melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang
diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan
berkhemah. Dengan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran
mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur, minda pelajar akan menjadi
cemerlang lalu dapat menjana idea yang kreatif dan kritis. Dalam konteks ini, para pelajar
bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan
otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Tegasnya, setiap
pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang
cemerlang dan seimbang.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat beberapa langkah yang
dapat diimplementasikan oleh seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
apa-apa jua lapangan yang diceburi. Kecemerlangan seseorang pelajar dapat menjamin
masa depan seseorang pelajar yang lebih cerah. Pelajar cemerlang memiliki sejumlah
kualiti diri yang tinggi dari segi akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Mereka
menepati ciri-ciri modal insan minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju
pendidikan negara. Oleh itu, para pelajar haruslah fokus akan matlamat hidup mereka
untuk menjadi insan yang syumul dengan melakukan beberapa pendekatan yang telah
dibincangkan. Namun begitu, sekiranya kita meletakkan usaha ini atas bahu pelajar
sahaja tidak mencukupi kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, semua
pihak terutamanya ibu bapa, guru dan Kementerian Pendidikan haruslah menggembleng
tenaga dan bersemangat tinggi setinggi Gunung Himalaya untuk melahirkan insan kerdil
yang berjiwa besar dalam memburu kecemerlangan. Komitmen jitu daripada semua pihak
sudah pasti dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sekali
gus usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Mantan Perdana
Menteri dapat dicapai dengan mudah. Diharapkan usaha untuk melahirkan modal insan
yang holistik dan syumul untuk bersaing di peringkat antarabangsa tidak akan menjadi
angan-angan Mat Jenin. Benarlah kata Soekarno, Berikan aku 10 orang belia waja
nescaya akan aku gegarkan dunia, kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Dicatat oleh Cikgu Anelyza di 12:11 PM

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Berderap
seiring
berjalan
pulang,
Mawar
disisip hiasan
si dara,
Remaja kini
berperibadi
cemerlang,
Menjadi
tunjang
aspirasi
negara.
Pantun
di
atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan
kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu
merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan
negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi
pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah
dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan
sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga,
guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa
menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk
membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud
dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap
bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa,
agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di
sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang
di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera
sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi
yang unggul.
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di
dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam,
Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama
sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk
diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup
seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan
sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh

mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan
tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa
untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar
yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia
ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan
tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang
dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang
kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang
fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani.
Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya
menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga
sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya
mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui
pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya
menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa
menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak
mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal
yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak
dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan
penyesalan.
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan
ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang
diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping
meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang
pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam
proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan
memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu
ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam
sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang
berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa
senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut
untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka
pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang
sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini
demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai
segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa
mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan
bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam
menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri

dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa
berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan
serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin
menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan
menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih
pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat
menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah
dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar
sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang
kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah
sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana,
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah
dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa
melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab
dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan
sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak
mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga
haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada
melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan
menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti
pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu
bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang
dan seimbang.
Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu
berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi
negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera
negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu,
generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Contoh Soalan:
Sebagai seorang guru kaunselor , anda telah menyampaikan ceramah kepada pelajarpelajar sempena program motivasi di sekolah anda. Tajuk ceramah anda ialah Ciri-ciri
Pelajar Cemerlang.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
Analisis soalan:
Tema/Isu
: pelajar cemerlang
Tugasan/Arahan : ciri-ciri pelajar cemerlang
Format
: ceramah

Rangka isi:
Pendahuluan:
Kata alu-aluan format ceramah
- konsep pelajar cemerlang, mengapa cemerlang, gambaran isi, peribahasa
Isi karangan:
1) cemerlang akademik - pencapaian pembelajaran, pencapaian peperiksaan awam,
lanjut pelajaran
-

2) cemerlang kokurikulum - penglibatan, perkhidmatan / sumbangan, kepimpinan


3) cemerlang disiplin - patuh peraturan, tepat masa, tugas selesai

4) cemerlang sahsiah - asertif, sopan santun, boleh dipercayai


5) Pegangan agama

Penutup: kesimpulan am, saranan, harapan.

Karangan Contoh

Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi 'Permata Hati', yang dihormati
guru-guru serta pelajar-pelajar SMK Dato Syed Esa yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan
kerana pada pagi yang ceria ini, kita dapat bersama-sama dalam program motivasi
'Permata Hati' yang sangat bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan
menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak beberapa lama lagi. Apa yang ingin saya
kongsikan pada hari ini ialah tentang 'Ciri-ciri Pelajar Cemerlang'.
Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Semua insan inginkan kecemerlangan dalam kehidupan mereka. Malah, semua


pelajar yang berada di dalam Dewan Budiman yang permai ini juga ingin menjadi pelajar
yang cemerlang. Pendek kata, semua pelajar ingin cemerlang dalam semua bidang yang
diceburi. Contohnya, sudah pasti pelajar ingin cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Pelajar cemerlang umpama benih yang baik,
campak ke laut menjadi pulau.
Persoalanya, apakah sebenarnya ciri-ciri pelajar
cemerlang? Bagaimanakah caranya untuk menjadi cemerlang? Apakah pelajar di
hadapan saya ini pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai pelajar-pelajar, kerana
sebentar lagi kita akan bersama-sama mengupas tajuk ciri-ciri pelajar yang cemerlang.
Para pelajar yang disayangi,

Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan ialah
dari segi pencapaian akademik. Pelajar cemerlang akan berusaha untuk memastikan
pecapaian akademik mereka sentiasa memberangsangkan dalam setiap ujian dan
peperiksaan. Contohnya, pelajar cemerlang akan mengutamakan pembelajaran menerusi
aktiviti terancang di bilik darjah, dan pembelajaran kendiri serta bersama kumpulan
sebaya di luar bilik darjah. Pelajar cemerlang sentiasa menggembleng segala potensi dan
fakulti yang ada dalam diri mereka bagi memperoleh hasil pembelajaran yang optimum.
Mereka menetapkan matlamat pembelajaran yang munasabah, dan berusaha untuk
mencapainya. Dengan itu, pelajar cemerlang akan mengenepikan sebarang bentuk
gangguan bagi memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

Selain itu, semasa di


bilik
darjah,
pelajar
cemerlang
sentiasa
memberi tumpuan terhadap
aktiviti
pembelajaran
terancang bersama guru.
Sebagai contoh, pelajar
cemerlang
akan
menunjukkan
motivasi
pembelajaran
yang
maksimum
dengan
memberi kerjasama dan
perhatian yang tidak berbelah bahagi. Mereka tidak mudah dipengaruhi hasutan negatif
sama ada yang datang daripada dalam diri sendiri mahupun persekitarannya. Pelajar
cemerlang tidak meletakkan terlalu banyak syarat dalam pembelajaran supaya semuanya
berkenan di hati. Mereka tidak bersifat sentimental dengan terlalu banyak berharap
tentang guru yang sempurna atau persekitaran bilik darjah yang sempurna. Mereka
mampu bertahan dalam iklim pembelajaran yang seadanya.

Demikian juga apabila melaksanakan tugasan kumpulan, mahupun menyertai


kumpulan belajar, pelajar cemerlang menampilkan peranan yang seimbang, iaitu tidak
terlalu menonjol dan tidak hanya sebagai penumpang.Mereka mungkin memiliki banyak
idea, tetapi bersabar mendengar idea rakan sekumpulan. Pelajar cemerlang tidak cuba
berlagak menguasai perbincangan, tetapi kelihatan sebagai pemimpin yang boleh
dipercayai dan adil. Mereka datang dengan persediaan yang mencukupi, bukan dengan
tangan kosong. Maka, kehadiran pelajar cemerlang dalam mana-mana aktiviti
pembelajaran berorientasi kumpulan sentiasa meninggalkan impak, bukan sekadar
melukut di tepi gantang, datang tidak menambah, pergi tidak disuruh.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,

