Anda di halaman 1dari 2

MINGGU 10: CITRA BAHASA TINGKATAN 1

TEMA 9 : EKONOMI DAN PENGURUSAN KEWANGAN


TAJUK : Berjimat Cermat Amalan Mulia

Pendahuluan Pada era globalisasi ini, kerancakan pertumbuhan ekonomi negara dan dunia
menjadi agenda utama dalam mengecapi kejayaan. Namun, kita sering kali tersentak dengan
isu-isu yang menyebabkan ekonomi terpaksa direncatkan dan mengakibatkan gelombang
inflasi berlaku secara domestik dan global. Ketidak tentuan ekonomi dan kenaikan kos sara
hidup telah mendorong masyarakat konvensional hari ini mengamalkan amalan berjimat
cermat untuk keluar daripada kepompong inflasi. Pihak kerajaan pula memberikan bantuan
pada kadar yang tidak mencukupi dan rakyat perlu melakukan inisiatif kendiri bagi
meringankan beban kewangan yang dihadapi hari ini. Persoalannya, apakah amalan berjimat
cermat yang boleh dipraktikkan oleh seluruh ahli masyarakat? Usaha yang istiqamah dan
menyeluruh pasti akan membuahkan hasil jika setiap di antara kita mengimplimentasikannya
dalam kehidupan seharian kerana berjimat cermat adalah amalan yang mulia.
Isi 1
Amalan yang digalakkan bagi berjimat cermat adalah melakukan rancangan perbelanjaan.
Langkah pengurusan kewangan ini adalah untuk memastikan aliran wang yang dibelanjakan
berbaloi dan tidak merugikan kita. Sebagai seorang yang dewasa, kita seharusnya
menetapkan matlamat kewangan yang menggambarkan perkara yang ingin dikecapi dengan
wang sendiri dalam jangka masa tertentu. Misalnya jika kita ingin membeli rumah atau
kereta, berapa peratus daripada jumlah gaji yang perlu disimpan untuk memiliki rumah pada
masa akan datang? Persoalan ini menjadi suatu polemik dalam kalangan masyarakat
terutamanya golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Jika tiada bimbingan dan
panduan yang betul dalam merancang perbelanjaan, kelak nanti beban kewangan akan
memakan diri sendiri. Selain menetapkan matlamat kewangan dalam jangka masa yang
diingnkan, kita perlu menyenaraikan semua jenis perbelanjaan anda. Hal ini demikian kerana
rekod kewangan adalah bukti tabiat perbelanjaan dan mudah untuk kita menganalisis
perbelanjaan yang betul dan yang salah. Isi 2 Dalam masa yang sama, kita juga hendaklah
mementingkan keperluan daripada kehendak. Senario ini dilihat menjadi kelaziman anak
muda hari ini apabila kehendak diri diutamakan sehingga sanggup berhutang keliling
pinggang hanya untuk mendapat kepuasan atau pujian daripada orang lain. Pengaruh media
sosial oleh golongan berharta dan selebriti yang riak dalam menunjukkan kemewahan
menjadi antara penyebab ramai di antara anak muda yang berbelanja untuk mendapatkan
kehidupan yang mewah seperti selebriti. Sebaliknya, golongan muda khususnya yang baru
mendapat pekerjaan perlu berjimat cermat dengan membeli barang keperluan dan menyimpan
atau melabur wang bagi kemudahan di masa hadapan. Utamakan keperluan seperti mencarum
insurans kesihatan kerana malang tidak berbau. Sekiranya kita terlibat dengan kemalangan
dan sebagainya, caruman insurans sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos
perubatan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pakaian berjenama, percutian ke luar
negara dan kereta mewah bukanlah keperluan sebaliknya ia adalah bonus kepada sesetengah
orang yang mampu untuk memilikinya tetapi tanpa perlu berhutang. Isi 3 Seterusnya, amalan
berjimat-cermat yang boleh diamalkan oleh setiap ahli masyarakat adalah dengan melakukan
perbandingan harga sebelum membeli-belah. Mutakhir ini, terdapat pasaraya yang menjual
secara borang dan pasaraya yang menjual barangan import berkualiti tinggi. Maka, pengguna
perlulah bersikap bijak dengan membeli produk yang berbaloi dari segi kualiti dan juga
berpatutan pada harganya. Pengguna masa kini juga mempunyai pilihan yang lebih baik
berbanding waktu dahulu kerana kita boleh memilih untuk membeli di pasaraya atau membeli
secara maya di atas talian. Kehadiran aplikasi perniagaan secara atas talian bukan sahaja
memudahkan pengguna malah mampu memberikan harga yang lebih murah berbanding
harga produk yang dikehendaki di pasaran. Tambahan pula promosi dan baucer yang pelbagai
ditawarkan oleh aplikasi-aplikasi perniagaan atas talian seharusnya menjadi rebutan setiap
orang kerana ia memberikan penjimatan yang berbaloi. Kesannya, perbandingan harga
produk sebelum membeli adalah amalan yang tepat bagi meringankan beban kewangan kita
hari ini. Isi 4 Di samping itu, amalan berjimat cermat boleh diimplementasikan dengan
menyediakan bekalan makanan sendiri ke tempat kerja dan juga kepada anak-anak di
sekolah. Membawa bekalan makanan secara sendiri dari rumah memberikan pelbagai
manfaat kepada kita antaranya adalah menjimatkan wang. Sejak dua, tiga tahun kebelakangan
ini, harga makanan di restoran semakin meningkat terutamanya di rangkaian restoran
makanan segera. Oleh itu, dengan membeli bahan masakan dan barang mentah sendiri serta
memasak juadah yang diinginkan, kita dapat meneliti jumlah perbelanjaan yang digunakan.
Seterusnya, kita boleh membandingkan perbelanjaan makan di restoran atau menyediakan
makanan sendiri yang lebih menguntungkan. Penyediaan bekalan makanan secara sendiri
juga membantu kita dalam mengamalkan makanan berkhasiat dan secara tidak langsung
memberikan manfaat kesihatan kepada diri dan juga keluarga tersayang. Kekangan masa
mungkin menjadikan amalan ini sukar untuk dilakukan namun pepatah melayu ada berkata
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Penutup Tuntasnya, pelbagai amalan berjimat
cermat yang boleh dilaksanakan oleh setiap ahli masyarakat dalam mendepani ketidak
tentuan ekonomi masa kini. Kesedaran tentang pengurusan kewangan adalah menjadi
tanggungjawab semua pihak. Kerajaan seharusnya bersikap proaktif dengan menjadikan
pengurusan kewangan sebagai subjek yang perlu dipelajari oleh semua ahli masyarakat.
Tindakan seperti ini dapat melahirkan masyarakat yang cakna dan sentiasa berusaha ke arah
memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara. Setiap agama dan kepercayaan pasti
mengetengahkan nilai kesederhanaan yang sepatutnya menjadi iltizam setiap penganutnya.
Namun, kuasa dan harta mengaburi nilai kemanusiaan yang merupakan elemen penting
dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan damai. Semoga setiap di antara kita
sedar dan mula mengamalkan amalan berjimat cermat dalam kehidupan harian masing-
masing agar kemuliaan yang tersembunyi disebalik amalan ini menjadi pendorong kepada
lahirnya masyarakat yang progesif dan konservatif.

Anda mungkin juga menyukai