Anda di halaman 1dari 17

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH.. Segala pujian hanya untuk Allah SWT dan selawat ke atas Nabi
Muhammad SAW. Syukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
juga kami menyiapkan amanah yang telah diberikan ini dengan jayanya. Di sini kami
ingin mengambil kesempatan dan peluang ini untuk merakamkan setinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada Prof Madya Dr. Jabar bin Hj. Johari yang selama ini
mencurahkan ilmu, panduan, nasihat dan tunjuk ajar yang amat berguna serta
menganugerahkan segala pengalaman kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kami ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan, jasa anda juga amat kami hargai dan sanjungi terhadap apa jua sumbangan
mereka sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, tugasan ini amatlah
berguna dan membantu kami dan rakan seperjuangan terutama dalam menimba ilmu
pengetahuan mengenai nilai, etika, estetika, moral, teori dan proses pengajaran yang
terdapat dalam kandungan kursus ini.

Tujuan penyediaan Latihan Dalam Kumpulan ini adalah untuk mendedahkan


kami sebagai seorang guru bagi mengendalikan sesuatu program kepada atlet dan pelajar.
Melalui LDK ini banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang kami peroleh daripada
pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan. Di sini kami dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu
yang telah kami pelajari sama ada secara teori atau praktikal untuk dimuatkan dalam
tugasan ini.

Semoga segala ilmu pengetahuan yang kami timba selama ini dapat kami
jadikan panduan dan bimbingan yang berguna kepada generasi seterusnya untuk
meningkatkan lagi tahap kecemerlangan dalam bidang akademik. Akhir kata, kami
memohon maaf seandainya sepanjang menyiapkan tugasan Latihan Dinamika Kumpulan
ini kami telah menyinggung dan membuat kesalahan kepada tuan dan puan sama ada
kami sedar atau tidak sedar. Sesungguhnya kami ini perlukan bimbingan dan panduan
dari anda semua terutama untuk meningkatkan imej kendiri dan ketrampilan kami
sebagai guru sains sukan kelak, Insyaallah.

Sekian,terima kasih.

1
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

TAJUK: PENERAPAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN MAHASISWA


MAHASISWI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

1.0 PENDAHULUAN

Pelajar adalah merupakan aset yang berharga dan penting dalam usaha memajukan
negara. Hal ini berasaskan semua pelajar berpotensi dan boleh maju bersesuaian dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang merangkumi perkembangan aspek Rohani,
Emosi, Jasmani, Intelek dan Sosial.

Golongan pelajar juga merupakan generasi yang bakal menjadi tunjang ke arah
pembangunan sesebuah negara. Berikutan itu, adalah menjadi satu kepentingan
melahirkan pelajar yang mempunyai daya kreativiti dan berinovasi demi melahirkan
sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.
Pembangunan sesebuah organisasi sebagai roda penggerak negara ke arah Wawasan 2020
bukan sahaja bergantung kepada ilmu, pengalaman, kreativiti mahupun inovasi tetapi
juga perlu mempunyai nilai-nilai kerjasama, toleransi, dan semangat berkumpulan. Oleh
hal yang demikian, pelajar-pelajar ini juga perlu dilatih untuk memupuk nilai-nilai
sebegini agar pembentukan negara pada masa hadapan bukan berlandaskan mental dan
metarial semata-mata tetapi juga kaya dengan spiritual.

Oleh itu, Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) ini sesuai untuk memberi
pendedahan awal kepada para pelajar tentang pembentukan sesuatu kumpulan yang
dinamik dan berkesan kerana ia lengkap dengan pembangunan daya kreativiti, inovasi,
kerjasama, toleransi dan semangat berkumpulan. Latihan dinamika kumpulan (LDK)
merupakan satu aktiviti yang unik dan menarik untuk dijalankan kerana aktiviti ini
menggabungkan beberapa elemen penting seperti kemanusiaan, rohani dan jasmani.
Konsep penggabunganjalinan yang unik ini telah mewujudkan suatu ramuan bagi
menerapkan nilai-nilai murni dan etika dalam diri individu.

