Anda di halaman 1dari 25

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER SEPTEMBER 2021

MPU2412

COCURRICULUM

NO. MATRIKULASI : 000128122542001


NO. KAD PENGENALAN : 000128-12-2542
NO. TELEFON : 0163725866
E-MEL : FAMILAH7@GMAIL.COM

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE


OBJEKTIF TUGASAN

Mata pelajaran kokurikulum atau lebih ringkasnya MPU2412 merupakan mata pelajaran yang
agak santai bagi pelajar yang mengambilnya. Hal ini kerana subjek ini hanya mempunyai
tugasan bertulis sahaja dan tidak mempunyai ujian penilaian. Walaubagaimanapun, pelajar perlu
menguasai tugasan ini dengan cemerlang. Tujuan tugasan ini diwujudkan adalah untuk
menghasilkan pelajar yang berpengetahuan pendidikan kokurikulum. Hal ini dilakukan bertujuan
agar pelajar mengaplikasikan nilai dan sikap suka terhadap gaya hidup aktif dan sihat sepanjang
hayat. Selain itu, pendidikan kokurikulum juga dapat mengaplikasikan kemahiran
berkomunikasi, berkepimpinan dan bekerja secara berpasukan. Bahkan, pendidikan kokurikulum
juga dapat mempraktikkan kemahiran pengurusan maklumat, projek dan keusahawanan. Objektif
tugasan ini ialah pelajar perlu huraikan mengenai penggunaan taman rekreasi dalam kalangan
masyarakat. Sesetengah pihak beranggapan bahawa taman rekreasi tidak lagi penting dan
popular dalam kalangan komuniti setempat. Hal ini disebabkan beberapa faktor yang
mengundang tidak keselesaan masyarakat untuk menggunakan taman rekreasi antaranya kurang
aspek keselamatan, kurang fasiliti, kurang penyelenggaraan dan pengubahsuainnya. Namun
begitu, terdapat beberapa kajian menunjukkan kesan positif terhadap motivasi remaja untuk
berkunjung ke taman rekreasi.

Merujuk soalan tugasan yang telah diberikan kepada pelajar, terdapat beberapa panduan
tindakan aktiviti yang boleh dijadikan sebagai rujukan para pelajar untuk melengkapkan tugasan
tersebut. Di sini terdapat aktiviti 1 hingga aktiviti 4. Setiap kehendak soalan berbeza-beza.
Pelajar perlu membaca soalan dan memahami dengan teliti. Bagi aktiviti 1, pelajar perlu
mengenal pasti taman rekreasi yang pernah dilawati. Pelajar perlu mencari maklumat ringkas
mengenai latar belakang dan kemudahan yang disediakan di taman tersebut. Pelajar juga perlu
mendapatkan pelan taman rekreasi menggunakan imej satelit sistem kedudukan sejagat (GPS)
melalui carian internet. Kemudian untuk aktiviti 2 pula, pelajar perlu membuat satu rakaman
video berdurasi 3-5 minit. Rakaman ini pelajar perlu menjadi seorang pemberita untuk
mewawarkan tempat taman rekreasi yang berdekatan dengan pelajar. Hal ini agar penduduk
berpendapat bahawa taman rekreasi juga banyak kemudahan yang memberi kebaikan kepada
masyarakat. Sebagai contoh, penduduk dapat bersenam dan beriadah di taman rekreasi. Hal ini
dapat menyumbang kepada kesihatan penduduk yang menggunakan taman rekreasi dengan
sebaiknya. Pelajar perlu mempromosikan kemudahan-kemudahan yang disediakan di taman
rekreasi berdekatan dengan kawasan pelajar. Seperti taman permainan kanak-kanak, surau,
tandas, trek joging dan sebaginya. Manakala di aktiviti 3, pelajar perlu menemu bual empat
orang penduduk yang berdekatan dengan kawasan pelajar yang telah menggunakan taman
rekreasi tersebut. Temu bual ini boleh dilakukan secara ringkas sahaja. Hal ini dilakukan untuk
meminta pendapat penduduk mengenai taman rekreasi yang mereka gunakan. Adakah taman
rekreasi tersebut perlu diubah suai, diselenggarakan atau cadangan-candangan yang boleh
mempertingkatkan infrastruktur kawasan taman rekreasi berdekatan. Seterusnya, pada aktiviti 4
pelajar perlu membuat rekleksi mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan berdasarkan aktiviti 1
hingga aktiviti 3. Pelajar boleh memberi pendapat dan cadangan yang boleh mempertingkatkan
kemudahan taman rekreasi. Refleksi yang pelajar boleh berikan ialah memberi pendapat,
kekuatan dan kelemahan mengenai aktiviti-aktiviti yang di atas.

