Anda di halaman 1dari 33

SJ 2062

PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

1.0 PENGENALAN

Pengukuran dari aspek komposisi lemak badan merupakan suatu proses

penilaian. Di dalam proses mengukur komposisi lemak badan terdapat beberapa

elemen penting yang menjadikan proses ini lebih tinggi kesahannya dari segi

keobjektifan dan kebolehpercayaan. Peralatan serta prosedur juga memainkan

peranan yang penting bagi mendapatkan data.

Kajian saintifik mengenai komposisi lemak badan merupakan salah satu

cabang ilmu yang dipanggil “biometrik”. Kajian yang diasaskan oleh Sir Francis

Galton dan Kar Pearson yang kemudiannya dimajukan pula oleh Fisher dari

England ini merangkumi pengukuran antropometri somatotaip dan pengiraan

peratusan lemak badan.

Penyelidik-penyelidik biometrik menggunakan pelbagai kaedah khasnya

dalam bidang statistik, nisbah, peratusan, purata, kekerapan dan korelasi dalam

menerangkan secara kuantitatif mengenai perbezaan organisma hasil dari faktor

persekitaran dan baka. Kajian ini membawa kepada pengetahuan yang

mendalam tentang variasi pertumbuhan manusia.

Satu lagi istilah berkaitan tubuh badan manusia disebut “antropometri”

yang bermaksud pengukuran (metri) dan manusia (antro) di dalam bahasa

Yunani. Menurut Barrow & McGee, (1989), antropometri merupakan satu kaedah

Komposisi Lemak Badan. 1


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

pengukuran terhadap tubuh badan manusia di mana penilaian kepada

kecergasan fizikal diukur dari simetri tubuh badan manusia itu sendiri.

Menurut Clarke (1976), pola bentuk badan adalah signifikan kepada

pemahaman individu secara fizikal, mental dan emosi. Di dalam bidang sukan,

komposisi badan ataupun struktur tubuh badan merupakan satu aspek yang

penting kerana pengetahuan yang mendalam di dalam bidang ini dapat

membantu di dalam mengenal pasti jenis – jenis latihan, norma – norma ujian

dan prestasi seseorang.

Komposisi Lemak Badan. 2


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Suatu bentuk pengukuran bahagian badan manusia yang tertua yang juga

dikenali sebagai “antropometri” dipercayai telah dimulakan di Mesir (Egypt) dan

Greece (Johnson & Nelson 1986). Orang – orang Mesir pada ketika itu dikatakan

menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan satu bahagian atau komponen

badan yang secara umumnya boleh digunakan untuk mengukur seluruh anggota

badan. Mereka menggunakan jari hantu sebagai alat pengukur umum.

Contohnya, jarak diantara permukaan lantai ke lutut ialah 5 jari hantu dan satu

jangkauan lengan panjangnya 8 jari hantu. Orang – orang Greek mempraktikkan

antropometri dalam kajian mereka tentang perkadaran atau nisbah tubuh badan

sementra golongan senilukis menggunakan kaedah ini untuk mengkaji

kecantikan dan estitika tubuh badan.

Dalam tahun 1861, Edward Hitchcock, (dikenali sebagai Bapa

Pengukuran dalam Pendidikan Jasmani) yang bertugas di Amherst mengambil

inisiatif untuk membuat pengukuran terhadap semua pelajar. Matlamat

pengukurannya adalah untuk mendapatkan data yang boleh digunakan untuk

mendifinisikan perkadaran fizikal yang ideal untuk manusia. Pengukurannya

meliputi ketinggian, berat, umur, jangkauan, lilitan, kapasiti vital dan ukuran

kekuatan terpilih.

Komposisi Lemak Badan. 3


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

Pada tahun 1878, Dudley Allen Sargent telah ditugaskan untuk meneliti

dan mengawasi kesihatan pelajar di Universiti Havard. Semasa berkhidmat di

sini, beliau telah menghasilkan lebih 40 jenis pengukuran antropometri yang

berlainan yang digunakan untuk menyediakan program senaman untuk setiap

pelajar. Sistem beliau ini telah diadaptasi dan digunakan di sekolah- sekolah,

kolej – kolej serta YMCA di seluruh Amerika Syrikat.