Latihan dinamika kumpulan yang akan dijalankan oleh kumpulan kami


melibatkan permainan kecil yang melibatkan aktiviti bertaraf sederhana yang melibatkan
pelajar institusi pengajian tinggi. Pelajar ini akan dipecahkan dalam beberapa kumpulan.
Setiap aktiviti LDK yang dijalankan memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak.

2
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

Mereka perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi memastikan setiap masalah yang
diberikan dapat diselesaikan.

Pada masa yang sama juga melalui LDK ini, matlamat negara kita untuk
merealisasikan hasrat wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju mengikut acuan
sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh dari segi moral dan etnik
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

2.0 TUJUAN / OBJEKTIF

Tujuan utama LDK ini dijalankan ialah untuk memupuk kesepaduan, keakraban,
silaturahim dan sekaligus menarik minat pelajar untuk bersukan, tanpa mengira status
sosial dalam masyarakat untuk bersukan. Apa yang lebih utama ialah LDK ini dapat
memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar.

Sejajar dengan matlamat pelan integrasi nasional (PIN) dan sosiologi yang ingin
merealisasikan impian bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berketrampilan dan
bermutu dari segi rohani, fizikal dan mental berlandaskan kesepaduan dan keakraban
maka lahirnya beberapa objektif utama LDK ini antaranya ialah:

1. Melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan orang lain.

2. Membentuk keyakinan dalam diri pelajar dalam meluahkan idea dan pendapat.

3. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi antara ahli kumpulan.

4. Mengesan daya kreativiti dan inovasi yang ada dalam diri setiap pelajar.

5. Mengenalpasti bakat dan kemampuan yang ada dalam diri untuk ditonjolkan.

6. Menyedarkan dan membina keyakinan diri pelajar melalui kemahiran komunikasi


berkesan.

7. Mengenalpasti tahap penglibatan dalam pasukan.

3
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

8. Mengesan keghairahan untuk menjadi pasukan yang berkesan.

9. Mengesan set minda seseorang ahli dalam pasukan yang sedang dianggotainya.

10. Membuka dan memberi ruang kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sukan selain dapat berinteraksi, bergaul, berkomunikasi, berintegrasi dan bersosial
sesama sendiri.

11. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat, negara dan
peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.

12. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat
bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,
berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.

13. Memupuk perhubungan sosial, persahabatan, kesetiakawanan, kerjasama dan


semangat.

14. Sebagai pengenalan aktiviti sukan kepada pelajar bagi menarik minat mereka
untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

15. Sebagai hiburan yang sihat disamping memberikan kesan yang positif terhadap
persepsi golongan pelajar tentang sukan.

16. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan
dalam semua bidang.

17. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta


mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cergas menegakkan integriti.

18. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan
peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

19. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

4
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

3.0 PROSEDUR

3.1 LDK PERTAMA

TAJUK

Pop! Pap! Bravo!

SINOPSIS RINGKAS

Aktiviti ini direka untuk menarik perhatian dan tumpuan pelajar secara awalnya terhadap
LDK yang bakal dilaksanakan. Nama Pop! Pap! Bravo! dipilih adalah kerana ia
mempunyai kaitan dengan bunyi dan trademark yang bakal dihasilkan apabila aktiviti
dilaksanakan.

OBJEKTIF

1) Membina hubungan yang rapat antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan
pelajar.
2) Menguji keupayaan daya tumpuan dan kepekaan pelajar terhadap arahan.
3) Menarik tumpuan dan perhatian pelajar terhadap guru.

SAIZ KUMPULAN

8-16 orang bagi setiap kumpulan

ARAS AKTIVITI FIZIKAL

Sederhana

5
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

ALATAN / BAHAN

1) Belon

2) Bib

MASA PELAKSANAAN

3- 5 minit

PELAKSANAAN AKTIVITI

Langkah 1: Setiap pelajar mengambil belon di dalam kotak yang telah disediakan.

Langkah 2: Pelajar hendaklah meniup belon sehingga pecah

Langkah 3: Setelah belon pecah, terdapat sehelai kertas yang tertera nama kumpulan
masing-masing di dalam belon tersebut.

Langkah 4: Semua pelajar hendaklah berada di dalam kumpulan mengikut nama


kumpulan yang terdapat dalam belon tersebut iaitu Kumpulan A (Merah) dan Kumpulan
B (Hijau).

Langkah 5: Setiap kumpulan akan mempersembahkan satu kata semangat (trademark)


bagi kumpulan masing-masing.

6
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

GAMBAR – GAMBAR LDK PERTAMA YANG DIJALANKAN

7
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

3.2 LDK KEDUA

TAJUK

Mirror Puzzle

SINOPSIS RINGKAS

Aktiviti ini direka untuk mendidik para pelajar berfikir secara kreatif dan kritis bagi
menyelesaikan masalah. Di dalam LDK ini, pelajar perlu memikirkan kemunasabahan
dalam mencantumkan padanan yang betul dan tepat pada gambar yang diberikan.

OBJEKTIF

1) Menggalakkan ahli kumpulan berbincang antara satu sama lain untuk


menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan. Semua ahli akan
mengeluarkan idea dan saling memberi pandangan masing-masing tentang
cara-cara terbaik untuk meyelesaikan masalah yang diberi. Jadi dengan cara ini,
semua ahli dapat memberi dan menerima idea antara satu sama lain
menyebabkan satu interaksi akan terjadi antara semua pelajar.

2) Memupuk nilai dan semangat kerjasama antara ahli kumpulan dalam


menyelesaikan sesuatu masalah.

3) Melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis bagi
menyelesaikan masalah.

4) Melahirkan pelajar yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi serta berinovasi.

SAIZ KUMPULAN

8-16 orang bagi setiap kumpulan

8
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

ARAS AKTIVITI FIZIKAL

Sederhana

ALATAN / BAHAN

1) Cardboard

2) Gam

3) Kertas

4) Kon

5) Gelung

6) Stopwatch

MASA PELAKSANAAN

5-10 minit

PELAKSANAAN AKTIVITI

Langkah 1: Pelajar dikehendaki berada di dalam kumpulan masing-masing iaitu


Kumpulan A (Merah) dan Kumpulan B (Hijau) dan beratur di belakang kon di Stesen 1.

Langkah 2: Salah seorang ahli kumpulan hendaklah berada di dalam gelung bersama
cardboard yang telah disediakan di Stesen 3.

Langkah 3: Apabila mendapat arahan “mula” daripada guru, semua pelajar di Stesen 1
berlari mengambil puzzle di Stesen 2. Kemudian, mereka hendaklah memberi puzzle
tersebut kepada rakan mereka yang berada di Stesen 3.

9
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

Langkah 4: Mereka hendaklah bekerjasama untuk berfikir dan menyelesaikan puzzle


tersebut di Stesen 3.

Langkah 5: Masa diambil. Kumpulan yang terpantas menyiapkan susunan puzzle tersebut
dikira pemenang.

RAJAH / GAMBARAJAH PROJEK LDK KEDUA

GAMBARAJAH

Stesen 3 Stesen 3

Stesen 2 Stesen 2

Stesen 1 Stesen 1

Kumpulan A Kumpulan B

10
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

GAMBAR – GAMBAR LDK KEDUA YANG DIJALANKAN

11
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

3.3 LDK KETIGA

TAJUK

Dynomite Ball

SINOPSIS RINGKAS

Aktiviti ini direka untuk menggalakkan pelajar bekerjasama sesama pelajar, berinteraksi
antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah.

OBJEKTIF

1) Memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan.


2) Kepekaan dalam menerima arahan.
3) Saling mempercayai antara ahli kumpulan.
4) Berkeyakinan diri serta berfikir secara kreatif dan kritis.

