Anda di halaman 1dari 23

Definisi induktif

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu


dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah
sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan W. Gibson, 1960)
Mengikut B. Seaton (1982), pembelajaran melalui induktif
sepertimana pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia
memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu generalisasi.
Jenis pendekatan induktif
Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh
tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama
daripada pelbagai segitiga.
Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu.
Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji
benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
Membentuk satu hukum daripada pernyataan-
pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum
tatabahasa daripada membuat analisa terhadap
struktur ayat-ayat bahasa.
Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran.
Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk
mendapatkan satu teori pembelajaran
Prinsip-
prinsip
pengajaran
secara
induktif
Guru
menggalakkan
pelajar untuk
mengemukakan
contoh
Guru hendaklah
membimbing
pelajar untuk
membuat
kesimpulan.
Guru memberikan
peluang kepada
pelajar untuk
memerhati dan
menganilisis
contoh
Guru merancang
aktiviti pengajaran
yang berkisar
daripada contoh
khusus kepada
suatu generalisasi
Definisi deduktif
Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang
bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip,
hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke
atas contoh-contoh yag dikhususkan. Pendekatan ini juga
digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi
yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem
yang diketahui.
Jenis pendekatan deduktif
(a) Untuk
penyelesaian
masalah
Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Contohnya, setelah murid mempelajari imbuhan ber mereka disuruh
membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ber.
(b) Untuk
membuat
generalisasi
baru
Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah
murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing
menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.
(c) Untuk
membukti
hipotesis
Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang
telah dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut
bersebelahan atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini
untuk membuktikan hasil tambah tig a sudut dalam sebuah segitiga.
Prinsip-prinsip
penggunaan
strategi
pengajaran
secara deduktif
Pada peringkat
permulaan,
masalah atau
hipotesis harus
didedahkan
terlebih dahulu.
Murid-murid harus
dibimbing mengingat
kembali rumus,
generalisasi, prinsip,
teorem atau teori
agar membolehkan
mereka
menyelesaikan
masalah atau
hipotesis yang telah
didedahkan.
Generalisasi,
prinsip atau teori
yang digunakan
untuk
menyelesaikan
masalah atau
membukti
hipotesis
haruslah
diketahui serta
telah difahamkan
secara
mendalam.
Penggunaan
pendekatan
deduktif
haruslah
dilaksanakan
mengikut
prosedur
dengan tepat.
Proses menyelesaikan
masalah atau untuk
membuktikan
hipotesis tidak terhad
kepada menggunakan
satu generalisasi,
prinsip, rumus,hukum
atau teori yang telah
dipelajari.
Guru sendiri tidak perlu
menunjukkan cara
menyelesaikan masalah
atau menghuraikan cara
membukti hipotesis,
tetapi membimbing
murid melalui aktiviti
soal-jawab sehingga
mereka menjalankan
aktiviti penyelesaian
masalah sendiri.
Definisi pendekatan integratif
Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran
pengajaran yang merangsangkan murid-murid kita untuk
menggunakan kemahiran asas, memahami, hubungan antara
disiplin akademik yang berbeza-beza. Pendekatan ini
memerlukan murid-murid untuk berfikir, mensistesis dan
memberi gerakbalas terhadap apa yang diajar.
prinsip pendekatan integratif
(b) Strategi
pemusatan
bahan.
(a) Tumpuan
diberi kepada
strategi
pemusatan
murid
Penggunaan pembelajaran aktif. Teknik-teknik yang
digunakan seperti pembelajaran koperatif memberi
murid-murid peluang untuk mengaplikasikan teori yang
dipelajari kepada situasi dalam kehidupan seharian.
Peranan guru sebagai fasilitator. Guru perlu
merekabentuk aktiviti-aktiviti dimana murid dapat
belajar sesama mereka serta memperoleh pengalaman
pembelajaran berbentuk arah kendiri dan inisiatif kendiri.
Keutamaan diberi kepada kemahiran asas. Kemahiran
asas seperti membaca, menulis dan mengira
diperkukuhkan dalam kalangan murid.
Peluang untuk kerja berpasukan. Melalu kerja
berpasukan, murid-murid belajar untuk menghargai
unsur kepelbagaian dan perbezaan individu.
Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugas atau
projek. Amat penting agar murid-murid didedahkan dan
diajar pelbagai kemajuan teknologi dan strategi internet
yang sedia ada.
Bahan pembelajaran
memainkan peranan yang
penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Guru boleh
menyampaikan
pelajarannya dengan lebih
mudah, lebih menarik
serta lebih berkesan.
Murid-murid pula boleh
memahami pelajarannya
dengan lebih bermakna
serta boleh menjalankan
aktiviti pembelajaran
dengan secara sendiri
atau secara berkumpulan
tanpa kehadiran guru.
Strategi ini meliputi penggunaan sumber yang luas seperti
buku, panduan belajar, buku teks, buku kerja, video, dan
perakam pita.
Bahan lain yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran
berasaskan komputer, CD-ROM, komputer multimedia,
cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan-
tele dan persidangan-video.
Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam
membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan.
Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid
belajar mengikut kadar masing-masing, pada setiap masa dan
ditempat pilihan mereka.

Guru yang menggunakan strategi berasaskan
tugasan melibatkan murid dalam aktiviti atau
tugasan yang memberi peluang kepada mereka
untuk mengamalkan dan mengaplikasikan apa
yang sedang mereka belajar.
Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang
kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi
mempermudahkan tugasan, atau scaffolding bentuk lain
yang diperlukan untuk membolehkan mereka
melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya.

Aktiviti yang dipilih dengan bijak perlu disampaikan dengan
berkesan, dipantau, dan diteruskan sekiranya inginkan kesan
maksimum.
Untuk itu, guru perlu terlebih dahulu menyediakan murid
menghadapi sesuatu aktiviti, memberi bimbingan dan
maklumbalas semasa aktiviti, dan menstruktur refleksi pasca
aktiviti selepas sesuatu aktiviti.

Semasa memperkenalkan sesuatu aktiviti, guru perlu
menekankan tujuannya dengan cara yang boleh membantu
murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dengan idea jelas
akan matlamat yang ingin dicapai mereka.
Guru boleh scaffold dengan membekalkan maklumat yang
diperlukan atau membantu tentang bagaimana memenuhi
kehendak tugasan.

Sekiranya bacaan ialah sebahagian daripada tugasan, guru
mungkin boleh meringkaskan idea utama, mengingatkan murid
tentang strategi-strategi yang dapat memperkembangkan dan
memantau kefahaman semasa mereka membaca, atau
membekalkan mereka bahan yang boleh membantu mereka
mempelajari bahan bacaan dengan cara yang betul.

Setelah murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru
seharusnya memantau kemajuan mereka dan memberi bantuan
sekiranya perlu.
Kebanyakan tugasan tidakakan mempunyai kesan sepenuhnya
kecuali diikuti dengan refleksi atau debriefing.

Guru mengkaji semula tugasan bersama-sama dengan
murid, memberi maklum balas umum tentang
persembahan mereka, dan mengukuhkan idea utama
dengan mengaitkannya kepada matlamat keseluruhan.

Taaaaaa.....
Bye bye....

Anda mungkin juga menyukai