Manakala Jackson dan Pollock yang menjalankan kajian pada tahun 1977

hingga 1980 pula telah menghasilkan nomogram. Kaedah ini melibatkan

pengukuran dan pengiraan dari aspek umur, nilai dan jumlah tiga lipatan kulit

lelaki dan wanita. Penggunaan kaedah ini dikatakan lebih mudah kerana tidak

melibatkan pengiraan yang rumit.

Komposisi Lemak Badan. 4


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

3.0 PERKAITAN KOMPOSISI LEMAK BADAN DENGAN KESIHATAN

Komposisi lemak di dalam tubuh badan manusia merujuk kepada lemak,

tisu lemak ataupun tisu adipoa yang terletak di bawah kulit hasil daripada aktiviti

metabolisme sel di dalam sistem tubuh badan manusia. Komposisi lemak badan

yang berlebihan telah diakui melalui kajian, boleh menyebabkan penyakit

berkaitan arteri karonari, tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, peningkatan

risiko kanser, osteoarthritis, masalah sendi, profil lipid darah yang abnormal dan

masalah haid (National Institute of Health, 1995).

Apabila tubuh badan manusia bertambah dari segi komposisi lemak, tisu

adiposa akan berkumpul pada sesetengah kawasan. Para penyelidik banyak

melakukan kajian bagaimana serakan lemak badan (body fat distribution)

ataupun paten lemak (fat pattering) dan kaitannya dengan kecergasan fizikal

manusia. Walaupun kajian mengenai komposisi lemak yang berlebihan seringkali

dikaitkan dengan masalah kesihtan dan kecergasan, komposisi lemak yang

terlalu kurang juga menyebabkan masalah yang sama.

Kehadiran lemak di dalam sel yang dikenali sebagai fospolipid

(phospholipid) adalah penting bagi pergerakan sel manakala triglycerid yang

terdapat pada tisu adiposa menyediakan tenaga, membantu dari segi regulasi

haba dan menyimpan bahan metobolik (asid lemak). Lipid juga terlibat di dalam

pengangkutan serta penyimpanan lelemak hancur vitamin A, D, E dan K (fat

Komposisi Lemak Badan. 5


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

soluble vitamins). Ketidaksuburan, tekanan, regulasi haba yang tidak seimbang

dan kematian adalah berkaitan kekurangan dan kehilangan lemak di dalam

badan (Sizer & Whitney, 1994) dalam Health Fitness Instructor”s Handbook.

Komposisi Lemak Badan. 6


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

4.0 KAJIAN – KAJIAN LAMPAU

Piscopo ( 1962 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical

Education oleh Johnson And Nelson ( 1992 ) telah membentuk satu norma untuk

komposisi lemak badan dan membanding ukuran lipatan kulit dengan jenis

pengukuran yang lain ke atas 647 orang remaja lelaki yang berbangsa Itali,

Yahudi dan Negro. Antara hasil – hasil kajiannya ialah :-

i. Didapati bahawa kumpulan Yahudi mempunyai ukuran yang

tertinggi bagi jenis pengukuran lipatan kulit dan pengukuran girth di

bahagian lengan tangan, paha dan garis pusat bi-illiac, kemudian

diikuti oleh kumpulan Itali dan Negro.

ii. Ukuran girth pada paha didapati lebih kurang gandaan kepada

ukuran girth pada lengan tangan bagi ketiga –tiga kumpulan.

iii. Korelasi adalah tinggi diantara lokasi – lokasi lipatan kulit dalam

ketiga – ketiga kumpulan.

iv. Korelasi yang tinggi juga didapati di antara ukuran lipatan kulit

dengan ketinggian badan.

Komposisi Lemak Badan. 7


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

Wilmore dan Behnke ( 1969 ) dalam Measurement and Evaluation for

Physical Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johnson ( 1987 ) telah

menghasilkan beberapa equations untuk menganggar tisu badan tanpa lemak

dan kepadatan badan yang menggunakan pengukuran antropometrik seperti

ketinggian, keberatan, ukuran garis pusat dan ukuran lilitan pada bahagian tubuh

yang tertentu serta pengukuran lipatan kulit.

Krzywici (1974) dan rakan – rakan dalam Practical Measurement and

Evaluation in Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah

membanding tiga teknik yang digunakan untuk menganggarkan lemak badan

dan air telah dianggar melalui teknik pindahan air, anggaran potasium dan teknik

deuterim dan teknik deuterium oxide ingestion. Anggaran yang dibuat melalui

ketiga – tiga teknik itu untuk menunjukkan perbezaan yang ketara.