Oleh itu, pelajar perlu membaca dan memahami soalan untuk menjawab semua tugasan aktiviti
1 hingga aktiviti 4. Selain itu, dengan membaca rubrik di belakang bahagian soalan juga dapat
membantu pelajar memahami kehendak tugasan. Akhir kata, semoga pelajar berjaya dengan
cemerlang dan jayanya.
PENGENALAN

Kurikulum merupakan bagian penting dari sistem pendidikan. Denyut nadi sistem pendidikan
dapat membentuk generasi masa depan. Sesuai dengan kebutuhan dan tujuan pendidikan saat ini,
serta aspirasi nasional, kurikulum harus relevan dan dinamis. Artikel ini membahas tentang
prinsip dan tantangan yang perlu diperhatikan untuk memperkuat kurikulum pendidikan
nasional. Konsep pendidikan nasional, landasan pembangunan nasional dan trend perkembangan
pendidikan dunia merupakan motor penggerak yang perlu ditekankan untuk memperkuat
konstruksi program pendidikan nasional. Matlamat kurikulum ialah melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, pada masa yang sama kurikulum
turut perlu menyumbang dalam melahirkan pekerja yang berilmu, warganegara yang
bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri global player. Pengisian dan pelaksanaan kurikulum
mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat,
profil bangsa dan warganegara Malaysia yang berkualiti.

Perangkaan menunjukkan bahawa hampir 21 peratus daripada jumlahpenduduk Malaysia


berada dalam lingkungan umur persekolahan iaitu di antara 6 hingga 18 tahun. Kumpulan ini
mengikuti sistem persekolahanMalaysia yang menggunakan kurikulum kebangsaan. Kurikulum
merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan.Ia merupakan nadi kepada sistem
pendidikan yang mencorakkan generasiakan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang
berkualiti,kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak-kehendak
semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu
program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai
kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid dan
pelajar secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Pernyataaan
kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaanaktiviti kurikulum dan kokurikulum di
sekolah dan melalui proses pengajarandan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik
darjah. Perlu ditegaskanbahawa kurikulum bukannya satu entiti yang konstan tetapi bersifat
fleksibel dan berubah mengikut senario dan tuntutan ekonomi, sosial dan politik tanah air
Malaysia.
DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan suatu aktiviti yang jelas dapat menambah pengalaman pendidikan
yang dilaksanakan dengan melalui pengalaman penting serta kemahiran kepada pelajar luar dan
semasa di dalam bilik darjah. Di mana kokurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan
yang termasuk kokurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua aspek
pengetahuan kemahiran, norma nilai murni, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk saling
membantu satu sama lain. Definisi kokurikulum ialah ia adalah merupakan saluran pembelajaran
berasaskan kerja yang dirancang. Kerja ini adalah lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah. Oleh itu, aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk menambah, mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari di dalam bilik darjah. Aktiviti kokurikulum terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
kumpulan A unit badan beruniform merupakan bercorak memberi khidmat kepada sekolah serta
masyarakat. Selain itu, kumpulan B persatuan kelab yang bercorak hobi, rekreasi dan
pengukuhan kepada pembelajaran mata pelajaran. Akhir sekali ialah kumpulan C iaitu permainan
dan suka yang bercorak olahraga, sukaneka, permainan dan permainan tradisional. Proses belajar
mengajar kegiatan kokurikulum lebih banyak dilakukan secara tidak langsung dengan
menitikberatkan pada hal-hal dan aspek-aspek yang tersembunyi, seperti nilai, bakat, peranan,
kepemimpinan, dan kemasyarakatan. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, masyarakat dan para
pendidik percaya bahwa kurikulum hanya sebagai pelengkap, aktiviti dan tambahan, dan tidak
begitu penting dalam perkembangan dan proses belajar mengajar siswa di sekolah. Namun,
pandangan ini telah berubah dan kursus sekarang diterima. Sebagai bagian dari kurikulum
sekolah.
OBJEKTIF KOKURIKULUM

