Anda di halaman 1dari 21

BAHAGIAN 1

AKTIVITI 1

Taman Awam Bandukan Keningau (TABK) adalah salah satu taman rekreasi yang
terdapat di Keningau, Sabah. TABK sering digunakan oleh penduduk tempatan untuk
melaksanakan beberapa aktiviti seperti berbasikal, berjoging dan pelbagai aktiviti lain. TABK
ini tidak hanya boleh digunakan oleh orang dewasa. Sebaliknya, turut menyediakan fasiliti
yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk bermain seperti jongkang jongkit, gelongsor
dan beberapa jenis permainan lain yang turut disediakan. Saya juga adalah salah seorang yang
pernah berkunjung ke TABK untuk melaksanakan aktivtii riadah bersama-sama dengan
keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, berikut adalah maklumat berkenaan TABK yang telah
saya lawati:-

a) Tarikh Kunjungan
22 Oktober 2023

1
b) Masa
6.00 pagi hingga 9.00 pagi

c) Nama Taman
Taman Awam Bandukan Keningau

d) Latar Belakang Taman Rekreasi


TABK yang berada di bawah pentadbiran dan pengurusan Majlis Daerah Keningau
(MDK) adalah salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh penduduk
tempatan di Keningau yang terletak 15 km dari bandar Keningau. TABK sering menjadi
tumpuan warga Keningau untuk melaksanakan aktiviti riadah bersama keluarga mereka
khususnya pada waktu hujung minggu. Ini kerana, terdapat beberapa pondok yang turut
disediakan di TABK untuk digunakan oleh orang awam yang ingin beriadah, berehat
atau meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga mereka pada waktu hujung
minggu atau pada waktu cuti sekolah.

MDK juga turut membenarkan orang awam untuk membawa khemah sekiranya ingin
menyediakan tempat berehat atau berteduh untuk ahli keluarga mereka. Ini juga adalah
disebabkan oleh keadaan TABK yang sering menjadi tumpuan masyarakat setempat
untuk beriadah bersama dengan ahli keluarga mereka. Oleh itu, kemudahan pondok yang
disediakan sering kali tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang datang ke
TABK. Oleh itu, pihak MDK membenarkan orang awam untuk membawa kemudahan
atau barangan keperluan mereka yang boleh didunakan sebagai tempat untuk berteduh,
berehat dan sebagainya.

TABK juga adalah taman rekreasi yang dibina di kawasan hutan yang mempunyai
persekitaran persekitaran yang bersih dan cantik dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi
menghijau yang banyak tumbuh di taman ini, akan menjadikan kawasan taman ini tidak
terlalu panas dengan sinaran matahari pada waktu puncak. Ini sekaligus membolehkan
para pengunjung dapat meluangkan masa lebih lama di taman ini. Selain itu, terdapat
juga sungai yang mengalir juga sangat jernih dan bersih untuk para pengunjung

2
melakukan aktiviti mandi manda bersama keluarga. Ini bermakna bahawa TABK adalah
taman rekreasi yang boleh digunakan oleh ramai untuk melaksanakan pelbagai aktiviti
riadah bersama-sama dengan keluarga mereka.

e) Kemudahan yang Ada


Secara asasnya, terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk kegunakan orang
awam yang berkunjung ke TABK. Antaranya ialah pondok rehat, tempat melaksanakan
aktiviti riadah, laluan untuk pejalan kaki atau mereka yang ingin berjoging, taman
permainan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak, tandas awam, jambatan gantung,
gerai jualan, kerusi untuk berehat selepas penat berjalan atau berjoging dan juga
penginapan yang turut disediakan untuk mereka yang ingin tinggal bermalam di TABK.
Ini bermakna bahawa TABK adalah taman rekreasi yang menyediakan pelbagai
kemudahan yang boleh digunakan oleh pengujung yang datang berkunjung ke taman
rekreasi tersebut. Berikut adalah beberapa gambar kemudahan yang disediakan oleh
MDK untuk kemudahan pengunjung:-

Rajah 1 : Pontok Rehat

3
Rajah 2 : Taman Permainan Kanak-Kanak

Rajah 3 : Laluan Pejalan Kaki dan Berjoging

4
Rajah 4 : Sungai untuk Aktiviti Mandi-Manda

Rajah 5 : Jambatan Gantung

5
f) Peta Taman Rekreasi
Seperti mana yang telah dijelaskan, TABK adalah taman rekreasi yang terletak di tepi
hutan seperti mana yang ditunjukkan dalam peta di bawah:-

Rajah 5 : Peta TABK yang Diakses Menerusi Google Earth

Memandangkan TABK terletak di kawasan yang berhampiran dengan kawasan hutan,


maka peta taman rekreasi tidak dapat diakses dengan tepat.

g) Cadangan Penambahbaikan
Bagi mempromosikan TABK sebagai taman rekreasi yang boleh digunakan untuk
pelbagai aktiviti fizikal, maka terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
dilakukan. Antaranya ialah melaksanakan aktiviti senaman aerobik setiap minggu yang
mana akan turut disertai oleh pengunjung yang datang berkunjung ke TABK. Aktiviti ini
juga akan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke TABK sebagai tempat
yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kualiti
kesihatan mereka. Jaffry dan Nor Azlina (2020) menyatakan bahawa taman rekreasi
perlu dijadikan sebagai tempat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik
minat orang awam untuk berkunjung ke taman rekreasi tersebut. Ini juga penting agar
masyarakat dapat meningkatkan kesepaduan sosial mereka di kawasan taman rekreasi
dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan secara bersama.

6
Selain itu, pihak MDK juga boleh merancang aktiviti tahunan yang akan menjadikan
TABK sebagai salah satu tempat untuk melaksanakan aktiviti riadah. Contohnya seperti
larian marathon yang bermula dan berakhir di TABK. Menerusi penganjuran aktiviti
seperti ini, maka lebih ramai pengunjung yang akan mengenali TABK dan seterusnya
menjadikan TABK sebagai salah satu lokasi untuk melaksanakan aktiviti riadah.
Rosniza dan Nur Efazainiza (2019) menyatakan bahawa taman rekreasi seharusnya
dipelbagaikan fungsi dan kegunaannya yang tidak hanya menjadi tempat beriadah.
Sebaliknya, boleh digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti fizikal dan
pertandingan yang akan melibatkan masyarakat setempat dan masyarakat luar.

Selain itu, pihak pengurusan TABK juga perlu merancang pelbagai aktiviti riadah yang
bertemakan kekeluargaan seperti penganjugan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak,
pertandingan memasak dan pelbagai jenis pertandingan dan aktiviti riadah yang lain.
Menerusi penganjuran aktiviti fizikal seperti ini, maka usaha mempromosikan TABK
akan lebih berjaya dan seterusnya dapat menjadikan TABK sebagai salah satu tempat
untuk melaksanakan aktiviti riadah.

7
AKTIVITI 2

Kesibukan kita bekerja setiap hari seharusnya diubati dengan aktiviti riadah bersama-
sama dengan ahli keluarga atau sahabat handai. Banyak taman rekreasi yang boleh anda
gunakan untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja lima hari seminggu. Taman Awan
Bandukan, Keningau (TABK) adalah tempat yang mungkin dimasukkan dalam senarai taman
rekreasi yang perlu dikunjungi setiap bulan. Mungkin ramai di antara anda yang masih tidak
pernah berkunjung ke TABK. Kesibukan bekerja dan perniagaan menyebabkan kita tidak
mempunyai masa untuk beriadah, apatah lagi berkunjung ke TABK. Sebaliknya, kita lebih
cenderung menghabiskan masa di pusat membeli belah yang akan memenatkan kita untuk
berjalan dan meronda-ronda di pusat membeli belah tersebut.

Tetapi tidak dengan TABK. Kita boleh memanfaatkan kemudahan dan fasiliti yang
tersedia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti riadah bersama-sama dengan keluarga dan juga
rakan kita. Kenapa? Banyak kemudahan yang disediakan oleh Majlis Daerah Keningau
(MDK) untuk kemudahan pada pengunjung seperti kawasan lapang yang bersih dan selesa
untuk berkhemah, berbasikal bersama dengan ahli keluarga sama ada pada waktu pagi
mahupun pada waktu petang, mandi di sungai dan sebagainya. Ini kerana, terdapat banyak
fasiliti yang disediakan untuk pengunjung yang berkunjung ke TABK seperti pondok rehat,
tempat melaksanakan aktiviti riadah, laluan untuk pejalan kaki atau mereka yang ingin
berjoging, taman permainan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak, tandas awam, jambatan
gantung, gerai jualan, kerusi untuk berehat selepas penat berjalan atau berjoging dan juga
penginapan yang turut disediakan untuk mereka yang ingin tinggal bermalam di TABK.

Persekitaran yang selesa, bersih dan menenangkan boleh memberikan kedamaian dan
ketenangan jiwa kepada mereka yang berkunjung ke TABK kerana kawasan yang dikelilingi
dengan flora dan fauna yang menghijau yang dijamin memberikan kedamaian kepada jiwa
yang sedang bergelora, fikiran yang bercelaru dan inginkan ketenangan yang mendamaikan.
Kepada penduduk sekitar atau mereka yang ingin mencari tempat rekreasi yang
mendamainkan, TABK adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda.

8
Di sini, anda boleh melaksanakan pelbagai aktiviti bersama-sama dengan keluarga.
Selain berbasikal, berjalan sambil menikmati kehijauan alam atau berjoging, antara juga boleh
berkhemah, mandi-manda di sungai, bersuka ria bersama keluarga, mengadakan BBQ dan
sebagainya. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini sesuai dengan hasrat dan
keinginan keluarga anda. Jauh dari kesibukan kota, TABK pastinya menjanjikan ketenangan
jiwa, kebahagian keluarga dan kesepaduan silaturrahim antara ahli keluarga.

Mari bersama-sama meluangkan masa berkunjung ke TABK bersama-sama dengan


ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mengisi masa lapang pada waktu hujung minggu.
Bersama-sama kita memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh MDK untuk
kemudahan warga setempat.

9
AKTIVITI 3

TABK adalah taman rekreasi yang dikunjungi oleh ramai pihak. Encik Man (bukan
nama sebenar) dan Puan Siti (bukan nama sebenar) adalah dua orang yang pernah dan sering
berkunjung ke TABK untuk melaksanakan aktiviti riadah dan rekreasi mereka. Temubual
telah dilakukan ke atas kedua-dua mereka untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan
mereka suka melakukan aktiviti fizikal dan berekreasi di TABK. Hasil temubual mendapati
bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan TABK sering dijadikan tempat untuk
menjalankan aktiviti fizikal dan rekreasi seperti mana yang berikut:-

a) Persekitaran yang Menenangkan


Hasil temubual yang telah diperolehi mendapati bahawa persekitaran yang menenangkan
adalah antara faktor yang mendorong Encik Man dan Puan Siti untuk menjalankan
aktiviti fizikal di TABK. Menurut Encik Man, persekitaran yang sejuk yang dikelilingi
hidupan hijau dilihat sebagai persekitaran yang dapat memberikan ketenagan jiwa
kepada mereka yang berkunjung ke TABK. Perkara yang sama juga turut dinyatakan
oleh Puan Siti yang mana persekitaran yang senyap yang diselang-seli dengan bunyi
burung memperlihatkan persekitaran TABK yang mendamainkan dan dapat memberikan
ketenangan jiwa kepada mereka yang datang berkunjung ke TABK. Ahmad et. al.
(2021) menyatakan bahawa persekitaran taman rekreasi yang menenangkan dan
mendamaikan akan sentiasa mendorong orang ramai untuk memilih kawasan tersebut
sebagai salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti fizikal dan rekreasi mereka.
Perkara ini juga sesuai dengan tujuan pembinaan taman rekreasi yang mampu
memberikan ketenangan dan keseronokan kepada mereka yang berkunjung ke taman
rekreasi tersebut (Rosniza et. al., 2017).

b) Bersih dan Selamat


Hasil temubual kedua yang diperolehi juga menunjukkan bahawa Encik Man dan Puan
Siti memilih TABK sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti fizikal dan rekreasi
adalah disebabkan oleh persekitaran TABK yang bersih dan selamat. Encik Man
menyatakan bahawa persekitaran aktiviti rekreasi di TABK sentiasa dijaga dan

10
diselenggara dengan baik oleh pihak MDK untuk memastikan pengguna selesa dan
selamat untuk menggunakan semua fasiliti yang terdapat di tempat tersebut. Contohnya
seperti jambatan gantung yang dipastikan selamat untuk digunkanan pengguna. Begitu
juga dengan taman permainan yang mana peralatan permainan di TABK sentiasa
dibersihkan dan diselenggara agar tidak terdapat perkara buruk semasa kanak-kanak
menjalankan aktiviti fizikal di taman permainan tersebut. Perkara yang sama juga turut
dinyatakan oleh Puan Siti yang mana persekitaran TABK yang bersih dan selamat telah
mempengaruhi beliau untuk sentiasa ke TABK untuk menjalankan aktiviti senaman dan
berekreasi bersama-sama dengan keluarga. Fauziah (2016) menyatakan bahawa
persekitaran taman rekreasi yang bersih dan selamat akan sentiasa menjadi keutamaan
pengunjung untuk berkunjung ke taman rekreasi tersebut. Sekiranya taman rekreasi
berada dalam keadaan yang bersih dan selamat, maka pengunjung akan lebih kerap
kerap ke taman rekreasi tersebut untuk menjalankan pelbagai aktiviti fizikal bersama-
sama dengan keluarga mereka.

c) Kepelbagaian Aktiviti
TABK juga turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang membolehkan
pengunjung melaksanakan pelbagai aktiviti. Menurut Encik Man, beliau ke TABK
kerana terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama-sama dengan
keluarga seperti berbasikal, joging dan membawa anak-anak bermain di taman
permainan. Selain itu, beliau juga pernah berkelah di tepi sungai sambil melaksanakan
BBQ bersama-sama dengan keluarga. Begitu juga dengan Puan Siti yang turut memilih
TABK sebagai tempat menjalankan aktiviti fizikal dan berekreasi yang disebabkan oleh
kepelbagaian aktiviti yang boleh dilaksanakan di TABK bersama-sama dengan keluarga.
Nur Haiza dan Karmilah (2022) menyatakan bahawa taman rekreasi perlu dilengkapi
dengan pelbagai fasiliti yang membolehkan pengunjung melaksanakan pelbagai aktiviti
fizikal dan berekreasi di taman rekreasi tersebut. Perkara ini juga penting untuk
memastikan pengunjung sentiasa memilih taman rekreasi tersebut sebagai tempat untuk
menjalankan aktiviti fizikal dan aktiviti rekreasi mereka.

11
d) Tiada Pencemaran
TABK juga adalah kawasan yang mempunyai kadar pencemaran yang kurang yang
memberikan kelebihan kepada pengunjung untuk melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal
dan rekreasi mereka. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kedudukan TABK yang
berada di kawasan perhutanan dan berada jauh dari kesibukan bandar dan kediaman
yang mengurangkan kadar pencemaran di kawasan tersebut. Perkara ini juga turut
disahkan oleh Encik Man dan Puan Siti dalam temubual yang dilakukan ke atas mereka.
Kedua-dua mereka menyatakan bahawa persekitaran TABK adalah sangat nyaman dan
tidak terdapat sebarang pencemaran yang berlaku di kawasan tersebut seperti
pencemaran bau, pencemaran tanah dan sebagainya. Fauziah (2016) menyatakan bahawa
kawasan taman rekreasi yang bersih dan terhindar dari risiko pencemaran akan sentiasa
menjadi faktor penting yang mempengaruhi pengguna untuk ke taman rekreasi tersebut.
Perkara ini juga diutamakan kerana akan memberikan keselesaan dan menjamin
keselamatan kepada pengunjung yang berkunjung ke taman rekreasi tersebut.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat empat faktor utama yang
mendorong Encik Man dan Puan Siti untuk berkunjung ke TABK seperti mana yang telah
dijelaskan di atas. Kesemua perkara ini juga turut diutamakan oleh kebanyakan orang yang
ingin memilih tempat rekreasi untuk melaksanakan aktiviti fizikal dan aktiviti rekreasi sama
ada secara bersendirian atau bersama-sama dengan ahli keluarga dan rakan mereka. Jaffry dan
Nor Azlina (2020) menyatakan bahawa terdapat banyak faktor yang perlu ditekankan untuk
membangunkan taman rekreasi seperti keselamatan, kebersihan, fasiliti untuk pengunjung dan
sebagainya. Ini penting agar taman rekreasi tersebut boleh menjadi pilihan utama kepada
pengunjung untuk kerap ke taman rekreasi tersebut.

12
AKTIVITI 4

Menerusi penulisan tugasan ini, terdapat beberapa refleksi tugasan yang boleh dibuat
seperti mana yang berikut:-

a) Refleksi Aktiviti 1
Sebelum melaksanakan aktiviti, saya telah membuat carian di www.google.com
berkenaan dengan TABK yang bermanfaat untuk dimasukkan ke dalam tugasan ini.
Begitu juga dengan carian gambar dan peta TABK untuk memastikan tugasan Aktiviti 1
ini dapat dihasilkan dengan lebih baik. Semasa menghasilkan tugasan Aktiviti 1, saya
telah menyusun maklumat mengikut keperluan pada aktiviti ini. Perbincangan dan
huraian maklumat juga turut diselarikan dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan
TABK seperti pintu masuk utama, fasiliti yang terdapat di TABK dan sebagainya. Ini
bermakna penyusunan maklumat berkaitan dengan TABK telah saya lakukan sebelum
dan semasa menghasilkan tugasan ini agar dapat difahami dengan lebih baik.

Pelaksanaan Aktiviti 1 ini memberikan banyak banyak kepada saya khususnya dalam
mengenali TABK sebagai salah satu taman rekreasi yang boleh dikunjungi oleh mereka
yang tinggal berhampiran dengan TABK. Antaranya fasiliti dan persekitaran TABK
yang bersih, selamat dan menenangkan yang menjadi antara faktor untuk mendorong
orang ramai memilih TABK sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti fizikal dan
rekreasi bersama-sama dengan keluarga. Selain itu, saya juga dapat menilai keunikan
dan kelebihan TABK yang mana berada di tepi sungai yang membolehkan orang ramai
berkelah bersama-sama dengan keluarga.

Walau bagaimanapun, penulisan Aktiviti 1 ini memberikan sedikit cabaran kepada saya
khususnya dalam mengumpul maklumat TABK seperti peta lokasi TABK yang tidak
dapat diperolehi menerusi carian internet. Keadaan ini menyebabkan saya tidak dapat
memasukkan peta TABK yang lengkap. Oleh itu, kelemahan seperti ini boleh dilakukan
dengan mendapatkan peta TABK dari pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab
untuk mengurus dan mengendalikan TABK iaitu MDK. Menerusi kerjasama yang

13
dijalin seperti ini, maka pelajar seperti saya akan lebih mudah untuk mendapatkan
maklumat penting berkenaan dengan taman rekreasi untuk dimasukkan dalam penulisan
tugasan.

b) Refleksi Aktiviti 2
Aktiviti 2 yang adalah aktiviti yang memerlukan saya menghasilkan rakaman video
berita untuk mempromosikan TABK. Sebelum video tersebut dihasilkan saya telah
membuat menyediakan teks berita dan telah berlatih untuk memastikan penyampaian
berita saya dapat disampaikan dengan lebih baik dan mudah untuk difahami oleh
pendengar. Oleh itu, latihan sebanyak 4 kali yang telah saya lakukan telah memudahkan
saya menghasilkan ramakan video dengan lebih baik. Semasa menghasilkan rakaman
video pula, saya telah membuat rakaman dengan menggunakan telefon pintar saya yang
diselitkan dengan latar belakang video yang menarik. Penghasilkan rakaman video yang
menarik seperti ini adalah untuk memastikan rakaman video tersebut sama seperti siaran
berita yang disiarkan di televisyen. Selepas rakaman dibuat, saya telah membuat
pemeriksaan terhadap video tersebut agar suara saya dapat didengar dengan baik dan
setiap perbendaharaan kata yang diungkapkan dapat difahami dengan jelas oleh
pendengar.

Sepanjang menghasilkan tugasan ini, kelebihan yang saya perolehi adalah peningkatan
pengalaman saya untuk menghasilkan rakaman video bertemakan berita. Latihan yang
telah saya lakukan telah dapat meningkatkan kemahiran penyampaian berita saya yang
juga merupakan satu pengalaman baharu kepada saya. Selain itu, saya juga telah
mempelajari cara menghasilkan video yang lebih menarik seperti mana siaran berita
yang disiarkan di televisyen. Ini adalah satu pengalaman baharu kepada saya yang
sangat bermakna untuk pelajar seperti saya.

Walau bagaimanapun, kelemahan dalam menghasilkan Aktiviti 2 ini ialah kesukaran


untuk menghasilkan video yang menarik. Saya telah membuat beberapa rakaman yang
disebabkan oleh kandungan video yang tidak jelas dan sukar memahami perbendaharaan
kata Bahasa Melayu yang saya gunakan dalam video tersebut. Ini bermakna bahawa

14
kekurangan kemahiran menghasilkan rakaman video adalah antara kelemahan yang saya
hadapi semasa menghasilkan rakaman video berita tersebut. Walau bagaimanapun,
bimbingan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan telah membantu saya menghasilkan video
dengan baik walaupun telah dilakukan sebanyak 4 kali.

Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan
penghasilan tugasan seperti ini dapat dilakukan dengan lebih baik pada masa akan
datang. Antaranya ialah membuat carian di internet tentang cara untuk menghasilkan
rakaman video yang menarik, mendapatkan tunjuk ajar dari rakan yang pernah
menghasilkan rakaman video dan beberapa cadangan lain. Dengan cara seperti ini, maka
rakaman video yang lebih baik dan menarik akan dapat dihasilkan.

c) Refleksi Aktiviti 3
Aktiviti 3 adalah temubual yang telah dilakukan ke atas dua orang responden iaitu rakan
sekerja saya. Sebelum temubual dilakukan, saya telah meminta mereka memberikan
penerangan kepada mereka berkenaan dengan tujuan temubual dilakukan. Mereka juga
turut memberikan membuat persediaan untuk memastikan rakaman dapat dibuat dengan
baik. Semasa rakaman dibuat, saya telah mereka memberikan maklum balas tentang
faktor yang menyebabkan mereka berkunjung ke TABK untuk menjalankan aktiviti
fizikal dan rekreasi. Saya juga turut memberikan masa kepada mereka untuk berfikir dan
menyatakan pandangan mereka tentang persoalan tersebut. Penekanan terhadap perkara
ini adalah disebabkan oleh keutamaan saya terhadap etika dalam melaksanakan
temubual. Saya juga turut membuat rakaman suara terhadap temubual tersebut dan hasil
rakaman tersebut telah saya transkripsikan untuk mendapatkan maklumat yang lebih
jelas tentang faktor yang mendorong mereka memilih TABK sebagai tempat
melaksanakan aktiviti fizikal dan rekreasi.

Tugasan Aktiviti 3 ini juga adalah satu pengalaman baharu kepada saya yang mana
merupakan pengalaman saya menjalankan temubual walaupun temubual tersebut
dilaksanakan ke atas rakan sekerja saya. Namun begitu, aktiviti ini meningkatkan
kemahiran saya untuk bertanya kepada responden dan memastikan mereka dapat

15
memahami pertanyaan saya. Dalam pada itu, saya juga perlu mentranskripsikan hasil
temubual mereka agar dapat mengenal pasti maklumat utama yang boleh saya jelaskan
dalam tugasan.

Walau bagaimanapun, kelemahan utama yang saya hadapi ialah masalah untuk
mengenal pasti responden yang perlu ditemubual. Ini kerana, tidak ramai rakan sekerja
saya yang pernah berkunjung ke TABK. Walau bagaimanapun, hasil perbincangan saya
dengan beberapa rakan sekerja lain telah mengenal pasti Encik Man dan Puan Siti yang
berada di jabatan yang berlainan dengan saya. Namun begitu, kerjasama yang mereka
berikan adalah sangat baik untuk memastikan temubual dapat dilaksanakan dengan lebih
baik.

Oleh itu, cadangan yang boleh dilaksanakan untuk aktiviti seperti ini adalah persediaan
yang perlu dibuat oleh penemubual seperti saya terhadap semua elemen yang terlibat
dalam proses temubual seperti pemilihan responden yang mempunyai pengetahuan dan
kefahaman tentang suatu isu yang ingin ditemubual, persediaan soalan temubual yang
lebih baik dan pelaksanaan temubual di kawasan yang tidak mempunyai gangguan. Ini
penting agar penemubual dan responden dapat memberikan tumpuan terhadap fokus
utama temubual dilakukan.

Oleh itu, kesemua perkara di atas adalah refleksi bagi ketiga-tiga aktiviti yang telah
dilaksanakan dalam tugasan ini.

JUMLAH : 2,995 PATAH PERKATAAN

16
RUJUKAN
Ahmad, Z., Hassan, N. M., Khattak, M. N., Moustafa, M. A., & Fakhri, M. (2021). Impact of
tourist’s environmental awareness on pro-environmental behavior with the mediating
effect of tourist’s environmental concern and moderating effect of tourist’s
environmental attachment. Sustainability, 13(23)

Fauziah Che Leh. (2016). Pelancongan bandar dan isu keselamatan: Kajian kes pelancong
antarabangsa Kuala Lumpur. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space. 12(8),
110-122

Jaffry, Z., & Nor Azlina, H. (2020). Pelancongan Rekreasi Berasaskan Cabaran dan
Biodiversiti: Isu dan Konflik. Kuala Lumpur

Nur Haiza Hamdan & Karmilah Abdullah, (2022). Persepsi Pengunjung Terhadap Taman
Rekreasi di Bintulu, Sarawak: Satu Kajian Awal. Journal of Contemporary Islamic
Communication and Media. Vol. 2, Issue 2

Putri Haryati. (2019). Masalah pengurusan kawasan lapang oleh pihak berkuasa tempatan di
Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia

Rosniza Aznie, C.R, Mohd Azlan, A., Rozalini, R., Rosmiza, M.Z., Abdul Rahim, M.N.,
Mohd. Fuad, M.J., & Novel, L. (2017). Potensi Tarikan Ekopelancongan Rekreasi di
Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak. Geografia-Malaysian Journal
of Society and Space, 8(7), 20-32.

Rosniza Aznie Che Rose & Nur Efazainiza Ainie Basri, (2019). Analisis tahap kepuasan
pengunjung di taman rekreasi awam Sabah. Malaysian Journal of Society and Space. 15
issue 4 (336-349)

17
BAHAGIAN 2

(a) Adakah tempat permainan ini selamat untuk dijadikan taman rekreasi kanak-
kanak. Mengapa?

Berdasarkan kepada gambar yang diberikan, dapat dilihat bahawa tempat permainan
tersebut adalah tidak selamat untuk dijadikan taman rekreasi untuk kenak-kanak. Terdapat
beberapa sebab atau faktor yang menyebabkan kawasan tersebut tidak selamat untuk
kanak-kanak. Antaranya ialah:-
1) Tempat permainan kanak-kanak tersebut adalah tempat laluan kenderaan yang boleh
menyebabkan kemalangan kepada kanak-kanak sekiranya mereka bermainan di
kawasan tersebut. Tempat permainan ini mempunyai risiko kemalangan kepada
mereka yang leka semasa berada di tempat tersebut sama ada untuk bermain atau
melintas jalan. Dengan keadaan kanak-kanak yang memberikan fokus terhadap
permainan mereka, maka mereka berpotensi untuk tidak menghiraukan sebarang
kenderaan yang lalu di kawasan tersebut. Secara tidak langsung, keadaan ini akan
meningkatkan risiko kemalangan dan kecederaan kepada kanak-kanak yang bermain
di kawasan tersebut.
2) Kawasan permainan tersebut juga adalah kawasan yang tidak tertutup yang
seharusnya menjadi faktor pelindung kepada kanak-kanak. Tempat permainan yang
baik adalah tempat permainan yang mempunyai penghadang atau pagar yang akan
melindungi kanak-kanak untuk tidak berada di tempat yang berisiko. Namun begitu,
tempat permainan yang dipaparkan dalam gambar adalah kawasan permainan yang
tidak mempunyai pagar atau pelindung yang mana akan meningkatkan risiko
serangan dari haiwan peliharaan berbahaya seperti anjing yang berada di kawasan
tersebut.
3) Kawasan permainan tersebut adalah kawasan permainan yang berada di bawah tiang
elektrik yang mana akan meningkat risiko kecederaan kepada kanak-kanak sekiranya
berlaku kerosakan pada tiang elektrik tersebut seperti wayar elektrik yang terputus
dan kemudian jatuh ke kawasan permainan kanak-kanak. Keadaan seperti ini akan
meningkatkan risiko renjatan elektrik kepada kanak-kanak yang bermain di kawasan

18
tersebut dan berpotensi meningkatkan risiko kematian yang disebabkan oleh renjatan
elektrik. Oleh itu, kawasan permainan kanak-kanak seharusnya ditempatkan di
kawasan yang tidak mempunyai tiang elektrik yang akan mengelakkan risiko renjatan
elektrik kepada kanak-kanak.

19
(b) Sekiranya, anda dapati tiada pilihan kawasan rekreasi lain, apakah yang akan anda
lakukan untuk memastikan tempat rekreasi kecil ini lebih selamat?

Sekiranya tidak terdapat kawasan rekreasi lain yang boleh digunakan untuk kanak-kanak
bermain, maka terdapat beberapa tindakan yang perlu dilakukan untuk memastikan
kawasan permainan kanak-kanak tersebut adalah selamat. Salah satu daripada tindakan
tersebut adalah mengasingkan tempat permainan kanak-kanak di kawasan yang tidak
menjadi tumpuan laluan kenderaan. Sebahagian dari kawasan tersebut boleh
diperuntukkan sebagai kawasan permainan untuk kanak-kanak khususnya bagi kawasan
yang berada di tepi jalan raya atau laluan kenderaan. Dengan cara seperti ini, maka kanak-
kanak tidak akan bermain di kawasan laluan kenderaan. Sebaliknya, bermain di kawasan
yang telah diperuntukkan dan dapat menjamin keselamatan mereka.

Selain itu, kawasan tersebut juga perlu diletakkan bonggol pada jalan raya yang bertujuan
untuk pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka. Ini kerana kawasan
tersebut adalah kawasan yang mempunyai ramai kanak-kanak yang sedang bermain dan
kanak-kanak mungkin melintas di jalan raya tersebut tanpa melihat kenderaan yang
sedang berada di kawasan tersebut. Sekiranya pemandu memandu dengan laju, maka
risiko kemalangan kepada kanak-kanak akan meningkat. Oleh itu, pembinaan bonggol
pada jalan raya tersebut adalah sebagai peringatan kepada pemandu kenderaan untuk
mereka memperlahankan kenderaan mereka semasa melalui kawasan tersebut. Dengan
cara seperti ini, maka risiko kemalangan dan kecederaan kepada kanak-kanak juga akan
dapat dielakkan.

Selain itu, penyediaan papan tanda keselamatan di kawasan tersebut juga perlu
disediakan. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak maklum tentang risiko dan bahaya
yang wujud di persekitaran mereka. Dalam pada itu, papan tanda tersebut juga berperanan
sebagai pemberitahuan kepada pengguna jalan raya yang lain tentang kawasan tersebut
yang menjadi taman rekreasi bagi kanak-kanak bermain. Menerusi penyediaan papan
tanda seperti ini, maka pengguna jalan raya di kawasan tersebut akan lebih berhati-hati
semasa melalui kawasan tersebut.

20
(c) Sekiranya anda dapati ada tempat rekreasi lain yang berdekatan dengan kawasan
setinggan ini, bagaimanakah anda menggalakkan komuniti ini untuk
menggunakannya?

Bagi memastikan komuniti setempat menggunakan tempat rekreasi yang berada


berdekatan dengan kawasan mereka, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk
mendorong mereka menggunakan tempat rekreasi tersebut. Antaranya ialah:-
1) Penerangan akan diberikan kepada penduduk setempat tentang kewujudan taman
rekreasi yang berada berhampiran dengan kawasan kediaman mereka. Pemberitahuan
ini adalah untuk memastikan penduduk setempat maklum tentang kewujudan taman
rekreasi tersebut dan boleh berkunjung ke kawasan tersebut untuk melaksanakan
pelbagai aktiviti rekreasi bersama-sama dengan anak-anak mereka.
2) Komuniti juga boleh digalakkan untuk menggunakan taman rekreasi tersebut dengan
menjelaskan kepada mereka tentang kepelbagaian kemudahan dan fasiliti rekreasi
yang disediakan untuk mereka melakukan pelbagai aktiviti seperti aktiviti berbasikal,
joging, berkhemah dan sebagainya. Menerusi kepelbagaian kemudahan dan fasiliti
yang disediakan untuk membolehkan komuniti setempat melaksanakan pelbagai
aktivtii rekreasi, maka mereka akan lebih terdorong untuk berkunjung ke taman
rekreasi tersebut untuk melaksanakan aktiviti rekreasi bersama-sama dengan ahli
keluarga mereka.

21

Anda mungkin juga menyukai