Welman dan Latch ( 1975 ) dalam Practical Measurement and Evaluation

in Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah mengemukakan

justifikasi teori bagi penggunaan ukuran lilitan badan untuk menganggar jumlah

isipadu badan dan kepadatan badan. Mereka membuat kesimpulan bahawa

jumlah isipadu badan dapat menunjukkan anggaran yang tepat dengan jenis

ukuran lilitan yang sesuai. Selain itu, equation yang digunakan itu tidak

menonjolkan populasi spesifik apabila digunakan untuk mengira peratusan lemak

badan.

Komposisi Lemak Badan. 8


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

Namun Pullock ( 1977 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in

Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah dapat mengesan

kesilapan dalam anggaran sistematik apabila equation bagi kepadatan badan,

tisu badan tanpa lemak, dan jumlah tisu badan diguna ke atas sample yang

berbeza. Mereka membuat kesimpulan bahawa semua equation itu termasuklah

jumlah isipadu badan adalah saintifik kepada populasi yang diukur. Mereka juga

berpendapat apabila equation bagi kepadatan badan, tisu badan tanpa lemak

dan jumlah isipadu badan dipindah alih kepada peratusan lemak badan, semua

equation tersebut adalah agak tepat.

Montoye ( 1978 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical

Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johnson ( 1987 ) menyatakan bahawa

pengukuran lipatan kulit pada beberapa lokasi badan adalah tinggi korelasinya

( 74 hingga 93 ). Selain itu, jumlah bagi empat lokasi lipatan kulit ( seperti triceps,

subscapula, abdominal dan crest of iliac ) mempunyai kolerasi 0.90 dengan

jumlah dua lokasi lipatan kulit ( seperti triceps dan subscapula ). Oleh yang

demikian, tiada maklumat tambahan dapat diperolehi jika membuat pengukuran

lipatan kulit yang melebihi tiga lokasi.

Kajian yang dilakukan oleh Lohman dan Pollack ( 1981 ) dalam

Measurement by the Physical Educator oleh Miller ( 1998 ) mendapati bahawa

kaliper yang kurang mahal mungkin adalah sesuai untuk mass testing setting

sekiranya juru pengukur adalah terlatih. Perbezaan skor antara penguji yang

Komposisi Lemak Badan. 9


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

berpengalaman dan kurang berpengalaman kurang berlaku apabila kaliper besi

yang mahal digunakan. Namun mereka juga mendapati bahawa apabila penguji

yang kurang berpengalaman itu dilatih, skor yang sama diperolehi walaupun

menggunakan kaliper plastik yang mempunyai spring dan kaliper yang

mempunyai tension yang selaras tanpa dipengaruhi oleh ketebalan lipatan kulit.

Wilmore ( 1983 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical

Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johson ( 1987 ) berpendapat bahawa

untuk populasi yang berada pada umur 8 hingga 12 tahun dan golongan senior,

penggunaan equation secara anggaran berkecenderungan menghasilkan

anggaran komposisi lemak yang terlampau apabila menggunakan teknik

densiometrik. Kecenderungan ini berlaku kerana kandungan mineral dalam

tulang adalah kurang padat bagi golongan muda disebabkan belum mencapai

pertumbuhan yang sempurna. Manakala bagi golongan yang lebih senior

kandungan mineral berkurangan disebabkan oleh perubahan hormonal yang

berlaku pada usia yang semakin tinggi. Oleh itu berat badan mereka dalam air

adalah lebih ringan tetapi bukan disebabkan penambahan lemak badan.

Satu kajian dengan menggunakan teknik bioelectrical impedance (BIA)

telah dilakukan oleh Lukaski, Johnson, Bolonchuk dan Lykken ( 1985 ) ke atas

37 orang lelaki dalam lingkungan umur 28.8 ± 7.1 yr untuk menganggar

komposisi badan mereka. Koefisyen korelasi bagi uji ulang uji adalah 0.99 bagi

pengukuran R (resistive impedance) yang tunggal dan koefisyen

Komposisi Lemak Badan. 10


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

kebolehpercayaan bagi pengukuran R yang tunggal selepas 5 hari adalah 0.99.