Sebagai mana kita semua tahu, kegiatan kokurikulum amat diperlukan di negara kita. Sewajar
dengan itu untuk melahirkan anak bangsa yang giat dalam kokurikulum dan cemerlang dalam
melakukan kesukanan, kita perlu merealisasikan kokurikulum dalam seharian kita. Oleh itu,
terdapat beberapa objektif kokurikulum yang boleh disepadukan oleh rakyat malaysia. Antaranya
ialah kokurikulum dapat menyemai kesedaran di kalangan individu terhadap agama dan
kepercayaan kepada tuhan. Selain itu, kokurikulum juga dapat meningkatkan pembabitan murid
serta anak-anak dalam aktiviti kokurikulum sama ada secara individu mahupun kumpulan secara
aktif. Sebagai contoh, murid-murid di sekolah dapat melibatkan diri dalam aktiviti perkemahan
bersama guru dan rakan-rakan. Objektif kokurikulum yang seterusnya ialah dapat membina dan
meningkatkan minat serta bakat anak-anak di usia yang muda. Bukan itu sahaja ianya juga dapat
mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid di dalam dan di antara
sekolah. Selain itu, meningkatkan disiplin, amalan berjimat dan bertanggungjawab juga
merupakan objektif kokurikulum. Bahkan, kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran dan
semangat berpersatuan serta mencungkil dan mengasah bakat individu. Kokurikulum juga dapat
membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara dan masyarakat setempat.
KEPENTINGAN RIADAH

Seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat kita kini terlalu
taksub mengejar kemewahan dunia. Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala
kesenangan sudah sebati dalam kehidupan masyakarakat kita sehingga mereka alpa akan
kepentingan riadah yang menjadi salah satu amalan dalam mempraktikkan amalan gaya hidup
sihat. Riada adalah senaman atau menggerakkan semua anggota tubuh badan dengan cara-cara
terentu. Banyak aktiviti riadah yang boleh diamalkan seperti berjoging dan menyertai senaman
robik yang tidak memakan masa yang lama dan mudah untuk dilakukan. Bak kata pepatah,
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud jika kita berusaha untuk
meluangkan masa melakukan aktiviti riadah nescaya kita akan bahagia kerana dapat hidup
dengan amalan yang sihat.

Mengamalkan aktiviti beriadah atau bersenam adalah sangat penting dan wajar diamalkan
dalam mengisi masa lapang seseorang individu. Jika dibandingakan dengan mengisi masa lapang
yang tidak berfaedah seperti bermain permainan video atau melepak hanya akan membuang
waktu dan tidak mendapat sebarang manfaat daripadanya. Lebih-lebih lagi kemudahan untuk
melakukan aktiviti beriadah atau aktiviti berekreasi telah berkembang dan tidak memerlukan kos
yang banyak untuk menggunakannya. Oleh itu, lebih baik kita melabur wang dalam melakukan
aktiviti-aktiviti yang mendatangkan manfaat kebaikan kepada fizikal dan mental kita berbanding
menghabiskan duit kepada aktiviti yang membaung masa dan sia-sia. Bak kata peribahasa, tepuk
dada tanya selera di mana sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan
sebaiknya menurut keyakinan kita sendiri.

Selain itu, beriadah sangat penting kerana kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan
kesihatan diri kita terjamin. Apabila kita beriadah, peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-
toksik yang tidak diperlukan dalam tubuh badan dan kadar lemak dalam badan akan
berkurangan. Kita hanya perlu konsisten melakukan senaman dan aktiviti riadah seperti
berjoging, bermain badminton, menunggang basikal, dan bola sepak dalam tempoh paling
kurang 30 minit sehari. Sistem kardiologi dan stamina kita akan menjadi lebih baik dan terhindar
dari penyakit yang kronik seperti obesiti dan darah tinggi. Bak kata orang melayu kita, sebelum
nasi menjadi bubur, adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti beriadah kerana mencegah
lebih baik daripada merawat.

Seterusnya, aktiviti beriadah juga dapat menjadi medium perhubungan silaturrahim antara
keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Jika kita imbas kembali pada zaman kanak-kanak kita,
setibanya waktu petang kita akan keluar untuk bermain di padang atua di taman permainan
bersama rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin bermain bersama dan dari situ kita akan
berkenalan dan menjadi rapat dengan rakan sepermainan kita. Aktiviti seperti bermain boling
pada hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan dapat mengeratkan lagi hubungan antara
satu sama lain di samping berhibur dan mengeluarkan peluh yang sihat. Bagi golongan yang
bekerja pula, sesebuah syarikah atau pejabat boleh menganjurkan aktiviti rekreasi bersama
sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menambah nilai kekitaan antara rakan sekerja yang
sekaligus menyumbang kepada prestasi kerja yang lebih baik di masa akan datang.