Selanjutnya ialah, pelajar cemerlang juga meletakkan sasaran yang tinggi dalam

peperiksaan awam. Sasaran yang dibuat bukan sekadar cakap kosong, tetapi dibuktikan
menerusi strategi dan usaha yang optimum. Mereka tidak bergantung kepada soalan
ramalan, tetapi lebih fokus terhadap perancangan jawapan yang menepati tugasan soalan.
Pelajar cemerlang menggunakan segala pengalaman pembelajaran di bilik darjah untuk
mematuhi segala kehendak sukatan pelajaran yang menjadi asas penggubalan item soalan
peperiksaan awam. Dengan meletakkan sasaran yang tinggi dari segi peperiksaan awam,
pelajar cemerlang berpeluang mengintai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang
yang diklasifikasikan sebagai kritikal dan menjadi rebutan, di samping melamar tempat di
institut pengajian tinggi terkemuka dengan tajaan biasiswa yang berprestij.

Apakah tindakan ke sana ke mari dengan buku sehingga digelar sebagai 'ulat buku'
merupakan ciri pelajar yang cemerlang? Sebenarnya, Pelajar cemerlang tidak rela dicop
atau dilabel sebagai ulat buku semata-mata. Mereka juga menunjukkan pencapaian yang
tinggi dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya bidang kokurikulum ialah pelengkap
kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ialah wahana bagi aplikasi
pengetahuan dan kemahiran kurikulum. Pelajar cemerlang menjadikan aktiviti
kokurikulum sebagai kesempatan bagi menggilap bakat kepimpinan, memupuk semangat
suka rela dalam perkhidmatan sosial dan mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang
akan menggunakan kapasiti diri sama ada sebagai pemimpin, peserta atau petugas dalam
aktiviti kelab, persatuan, unit pakaian seragam, permainan dan sukan. Mereka sentiasa
cuba mencari pengalaman dengan mengamalkan sikap ringan tulang dalam membantu
pihak sekolah menjayakan sebarang aktiviti kokurikulum.

Pelajarpelajar yang
dikasihi
sekalian,

Disipli
n
asas
kejayaan.
Oleh
itu,
pelajar

cemerlang juga sinonim dengan amalan disiplin yang tinggi. Mereka tidak kisah jika
digelar sebagai pelajar skema yang akur dengan segala peraturan sekolah. Walaupun
mungkin kelihatan berbeza dari segi penampilan dan tingkah laku, pelajar cemerlang
tidak berasa kekok untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan yang sinikal,
mahupun rakan yang kurang beruntung. Pelajar cemerlang akan berusaha untuk muncul
sebagai peribadi rujukan yang mampu mempengaruhi lebih ramai pelajar supaya bersikap
positif dalam menimba pengalaman pembelajaran di sekolah. Mereka tidak perlu
membutirkan tunjuk ajar, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah laku yang
disenangi. Sebagai contoh, pelajar cemerlang mementingkan ketepatan masa, dan
sentiasa melaksanakan sesuatu tugasan sesempurna mungkin. Setiap kali diberi tugasan,
pelajar cemerlang tidak melaksanakannya dengan sambalewa semata-mata seperti
"melepaskan batuk di tangga". Jelaslah prinsip pelajar cemerlang ialah mementingkan
disiplin dalam memacu kecemerlangan hidup mereka.

Seterusnya, pelajar cemerlang juga perlu menampilkan sahsiah dan budi pekerti
yang mulia dan murni. Percakapan mereka dihiasi dengan sopan santun bagaikan butirbutir mutiara yang berharga. Rakan akan berasa selamat dan dilindungi kerana mereka
akan hanya mendengar hal yang baik-baik, serta tidak mengalami provokasi yang tidak
berfaedah. Sudah tentu, sebagai manusia biasa, pelajar cemerlang tetap memiliki
kelemahan tertentu, tetapi mereka akan cuba melakukan kawalan sebaik mungkin supaya
tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak.