Perhubungan linear didapati di antara nilai R dan tisu badan tanpa lemak ( FFM )

( r = -0.86 ) dan jumlah potasium badan ( TBK ) ( r = 0.79 ). Apabila predictor Ht²

/ R bersusut mengatasi FFM ( r = 0.95 ) jumlah air badan ( r= 0.95 ) dan TBK

( r = 0.96 ), nilai koefisyen kolerasi telah menunjukkan penambahan yang

sinifikan (p < 0.01). Data ini telah menunjukkan bahawa teknik bioeletrical

impedance mempunyai ciri – ciri kesahan dan kebolehpercayaan dalam

anggaran komposisi badan manusia. Pendekatan ini adalah selamat dan cepat

serta tidak memerlukan kemahiran teknik yang tinggi dan tambahan lagi ia

adalah mudah alih.

Pengukuran komposisi badan dengan menggunakan pendekatan BIA juga

telah dibukti oleh Kushner, Kunigk, Alspaugh, Andronis, Leitch dan Schoeller

( 1990 ) sebagai satu pendekatan klinikal yang tepat untuk mengukur perubahan

komposisi badan seseorang individu. Mereka membuat perbandingan antara

pendekatan deuterium oxide dilution ( D20 ), Bia dan skin fold anthropomerty

( SFA ) dan di dapati korelasi yang tinggi diperoleh antara D20 dan BIA ( r =

0.971). Pada keseluruhan, BIA dapat menganggar perubahan tisu badan tanpa

lemak lebih tepat daripada pendekatan anthropometry.

Di utara Glasgow, Lean, Han dan Morrison (1995) mendapati bahawa

skor yang diperoleh melalui pengukuran lilitan bahagian pinggang seseorang

individu boleh digunakan untuk menentukan sama ada individu itu memerlukan

Komposisi Lemak Badan. 11


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

pengurusan berat badan. Mereka membuat kesimpulan bahawa individu yang

memperolehi skor lilitan pinggang >/ = 94 cm bagi kaum lelaki dan >/ = 80 cm

bagi kaum wanita, berat badan mereka seharusnya tidak ditambah lagi.

Manakala individu yang memperolehi skor >/ = 102 cm bagi kaum lelaki dan >/ =

88 cm bagi kaum wanita harus mengurangkan berat badan mereka.

Selain itu, satu kajian lagi dijalankan oleh Han, Leer, Seideu, dan Lean

( 1995 ) untuk mengenalpasti kekerapan mengalami penyakit kardiovaskular di

kalangan individu yang digolongkan sebagai “action levels” dalam pengukuran

lilitan pinggang. Daripada hasil kajian, mereka membuat kesimpulan bahawa

skor lilitan pinggang yang besar mempunyai kekerapan yang tinggi terhadap

penyakit kardiovaskular.

Komposisi Lemak Badan. 12


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

5.0 KAJIAN – KAJIAN TERKINI

Sekumpulan ahli pakar daripada Departmens of Exercise Science and

Foods and Nutrition, University of Geogia, Athens ( 1997 ) telah melakukan satu

kajian ke atas 172 lelaki dan perempuan muda. Kajian itu bertujuan untuk

menguji kesahan pendekatan dual energy x – ray absorptiometry ( DXA ) yang

digunakan untuk mengukur komposisi badan. Pendekatan DXA dibandingkan

dengan kaedah pengukuran 4 komponen badan untuk melihat sama ada skor

akan dipengaruhi oleh gender, bangsa, status athlit atau perkembangan

musculoskeletal bagi orang muda. Mereka mendapati bahawa pendekatan DXA

adalah lebih tepat daripada kaedah pengukuran 4 komponen badan dan ia tidak

dipengaruhi oleh faktor bangsa, status atlit atau perkembangan musculoskeletal.

Selain daripada kajian itu, Kohrt ( 1997 ) daripada Washington, University

School of Medicine juga memperolehi bukti bahawa DXA dapat mengukur

komposisi badan dengan tepat. Beliau telah menguji 10 subjek dengan

pendekatan DXA dalam keadaan yang terkawal dengan meletakkan bungkusan

lemak babi di atas paha atau bahagian truncal dan di dapati DXA dapat

mengukur dengan tepat tanpa mengira faktor posisi.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Clasey, Kanaley, Wideman,

Heymsfield, Teates, Gutgesell, Thorner, Hartman dan Weltman ( 1999 ), mereka

menguji kesahan pengukuran lemak badan melalui two – compartment

Komposisi Lemak Badan. 13


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

hydrostatic weighing (siri 2 – comp), 3- comp dual – energy x-ray absorptiometry

(DEXA 3- comp), 3- comp hydrostatic weighing (siri 3-comp) dan kaedah

anthropometric bagi individu dalam lingkungan tua dan muda. Model 4- comp

dijadikan sebagai batu ukuran ( criterion ) kepada pengukuran peratusan lemak.

Daripada kajian itu mereka membuat kesimpulan bahawa model Siri 3-comp

memberi data komposisi badan yang sah dan tepat apabila dibandingkan

dengan model 4-comp.

Fields dan Goran ( 2000 ) daripada Univesity of Alabama di Birmimgham

menjalankan kajian ke atas 25 orang kanak – kanak ( 11.4 ± 1.4 yr ). Tujuan

kajian mereka adalah untuk membanding ketepatan, ketelitian dan bias of tisu

lemak ( FM ) yang diukur dengan teknik DEXA, hydrostatic weighing ( HW ), air-

displacement plethysmography ( PM ) yang menggunakan sistem komposisi

badan BOD-POD, dan jumlah air badan ( TBW ). Kesimpulan daripada dapatan

mereka ialah DEXA, HW dan TBW menunjukkan bias dalam anggaran FM, akan

tetapi tiada bias berlaku dalam teknik PM. Oleh itu mereka mengesahkan

bahawa PM adalah teknik yang dapat menganggar FM bagi kanak – kanak

dalam lingkungan umur 9 hingga 14 secara tepat dan teliti serta tanpa bias.

Taylor, Jones, Williams, and Goulding ( 2000 ) daripada University of

Otago, Dunedin, New Zealand melakukan kajian untuk menguji kesahan

pengukuran lilitan pinggang, waist – to –hip ratio ( WHR ) dan conicity index

sebagai indikator kepada lemak badan bagi golongan kanak-kanak dan remaja.

Komposisi Lemak Badan. 14


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

Subjek mereka terdiri daripada 278 perempuan dan 302 lelaki yang berumur

antara 3 – 9 tahun. Komposisi lemak badan mereka diukur dengan kaedah dual-

energy x – ray absorptiometry. Daripada kajian itu mereka mendapati bahawa

percentile bagi lilitan pinggang dapat mengenalpasti individu yang mempunyai

lemak badan yang tinggi.Oleh itu mereka membuat kesimpulan bahawa ukuran

lilitan pinggang adalah cara yang berkesan dan mudah untuk mengukur lemak

badan bagi golongan kanak-kanak dan remaja.

Komposisi Lemak Badan. 15


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

6.0 Kegunaan Ujian

Data-data atau maklum balas dari pengukuran antropometri mempunyai

banyak kegunaan dalam Sains Sukan, antaranya adalah seperti berikut:

1. Dapat digunakan sebagai panduan untuk menilai aras perkembangan dan

pertumbuhan kanak-kanak.

2. Dapat digunakan untuk menilai taraf pemakanan dan status kesihatan

individu.

3. Dapat digunakan untuk pengkelasan somatotaip iaitu pengkelasan bentuk

badan manusia.

4. Dapat menilai komposisi tubuh dalam penjagaan dan menjadi panduan

kepada kawalan berat badan.

5. Berguna bagi guru-guru Sains Sukan dalam membimbing pelajar dalam

pemilihan acara sukan mengikut bentuk badan.

6. Berguna bagi guru-guru Sains Sukan membuat pengkelasan pelajar

mengikut aras kematangan dan pertumbuhan pelajar dalam perolehan

kemahiran psikomotor.

Komposisi Lemak Badan. 16


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

7. Dapat digunakan untuk menilai keberkesanan satu-satu sistem latihan

terhadap pembesaran otot dan kekuatan otot.

8. Dapat digunakan dalam penyelidikan Sains Sukan.

Komposisi Lemak Badan. 17


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

7.0 Limitasi Kajian

Pakar-pakar dalam pengukuran dan penilaian komposisi Sains Sukan

mengenal pasti ujian komposisi lemak mempunyai limitasi-limitasinya. Antaranya

ialah:

1. Pengukuran komposisi lemak badan mempunyai kesahan ramalan yang

rendah dari segi Persamaan Jangkaan ( Perdictive Equations ) yang

berdasarkan populasi spesifik, keputusan yang didapati biasanya hanya

tepat jika sampel yang diukur itu bersifat homogen dengan sampel asal

yang digunakan untuk membuat persamaan itu.

