Anda di halaman 1dari 17

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

__________________________________________________________________________________

MPU2412
COCURRICULUM
MAY 2019 SEMESTER
__________________________________________________________________________________

NAMA : NORAZIZAH BTE ABD AZIZ

NO. MATRIKULASI : NORAZIZAH001

NO. KAD PENGNEALAN : 800826-12-5148

NO. TELEFON : 0146568920

E-MAIL : gadisayuberbajukurung@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KOTA KINABALU

1
LAPORAN AKTIVITI BERSAMA
KOMUNITI

‘’AKTIVITI BERJOGGING’’

Masa : Jam 4.30 hingga 5.30

Tarikh : 13 Julai 2019

Tempat : Taman Botanikal W.p Labuan

2
AKTIVITI 1

13 Julai 2019 bersamaan Hari Sabtu dan pemerhatian ini


1. Tarikh dijalankan seawall jam 4.00 petang dan berakhir pada jam
5.00 petang

Taman yang saya pilih sebagai lapangan kajian adalah


Taman Botanikal W.p Labuan memandangkan di Kawasan
2. Nama Taman
tempat tinggal saya kawasan rekreasi tiada sepertimana
yang ada di tempat lain.

Aktiviti riadah yang dilakukan pada hari ini adalah


Nama Kumpulan/Komuniti yang
4. melibatkan beberapa orang awam yang kebetulan berada
terlibat
di kawasan tersebut.

i. Kemudahan yang ada Taman Botanikal adalah salah satu diantara Taman yang
paling besar di W.p Labuan dan ianya dilengkapi dengan
pelbagai bentuk kemudahan yang sememangnya
memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para
pengunjung yang datang ke situ. Antara kemudahan yang
terdapat di Taman Botanikal adalah Plaza Arca, Deck
memancing, Taman herba, Sudut senaman, laluan
reflexology, Taman Permainan, Rumah pokok, Laman
membaca, Laluan pejalan kaki dan berjogging, laluan jalan
bata, laluan jambatan, laluan jalan tar, Aparatus senaman,
Gazebo untuk bersantai dan berehat, tandas awam,
gelanggang skate board dan pelbagai lagi kemudahan.

ii. Sejarah Taman Taman Botanikal wujud sebelum Perang Dunia Kedua.
Rumah Kerajaan dibina di tengah taman ini dalam tahun
1852 dan menjadi kediaman rasmi Sir James Brooke,
governor pertama Labuan dan governor serta Resident
selepasnya. Banguan terbesar ketika itu turut menjadi

3
tempat penginapan para tetamu kerajaan termasuklah
Prince of Wales, King Edward VIII yang melawat Labuan
tahun 1922. Kisahnya, sebahagian kawasan daripada
taman ini pernah menjadi kawasan ternakan lembu untuk
menghasilkan bekalan suus serta mentega yang mencukupi
pada ketika itu. Pada Tarikh keramat, 10 Jun 1945, rumah
kerajaan dan sebahagian taman musnah akibat
pengeboman tentera bersekutu dalam usaha membebaskan
Labuan dan Borneo dari pendudukan Jepun. Taman ini
telah dinaik taraf dalam tahun 2001 oleh Perbadanan
Labuan bagi menyediakan kemudahan rekreasi untuk
orang awam dan para pelancong.

iii. Lakaran Taman


Rekreasi

4
iv. Cadangan Berdasarkan kepada pemerhatian saya di Taman Rekreasi
Penambahbaikan ini, ada beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu
diimplementasikan oleh pihak yang sewajarnya.
Antaranya adalah seperti berikut :
1. Menaiktaraf penyelenggaraan
Berdasarkan kepada apa yang saya lihat dan perhatikan,
Kawasan Taman dipenuhi dengan pelbagai kemudahan
yang sememangnya memberikan kemudahan kepada
pengguna tetapi sesetengah daripada kemudahan tersebut
seakan terbiar dan tidak terjaga. Contohnya, kawasan
waterpark yang mana sebelum ini dibuka untuk tempat
bermandi-mana tetapi tidak terjaga dan dibiarkan dipenuhi
dengan daun-daun kering dan dipenuhi dengan air
bertakung. Oleh itu, sewajarnya, pihak pemaju perlu
menaiktaraf penyelenggaraan bagi memastikan
kemudahan di taman ini tetap terjaga, bersih dan dapat
digunapakai oleh pengguna.
2. Mewujudkan semula kutipan bayaran masuk ke
Taman tersebut
Hal ini demikian kerana, apa yang saya lihat dengan
kepala mata saya sendiri, terdapat pondok ‘’entrance fee’’
tetapi tidak berlakunya sebarang proses kutipan bayaran
kepada pengguna yang keluar masuk ke Taman tersebut.
Pada pendapat saya, sekiranya Taman tersebut
mengenakan yuran, para pengguna tetap akan datang ke
Taman tersebut untuk berrekreasi memandangkan ianya
adalah salah satu daripada tarikan utama yang terdapat di
Labuan. Kutipan yuran itu tadi secara tidak langsung dapat
digunakan sebagai kos untuk penyelanggaraan.
Setidaknya, dengan adanya kutipan yuran tersebut,
pengguna akan dapat menikmati pelbagai kemudahan lain
yang boleh diwujudkan bagi menghidupkan semula
v. Lokasi/aktiviti
Taman tersebut.

Taman Botanikal Labuan terletak di Jalan OKK Abdullah.

5
Jarak kira-kira 1.5KM dari pusat Bandar.  5minit
perjalanan menggunakan kenderaan atau 15-20minit
dengan berjalan kaki. Taman ini biasanya dibuka setiap
hari 6pg sehingga kira-kira 6.30ptg.

Taman Botanikal Labuan mempunyai  landskap menarik


yang diteduhi dengan pohon-pohon yang hijau merimbun.
Antara yang menarik ialah terdapat pelbagai spesis bunga
raya terletak di sekitar Dataran Bunga Raya di samping
tumbuh-tumbuhan yang lain. Taman ini juga menyediakan
sudut membaca, jambatan kayu, lorong reflexologi dan
kawasan bersenam.

Selain berjalan santai dan bersenam serta beriadah, aktiviti


rutin yang selalu berjalan di taman ini ialah senaman Tai
Chi oleh sekumpulan warga veteran. Persatuan
Kecergasan Labuan turut mengadakan aktiviti mingguan
mereka iaitu Senamrobik (pada setiap hari Sabtu, jam
5ptg). Aktiviti-aktiviti tersebut telah menjadi antara
tarikan pengunjung taman semakin ramai.

Tidak cukup dengan itu, banyak juga aktiviti yang boleh


dilakukan di Taman ini seperti memberi makan kepada
ikan-ikan yang terdapat di kolam, melihat keindahan flora
yang wujud di sekitarnya, mengenalpasti tanaman herba
yang ditanam di Taman ini dan pelbagai lagi aktiviti
termasuklah membawa anak-anak bermain di Taman
permainan yang disediakan di sini. Sepertinya, Taman
permainan tersebut dijaga dengan baik dan ianya kelihatan
vi. Penghargaan
selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Oleh kerana
itu, tidak mustahillah kawasan ini tetap menjadi tumpuan
pengunjung walaupun masih banyak kekurangan yang ada
di Taman ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
komuniti yang terlibat baik secara langsung dan tidak

6
langsung dalam menjayakan tugasan ini. Sememangnya
saya dapat lihat bahawa Taman Botanikal ini telah Berjaya
menjadi medium penyatuan komuniti masyarakat
disekitarnya melalui aktiviti yang boleh dilakukan di
Taman tersebuut seperti berjogging, berjalan, yoga dan
sebagainya. Semoga dengan adanya kemudahan seperti
ini, komuniti masyarakat akan dapat melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan,
rekreasi dan riadah, kerana sesungguhnyaakal yang cerdas
lahir daripada tubuh badan yang cergas.

AKTIVITI 2

1.0 PENGENALAN

Umum mengetahui bahawa dalam kehidupan bermasyarakat milenia ini, penglibatan


indivdiu terhadap aktiviti kemasyarakat adalah berada pada tahap yang sederhana sedangkan
ianya adalah suatu keperluan dalam kehidupan seseorang individu manusia. Hal ini demikian
kerana, Islam sendiri turut menekankan perihal pembangunan dan penjagaan fizikal
seseorang individu. Tubuh badan yang sihat amat perlu bagi membolehkan seseorang itu
melakukan tugas sebagai khalifah Allah SWT dengan sempurna. Terdapat beberapa perkara

7
yang digariskan dalam konsep pencegahan menurut Islam antaranya ialah penjagaan
kebersihan diri dan persekitaran, pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti fizikal
(senaman), dan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek
kerohanian (Danial Zainal Abidin, 2003:15).