Menyingkap dari sudut lain, aktiviti beriadah dapat menyatukan rakyat kita yang terdiri
daripada berbilang kaum dan bangsa. Bagi mengelakkan sentimen perkauman yang selalu
dijadikan isu oleh pihak yang tidak betanggungjawab, kita sebagai warganegara malaysia
seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti riadah yang tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Bak kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Contohnya, skuad bola sepak
kebangsaan yang terkenal dengan harimau malaya pernah mengharumkan nama negara di
peringkat komanwel dan pasukan tersebut terdiri daripada berbilang kaum. Oleh itu, marilah kita
berganding bahu dalam menepis yang sensitif ini dengan beriadah bersama-sama kerana
kekuatan kita pada penyatuan bukan perpecahan.
DEFINISI TAMAN REKREASI

Maksud taman rekreasi ialah aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa
lapang sesetengah individu. Taman rekreasi juga tidak ada berunsur pertandingan tetapi
bertujuan untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Bentuk
rekreasi terbahagi kepada dua iaitu rekreasi dalaman (indoor) dan rekreasi luaran (outdoor).
Rekreasi dalaman aktiviti yang dilakukan di dalam sesuatu tempat yang tidak terdedah dengan
matahari seperti boling, badminton, squash dan sebagainya. Manakala reksreasi luaran pula
aktiviti yang terdedah dengan cahaya matahari. Contohnya, berkayak, perkemahan dan bermain
bola sepak di padang. Untuk pengetahuan, rekreasi fizikal terbahagi kepada empat kategori iaitu
rekreasi fizikal, rekreasi sukan, rekreasi terapuetik, rekreasi mental / linguistik dan rekreasi
sosial.

Dari segi definisi lain pula, Istilah rekreasi berasal dari kata Latin recreation yang bermaksud
restoration / recovery. Menurut Kelly (1982): Recreation is restorative, providing refreshment or
re-creation, not only for work but also for other social (familial, political, etc) activities.
Recreation contains the consepts of restoration of wholeness of mind, spirit and body. Mohd
Salleh Aman(2004) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif)
sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan
dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusunatur
dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat
akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia
dilakukan ‘demi’ penyertaan dan keseronokan. Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa
lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Terbukti aktiviti
rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikan seperti sukan bola sepak, tenis dan seumpamanya. Ia
tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam sekitar sehaja. Ia meliputi aktiviti masa
lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan-makan, menonton pertandingan sukan, persembahan
nyanyian, wayang dan TV. Ia juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut
meliputi aktiviti kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan
kereta berhias; ia melibatkan aktiviti sosial seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka dan
majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan
sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti rekreasi. Yang
membezakan rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan aktiviti masa lapang yang
membawa kesan negative kepada diri, keluarga dan masyarakat.
AKTIVITI 1

LAPORAN TAMAN REKREASI

Tarikh : 20 November 2021.

Masa : 4 Petang.

Nama Taman : Parkrun Presint 18, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

LATAR BELAKANG TAMAN REKREASI

“Parkrun” merupakan nama saintifik yang penduduk sering gelarkan. Ia terletak di presint 18,
wilayah persekutuan putrajaya. Parkrun merupakan program yang dijalankan setiap hari sabtu
pada hujung minggu untuk berlari sepanjang 5 kilometer bagi mereka yang ingin meluangkan
masa untuk menyertai program tersebut. Hal ini demikian keraan penduduk dapat
menyemarakkan aktiviti beriadah serta dapat meluangkan masa dengan perkara yang berfaedah
dan amalan yang sihat.

Namun begitu, sewajar dengan keadaan yang tidak dapat diizinkan, negara kita telah di landa
wabak yang mudah merebak dan dapat membahayakan nyawa masyarakat. Sebagai mana kita
semua tahu, seluruh negara sedang berusaha untuk mengurangkan penularan wabak covid-19 ini
yang dapat meragut jutaan nyawa dengan mudahnya. Hal ini yang menyebabkan sesetengah
kawasan akan dikawal ketat serta perlu kurang menggunakannya seperti parkrun yang sudah
lama tidak beroperasi sejak perintah kawalan pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan
tempoh beberapa bulan yang lalu. Perkara tersebut sentiasa menjadi ingatan kepada masyarakat.

Namun, mujurlah hari demi hari pencapaian peningkatan untuk mengurangkan wabak dapat
diatasi berkat usaha kerajaan serta kerjasama rakyat. Sehingga akhirnya pihak kerajaan
membenarkan masyarakat untuk melakukan aktiviti bersosial seperti sedia kala tetapi hendaklah
mematuhi prosedur amalan standard (SOP) yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Masyarakat dinasihatkan mengikuti langkah tersebut bagi mengurangkan wabak covid-19 iaitu
dengan kerap membasuh tangan, sentiasa menjaga jarak di tempat yang ramai orang dan
memakai pelitup muka ini tidak termasuk apabila hendak melakukan riadah seperti joging dan
bersenam kerana ianya dapat memberi kesan buruk terhadap kesihatan masyarakat. Oleh itu,
melakukan riadah dan senaman bukanlah penghalang bagi penduduk walaupun kita hidup di
norma yang baru.

Taman rekreasi ini terletak lebih kurang 150 meter bersamaan 6 minit sahaja dari kawasan
penginapan saya. Sudah tentu sangat memudahkan saya untuk beriadah pada setiap hujung
minggu. Saya tidak perlu menggunakan kenderaan untuk ke taman tersebut. Dengan hanya
berjalan kaki atau berjoging dari rumah ke taman tersebut sudah memadai. Selain itu, terletaknya
taman rekreasi ini merupakan kawasan yang sistematik dan memudahkan penduduk kawasan.
Hal ini demikian kerana, terdapatnya klinik kesihatan yang berdeketan dengan kawasan taman
rekreasi dan perumahan penduduk. Bukan itu sahaja, stesen minyak iaitu petronas juga
berdekatan dengan kawasan taman rekreasi. Ini memudahkan mereka yang memandu untuk
mengisi minyak pada kenderaan.
KEMUDAHAN TAMAN REKREASI

Taman rekreasi atau “parkrun” ini mempunyai pelbagai kemudahan yang dapat memberi
manfaat kepada penduduk setempat. Antaranya ialah trek joging yang membolehkan penduduk
berlari atau berjoging dengan selamat dan mudah. Selain itu, terdapat juga tandas awam yang
berdekatan dengan taman rekreasi. Hal ini akan memudahkan pengunjung untuk
menggunakannya tanpa perlu pergi ke tandas yang jauh. Taman rekreasi ini juga menyediakan
tong sampah yang agak banyak di sekitar trek joging agar pengunjung tidak membuang sampah
di merata tempat dan dapat menjaga kebersihan bersama. Taman permainan juga turut ada di
kawasan ini bagi memudahkan ibu bapa membawa anak dan meluangkan masa bersama.
Seterusnya, terdapat pondok rehat dan tempat yang disediakan di taman rekreasi ini bagi
memudahkan pengunjung untuk beristirehat selepas melakukan riadah. Bukan itu sahaja, taman
rekreasi di sini juga menyediakan kawalan keselamatan kepada penduduk dan pengunjung
seperti televisyen litar tertutup atau CCTV. Tujuannya ialah untuk menjaga keselamatan
penduduk dari anasir yang tidak diinginkan.
PETA TAMAN REKREASI
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Taman rekreasi ini atau parkrun amatlah memberi manfaat kepada pengunjung yang
menggunakannya. Mereka dapat beriadah, bersenam dan meluangkan masa yang berfaedah
secara sihat. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu di penambahbaikan demi
keselesaan dan keselamatan pengunjung di masa hadapan. Beberapa cadangan yang boleh di titik
beratkan dan dibincangkan sebagai panduan. Antaranya ialah memperbanyakkan alat-alat
senaman di taman. Saya dapati alat senaman tidak begitu mencukupi bagi pengunjung yang
sering menggunakan taman tersebut sebagai tempat beriadah. Penduduk di taman tersebut itu
juga lebih menyukai bersenam di situ kerana ia lebih dekat dengan kawasan perumahan mereka.
Selain itu, pihak yang terbabit boleh menyelenggara dan mempertingkatkan kualiti taman
permainan kanak-kanak. Sekurang-kurangnya setahun sekali juga sudah memadai. Hal ini kerana
demi keselamatan kanak-kanak yang bermain serta menggunakan permainan di taman itu.
Kerosakan atau kurangnya kualiti permainan tersebut boleh disebabkan oleh cuaca yang tidak
menentu seperti hujan lebat dan panas kemarau yang menyebabkan kualiti taman permainan
kurang berpuas hati. Cadangan penambahbaikan yang seterusnya ialah meletakkan kedai atau
gerai kecil di tepi taman rekreasi. Ini untuk memudahkan pengunjung membeli air minuman
selepas letih berjoging dan bersenam di sekitar kawasan tersebut. Boleh terjadi ada pengunjung
terlupa atau langsung tidak membawa air minuman semasa dalam perjalanan. Dalam pada kita
bersukan, hidrasi dalam badan juga penting bagi tubuh yang sihat. Kemudian, cadangan lain juga
ialah pihak berwajib boleh menambahkan locker untuk pengunjung menyimpan barang-barang
mereka sebelum bersenam atau berjoging. Contohnya seperti botol air, tuala kecil, dompet dan
sebagainya demi keselamatan dan keselesaan pengunjung sepanjang beriadah.
Oleh itu, harapan saya ialah pihak yang terlibat dapat memberi tumpuan kepada cadangan ini.
Hal ini demikian kerana keselamatan penduduk juga merupakan tanggungjawab kita bersama. Ini
juga akan meringankan sedikit sebanyak kerisauan dan keluhan pengunjung yang menggunakan
khidmat taman rekreasi. Bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing
AKTIVITI 2

