Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN KOKURIKULUM

Bidang kokurikulum menjadi satu daripada agenda penting yang diberi


perhatian dalam arena pendidikan di Sekolah Kebangsaan Seri Negeri.
Jesturu itu, aspek pengurusan aktiviti kokurikulum yang berkualiti serta
penglibatan murid-murid amatlah dititikberatkan. Ini merupakan
wadah terbaik serta usaha yang dianggap berkesan kea rah
mempertingkatkan mutu pencapaian aktiviti luar bilik darjah.
Dunia pendidikan masakini meletakkan sijil penglibatan murid dalam
bidang kokurikulum sebagai 40 peratus dalam pengisian merit ke
sekolah asrama penuh mahupun ke IPT di samping penilaian dalam
bidang kokurikulum. Keseiringan kepentingan ini sewajarnya disedari
oleh semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung.
Sehubungan dengan itu, kepekaan semua pihak yang terlibat iaitu pihak
pentadbir, para pendidik, murid-murid serta para waris amatlah perlu
agar matlamat dan objektif yang digariskan dapat direalisasikan.
Kemantapan dan keterlibatan semua pihak akan dapat menjurus
kecemerlangan setiap program yang dilancarkan di dalam unit
kokurikulum ini nanti.


MATLAMAT KOKURIKULUM

Matlamat utama aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah ini adalah untuk
membentuk budaya sekolah yang bersepadu
bagi membina sahsiah cemerlang dengan
keiltizam yang padu terhadap penerapan nilai
murni berlandaskan ajaran agama juga budaya
Malaysia.






OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM

1. Meningkatkan pengukuhan dan penggayaan perkara yang dipelajari dalam
kelas dan memperkembangkan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
2. Pembentukan sahsiah dan membina konsep kendiri juga
mempertingkatkan disiplin di kalangan pelajar.
3. Peningkatan tahap kesihatan, kesejahteraan diri, kecergasan fizikal,
penyesuaian nilai-nilai murni bagi pembentukan insane berakhlak mulia.
4. Penggunaan masa lapang yang berfaedah yang terancang dan pemupukan
sikap positif, selaras dangan hasrat Kementerian Pendidikan dalam aplikasi
Rukun Negara.
5. Pemupukan interaksi dan intergrasi kaum, minat dan kecendengrungan
pelajar dalam masa kegiatan kokurikulum.
6. Intergrasi sosial yang bermakna dan mengeratkan hubungan melalui
peningkatan kerjasama sekolah , ibubapa dan masyarakat bagi
merealisasikan sesuatu projek kokurikulum yang dianjurkan.
7. Memperkembang dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran asas
sesuatu permainan , gerak kerja berpersatuan dan aktiviti tertentu dalam
pasukan unit beruniform.
8. Meminimakan masalah jenayah dan vandalism dengan menyediakan ruang
juga peluang penggunaan masa lapang yang bersesuaian lagi bermanfaat.
9. Mejurus kearah pencapaian kecemerlangan dalam bidang sukan sehingga
keperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
10. Mewujudkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menyeronokkan
setiap kali kehadiran pelajar.

Anda mungkin juga menyukai