2. Teknik yang digunakan oleh pengukur-pengukur yang berlainan walaupun

penggunaan kaedah yang sama mungkin mengganggu ketekalan

keputusan. Begitu juga jika pengukur itu kurang berpengalaman dengan

kaedah serta alat-alat pengukuran. Ada terdapat kes-kes dimana ralat

pengukuran lemak badan melebihi dua ratus peratus.

3. Jadual umur tinggi yang digunakan untuk mengklasifikasi subjek tidak

boleh memberi pandangan tepat tentang komposisi badan sebab seorang

yang lebih berat badan ( over weight ) mungkin adalah kerana kandungan

ototnya dan bukan kerana kandungan lemak walaupun kita ambil kira saiz

rangka badannya.

Komposisi Lemak Badan. 18


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

4. Pada kebiasaannya, pengukuran lemak badan diukur secara tidak

langsung di lapangan dan dilakukan dengan pelbagai cara. Dalam proses

pengukuran tidak langsung ini, pelbagai faktor lain yang tidak diketahui

mungkin mempengaruhi keputusan yang didapati.

5. Dalam pengukuran komposisi lemak badan dengan menggunakan teknik

lipatan kulit dan pengukuran girth memerlukan pengesanan lokasi anatomi

yang tepat dan tekal. Ini adalah sangat penting supaya mengurangkan

julat ukuran pada sesuatu lokasi.

6. Pengukuran berat badan akan dipengaruhi oleh perkara-perkara lain,

seperti waktu pengukuran ( sebelum atau selepas makan ), pakaian yang

ada pada subjek dan ketepatan alat mesin ukur.

7. Alat-alat pengukuran yang diubahsuaikan dan digunakan sebagai ganti

alat-alat yang lebih mahal akan mengurangkan ketepatan keputusan.

8. Penguji-penguji atau penilai-penilai yang tidak terlatih yang mengambil

ukuran komposisi lemak badan, ini menyebabkan kebolehpercayaan dan

kesahan keputusan yang boleh meragukan.

Komposisi Lemak Badan. 19


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

8.0 Matlamat Ujian

Pada akhir sesi ini, pelajar dapat:

1. Mengetahui dan memahami cara dan prosedur pengukuran lemak badan

dan menggunakan peralatan-peralatan khas dan khusus.

2. Mengetahui tentang sejarah, perkembangan penyelidikan dan kajian-

kajian yang berkaitan dalam pengukuran antropometri dengan jelas.

3. Menambah pengetahuan tentang kepentingan antropometri dalam Sains

Sukan secara amali.

4. Mengumpul data-data antropometri dengan menggunakan pelbagai

kaedah dan alat pengukuran antropometri dengan betul dan tepat.

5. Menggunakan sesi ujian amali dengan betul dan tepat.

Komposisi Lemak Badan. 20


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

9.0 Objektif Ujian

Pada akhir sesi ini, pelajar-pelajar dapat:

1. Menerangkan pengertian antropometri dan bidang-bidang yang berkaitan

dengan terang dan jelas.

2. Menerangkan dengan jelas mengenai sejarah dan perkembangan

penyelidikan antropometri serta berkaitannya dengan bidang Sains Sukan

mengikut urutan masa.

3. Mengamalkan ukuran-ukuran antropometri dan somatotaip dalam Sains

Sukan dengan cara yang betul.

4. Menganalisi data dan membuat pengkelasan somatotaip dan data-data

antropometri dengan cara yang betul.

5. Mengelola dan mentadbir pengukuran antropometri dengan kaedah dan

teknik yang betul dan tepat.

6. Menggunakan alat pengukuran antropometri dengan teknik yang betul

dan tepat.

Komposisi Lemak Badan. 21


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

7. Mengetahui perkara-perkara yang boleh mengganggu ketepatan

keputusan antropometri dari segi pengkaedahan yang diamalkan.

Komposisi Lemak Badan. 22


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

10. Aktiviti Ujian-ujian Pengukuran Komposisi Lemak Badan.

10.1 Pengukuran Lipatan Kulit

PERKARA KETERANGAN

Objektif Pada akhir sesi pelaku akan dapat :

1. Menggunakan kaliper lipatan

kulit Lange untuk mengambil

ukuran lipatan kulit.