SAIZ KUMPULAN

8-16 orang bagi setiap kumpulan

ARAS AKTIVITI FIZIKAL

Sederhana

12
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

ALATAN / BAHAN

1) Cardboard

2) Bola hoki

3) Kain

4) Kon

5) Gelung

6) Tali

MASA PELAKSANAAN

5-10 minit

PELAKSANAAN AKTIVITI

Langkah 1: Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A (Merah) dan
Kumpulan B (Hijau)

Langkah 2: Di Stesen 1, pada setiap bucu cardboard yang diikat dengan tali akan
dipegang oleh seorang pemain iaitu Subjek A. Pemain yang memegang cardboard akan
ditutup mata dan seorang lagi sebagai pemberi arahan iaitu sebagai Subjek B.

Langkah 3: Pemain yang ditutup mata akan memegang bucu cardboard yang telah diikat
dengan tali dan bertindak untuk menjaga bola daripada terjatuh ke tanah untuk dibawa ke
gelung di Stesen 2. Mereka hendaklah bersama-sama berusaha untuk membawa dan
memindahkan bola tersebut berdasarkan arahan daripada pemberi arahan.

Langkah 4: Dua orang dari ahli Kumpulan B (pengganggu) berperanan sebagai


pengganggu unuk mengelirukan pemain yang ditutup mata tadi iaitu Subjek C.

13
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

Langkah 5: Masa diambil. Kumpulan yang terpantas memindahkan bola ke dalam gelung
dikira sebagai pemenang.

RAJAH / GAMBARAJAH PROJEK LDK KETIGA

GAMBARAJAH

Stesen 2

Stesen 1

14
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

GAMBAR – GAMBAR LDK KETIGA YANG DIJALANKAN

15
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

4.0 PENUTUP

Falsafah, etika dan estetika kesukanan memberikan pendedahan ke arah penerapan nilai
murni serta integriti. Ia adalah melalui latihan secara realistik iaitu melalui Latiahn
Dinamika Kumpulan (LDK) iaitu dengan penerapan nilai murni, pembentukan integriti,
amalan beretika serta proses pembentukan insan yang seimbang dalam sukan dan sains
sukan, ke arah pendidikan sepanjang hayat yang menekankan lima aspek penting iaitu
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Masyarakat Malaysia hari ini terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang
merupakan suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. Falsafah, etika dan estetika
kesukanan juga bertujuan membentuk kemahiran penerapan nilai murni, amalan beretika
dan integriti melalui aktiviti sukan.

Dengan itu, latihan dalam kumpulan (LDK) ini dapat memberikan hala tuju serta
bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara serta memupuk,
menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar
membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang
berintegriti. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau
menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

Pendekatan yang di lakukan dalam LDK yang mengkoordinasikan usaha semua


komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti dapat meningkatkan integriti
mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan
fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. LDK ini juga dapat
memberi dorongan dan bimbingan kepada semua lapisan masyarakat khasnya pelajar
bagi membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang
maju.

16
FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QSK2203)

5.0 RUJUKAN

MD Noor Saper, AB Aziz Mohd Yatim. (2007). Kelompok Dinamik Pendekatan dan
Modul Praktikal. Kuala Lumpur. Prospecta Printers Sdn.Bhd

Mohd Yunus Noor ( 1990) . Psikologi Teknik Belajar Yang Berkesan. Fajar Bakti Sdn
Bhd: Petaling Jaya.

Ronnie, L., dan Keith, P.H. (2003). The Psychology of Team Sports. Morgantown, WV:
Fitness Information Technology.

Salhah Abdullah ( 2005 ) . Guru Sebagai Fasilitator. PTS Publications & Distributors
Sdn Bhd : Bentong, Pahang.

Wann, D. L. (1997), Sport Psychology. Prentice Hall: New Jersey.

17

Anda mungkin juga menyukai