PAUTAN RAKAMAN VIDEO:


https://youtu.be/9Mf1JkPkfPU

APENDIKS A:

Assalamualaikum nama saya Amilah Fadhlina Binti Muhammad Amin, saya merupakan
pelajar Open University Malaysia di bangi dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pada
hari ini saya beradi di taman rekreasi ataupun parkrun yang terletak di presint 18, wilayah
persekutuan putrajaya bagi menyempurnakan tugasan MPU2412 kokurikulum. Terdapat
beberapa keistimewaan dan kemudahan yang akan saya sampaikan mengenai taman rekreasi ini.
Keistimewaan yang terdapat pada taman rekreasi ini ialah taman ini mempunyai kawalan
keselamatan seperti cctv, di mana penduduk mahupun pengunjung yang datang menggunakan
taman rekreasi ini keselamatan mereka akan lebih terjamin. Seterusnya, taman rekreasi ini juga
turut menyediakan tandas awam kepada pengunjung yang datang ke taman ini, mereka tidak
perlu menggunakan tandas yang lebih jauh. Tambahan pula, tandas di sini juga sangat selesa dan
kondusif untuk diguna pakai. Taman rekreasi sudah semestinya tidak akan meriah jika tidak
mempunyai taman permainan kanak-kanak di mana kawasan ini juga turut menyediakan bagi
meluangkan masa bersama anak-anak. Pengunjung yang penat selepas melakukan riadah ataupun
berjoging, mereka dapat duduk di pondok berehat ini sambil dapat melihat keindahan tasik yang
berdekatan. Itu sahaja daripada saya assalamualaikum dan jumpa lagi.
AKTIVITI 3

Analisis temu bual

Soalan temu bual berstruktur ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui
temubual terhadap kumpulan sasaran. Objektif temu bual ini adalah untuk mengetahui dengan
lebih menyeluruh tentang aktiviti, pengalaman dan persepsi responden terhadap taman rekreasi
ini. . Responden adalah orang dewasa berumur di antara 23 tahun sehingga 30 tahun. Seramai 4
orang dewasa, iaitu 2 lelaki dan 2 wanita berbangsa melayu telah dipilih untuk ditemubual.
Pemilihan kumpulan sesaran adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci yang lebih subjektif
seperti perasaan, reaksi dan tindakan mereka terhadap persoalan yang diajukan. Temubual
dijalankan selama 10 minit sehingga 15 minit sahaja ini kerana soalan yang akan tujukan
merupakan soalan yang ringkas untuk di jawab oleh responden. Soalan temubual ini dibahagikan
kepada dua fasa iaitu fasa pertama soalanya mengapakah anda suka berekreasi di taman ini? Fasa
kedua pula apakah contoh aktiviti yang dilakukan oleh responden di taman rekreasi ini?
Instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah soal soalan temu bual berstruktur dan rakaman
temu bual bersama peserta akan dilaksanakan.

Keputusan

Analisis dari penelitian dan tinjaun persepsi responden terhadap taman rekreasi dapat
dirungkaikan bahawa melalui temubual dan analisa yang telah dijalankan, didapati taman
rekreasi masih lagi merupakan kawasan yang releven untuk dikunjungi oleh para pengunjung
pada hari ini. Sesetengah daripada responden sudah menganggap taman rekreasi adalah tempat
yang paling sesuai untuk melakukan riadah. Responden pertama mengatakan bahawa kawasan
rumah beliau sangatlah dekat dengan taman rekreasi itu, jadi beliau kerap beriadah di situ.
Aktiviti yang sering dilakukan ialah berjoging. Manakala responden kedua pula, berpendapat
bahawa taman rekreasi di sini mempunyai trek berjoging dan laluan berbasikal yang sangat
sistematik. Beliau gemar berbasikal di taman tersebut menjadikan aktiviti itu suatu riadah
baginya. Terdapat banyak tarikan yang terdapat di taman rekreasi tersebut menyebabkan
responden ketiga ini suka berkunjung ke sini. Beliau mengatakan kawasan taman ini cantik
kerana memiliki tasik yang indah lagi menenangkan minda. Aktiviti yang beliau lakukan ialah
berkelah bersama keluarga tersayang di sekitar tasik itu. Merujuk kepada responden keempat ini
beliau merupakan kejiranan di kawasan taman rekreasi ini. Apabila ditanya, beliau mengatakan
dengan adanya taman di sini, beliau dapat meluangkan masa bersama keluarga pada hujung
minggu berbanding pergi ke pasar raya membeli belah. Beliau juga dapat berjimat sekali sekala
jika meluangkan masa di taman ini bersama keluarga. Aktiviti yang beliau lakukan ialah bermain
badminton bersama anak dan suami, manakala anak-anak beliau pula gemar bermain di taman
permainan yang telah disediakan.

Kesimpulan

Kepentingan beriadah di taman rekreasi bukanlah perkara yang perlu dipandang ringan.
Melalui pelaksanaan aktiviti di taman rekreasi, masyarakat dapat membina kecergasan tubuh
badan yang lebih sihat. Untuk melahirkan lebih ramai masyarakat sihat, kita hendaklah
mengambil langkah yang sewajarnya. Aktiviti beriadah dan bersukan perlu dinormalisasikan
oleh budaya kita di negara ini. Setanding dengan negara-negara maju, mereka berpendapat
beriadah merupakan tunjang untuk kekal sihat dan menghindari dari penyakit yang lebih kronik.
AKTIVITI 4

Refleksi

Sebelum pelaksanaan

Apabila dimaklumkan oleh pensyarah Puan Chin Mui Ken tentang pelaksanaan aktiviti ini,
saya secara tidak langsung cuba mengingati kembali kenangan waktu saya dan rakan-rakan
sering ke taman rekreasi itu dengan berhasrat hendak berjoging kerana ingin menguruskan badan
dengan lebih sihat. Sedikit lucu bila dikenang kembali. Namun begitu, kini separuh daripada
rakan-rakan saya sudah menjalani kehidupan mereka. Bila dikenang saya merindui gelak ketawa
serta gelagat kami semasa di taman rekreasi itu.

Bagi melaksanakan tugasan ini, kami diberikan pilihan untuk memilih taman rekreasi yang
kami hendak lawati dan jadikan sebagai tempat kunjungan orang ramai. Pelaksanaan aktiviti ini
hendaklah dilaksanakan secara individu. Bagi mereka yang gagal melakukan tugasan,
kemungkinan markah penilaian tugasan juga akan terjejas menyebabkan markah pelajar akan
menjadi rendah. Durasi rakaman tugasan yang diberikan hanyalah selama 3 hingga 5 minit.
Maksudnya, setiap individu perlu memasukkan isi-isi penting yang menjadi fokus utama kepada
pengunjung di taman tersebut. Kami sebagai pelajar dikehendaki menjadi seorang wartawan
dalam menyampaikan keistimewaan yang terdapat di taman itu.

Dengan itu, sesudah membuat kajian di laman sesawang dan pelbagai sumber, saya akhirnya
memilih taman rekreasi yang terletak di presint 18 wilayah persekutuan putrajaya. Nama gelaran
bagi taman tersebut ialah ‘parkrun’. Di mana ramai pengunjung mengikuti program berlari di
taman itu sebagai mengisi masa lapang di hujung minggu. Taman ini juga terletak di belakang
halaman rumah saya. Ianya memudahkan saya untuk meninjau dan membuat tugasan tanpa perlu
mengeluarkan kos yang banyak dan jauh.
Semasa pelaksanaan

Tepat pada pukul 4:00 petang tanggal 20 November 2021, saya telah bersiap sedia untuk
berjalan kaki menuju ke taman rekreasi itu. Saya meminta bantuan daripada salah seorang rakan
saya untuk merakam saya sebagai wartawan dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa
juga saya perlu menyediakan barang keperluan yang perlu dibawa semasa menjalankan rakaman
tugasan seperti telefon mudah alih, pemegang telefon yang dipanggil “tripod” dan sedikit nota
mengenai penjelasan semasa dirakam agar saya mengingati setiap isi yang hendak disampaikan.
Keadaan yang dapat saya simpulkan semasa berada di taman itu, suasana taman agak
menenangkan di mana cuaca turut cerah menyebabkan ramai pengunjung datang menggunakan
taman rekreasi pada petang itu. Terdapat daripada mereka yang bermain basikal secara hemat di
mana topi keledar di pakai semasa menaiki basikal. Selain itu, berjoging di trek yang disediakan
dan tidak lupa juga ibubapa membawa anak-anak bermain di taman permainan.