2. Menggunakan data yang

diperolehi untuk menentukan

jenis somatotaip berdasarkan

kaedah Health-Carter.

Kesahan Kesahan lahir.

Kebolehpercayaan r = 0.98 ( Mathew, 1978 )

Alatan Kaliper lipatan kulit Lange.

(Lampiran 1)

Komposisi Lemak Badan. 23


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

Kaedah 1. Kenal pasti kawasan yang

hendak diukur.

2. Lapisan kulit ditarik dengan

menggunakan ibu jari dan jari

telunjuk.

3. Lapisan kulit yang diambil

janganlah terlalu tebal hingga

menyebabkan lebihan tegangan.

4. Bacaan diambil 1 cm daripada

hujung ibu jari dan jari telunjuk.

5. Ambil bacaan pada 0.1 mm

yang terdekat.

6. Ulangi lakuan sebanyak dua

kali.

Komposisi Lemak Badan. 24


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

PERKARA KETERANGAN

Lokasi dan teknik pengukur Lelaki dan Perempuan.

1. Trisep

Subjek berdiri dengan tangan disisi

lurus dan siku dikunci. Lipatan kulit

diambil pertengahan di antara

akromion dan siku. Lipatan kulit

yang diambil hendaklah melintang

dengan paksi panjang lengan.

Ukuran diambil pada lengan

sebelah kanan.

2. Suprailiac

Subjek berdiri dalam keadaan lurus

secara normal. Subjek dikehendaki

mengambil nafas secara sederhana

dan tahan. Lipatan kulit diambil satu

atau dua inci di bawah anterior

superior unjuran iliac kanan.

Lipatan tersebut akan menghala ke

bawah dan ke hadapan.

Komposisi Lemak Badan. 25


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

10.2 Pengukuran Lilitan “Kaedah Girth ke 2-3 / Naval Health Research Center”

PERKARA KETERANGAN

Objektif Pada akhir sesi pelaku akan dapat :

1. Mengetahui % kandungan

lemak tubuh individu.

2. Menggunakan data bagi

mengukur % komposisi lemak

badan berdasarkan nomogram

J.H. Wilmore (1988)

Kesahan Kesahan lahir.

Kebolehpercayaan r = 0.85 dan 0.90

Alatan Pita ukur.

Kaedah 1. Tentukan dan kenalpasti


bahagian yang hendak diukur.
2. Subjek berdiri, tumit dirapatkan
dan berdiri selesa.
3. Kedudukan pita hendaklah
kemas dan tidak terlalu ketat
dan tidak terlalu longgar.
4. Bacaan diambil kepada 0.25 inci
terdekad.
5. Semasa perlakuan jangan
mengempiskan abdomen.

Komposisi Lemak Badan. 26


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

Lokasi dan teknik Lelaki

Pengukuran

1. Neck (Tengkuk)

i. Letakkan pita di bawah sedikit daripada “halkum”

ii. Catatkan bacaan dalam inci

2. Lower abdominal

i. Letakkan pita dibahagian pingang pada atas

pusat (bahagian terbesar)

ii. Catatkan bacaanb dalam inci

Cara pengiraan:

Ukurlilit abdomen bawah – ukurlilit neck ( tengkuk )

Wanita.

1. Neck ( tengkuk )

i. Letakkan pita di bawah leher bawah sedikit

daripada bahagian tengah

ii. Catatkan bacaan dalam inci

Komposisi Lemak Badan. 27


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

2. Upper abdominal

i. Letakkan pita di bahagian pinggang pada

bahagian kecil.

ii. Catatkan bacaan dalam inci.

3. Hip ( pinggul )

i. Letakkan pita di bahagian yang paling

besar di pinggul

ii. Catatkan bacaan dalam inci

Cara pengiraan :

Ukurlilit upper abdominal + Hip ( pinggul ) – Neck

(tengkuk).

Komposisi Lemak Badan. 28


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

10.3 Pengukuran Lipatan Kulit Kaedah Jackson / Pollock (J-P)

PERKARA KETERANGAN

Objektif Pada akhir sesi perlaku akan dapat :

1. Menggunakan kaliper lipatan kulit Lange untuk

mengambil ukuran lipatan kulit.

2. Memproses data yang diperolehi dengan

menggunakan Nomogram bagi anggaran peratus

lemak oleh W.B Baun, M.R. Baun dan P.B. Raven.

Kesahan Kesahan lahir

Kebolehpercayaan r = 0.90 – 0.96 ( Mathews 1978 ).

Alatan Kaliper lipatan kulit Lange

Kedah 1. Kenal pasti kawasan yang hendak diukur.

2. Liputan kulit ditarik dengan menggunakan ibu

jari dan jari telunjuk.

3. Lapisan kulit yang diambil janganlah terlalu

tebal hingga menyebabkan lebihan tegangan.

4. Bacaan diambil 1 cm daripada hujung ibu jari dan

jari telunjuk.

5. Bacaan diambil pada 0.1 mm yang terdekat.

6. Ulangi lakuan sebanyak dua kali.

Komposisi Lemak Badan. 29


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

Lokasi dan teknik LELAKI

pengukuran
1. Dada ( chest )

Pengukuran lipatan kulit diambil pada pertengahan

jarak antara aksila dan puting dada setinggi yang boleh

pada lipatan axillary interior. Ukuran diambil secara

melintang sebanyak 1 cm dibawah tempat cubitan.

2. Abdomen

Lipatan kulit diambil secara melintang 3 cm dari pusat

1 cm ke bawah ( umbilicus ).

3. Peha ( thigh )

Keadaan peha hendaklah relaks dan berat

dipindsahkan ke kaki kiri . Pengukuran dibuat pada

pertengahan jarak antara tulang pinggul (inguinal

crease) dan permukaan patella sebanyak 1 cm dengan

paksi memanjang peha.

Komposisi Lemak Badan. 30


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

Cara pengiraan :

BD = 1.10938 – 0.0008267(X1 ) + 0.0002574(X1)² -

0.0002574 ( X1)

BD = Body density

X1 = Sum of chest, abdomen and thigh skinsfolds.

X2 = Age

To calculate percent body fat, plug into Siri’s equqtion

4.95

( ----------- - 4.5 ) X100

BD

Perempuan

1. Trisep ( triceps ).

Tangan kanan di kendurkan. Lipatan kulit diukur

pada belakang lengan, dipertengahan jarak antara

proses akromion dan proses olecranon. Bacaan

diambil 1 cm dibawah tempat cubitan.

Komposisi Lemak Badan. 31


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

2. Suprailium

Mengukur lipatan di atas pelvic kanan (crest of

ilium ) digariskan pertengahan axilary. Lipatan

diukur melintang mengikut garisan matural iliac

crest. Bacaan diambil 1 cm dibawah lipatan ini.

3. Peha ( thigh )

Keadaan peha hendaklah relaks dan berat

dipindsahkan ke kaki kiri . Pengukuran dibuat

pada pertengahan jarak antara tulang pinggul

(inguinal crease) dan permukaan patella sebanyak

1 cm dengan paksi memanjang peha.

Cara pengiraan :

BD = 1.0994921 – 0.000992(Xı) + 0.0000023 (Xı) ² -

0.0001392 (X2)

BD = Body density.

X1 = Sum of triceps, suprailium and thih skinfolds

X2 = Age

Komposisi Lemak Badan. 32


Disediakan oleh Kumpulan 10.
SJ 2062
PENGUJIAN, PENGUKURAN, DAN PENILAIAN SAINS SUKAN.

Bibliografi

Barrow, H.M., dan Mc Gee, R. (1979). A Practical Approach to


Measurement in Physical Education. Philadelphia : Lea and
Febiger.

Clarke, H.H. (1976). Application of Measurement to Health and


Physical Education. (5th ed). Eaglewood, New Jersey : Prentice
Hall.

Johnson, B. L. and Nelson, J.K. (1992). Practical Measurement and


Evaluation in Physical Education. (4 th ed). Edina, Minnesota :
Burgess Publishing.

Kirkendall, Don R., Gruber, Joseph J., Johnson, Robert E. (1987).


Measurement and Evaluation for Physical Educators. (2 nd ed).
U.S.A. : Human Kinetics Publishers, Inc.

Miller, David K. (1998). Measurement by the Physical Educator.


U.S.A. : WCB McGraw-Hill.

Verducci, F.M. (1980). Measurement Consepts in Physical Education.


London : C.V. Mosby.

Komposisi Lemak Badan. 33


Disediakan oleh Kumpulan 10.

Anda mungkin juga menyukai