Anda di halaman 1dari 3

KUGANN RAAJ A/L SANDIRASEKAR

MPU 3031
8/11/2021
Tugasan M1

Soalan 1.
Bincangkan dasar konsep, matlamat dan objektif  dan peranan
kokurikulum.

Antara dasar konsep kokurikulum ialah, merukjuk kepada Akta


Pendidikan, 1996, konsep kokurikulum adalah kepelbagaian aktiviti
terancang atas lanjutan dari proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Ini bertujuan untuk memberi murid peluang menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dipelajari dalam bilik darjah.

Selain itu, matlamat bagi kokurikulum. Matlamat Kokurikulum adalah


penglibatan maksimum semua murid, warga guru/IPG serta anggota
masyarakat dan berhasrat mencapai matlamat berikut iaitu menyemai
perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional dikalangan generasi
muda dan peningkatan disiplin pelajar, memperkenalkan pengalaman
menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal, menyemai nilai
pendidikan,menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek
kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar,
menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat
belajar yang menarik dan menyeronokkan, mewujudkan keseimbangan
perkembangan JERIS dan mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Seterusnya, terdapat beberapa objektif bagi kokurikulum. Antaranya


ialah,
 Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan
kepada tuhan

 Menyumbang perkembangan JERIS

 Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid


 Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat murid dalam
aktiviti diceburi.

 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok

 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua


hala antara sekolah dan masyarakat.

 Mewujudkan sekolah berwatak

 Menyediakan murid untuk program PLKN dan integrasi


nasional

Akhirnya, peranan kokurikulum. Antaranya adalah kegiatan


kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar.
Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh
daripada kegiatan kokurikulum. Melalui kokurikulum, pelajar dapat
memupuk semangat perpaduan. Kokurikulum juga dapat mengembangkan
potensi seseorang pelajar.
Soalan 2.
Cadangkan strategi pelaksanaan untuk  merealisasikan matlamat
kokurikulum.

Terdapat beberapa strategi pelaksanaan untuk merealisasikan


matlamat kokurikulum. Antaranya adalah seperti berikutnya:-

 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya


kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses
pendidikan di sekolah.
 Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab,
kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut,
dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri
dengan aktif secara individu atau kumpulan.
 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti
kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat.
 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatua
Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat
yang dikehendaki.
 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid.
 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.
 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari
semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai