Anda di halaman 1dari 6

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR,

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PROJEK

“KARNIVAL KEUSAHAWANAN MELEWAR 2016”

CADANGAN TARIKH

28 HINGGA 30 APRIL 2016

ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

PENGELOLAAN:

PISMPS6 (MT, BT, PSV, MZ) WAJ 3131 PERSATUAN KEUSAHAWANAN

& BIRO KEUSAHAWANAN JPP


1.0 PENGENALAN

1.1 Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pemakluman YAB Menteri Besar Negeri
Sembilan dan kelulusan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar, Seremban, Negeri Sembilan untuk menganjurkan Program Karnival
Usahawan Melewar Peringkat Negeri Sembilan 2016.

1.2 Program ini merupakan salah satu pengisian salah satu pengisian dalam Mata
Pelajaran Wajib bagi subjek WAJ3131 Pengurusan Persatuan dan Kelab Anjuran
Unit Kokurikulum kelolaan bersama Biro Keusahawan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) bersama Pelajar Semester 6 Unit GSTT Unit PSV, MUZIK,
PEMULIHAN DAN MATEMATIK membawa markah 60% di bawah pelaksanaan
projek. Pengurusan Persatuan Keusahawanan iaitu satu strategi melahirkan
bakal guru yang bermindakan usahawan tanpa mengharap bantuan atau subsidi
dari pihak kerajaan.

1.3 Program Karnival Keusahawanan Melewar merupakan program secara “smart


partnership” antara jabatan-jabatan kerajaan di Negeri Sembilan.

2.0 RASIONAL DAN OBJEKTIF

2.1 Program ini dapat memupuk dan menyemai para pelajar siswa guru membentuk
minda usahawan dan akan dapat diaplikasikan semasa menjadi guru kelak.

2.2 Masyarakat tempatan dalam menghayati aspek perniagaan yang boelh


membantu menjana ekonomi keluarga di zaman gawat ini melalui seminar yang
diadakan sepanjang karnival berlansung.
2.3 Membentuk jaringan komunikasi antara guru pelatih dengan anggota masyarakat
setempat.

2.4 Sebagai satu usaha terancang untuk mendedahkan para pelajar dan belia
pewaris negara menceburi bidang keusahawanan untuk menjana ekonomi
negara.

2.5 Meningkatkan kerjasama antara IPGK Raja Melewar dengan jabatan atau
agensi.

3.0 TEMA :
“ YANG SECUPAK DIJADIKAN SEGANTANG”

4.0 TARIKH

28 hingga 30 April 2016 (Khamis, Jumaat dan Sabtu)

5.0 TEMPAT
IPGK Raja Melewar

6.0 PESERTA
Pelajar-pelajar Sekolah seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.
Pelajar dari IPG seluruh Malaysia
Komuniti Masyarakat setempat

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN (CADANGAN AKTIVITI)

7.1 Majlis Perasmian


7.2 Seminar Keusahawanan
7.3 Seminar Membina Laman Web
7.4 Pembentangan kertas ‘Isu-isu Keusahawanan dalam Kalangan Guru Novis’
7.5 Demo Memasak
7.6 Pertandingan Memasak
7.7 Pertandingan Melukis
7.8 Rumah Hantu
7.9 Ceramah Kesihatan ‘Gula Itu Racun Putih’ (LPS)
7.10 Temuduga terbuka
7.11 60 buah Gerai Usahawan
7.12 Pemeriksaan Kesihatan Percuma

8.0 JAWATANKUASA PENGGERAK “PROGRAM KARNIVAL MELEWAR 2016”

Penaung : Pengarah IPGK Raja Melewar, Negeri Sembilan

Pengerusi 1 : Timbalan Pengarah IPGK Raja Melewar

Pengerusi 2 : En. Jamhari bin Saari

Pengarah Projek : Pn. Maznah binti Manan


Bendahari : En. Tan beng Siang

Bantuan perkhidmatan : Agen yang turut membantu


Pengarah Penerangan Malaysia
Pengarah Penyiaran Negeri Sembilan
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan
Pengarah Perbadanan Kraftangan Negeri Sembilan
Ketua Biro BERNAMA Negeri Sembilan

9.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


a) Jawatankuasa Keurusetiaan
b) Jawatankuasa Persiapan dan Logistik
c) Jawatankuasa Urusan Peserta Pelajar-pelajar IPTA, Pendaftaran
d) Jawatankuasa Seminar
e) Jawatankuasa Demo Masakan
f) Jawatankuasa Cenderamata dan Penginapan
g) Jawatankuasa Jamuan
h) Jawatankuasa Pengangkutan
i) Jawatankuasa Seranta, Teknikal dan Komunikasi
j) Jawatankuasa Pengurusan Pameran
k) Jawatankuasa Publisiti, Buku program dan Sijil/Teks Ucapan
l) Jawatankuasa Perasmian / Penutup/ Sambutan
m) Jawatankuasa Keselamatan
n) Jawatankuasa Kebajikan dan Kecemasan
o) Jawatankuasa Pertandingan Melukis
p) Jawatankuasa Pertandingan Memasak
q) Jawatankuasa Konsert Melewar
r) Jawatankuasa Caklempong
s) Jawatankuasa Kebudayaan
t) Jawatankuasa Kajian Keberkesanan

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA
28 April :
8.00am Pendaftaran peserta ceramah
8.30 – 10.30am Ceramah “ Memperkasa Potensi Kanak- Kanak Berkeperluan Khas di
Malaysia

11.00am Ketibaan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri
Besar Negeri Sembilan.

12.00tgh Demo Memasak


2.30pm Pembentangan Kertas Kerja ‘Isu Keusahawanan dalam Kalangan
Guru Novis’
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Malam : Gerai

8.30pm Konsert di Ambang 60an

HARI KEDUA
29 April : Gerai bermula
Seminar Keusahawanan (LPS)
Pemeriksaan Kesihatan
Demo Memasak Swasta
Seminar Kesihatan (LPS)

Malam : Gerai
‘ Demo Memasak Swasta
Konsert di Ambang 60an

HARI KETIGA
30 April : Gerai bermula
8.30am Pertandingan Melukis
Pertandingan Memasak
Pemeriksaan Kesihatan
Demo Memasak Swasta
Seminar Kesihatan (LPS)

10.0 PENUTUP

Program Karnival Keusahawanan Melewar 2016 ini adalah wajar kerana menyahut
Program Cabaran Melewar kerana dapat memberi banyak manfaat kepada guru peltih IPG
Kampus Raja Melewar. Program ini adalah ‘platform’ kepada pelatih IPG Kampus Raja
Melewar untuk mempraktikkan ilmu dan pengalaman berkaitan perniagaan dan
keusahawanan apabila bergelar graduan nanti. Jemputan pelajar sekolah sekitar
Seremban, 27 kampus IPG, peniaga-peniaga kecil, usahawan berjaya di Malaysia yang
berkesempatan mempamerkan kemahiran keusahawanan akan membuka satu ikatan
ukhwah dunia pendidikan dan dunia keusahawanan. Ikatan ukhwah ini merupakan
harapan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk membentuk perpaduan Negeri Sembilan
supaya menjadi warganegara yang inovasi.
Justeru, kami berharap program ini mendapat pertimbangan kelulusan, kerjasama
serta kerjasama dan sokongan padu dari semua yang terlibat adalah amat diharapkan
agar organisasi dapat menjalankan program ini dengan jayanya. Segala bantuan dan
kerjasama yang diberikan amatlah diharapkan dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Disediakan oleh:

……………………………….
(AZIBAH BINTI BAHAROM)
Setiausaha Projek
Karnival Usahawan Melewar 2016
Persatuan Usahawan Muda
IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.

Disahkan Oleh,

…………………………………..
(PN. MAZNAH BINTI MANAN)
Pensyarah Persatuan Usahawan Muda,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.

Diluluskan oleh,

……………………………………..
(BAHAROM BIN MOHD NOOR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai