Anda di halaman 1dari 3

AJK PERALATAN DAN PERSIAPAN TEMPAT.

(FARHAH NADIAH BT MOHAMAD NABIL) Saya telah ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa peralatan dan persiapan tempat. Skop tugas yang perlu saya laksanakan adalah membeli dan mendapatkan barang keperluan untuk menjayakan seminar isu dan trenda ini. Saya juga dikehendaki untuk menyediakan dan menyiapakan tempat untuk seminar ini dijalankan. Perkara pertama yang saya lakukan ketika memegang jawatan ini, saya telah bertanya kepada ahli jawatankuasa yang lain tentang barang dan peralatan keperluan yang mereka mereka perlukan. Setelah berbincang dengan semua AJK , saya telah menyenaraikan senarai pendek tentang keperluan yang perlu saya dapatkan. Antara keperluan yang diperlu saya sediakan adalah seperti berikut: Bil 1. 2 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Kertas Sijil Cd Cover Cd Tali Tag Nama Air Mineral Buku Resit Pensel Kertas A4 Kertas Lamina Kertas A4 berwarna Klip Tag nama Peralatan Kuantiti 200 keping 200 keping 200 keping 150 utas 300 botol 2 buah 150 batang 1 rim 100 keping 2 rim 100 biji

Setelah menyenaraikan barang keperluan, saya memulakan tugas dengan membeli air mineral, cd, cover cd, tali tag nama dan kertas sijil di kedai yang berdekatan. Saya memastikan semua bahan dan peralatan yang dibeli dalam keadaan yang baik. Setelah membeli semua bahan tersebut, saya menyerahkan bil kepada bendahari untuk dijadikan dokumentasi untuk pengiraan bajet. Barang dan alatan lain seperti pensel, kertas A4, kertas A4 berwarna, kertas lamina dan klip tag nama

saya dapatkan daripada stor di Institut Perguruan Kampus Ipoh. Hal ini kerana, peralatan-peralatan ini telah diperuntukkan untuk semua pelajar yang ingin menjalankan aktiviti. Setelah semua perlatan telah saya beli dan dapatkan, saya menyerahkannya kepada ahli jawatankuasa yang memerlukan peralatan tersebut. Setelah tugas membeli dan medapatkan peralatan selesai, saya kemudiannya pergi ke dewan INTIM untuk memastikan semua peralatan lain seperti kerusi, meja, siaraya, dewan dan lain-lain mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik. Saya juga pergi ke dewan INTIM untuk berjumpa dengan pegawai yang bertugas iaitu Encik Sani, bagi mendapatkan maklumat tentang peralatan yang perlu dibawa semasa seminar nanti. Menurut Encik Sani, pihak INTIM menyediakan segala kemudahan seperti kerusi, meja dan alatan untuk siaraya tetapi malangnya, pihak beliau tidaka dapat menyediakan sambungan wayar (extension) yang banyak ketika berlangsungnya seminar nanti untuk program bengkel ICT. Stetlah mendengar penjelasan yang panjang lebar daripada Encik Sani, saya mula memikirkan bagaimana untuk mendapatkan sambungan wayar. Selepas berjumpa dengan pihak INTIM, saya dan rakan lain bermesyuarat tentang perjalanan program ini bersama pensyarah pembimbing. Kami semua bersepakat untuk membawa sambungan wayar daripada rumah masing-masing dan sebagai AJK peralatan saya dikehendaki untuk mengumpul semua sambungan wayar tersebut. Setelah semua peralatan telah siap saya sediakan, saya memulakan pula tugas untuk meyediakan tempat. Sekali lagi sebelum berlangsungnya seminar, saya pergi ke INTIM untuk melihat keadaan dewan yang akan digunakan. Dalam dewan ini disediakan kerusi dan meja yang sesuai untuk tujuan seminar. Disamping itu itu juga, pihak INTIM menyediakan set sofa dan meja kopi untuk kegunaan majlis penutup nanti. Saya juga meminta pertolongan pihak INTIM untuk menyediakan tempat untuk pendaftaran pada hari seminar. Saya meminta mereka mengatur dan menyusun meja dan kerusi untuk pendaftaran guru-guru yang dating ke seminar ini. Disamping itu juga, saya bekerjasama dengan pihak INTIM membersihkan dewan sebelum digunakan. Saya juga telah berbincang dengan AJK yang ditugaskan untuk membuat banting menggunakan powerpoint dimana hendak dipancarkan dan ditayangkan banting tersebut. Saya juga menyediakan simbolik

majlis penutupan yang akan dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Kampus Ipoh. Saya telah meminjam muzik stand daripada Encik Mior, pensyarah muzik Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan berbincang dengan AJK sijil untuk menyediakan sijil yang akan ditandatangani oleh Pengarah sebagai simbolik majlis penutupan seminar. Setelah itu saya dan seorang rakan lain pergi ke pintu pagar INTIM untuk memasang banting yang telah siap dicetak. Banting ini dipasang diluar pagar supaya dapat menjadi papan tanda arah kepada guru yang akan hadir ke seminar ini. Pada pagi 2 Mac, saya sibuk menguruskan tempat pendaftar bagi memudahkan dan melicinkan kerja-kerja pendaftaran yang akan dilaksanakan oleh oleh AJK pendaftaran. Setelah memastikan bahagian peralatan untuk pendaftaran lengkap dan siap sedia digunakan, saya menyediakan pula peralatan siaraya bersama-sama dengan AJK dokumentasi untuk mempamerkan banting seminar isu dan trenda. Setelah itu saya memastikan seperti mikrofon, lcd dan sambungan wayar berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Disamping itu juga, saya membantu penceramah untuk memasang komputer riba mereka untuk dipancarkan pada skrin LCD. Saya menjalankan tugas ini sehingga tamat program Seminar Isu dan Trenda ini. Sepanjang seminar ini berlangsung saya memastikan semua peralatan cukup dan selamat digunakan. Saya juga berpesan kepada rakan-rakan yang lain jika tiada barang atau perlatan yang tidak mencukupi boleh memaklumkan kepada saya. Setelah tamat dan selesai seminar ini, saya mengemas semua peralatan cukup atau tidak hilang untuk dibawa pulang ke institut. Saya juga memastikan tiada barang yang tertinggal di INTIM. Selain itu juga, saya memastikan semua guru pelatih meninggalkan dewan dengan keadaan dewan itu bersih dan baik. Setelah itu, saya memulangkan kunci dewan kepada pihak INTIM.

Anda mungkin juga menyukai