Akhirnya, satu lagi ciri yang sangat penting ialah, pelajar cemerlang sentiasa
berpegang teguh pada tali agama. Kepercayaan dan kepatuhan kepada suruhanNya
sepatutnyalah menjadi perkara utama dalam kehidupan ini. Contohnya, pelajar yang
cemerlang sentiasa berusaha melaksanakan suruhan Tuhan dan menjauhi larangannya.
Malah pegangan agama yang kukuh menjadi penyuluh dan petunjuk jalan dalam
kehidupan pelajar supaya sentiasa berada pada jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana,
pelajar yang cemerlang sentiasa meninginkan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Sebagai kesimpulannya, pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang


tinggi dari segi akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama. Mereka
menepati ciri-ciri modal insan minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju

pendidikan negara. Mereka menjadi harapan negara untuk meletakkan daya saing negara
di pentas antarabangsa. Oleh itu pelajar cemerlang haruslah sentiasa berusaha melakukan
penambahbaikan setiap masa dan jangan sesekali menganggap bahawa diri mereka serba
sempurna.

Sebelum saya
menamatkan ceramah pada
hari ini, saya percaya tentu
pelajar-pelajar yang berada
di hadapan saya ini sedang
tertanya-tanya kepada diri
sendiri. Antara persoalan
yang mundar-mandir di
minda ialah adakah ciriciri yang telah dinyatakan
tadi dalam diriku? Mampukah saya menggarab ciri-ciri kecemerlangan tersebut.
Jawapanya ialah, jika hanya satu atau dua ciri sahaja yang ada dalam diri pelajar-pelajar
ketika ini, syabas dan tahniah saya ucapkan. Satu permulaan yang baik dan teruskan
untuk mencapai ciri-ciri kecemerlangan itu. Saya percaya dan penuh keyakinan bahawa
semua pelajar akan mampu menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tepuk dada tanya selera.

Sekian. Terima Kasih.

Cikgu Chom

KARANGAN CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG (BRILLIANT AND LANDING


CONDUCT)

Merangka Karangan
Pendahuluan: konsep pelajar cemerlang, mengapa cemerlang, gambaran isi, peribahasa
Isi karangan: 1) cemerlang akademik - pencapaian pembelajaran, pencapaian
peperiksaan awam, lanjut pelajaran
2) cemerlang kokurikulum - penglibatan, perkhidmatan / sumbangan,
kepimpinan
3) cemerlang disiplin - patuh peraturan, tepat masa, tugas selesai
4) cemerlang sahsiah - asertif, sopan santun, boleh dipercayai
Penutup: kesimpulan am, saranan, harapan.
Karangan Penuh
Antara tajuk pilihan utama program motivasi ialah tentang ciri-ciri pelajar
cemerlang. Malah, kebanyakan organisasi yang berkaitan dengan pendidikan menjadikan
ungkapan pelajar cemerlang sebagai cogan kata utama. Pendek kata, ciri-ciri pelajar
cemerlang menjadi dambaan semua pihak sama ada pihak berkuasa pendidikan,
masyarakat dan para pemimpin semua peringkat. Pelajar cemerlang umpama benih yang
baik, campak ke laut menjadi pulau.
Ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan ialah dari segi pencapaian akademik.
Pelajar cemerlang akan sentiasa mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang
di bilik darjah, dan pembelajaran kendiri serta bersama kumpulan sebaya di luar bilik
darjah. Pelajar cemerlang sentiasa menggembleng segala potensi dan fakulti yang ada
dalam diri mereka bagi memperoleh hasil pembelajaran yang optimum. Mereka
menetapkan matlamat pembelajaran yang munasabah, dan berusaha untuk mencapainya.
Dengan itu, pelajar cemerlang akan mengenepikan sebarang bentuk gangguan.
Semasa di bilik darjah, pelajar cemerlang sentiasa memberi tumpuan terhadap
aktiviti pembelajaran terancang bersama guru. Pelajar cemerlang akan menunjukkan
motivasi pembelajaran yang maksimum dengan memberi kerjasama dan perhatian yang
tidak berbelah bahagi. Mereka tidak mudah dipengaruhi hasutan negatif sama ada yang
datang daripada dalam diri sendiri, apatah lagi daripada pendapat yang bersifat songsang.
Pelajar cemerlang tidak meletakkan terlalu banyak syarat dalam pembelajaran supaya
semuanya berkenan di hati. Mereka tidak bersifat sentimental dengan terlalu banyak
berharap tentang guru yang sempurna atau persekitaran bilik darjah yang sempurna.
Mereka mampu bertahan dalam iklim pembelajaran yang seadanya.