Aktiviti fizikal merupakan antara komponen utama dalam kehidupan kita. Islam amat
menggalakkan umatnya untuk melakukan aktiviti fizikal kerana ia dapat memberi kesan yang
baik terhadap kesihatan manusia serta dapat mencegah diri daripada pelbagai penyakit
berbahaya (Danial Zainal Abidin, 1998:54). Oleh itu, salah satu cara yang mudah bagi
memastikan individu dapat melakukan aktiviti fizikal baik secara langsung mahupun tidak
langsung adalah dengan mewujudkan Taman rekreasi atau apa sahaja aktiviti yang berbentuk
rekreasi dan riadah.

Aktiviti rekreasi bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan manusia hari ini. Ia
merupakan cara bagi individu mengisi masa lapang, bagi menghilangkan ketegangan selepas
waktu kerja, dengan melakukan aktiviti yang membawa kerehatan dan pemulihan tenaga
(S.Shiver, 1981 ). Faktor seperti masa, citarasa dan kepuasan yang akan diperolehi memberi
ruang kepada individu untuk memilih corak rekreasi yang mereka sukai bagi memenuhi masa
lapang setelah penat dibebani tugas seharian. Penyediaan kemudahan rekreasi yang dapat
memenuhi keperluan masyarakat adalah selari dengan aspirasi Wawasan 2020 yang berhasrat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, berindustri dan pada masa yang
sama memiliki kualiti hidup yang tinggi. Penyediaan kemudahan rekreasi ini juga merupakan
salah satu usaha menyahut cabaran Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
Negara Taman menjelang tahun 2005 (Jabatan Lanskap Negara, 1997).

2.0 DEFINISI AKTIVITI REKREASI

Umum mengetahui bahawa aktiviti rekreasi milenia ini telah menjadi salah satu aspek
penting dalam kehidupan harian yang serba moden ini. Ini semua disebabkan pertambahan
masa lapang, perkembangan ekonomi yang baik, minat mendalam individu terhadap sukan
yang memberi dorongan kepada kerajaan membina tempat-tempat beriadah, berekreasi dan
bersukan.Rekreasi boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun di negara yang moden
dan sibuk. Ini semua bergantung kepada individu itu sendiri untuk melakukannya.
Sebenarnya, rekreasi juga ada kaitan dengan senaman iaitu bagi menyihatkan badan. Secara

8
harafiahnya, perkataan rekreasi berasal daripada Bahasa Latin iaitu recretioyang mana ianya
membawa maksud penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992).

Jika dilihat kepada maksud yang lain pula, rekreasi membawa maksud penyegaran
kembali tidak kiralah dari segi jasmani ataupun rohani seseorang individu. Tidak cukup
dengan itu, Torkildsen juga mengatakan bahawa aktivioti rekreasi adalah suatu pengalaman
individu sebagai aktiviti atau sebagai institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun
cara lain sebagai satu proses (apa yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka
kerja di mana rekreasi dilatih). Selain itu, rekreasi juga adalah salah satu aktiviti yang
dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi
secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu
aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang (Edington & Kraus et al, 1990),
Rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam
aktiviti. Dengan erti kata lain rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti
rekreasi boleh dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai
penggerak utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting
dalam kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh didefinisikan
sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri.

Pengertian perkataan rekreasi dan masa lapang mestilah difahami supaya tidak ada
kekeliruan di masa hadapan. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkataan ini mempunyai
pertalian iaitu rekreasi selalunya dibuat pada masa lapang. Justeru itu dalam menuju ke arah
gaya hidup sihat seseorang itu mestilah pandai membahagikan masa supaya masa untuk
berekreasi wujud. Rekreasi terbahagi kepada dua jenis iaitu rekreasi pasif dan rekreasi pasif
dan aktif.

REKREASI AKTIF

Rekreasi aktif banyak melibatkan aktiviti fizikal dan milenia ini, rata-rata masyarakat
lebih cenderung untuk melakukan rekreasi jenis aktif disebabkan oleh keupayaan rekreasi
aktif ini memberikan pengalaman, cabaran dan keseronokan dalam masa yang sama kepada
individu. Berikut ialah ciri-ciri rekreasi aktif:

(a) Kegiatan sukan, sama ada sebagai pemain atau penonton – golf, bola sepak, berenang,
bermain tenis, boling, gimnastik.

9
(b) Rekreasi luar – suka membawa kereta, bersiar di tepi pantai, berjalan atau berkelah.

(c) Melancong lebih dari satu malam – membuat perjalanan yang jauh, lawatan, cuti hujung
minggu dan bercuti.

REKREASI PASIF

Walaupun pada masa kini rekreasi aktif menjadi pilihan orang ramai, masih terdapat
lagi ruang untuk rekreasi pasif. Sekali lagi, corak kerja di sesuatu negara memberi kesan
kepada aktiviti masa lapang. Semasa era 1970an, ekonomi UK dilihat sebagai ‘orang sakit di
Eropah’. Ia merosakkan disebabkan tidak efektif, perhubungan industri yang tidak baik dan
kejatuhan produktiviti. Sejak pada masa itu ekonomi UK telah melalui transformasi yang
dramatik dan banyak penyakit lampau telah dapat diubati. Namun begitu, perubahan ini
bermakna ramai orang sekarang bekerja dengan bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan
tekanan di tempat kerja. Bagi golongan ini, rekreasi pasif seperti membaca atau mendengar
muzik adalah cara terbaik menghilangkan stres dan tekanan kerja. Selalunya terdapat masalah
untuk membezakan kegiatan aktif dan kegiatan masa lapang, dan dalam kebanyakan kes,
orang lebih gemar menggabungkan kedua-duanya. Justeru itu, sesetengah orang akan
membahagikan masa lapang mereka kepada aktiviti yang dilakukan di dalam dan di luar
rumah.

Aktiviti pasif secara dasarnya berbeza dengan aktiviti aktif yang mana titik
perbezaannya wujud dari segi aktiviti. Hal ini demikian kerana, rekreasi aktif banyak
melibatkan tenaga dan fizikal seperti bermain bola dan mendaki gunung. Manakala, rekreasi
pasif berlainan kerana ia kurang menggunakan tenaga atau kekuatan fizikal berbanding
rekreasi aktif. Ia lebih kepada kaedah relaksasi yang boleh menghiburkan mereka dari segi
emosi dan psikologi. Contohnya, aktiviti yang dibuat di rumah seperti menonton TV,
membaca, mendengar muzik, bercucuk tanam dan melakukan hobi yang lain.

3.0 AKTIVITI YANG DIPILIH BERSAMA KOMUNITI

Di Malaysia, dek pembangunan serta perkembangan ekonomi berlaku dengan


pesatnya, taraf kesihatan serta apa juga bentuk amalan aktiviti harian masyarakat seharusnya
diberikan penekanan yang sewajarnya. Hal ini demikian kerana, kemajuan dan kenikmatan
penggunaan teknologi moden bagi melaksanakan aktiviti harian memberi kesan pergerakan
fizikal yang semakin kurang aktif. Program Malaysia Cergas dan Kempen Cara Hidup Sihat
yang diimplementasikan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Belia
dan Sukan, adalah diantara program yang bertujuan menyemai rasa kesedaran dalam

10
kalangan masyarakat untuk melakukan apa juga bentuk aktiviti fizikal, senaman dan bersukan
sebagai rutin individu untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Secara keseluruhannya, kecergasan individu memberi impak dan nilai positif terhadap
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kecergasan individu merupakan aset kepada
kepada diri, keluarga, masyarakat dan pemangkin kepada produktiviti negara. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan bahawa kesihatan bukan sahaja tidak mempunyai
penyakit malahan suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial. Brues dan
Richardson ( 1989) menegaskan bahawa untuk membentuk gaya hid up sihat, individu perlu
mengetahui pengetahuan kesihatan dan kesedaran tingkah laku terhadap pemakanan yang
seimbang. lndividu dan masyarakat perlu mempraktikkan dan menilai tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal dari masa ke semasa. Malahan persekitaran yang bersih dan selamat adalah
perlu untuk meransang gaya hidup sihat.

Dalam konteks ini, masyarakat seharusnya sedar akan hakikat bahawa kesihatan tidak
hanya bermakna bebas daripada penyakit. Pengetahuan kepentingan melakukan aktiviti
pergerakan fizikal dan pemakanan yang seimbang adalah diberi penekanan utama untuk
memastikan amalan pemakanan yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan
kecergasan fizikal. Pengetahuan tentang konsep kecergasan menyeluruh iaitu aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial perlu diberi perhatian ke arah pembangunan masyarakat
hadhari. Penekanan yang kurang terhadap salah satu aspek ini akan memberi kesan terhadap
kecergasan menyeluruh individu dan masyarakat. Berbalik kepada pokok pangkal keperluan
tugasan ini, saya telah membuat penelitian terhadap kawasan Taman Botanikal ini dan
mendapati bahawa aktiviti yang paling sesuai dilakukan bersama komuniti adalah melibatkan
aktiviti berlari ataupun berjogging. Jogging seakan menjadi trend dalam kehidupan
masyarakat masa kini kerana ianya sangat sesuai bagi individu yang inginkan gaya hidup
sihat.

Semasa sampai di Taman Botanikal tersebut, saya meninjau kawasan dan individu
yang boleh dijadikan sebagai suatu komuniti bagi aktiviti ini. Alhamdulilah, sememangnya
pada ketika itu, terdapat banyak individu yang kebetulan datang dan melakukan aktiviti yang
sama iaitu berjogging. Sebab utama saya memilih aktiviti ini sebagai pilihan yang utama
adaah disebabkan oleh cirinya yang sangat flexibel, mudah dilakukan dan tidak memerlukan
peralatan senaman yang lain. Hal ini demikian kerana, realiti kehidupan manusia pada era
modenisasi masa kini, ramai diantara kita yang bangun dari tidur seawal jam 5.00 pagi untuk
menyiapkan diri dan keluarga sebelum keluar rumah. Kesibukan kerja dan rutin harian

11
menyebabkan kebanyakan individu pulang lewat ke rumah, mungkin sekitar jam 7.00 malam.
Selepas makan malam pula, mata biasanya mula terasa letih, menyebabkan individu tersebut
mudah rasa mengantuk Kitaran kehidupan ini berlarutan dari hari Isnin hinggalah hari
Jumaat. Dengan gaya hidup kini yang semakin kurang aktif untuk bersenam, peruntukan
masa untuk melakukan aktiviti bagi mengekalkan tahap tenaga yang tinggi adalah hampir
mustahil bagi ramai dalam kalangan masyarakat hari ini.

Oleh itu , aktiviti fizikal yang sedikit boleh digantikan dengan aktiviti berjoging
(berlari anak) dan pada kelazimannya sangat membantu untuk tubuh kita kekal cergas.
Berjoging akan melibatkan semua otot utama badan kita, membahgunkan peredaran darah
dan meningkatkan darah dengan oksigen. Berjoging adalah suatu latihan yang percuma dan
tidak memerlukan keahlian dalam mana-mana gimnasium dan kelabkelab kecergasan yang
kadangkala boleh menjadi sangat mahal pada ketika ekonomi sekarang. Berjoging juga tidak
mempunyai kekangan umur bagi mana-mana individu iaitu tanpa mengira usia untuk
berjoging. Ia juga tidak menghendaki mana-mana tempat yang istimewa kerana berjogging
dilakukan di mana-mana sahaja, di tepi jalan, di taman-taman dan juga di sekeliling rumah.

Individu yang ingin menurunkan berat badan dan menjadi sihat akan mendapat
manfaat dari berjoging setiap har. Berjoging mempercepatkan proses metabolic badan yang
mengakibatkan peningkatan pembakaran kalori. Dengan cara ini, ianya tidak mustahil untuk
menurunkan berat badan dan mencapai bentuk badan yang lebih baik. Oleh itu, berjoging
setiap hari dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat jika
dibandingkan dengan pengambilan pil, pembedahan buang lemak, atau menggunakan diet
paksaan untuk mencapai matlamat kecergasan. Kita telah maklum bahawa lemak di bahagian
abdomen adalah sukar untuk dinyahkan. Boleh dikatakan dengan pasti, bahawa
berjogingmerupakan salah satu latihan yang paling berkesan untuk membakar lemak dari
perut dan pinggul. Oleh itu, berjogging adalah cara terbaik dan kerana itulah saya memilih
aktiviti ini sebagai pilihan.

AKTIVITI 3
LAPORAN TEMU BUAL I
Memandangkan keperluan tugasan adalah untuk menemubual beberapa orang
responden atau pengunjung yang berada dalam lingkungan belia, maka saya pun berusaha
semaksima mungkin untuk mendapatkan beberapa orang responden untuk mendapatkan
jawapan mereka terhadap soalan yang ingin saya utarakan mengenai Taman rekreasi ini.

12
Responden yang pertama berumur 27 tahun, merupakan seorang perempuan dan meminta
namanya untuk dirahsiakan. Berikut adalah temubual saya bersama responden yang pertama :
Penulis : Assalamualaikum Saudari, maaf menganggu. Boleh saya ambil masa cik beberapa
minit?

Responden 1 : Waalaikumussalam. Boleh, Insha Allah.

Penulis : Saya adalah pelajar OUM dan sedang melakukan tinjauan tentang Taman Rekreasi
bagi menjawab keperluan Tugasan saya. Kalau cik tak keberatan, bolehkah saya bertanya
beberapa soalan?

Responden 1 : Boleh, silakan.

Penulis : Adakah cik selalu berkunjung ke Taman Botanikal ini? Apakah sebab utama yang
menyebabkan cik suka datang ke Taman ini?

Responden 1 : Selalu juga. 4 kali seminggu. Saya suka datang ke Taman ini sebab ada banyak
kemudahan yang terdapat di Taman ini. Bahkan, Taman ini juga terletak tidak jauh dari
tempat tinggal saya. Selai itu, saya suka datang ke sini sebab ada ramai orang yang datang
untuk beriadah ke sini jadi ianya sangat sesuai untuk dijadikan tempat berjogging dan
melakukan aktiviti riadah yang lainnya.

Penulis : Apakah jenis kemudahan yang terdapat di tempat ini yang paling saudari suka
gunakan?

Responden 1 : Ada banyak kemudahan yang sangat bagus dan boleh digunakan oleh semua
pengunjung di tempat ini dan yang paling saya suka adalah trek jogging kerana untuk sekali
pusingan jaraknya adalah 1 km. Jadi sangat mudah bagi saya untuk mengira berapakah jarak
yang sudah saya tempuhi sekiranya saya berlari sebanyak sepuluh pusingan.

Penulis : Oh Begitu. Terima kasih atas respon saudari.

Responden 1: Sama-sama.

LAPORAN TEMU BUAL II

Selepas itu, saya bertemu lagi dengan seorang belia yang berumur dalam lingkungan
23 tahun dan beliau katanya sudah berkahwin dan datang ke Taman itu bersama keluarganya
kerana ingin membawa anaknya untuk bermain di kawasan permainan yang disediakan di
Taman itu. Saya bertanya kepada beliau mengapakan dia suka datang dan berkunjung ke

13
Taman Botanikal itu dan beliau menjawab, saya sangat sukakan aktiviti berlari dan dalam
masa yang sama adalah mustahil sekiranya saya datang ke Taman itu tanpa membawa ahli
keluarga saya. Jadi, semasa saya menghabiskan larian saya, ahli keluarga saya yang lain iaitu
isteri dan anak-anak akan menunggu saya di kawasan taman permainan yang mana Kawasan
permainan tersebut sangat bersih, kemudahannya selamat untuk digunakan bahkan semua
peralatan kelihatan baru dan dijaga dengan baik.

Saya bertanya lagi adakah beliau sering datang ke tempat itu untuk melakukan aktiviti
riadah yang dia sukai dan beliau menjawab dia sememangnya sering datang berkunjung ke
tempat tersebut untuk mengeluarkan peluh. Saya juga bertanya kepada beliau apakah komen
beliau tentang kemudahan yang terdapat di Taman ini. Beliau menjawab, Taman ini
sememangnya terdapat banyak kemudahan yang baik. Ada sudut membaca, ada tempat untuk
bersantai, ada aktiviti air dan sebagainya tetapi ada beberapa kemudahan yang terdapat di
tempat ini sudah terbiar dan tidak terjaga. Disebabkan oleh hal itu, kemudahan tersebut hanya
wujud di Taman itu tetapi tidak dapat digunakan dan ada pula kemudahan yang ada tetapi
tidak dapat berfungsi langsung.

Mendengar komen beliau itu, saya sempat bertanya apakah cadangan


penambahbaikan yang ingin beliau cadangkan kepada taman ini agar ianya terus-terusan
menjadi medium penglibatan aktif masyarakat terhadap aktiviti riadah dan rekreasi ini. Beliau
berkata, usaha yang perlu dilakukan oleh pemaju terhadap Taman ini adalah dengan
menaiktaraf semua penyelangaraan di Taman ini agar kemudahan yang ada di sini tetap
dalam keadaan baik dan tidak terabai. Pihak pemaju seharusnya bertanggungjawab dan
sentiasa memikirkan cara bagaimana untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk datang
dan mengunjungi Taman tersebut. Beliau juga dalam masa yang sama mengharapkan agar
lebih banyak lagi kemudahan Berjaya di wujudkan di Taman itu agar semua peringkat umur
dapat datang dan melakukan aktiviti beriadah.

LAPORAN TEMUBUAL III

Untuk temubual responden yang ketiga, saya telah memilih seorang remaja lelaki yang
berumur dalam 20 tahun dan merupakan seorang pelajar IPT yang sedang bercuti. Berikut
adalah temubual ringkas saya bersama beliau :

14
Penulis : Assalamualaikum dik. Saya Norazizah, merupakan seorang pelajar OUM yang
sedang membuat tinjauan mengenai Taman daan aktiviti rekreasi. Jika Adik tidak keberatan,
bolehkah saya ingin bertanyakan beberapa soalan berkenaan taman ini?

Responden 3 : Boleh, In Sha Allah.

Penulis : Selalukah adik datang ke taman ini?

Responden 3 : Oh jarang sangat sebab saya adalah pelajar IPTA dan tidak tinggal di Labuan.
Cuma kebetulan sekarang adalah cuti sem dan kebetulan ada masa terluang maka saya pun
mengambil kesempatan untuk datang ke Taman ini untuk berjogging.

Penulis : Adakah adik rasa taman ini sangat sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga
atau macam mana?

Responden 3 : Bagi saya sangat sesuai kerana Taman ini sangat luas dan dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan yang baik dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kiralah
yang muda ataupun tua. Terdapat banyak aktiviti bersama keluarga yang boleh dilakukan di
taman ini antaranya ialah berjogging, aktiviti air, bersantai dan pelbagai lagi aktiviti yang
lain.

Penulis : Mengapakah adik suka datang ke Taman ini?

Responden 3: Pertama sekali, antara sebab utama saya datang ke taman ini sekiranya bercuti
adalah atas faktor kedudukannya yang sangat strategic,berada di kawasan Bandar, udaranya
yang cukup bersih serta kemudahan yang sangat baik dan lengkap. Selain itu, saya juga
mendapati bahawa antara kebaikan datang ke taman ini adalah, saya berpeluang untuk
mengenal dan melihat pelbagai jenis herba, tanaman serta hidupan flora yang pelbagai dan
menarik.

Penulis : Terima kasih adik atas kesudian ditemuramah.

Responden 3 : Sama-sama.

AKTIVITI 3

JURNAL REFLEKTIF PENGLIBATAN AKTIVITI BERSAMA KOMUNITI

“BERJOGGING BERSAMA KOMUNITI”

15
Pada 13 Julai 2019 yang lalu, saya telah datang bertandang ke W.p Labuan untuk
tujuan membuat tinjauan dan pemerhatian ke salah sebuah Taman Rekreasi yang ada di situ
memandangkan di kawasan tempat tinggal saya, Taman rekreasi yang ada adalah sangat
terhad. Saya kemudiannya telah memilih Taman Botanikal sebagai kawasan lapangan kajian
dan pada awalnya sebelum datang ke Taman itu saya sudah mula mencari sedikit informasi
berkenaan Taman tersebut melalui carian di Internet. Saya mendapati bahawa Taman
Botanikal adalah sebuah Taman rekreasi yang sudah lama beroperasi sedari berpuluh tahun
yang lalu lagi.

Taman Botanikal wujud sebelum Perang Dunia Kedua. Rumah Kerajaan dibina di
tengah taman ini dalam tahun 1852 dan menjadi kediaman rasmi Sir James Brooke, governor
pertama Labuan dan governor serta Resident selepasnya. Banguan terbesar ketika itu turut
menjadi tempat penginapan para tetamu kerajaan termasuklah Prince of Wales, King Edward
VIII yang melawat Labuan tahun 1922. Kisahnya, sebahagian kawasan daripada taman ini
pernah menjadi kawasan ternakan lembu untuk menghasilkan bekalan suus serta mentega
yang mencukupi pada ketika itu. Pada Tarikh keramat, 10 Jun 1945, rumah kerajaan dan
sebahagian taman musnah akibat pengeboman tentera bersekutu dalam usaha membebaskan
Labuan dan Borneo dari pendudukan Jepun. Taman ini telah dinaik taraf dalam tahun 2001
oleh Perbadanan Labuan bagi menyediakan kemudahan rekreasi untuk orang awam dan para
pelancong.

Saya datang ke Taman tersebut seawall jam 4.00 petang dan pada ketika itu walaupun
masih awal lagi, sudah terdapat ramai pengunjung yang mengunjungi Taman rekreasi itu dan
melakukan akitviti riadah pilihan masing-masing. Untuk menjawab keperluan tugasan ini,
maka saya telah memilih untuk melakukan aktiviti berjogging bersama komuniti pilihan saya.
Disebabkan saya bukan orang local Labuan, maka saya perlu melibatkan diri dengan
beberapa orang awam yang kebetulan datang ke Taman itu. Saya bernasib baik kerana orang
Labuan semuanya baik-baik belaka dan mahu memberikan kerjasama mereka bagi
memudahkan tugas saya untuk menyudahkan tugasan ini.

Kemudian, pada jam 4.15 petang, tanpa melengahkan masa lagi saya bersama
beberapa orang awam telah memulakan aktiviti riadah yang saya pilih iaitu berjogging dan
kami bermula di kawasan tempat bermula dan berakhir di kawasan yang sama. Trek larian di
kawasan Taman itu jaraknya adalah 1km bagi setiap pusingan dan alhamdulilah kami

16
Berjaya menyudahkan 3 pusiangan taman tersebut dan menjadikan jumlah larian kami pada
petang tersebut adalah sebanyak 4km.

Umum mengetahui bahawa, dalam reality kehidupan masyarakat di Malaysia yang


berorientasikan pekerjaan dan kesibukan, maka aktiviti berjogging adalah aktiviti yang sangat
sesuai diamalkan oleh semua lapisan masyarakat dan dalam masa yang sama dapat
menyihatkan badan dan memberikan peluang individu untuk merehatkan tubuh badannya
daripada tekanan kerja yang melampau.

Sepanjang larian bersama komuniti tersebut, saya sempat berkomunikasi bersama


beberapa orang individu dalam kelompok berkenaan dan mencari tahu tentang corak
kehidupan masyarakat di Labuan kerana pastinya mempunyai titik perbezaan yang sangat
ketara dengan kehidupan masyarakat di luar Bandar ataupun di Sabah. Secara tidak langsung,
aktiviti berjogging bersama komuniti ini juga dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi
ukhuwah diantara sesame individu sehingga terhasillah komunikasi yang baik.

Pada jam 5.30 petang, kami semua memperlahankan larian dan kemudian berhenti
rehat untuk seketika. Ada diantara komuniti tersebut yang masih mampu berlari telah
meneruskan larian da nada yang hanya mampu untuk berehat sahaja. Pada petang itu, cuaca
sangat baik dan redup menjadikan aktiviti riadah pada petang itu menjadi suatu pengalaman
yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama bukanlah suatu masalah bagi indiviu yang
bekerja untuk meluangkan masa dan melakukan aktiviti berjogging ini. Tujuannya adalah
untuk mengeluarkan peluh disamping memberikan ruang dan peluang kepada anggota tubuh
untuk berehat daripada melakukan apa apa pekerjaan.

Aktiviti bersama komuniti itu akhirnya berhadapan dengan titik penamat apabila
masing-masing meminta diri dan beransur pulang untuk balik ke rumah masing-masing.
Saya sebagai penulis ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada komuniti
Labuan kerana sudi memberikan kerjasama dan terlibat dalam aktiviti bersama komuniti ini.
Semoga apa yang dilakukan hari ini dapat memberikan sedikit kebaikan dan semoga Aktiviti
riadah ini dapat dijadikan sebagai suatu amalan dan kemestian dalam mencapai kehidupan
yang sihat dan sejahtera. In Sha Allah.

LINK VIDEO YOUTUBE :

https://www.youtube.com/watch?v=s5yYDVUkiYM

17

Anda mungkin juga menyukai