Selepas pelaksanaan

Lebih kurang pukul 6:30 petang, saya dan rakan telah tiba di rumah. Setibanya kami di rumah,
saya dan rakan pun bergegas membersihkan diri dan mandi. Walaupun kami berasa penat, tapi
saya gembira atas kerjasama antara kami berdua biarpun tugasan ini dilakukan secara individu.
Saya berasa syukur kerana setiap sesi rakaman berjalan dengan lancar dan mudah. Yang paling
saya kagumi ialah, saya agak kurang berasa gementar semasa becakap di hadapan kamera telefon
di mana saya mengingati pada zaman sekolah dahulu saya agak kurang gemar bercakap di
khalayak ramai serta pembentangan. Berkat usaha dan latihan yang saya lakukan, saya agak
berkayakinan untuk bercakap. Perasaan malu dan berdebar juga agak berkurang. Hal ini kerana
saya sentiasa memberi semangat kepada diri saya dan sentiasa berlatih bercakap di depan cermin
bagi mengurangkan rasa malu. Semasa sesi merakam dimulakan, waktu yang saya jangkakan
akan siap adalah lebih kurang 3 jam. Namun, saya berjaya menghabiskan sesi rakaman tersebut
selama 1 jam 30 minit. Saya berasa amat bersyukur dan lega kerana agak risau jikalau saya
menyusahkan rakan saya semasa sesi rakaman. Tambahan pula, cuaca pada waktu petang itu
agak panas dan cerah. Sehabis sahaja sesi rakaman tugasan, saya dan rakan sempat berjoging dan
mengambil udara segar di taman rekreasi sebagai habuan kerja keras kami pada petang itu.

Kekuatan

Pelaksanaan tugasan ini berjalan dengan jayanya bersandarkan kepada faktor-faktor berikut:

a) Pengunjung memberi kerjasama sepanjang berada di taman, di mana mereka akan


senyum dengan ceria.
b) Pelaksanaan tugasan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dan rakan.
c) Melakukan tugasan ini memberi saya keyakinan untuk bercakap dan berfikir ke arah
lebih positif.
d) Kelebihan yang saya dapat lihat apabila berada di taman rekreasi, pengunjung dapat
meluangkan masa bersama keluarga tersayang

Kelemahan

Rakaman tugasan ini telah dirancang penuh rapi dan sistematik. Walau bagaimanapun, apabila
tiba peringkat perlaksannanya pasti terdapat kelemahan dan kekurangan. Berikut adalah
beberapa kelemahan yang dapat saya nyatakan berdasarkan pemerhatian saya.

a) Terdapat beberapa kawasan taman yang diselubungi oleh dedaun dan kayu ranting akibat
cuaca yang tidak menentu, hal ini membimbangkan kanak-kanak yang bermain di situ
akan cedera.
b) Terdapat kualiti yang kurang memberangsangkan seperti taman permainan kanak-kanak
perlu ditingkatkan dari segi infrastruktur dan mengecat semula agar keselamatan kanak-
kanak lebih terjamin.

Cadangan penambahbaikan

a) Membuat jadual pembersihan kawasan taman yang lebih teratur dan sistematik.
Walaupun telah banyak tong sampah disediakan bagi memudahkan pengunjung
membuang sampah dengan betul, tetapi kawasan tersebut tetap perlu dijaga dan
dikawal oleh pihak yang terlibat. Tambahan pula, ramai pengunjung dari luar yang
datang ke sini menjadikan taman ini sebagai tempat berekreasi dan beriadah, jadi
suasana dan kawasan perlu sentiasa bersih serta dijaga dengan teratur.

Kesimpulan

Pada pandangan saya refleksi adalah pengakuan secara jujur dengan membuat renungan,
muhasabah dan menganalisis apa yang telah dialami oleh seseorang individu. Refleksi penting
bagi mengenalpasti kekuatan dan kekurangan sesuatu program pelaksanaan dengan harapan
kekuatan yang ada dapat dijadikan sebagai contoh terbaik lagi manakala kelemahan yang berlaku
boleh dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman kepada masyarakat pada masa akan datang.
Terima kasih sekalung budi kepada pensyarah tutorial kami iaitu Puan Chin Mui Ken di atas
segala bimbingan dan tunjuk ajar selama sesi perjumpaan secara dalam talian bagi menjayakan
tugasan ini. . Dengan kata-kata tersebut saya akhiri bicara refleksi ini dengan penuh kesyukuran
kehadrat Allah S.W.T

Anda mungkin juga menyukai