Anda di halaman 1dari 10

Aktiviti 1

LAPORAN AKTIVITI DI TAMAN REKREASI SULTAN ABDUL AZIZ

Laporan : Laporan Aktiviti di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aiz

Tarikh : 20 Julai 2019

Masa : 7.30 poagi – 11.00 pagi

Nama Taman : Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz

Nama Komuniti Yang Terlibat : Persatuan Penduduk Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz

Pengenalan

Aktiviti ini diadakan untuk mengenal pasti megapa penggunaan taman rekreasi tidak popular
dalam kalangan komuniti setempat walau manfaat aktiviti fizikal ini telah dekenal pasti oleh
pelbagai pihak. Fenomena ini mungkin berlaku kerana disebabkan beberapa faktor. Faktor-
faktor ini adalah disebabkan kekangan masa, kurang berminat dengan aktiviti di taman
rekreasi, kurang aspek keselamatan, kurang fasiliti, kurang penyelenggaraann dan
pengubahan serta kurang aspek keselamtan ( Gardsjord et al., 2014 ).

Sejarah Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz

Taman rekreasi ini terletak berhampiran Jalan Tambun.  Taman rekreasi ini juga dikenali
dengan nama Padang Polo kerana lokasinya berhampiran Kelab Lumba Kuda Ipoh (Ipoh Turf
Club) bagaimanapun tiada lagi aktiviti sukan polo dimainkan di sini. Konsep padang polo di
bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh ini diilhamkan daripada model taman rekreasi di
Amerika Syarikat yang berkonsepkan kekeluargaan. Seisi keluarga boleh berkunjung untuk
melakukan aktiviti mengeluarkan peluh berdasarkan kemampuan dan minat masing-masing.
Tanggungjawab dari segi keselamatan terletak kepada ketua keluarga kerana peralatan yang
disediakan mungkin mengundang bahaya jika tersalah langkah. Pengunjung yang datang ke
sini boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging dan berjalan kaki dan ada juga
beberapa peralatan senaman seperti gorilla swing, pumping pole dan palang untuk mendagu
disediakan. Taman rekreasi ini juga ada menyediakan kawasan untuk mereka yang meminati
sukan extreme seperti bermain skateboard, berbasikal dan juga laluan untuk refleksologi
kaki.  Di samping itu Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz juga ada menyediakan dataran bagi
mereka yang ingin melakukan aktiviti seperti aerobik dan poco-poco. Bagi kanak-kanak pula
turut disediakan beberapa permainan untuk kanak-kanak.

Kemudahan yang Ada

Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz ini mempunyai laluan jogging yang terbaik di Ipoh.
Selain itu terdapat pelbagai jenias alayt senaman yang boleh digunakan secara percuma
disini. Selain itu setiap minggu akan diadakan ajtiviti senamrobik yang mendapat sambutan
yang amat hebat. Program senamrobik ini amat popular dikalangan masyarakat Ipoh. .
Pengunjung yang datang ke sini boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging dan
berjalan kaki dan ada juga beberapa peralatan senaman seperti gorilla swing, pumping pole
dan palang untuk mendagu disediakan. Taman rekreasi ini juga ada menyediakan kawasan
untuk mereka yang meminati sukan extreme seperti bermain skateboard, berbasikal dan juga
laluan untuk refleksologi kaki.  Di samping itu Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz juga ada
menyediakan dataran bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti seperti aerobik dan poco-
poco. Bagi kanak-kanak pula turut disediakan beberapa permainan untuk kanak-kanak. 
Antara tarikan terbaharu ialah kolam ikan di mana pengunjung boleh bersantai di tepi kolam
untuk melepaskan tekanan setelah seharian bekerja di pejabat.
Lakaran Taman Rekreasi

Aktiviti ini telah dilakukan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.


Cadangan Penambah-baikan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

Apabila kita pergi ke taman permainan di kawasan perumahan, sering kali terdapat peralatan
permainan yang rosak kerana kegiatan vandalisme. Selain itu, sering juga didapati bukan
kanak-kanak sahaja yang bermain dengan peralatan permainan berkenaan malah turut
digunakan oleh orang dewasa. Hal ini akan menyebabkan peralatan itu mengalami
kerosakkan. Permainan adalah komponen terpenting untuk sosial, emosi, kognitif,
perkembangan fizikal kanak-kanak dan kekreatifan serta daya imaginasi. Oleh sebab itu,
taman permainan memainkan peranan utama dalam perkembangan kanak-kanak. Semua ibu
bapa menghendaki taman permainan adalah selamat untuk kanak-kanak dan bebas daripada
bahaya kecederaan. Dalam satu kajian mendapati 3,000 kes kecederaan berlaku di taman
permainan dalam tempoh setiap tiga bulan di negara kita. Kecederaan sedemikian secara
amnya membabitkan kanak-kanak berumur antara lima hingga sembilan tahun. Permukaan
taman permainan kerap kali dikenal pasti sebagai faktor penyumbang utama kecederaan.
Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka mengamalkan langkah keselamatan ketika
bermain di taman permainan. Mereka juga perlu melaporkan dengan segera kepada pihak
berkuasa tempatan sekiranya ada peralatan di taman permainan itu, tidak selamat. Selain itu
pihak berkuasa perlu membaik pulih lampu untuk memudahkan pengawasan pada waktu
malam supaya taman permainan selamat daripada kegiatan tidak sihat. Selain itu pihak
berkuasa perlu menyediakan laluan basikal berasingan dan halangan fizikal seperti pagar dan
pelindung untuk melindungi pengunjung daripada terbabit dalam kemalangan serta mendapat
kecederaan di dalam kawasan taman, padang bola sepak atau taman permainan.

Pihak berkuasa turut perlu menyediakan lebih banyak tempat parking kereta supaya dapat
memudahkan pengunjung. Keadaan tandas awam yang bersih dan kemas turut dapat
menunjukkan imej yang bagus kepada orang awam. Selain itu pihak berkuasa perlu
membaiki dan menambah pelbagai peralatan senaman dan bersukan. Kemudahan bekalan air
bersih secara percuma yang boleh disediakan untuk orang awam merupakan salah satu bonus
untuk menarik perhatian pengunjung dan yang terakhir papan tanda peta perlu dikemaskini
dan dipamerkan dengan jelas untuk orang awam.
Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T,
kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Alhamdulillah. Di kesempatan
ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan
Shuwaibah bt Rasidi, selaku tutor saya di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan
yang diberikan banyak membantu menyelesaikan tugasan ini. Segala bantuan, semangat,
strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak membantu saya. Tidak dilupakan kepada
barisan online tutor Puan Jamaliyah bt Ahmad yang turut membantu saya memberi tunjuk
ajar dan info serta kaedah untuk menyelesaikan tugasan ini. Terima kasih juga kepada pihak
Majlis Bandaraya Ipoh kerana banyak memberi maklumat mengenai Taman Rekreasi Sultan
Abdul Aziz. Ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang banyak membantu saya
dan bersama-sama menyelesaikan tugasan ini. Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan
cadangan dan bantuan dalam menyiapkan tugasan ini.
Aktiviti 2

Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz ini merupakan sebuak kawasan rekreasi yang luas dan
kelihatan sungguh damai. Taman rekreasi ini mempumyai pelbagai kemudahan untuk orang
awam. Trek jogging yang disediakan mengelilingi taman rekreasi ini membuatkan bagai tidak
terasa jauhnya jarak pengunjung berlari. Biarpun telah lama sungguh tidak berjogging,
suasana nyaman di Taman Rekreasi ini membuatkan aktiviti jogging pagi ini suatu riadah
yang begitu santai sekali. Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz juga menyediakan peralatan
senaman untuk pengunjungnya. Deretan alat-alat seumpama yang terdapat di pusat-pusat
gym sentiasa penuh digunakan oleh orang ramai di situ. Ada yang kegunaannya untuk otot-
otot tangan, kaki, pinggang dan seluruh anggota badan yang lain. Tidak mengira usia, sesiapa
saja boleh menggunakannya. saya turut tidak ketinggalan mencuba peralatan senaman yang
terdapat di sini.

Selain itu kawasan Taman Rekreasi ini amat luas dan memudahkan sebarang aktiviti sosial
dijalankan di sini. Pelbagai aktiviti sosial boleh dijalankan angtaranya majlis sanbutan hari
lahir, majlis perkahwinan dan pelbagai majlis anjuran badan kerajaan ataupun persendirian.
Pada masa yang sama, sudah pasti sebarang majlis yang diadakan di kawasan ini akan
mendapat sambutan masyarakt setempat dan hubungan sejiran turut dapat dieratkan kerana
terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan disini. Pautan dibawah merupakan bukti
rakaman ketika saya menyertai aktiviti berjoging di taman rekreasi ini.

https://www.youtube.com/watch?v=mnUIaPg0rUU&t=243s
Aktiviti 3

Temu bual pengunjung

 Kaedah temu bual telah digunakan untuk mengenal pasti kemudahan asas yang terdapat di
Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. Saya telah menemu bual 4 orang sumber di kawasan ini.
Masa yang diambil semasa temu bual adalah lima belas minit. Berkaitan dengan taman
rekreasi ini tidak mempunyai pegawai keselamatan dan pembersihan akan dilakukan
mengikut keperluan secara berjdual. Pengunjung yang sering mengunjungi taman rekreasi ini
adalah sekitar penduduk yang berdekatan dengan Bandar Ipoh. Seterusnya,kemudahan yang
terdapat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz adalah pondok untuk berehat, lampu yang
dipasang sepanjang lorong berjalan kaki untuk kegunaan penduduk melakukan aktiviti ketika
hari malam dan alat-alat permainan seperti jongkang-jongkit, buaian, papan gelongsor.
Menurut orang sumber,beliau menyatakan beberapa fungsi kemudahan yang disediakan di
taman rekreasi juga turut menyediakan pelbagai Fungi- fungsi kemudahan asas dan mengapa
kemudahan ini disediakan yang terdapat di Taman Rekreasi iaitu jawapan orang sumber
fungsi kemudahan untuk kemudahan pelawat beristirahat, tempat orang berekreasi dan tasik
ini juga boleh menjadi satu hiburan kepada kanak-kanak. Orang sumber turut menyatakan
bahawa kemudahan asas ini dikawal selia iaitu tempat ini akan diselenggara oleh pihak
Majlis Bandaraya Ipoh ini mengikut keperluan dan mengikut jadual. Manakala kekangan
yang dihadapi oleh pihak pengurusan taman adalah kekurangan pekerja untuk
menyeleggarakan kawasan ini telah menyebabkan kawasan tersebut tidak teratur dan tidak
dapat dibersihkan dengan sepenuhnya. Akhir sekali, soalan temu bual daripada pengkaji ialah
cadangan atau harapan pihak pengurusan taman rekreasi pada masa akan datang berkaitan
dengan kemudahan asas yang disediakan dan jawapan daripada orang sumber ialah, kami
mengharapkan kawasan ini akan dinaiktaraf kepada yang lebih baik

Dalam aspek kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan pengunjung, mejoriti


responden menyatakan setuju terhadap item ini. Hal ini demikian kerana pengunjung
mempunyai banyak pilihan menggunakan peralatan yang disediakan di taman rekreasi
tersebut dan peralatan yang disediakan sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur
terutamanya kepada golongan kanak- kanak yang terdapat di taman rekreasi. Bukan itu sahaja
peralatan yang disediakan adalah mencukupi dan memenuhi kehendak pengunjung. Tandas
awam dan tempat meletak kenderaan disediakan untuk memudahkan pengunjung. Sungguh
pun begitu masih terdapat sebilangan responden yang menyatakan bahawa kemudahan yang
disediakan kurang memenuhi keperluan pengunjung. Seterusnya kemudahan yang disediakan
di taman rekreasi turut memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Perkara ini telah memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pegunjung untuk melakukan
aktiviti riadah dan rekreasi di taman rekreasi tersebut. Tambahan pula tempat duduk yang
mencukupi dan pondok berehat turut disediakan. Namun begitu terdapat juga beberapa
responden yang mnyatakan bahawa kemudahan yang disediakan di taman rekreasi kurang
memberikan keselesaan kepada pengunjung. Oleh itu kemudahan yang sedia ada seharusnya
ditingkatkan lagi bagi meningkatkan keselesaan para pengunjung taman rekreasi. Disamping
itu, majoriti responden juga bersetuju bahawa tahap kebersihan di taman rekreasi amat
memuaskan pengunjung. Mereka menyatakan bahawa kawasan rekreasi sentiasa dibersihkan
pada setiap petang . Dalam pada itu, bukan sahaja rumput di taman rekreasi dipotong secara
berkala untuk memastikan taman rekreasi sentiasa berada dalam keadaan yang selesa bahkan
juga tong sampah sentiaa diselenggarakan dan tandas sentiasa dibersihkan mengikut jadual.
Walaupun sebilangannya ada yang menyatakan tidak setuju terhadap pernyataan ini, namun
majoriti responden yang di soal selidik bersetuju bahawa kemudahan-kemudahan yang
disediakan di taman rekreasi mencapai tahap kebersihan yang memuaskan hati pengunjung.
Oleh itu, kewujudan taman rekreasi ini jelas memberikan banyak kemudahan kepada
penduduk setempat di mana kemudahan yang disediakan selamat digunakan, memenuhi
keperluan pengunjung, memberikan keselesaan serta kepuasan kepada pengunjung. Tanpa
kemudahan-kemudahan yang disediakan di taman rekreasi ini, para pengunjung tidak dapat
melakukan aktiviti riadah atau rekreasi dengan selesa bersama keluarga mahupun rakan-
rakan. Jelaslah bahawa aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan untuk
penduduk setempat yang boleh memberi manfaat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah
mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana
sesungguhnya, minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas.
Aktiviti 4

Penulisan refleksi jurnal

Pada era globalisasi ini, masyarakat seakan terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi lantas
sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat terutamanya amalan beriadah atau rekreasi. Hal
ini demikian kerana mereka terlalu memandang remeh  kepentingan aktiviti rekreasi. Tanpa
mereka sedari, sebenarnya terdapat pelbagai kepentingan rekreasi kepada masyarakat.
            
Antara kebaikan aktiviti rekreasi kepada masyarakat adalah mampu mengeratkan hubungan
sama ada hubungan dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini
demikian kerana melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu lain di
sekelilingnya, lantas mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya, melalui amalan
rekreasi, kita dapat berbual mesra dengan jiran tetangga. Jelaslah bahawa, rekreasi mampu
mengeratkan hubungan antara individu dengan individu lain.
            
Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota
masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti riadah, masyarakat dapat menghayati
keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti senaman
seperti berjoging, masyarakat akan dapat menghirup dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa
yang segar, seterusnya mampu memberi kedamaian jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti
rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama masyarakat bagi melapangkan fikiran.
            
Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang
menyihatkan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan
udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari.
Contohnya, melalui aktiviti terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda
pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh.
Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi
Malaysia Cergas.
            
Akhir sekali, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam
kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas

mampu mematangkan tahap pemikiran masyarakat. Misalnya, melalui perbincangan ringkas


dalam kalangan masyarakat, semangat individualisme dapat dihapuskan dan semangat
perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa rekreasi
mampu merangsang pertukaran idea dan mencegah sikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
            
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang
dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah
mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana
sesungguhnya, minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas.

Anda mungkin juga menyukai