Demikian juga apabila melaksanakan tugasan kumpulan, mahupun menyertai


kumpulan belajar, pelajar cemerlang menampilkan peranan yang seimbang, iaitu tidak
terlalu menonjol dan tidak hanya sebagai penumpang. Mereka mungkin memiliki banyak
idea, tetapi bersabar mendengar idea rakan sekumpulan. Pelajar cemerlang tidak cuba
berlagak menguasai perbincangan, tetapi kelihatan sebagai pemimpin yang boleh
dipercayai dan adil. Mereka datang dengan persediaan yang mencukupi, bukan dengan
tangan kosong. Maka, kehadiran pelajar cemerlang dalam mana-mana aktiviti
pembelajaran berorientasi kumpulan sentiasa meninggalkan impak, bukan sekadar
melukut di tepi gantang, datang tidak menambah, pergi tidak disuruh.
Pelajar cemerlang juga meletakkan sasaran yang tinggi dalam peperiksaan awam.
Sasaran yang dibuat bukan sekadar cakap kosong, tetapi dibuktikan menerusi strategi dan
usaha yang optimum. Mereka tidak bergantung kepada soalan ramalan, tetapi lebih fokus
terhadap perancangan jawapan yang menepati tugasan soalan. Pelajar cemerlang
menggunakan segala pengalaman pembelajaran di bilik darjah untuk mematuhi segala
kehendak sukatan pelajaran yang menjadi asas penggubalan item soalan peperiksaan
awam. Dengan meletakkan sasaran yang tinggi dari segi peperiksaan awam, pelajar
cemerlang berpeluang mengintai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang yang
diklasifikasikan sebagai kritikal dan menjadi rebutan, di samping melamar tempat di
institut pengajian tinggi terkemuka dengan tajaan biasiswa yang berprestij.
Pelajar cemerlang tidak rela dicop atau dilabel sebagai ulat buku semata-mata.
Mereka juga menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum.
Sebenarnya bidang kokurikulum ialah pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik
darjah. Aktiviti kokurikulum ialah wahana bagi aplikasi pengetahuan dan kemahiran
kurikulum. Pelajar cemerlang menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai kesempatan bagi
menggilap bakat kepimpinan, memupuk semangat suka rela dalam perkhidmatan sosial
dan mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan menggunakan kapasiti diri
sama ada sebagai pemimpin, peserta atau petugas dalam aktiviti kelab, persatuan, unit
pakaian seragam, permainan dan sukan. Mereka sentiasa cuba mencari pengalaman
dengan mengamalkan sikap ringan tulang dalam membantu pihak sekolah menjayakan
sebarang aktiviti kokurikulum.
Pelajar cemerlang juga sinonim dengan amalan disiplin yang tinggi. Mereka tidak
kisah jika digelar sebagai sebagai pelajar skema yang akur dengan segala peraturan
sekolah. Walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi penampilan dan tingkah laku,
pelajar cemerlang tidak berasa kekok untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan
yang sinikal, mahupun rakan yang kurang beruntung. Pelajar cemerlang akan berusaha
untuk muncul sebagai peribadi rujukan yang mampu mempengaruhi lebih ramai pelajar
supaya bersikap positif dalam menimba pengalaman pembelajaran di sekolah. Mereka
tidak perlu membutirkan tunjuk ajar, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah
laku yang disenangi. Pelajar cemerlang mementingkan ketepatan masa, dan sentiasa
melaksanakan sesuatu tugasan sesempurna mungkin. Pelajar cemerlang tidak seperti
"melepaskan batok di tangga". Batok merujuk kepada bekas air basuhan kaki pada zaman
dahulu yang dilempar semula ke bawah setelah seseorang itu menaiki tangga tanpa turun
semula.

Pelajar cemerlang juga menampilkan sahsiah yang mulia dan murni. Percakapan
mereka dihiasi dengan sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga. Rakan
akan berasa selamat dan dilindungi kerana mereka akan hanya mendengar hal yang baikbaik, serta tidak mengalami provokasi yang tidak berfaedah. Sudah tentu, sebagai
manusia biasa, pelajar cemerlang tetap memiliki kelemahan tertentu, tetapi mereka akan
cuba melakukan kawalan sebaik mungkin supaya tidak mendatangkan mudarat kepada
mana-mana pihak.
Pelajar cemerlang selanjutkan menampilkan ciri asertif secara konsisten.
Maksudnya, mereka sentiasa mengimbangi hak diri sendiri dengan hak orang lain.
Mereka tidak bersikap agresif, iaitu hanya menjaga hak diri sendiri, atau bersikap
permisif dengan hanya mementingkan hak orang lain semata-mata. Sikap asertif bererti
tegas diri. Dengan sikap asertif, pelajar cemerlang sentiasa berupaya mempertahan
pendirian, tetapi dalam masa yang sama menghormati pendapat yang berbeza. Mereka
menyedari bahawa rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain.
Kesimpulannya, pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang tinggi dari
segi akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Mereka menepati ciri-ciri modal insan
minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Mereka menjadi
harapan negara untuk meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa. Pelajar
cemerlang tidak menganggap bahawa diri mereka serba sempurna, sebaliknya sentiasa
berusaha melakukan penambahbaikan. Maka, wajar sekali ciri-ciri pelajar cemerlang
dijadikan slogan dan tema untuk semua organisasi yang berkaitan dengan pendidikan.
Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 6:07

AM

Karangan Rangsangan Bergambar SPM: Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang


Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 45 minit; 20 markah]
Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri murid cemerlang.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
CIRI-CIRI MURID CEMERLANG

Akademik

Kepimpinan

Kecergasan

Berdisiplin

CONTOH KARANGAN
Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang murid cemerlang, tetapi seorang murid cemerlang
bukan sebarangan orang. Seorang murid cemerlang dilihat mempunyai prestasi dan
reputasi yang baik dalam pelbagai aspek. Terdapat pelbagai kriteria yang dapat kita lihat
dan contohi daripada seorang pelajar cemerlang.
Pertama sekali, seorang pelajar cemerlang mestilah mempunyai prestasi yang
mengagumkan dalam akademik. Hal ini kerana, kita sewajarnya mementingkan akademik
daripada perkara lain memandangkan kita menyandang tanggungjawab sebagai seorang
pelajar. Selain daripada itu, pelajar cemerlang juga berkebolehan dalam kepimpinan.
Pelajar cemerlang memiliki karisma yang membolehkan dia menonjol dalam kalangan
pelajar lain.
Kecergasan juga antara aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang. Apabila
badan cergas maka minda pun cerdas menjadikan ia suatu kelebihan kepada pelajar.
Dalam masa yang sama, seorang pelajar cemerlang merupakan seorang yang berdisiplin
di sekolah. Pelajar yang cemerlang mengikuti peraturan sekolah dengan baik dan juga
menghormati dan bersopan ketika berhadapan dengan guru.
Perspektif klise warga sekolah ialah murid cemerlang terlalu jarang dilihat kini,
diibaratkan sebutir mutiara di lautan. Sesungguhnya, jika kita gilapkan semua pelajar
nescaya lebih banyak mutiara dapat dihasilkan. Kesimpulannya, kita seharusnya sentiasa
membaiki kelemahan diri dan meningkatkan kebolehan diri supaya kita menjadi seorang
yang hebat kelak.
(230 patah perkataan)

CONTOH KARANGAN TERBAIK PELAJAR SMAKASAS (PEPERIKSAAN


PERCUBAAN SPM 2013)

Karangan Berpandu diubahsuai daripada karangan Hasilan Nurul Ashikin bt. Abdullah
( Tingkatan 5 Ibnu Haitham) Pelajar Tingkatan 5 Wajib Menyalin Karangan Di bawah.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang
karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor
kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak
berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak
pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua
atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit
yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga
sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi
masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan
pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu
diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan
kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1
Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat
kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan
pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap
penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya

adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya
hidup sihat?
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di
bawah kata kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia
mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan
masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali.Hal ini kerana
pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang
individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan
secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi
kepada beberapa bahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia
normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi
karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan
serat, seterusnya kumpulan makanan yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian
atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan
panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak di
bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya
perlu kita ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil
dalam kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk
menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah
Yunani iaitu Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan."
Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan
seimbang setiap hari.
Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya
hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum,
kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa
senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada
abad milenium ini, banyak tempat rekreasi, sama ada bertemakan air, alam sekitar dan
sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda atau remaja boleh menyertai
aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang dianjurkan seperti
kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya.
Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi
merupakan aktiviti mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta selalunya
diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular
kita bersedia terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan
adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan, kadar pengaliran darah dan pergerakan
jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar
endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin
untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan
sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan
memberi penerangan kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai
langkah-langkah menjaga keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk
mengelak sebarang kemalangan atau kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau
dan sediakan payung sebelum hujan. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin

semasa melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi
merupakan satu cara untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.
Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama
dalam membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita
maklum, remaja tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka
sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan
Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajar sekurang-kurang menyertai satu
aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah 10%
syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam bidang
kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum
mencapai objektifnya kerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan diri mereka
untuk bersukan dan penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk
penyertaan bukan sebagai budaya. Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan
terus berlaku akibat masyarakat masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan
sukan dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan, masyarakat akan mendapat manfaat
iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka.
Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih
cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi, disamping
aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan
bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan
badan dan mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah
mengantuk semasa berada di dalam kelas dan sudah pasti proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas
lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat
dengan melakukan aktiviti bersukan.
Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan
kesihatan adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di
bawah paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya
di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil berat dalam
menyediakan prasarana dan kemudahan kesihataperkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini
boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat rawatan sama ada klinik desa,
Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka untuk dikunjungi
oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal
perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di
pusat rawatan daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat
perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang
memerlukan rawatan daripada seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan
mereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan amat penting supaya
setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa.
Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan
sekali perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor
dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan penyakit secara awal
akan memudahkan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Secara langsung
pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang

tanpa disedari terutama penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan
serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit mengalami penyakit kencing manis para
doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal kaedah pemakanan yang
sesuai dan sekiranya pesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik suntikan insulin
akan dilakukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada menyebut "
mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan
kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam
keadaan baik.
Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika
kita inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan
makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan
mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan
dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatan kita
dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani,
rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita
pemimpin untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling
penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih
penting daripada wang ringgit yang menggunung.
Para pelajar boleh mengolah dan, menambah istilah, frasa atau ayat, maklumat atau fakta
serta frasa menarik asalkan binaan ayatnya gramatis.

Anda mungkin juga menyukai