Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH KUALA LANGAT

TARIKH
30 - 31 OGOS 2022

TEMPAT
BAGAN LALANG

ANJURAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP
MALAYSIA DAERAH KUALA
LANGAT
KERTAS KERJA
PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
DAERAH KUALA LANGAT

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari mana-mana penajaan bagi menganjurkan program KAYUHAN AMAL DAN
SIHAT, yang akan diadakan pada 30 - 31 Ogos 2022 bertempat di Pantai Bagan Lalang.

2.0 PENGENALAN

PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT ini adalah anjuran Persekutuan Pengakap
Malaysia Daerah Kuala Langat. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan
kepada para pelajar terutama pelajar baru untuk mengikuti program ini dan bergiat aktif di dalam
program basikal serta pada masa yang sama mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar dan
masyarakat selain menaikan lagi nama Persekutuan Pengakap Malaysia di peringkat komuniti.
Selain itu, pelajar dapat meneroka dan membuat sedikit kajian mengenai konsep pengurusan yang
mesra alam. Dengan itu pelbagai maklumat, pengetahuan, dan cetusan idea dapat diperoleh dalam
penambahbaikan sistem yang kita gunakan pada hari ini khususnya dalam kelestarian alam sekitar
dan budaya berbasikal. Melalui program ini juga, banyak kemahiran yang dapat dikuasai oleh
para pelajar seperti:

Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban


Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Bagi pihak penaja, ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan syarikat mereka

kepada para pelajar dan pihak tertinggi Pengakap Malaysia. Jaringan kerjasama yang dibina

pastinya mampu mempromosikan syarikat ini yang diharap menjadi suatu permulaan untuk

membina kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan. Selain itu, ini menunjukkan sokongan

pihak penaja dalam melahirkan pelajar yang holistik dan berkemahiran sebagai generasi muda

negara.

3.0 MISI

Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan budaya
hidup berbasikal dan merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat di dalam Persekutuan
Pengakap Malaysia dan sekitarnya. Selain itu, misi mengadakan program ini juga adalah untuk
mengadaptasikan budaya berbasikal di dalam aktiviti yang dijalankan dalam takwim Persekutuan
Pengakap Malaysia.

4.0 MATLAMAT

Dalam mencapai misi yang ditetapkan, PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT bukan
sekadar sebuah aktiviti berbasikal yang biasa kerana matlamat utama penganjuran pada kali ini
juga adalah untuk membina jaringan usahasama dengan pihak dalam dan luar PPM disamping
beramal dengan menyumbangkan
sebahagian dana kepada badan yang memerlukan. Selain itu, terdapat juga beberapa matlamat
utama dalam menganjurkan program ini. Antara matlamat-matlamatnya ialah:

 Mengalakkan pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal.

 Mengalakkan pelajar untuk lebih bergiat aktif dalam semua aktiviti yang melibatkan Kelab
Basikal.

 Mewujudkan suasana yang lebih mesra, meriah dan pencambahan minda para ahli Pengakap
Malaysia.

 Membudayakan persekitaran berbasikal di kalangan ahli pengakap.

 Membawa nama baik Persekutuan Pengakap Malaysia ke peringkat komuniti luar.

 Mengerakkan idea baru masuk ke dalam PPM mengenai kelestarian yang memastikan
kemaslahatan ekosistem daripada pencemaran dan juga membudayakan aktiviti berbasikal
sekaligus memberi penambahbaikan yang tepat untuk memacu Persekutuan Pengakap Malaysia
ke arah NGO yang cemerlang.

5.0 OBJEKTIF

Antara objektif utama program ini dijalankan adalah:

 Memupuk semangat kerja berpasukan pelajar dalam menjayakan aktiviti.

 Membentuk sifat kepimpinan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan.


 Menjalinkan hubungan baik di antara Persekutuan Pengakap Malaysia dengan
komuniti/masyarakat sekeliling.

 Mendedahkan kepada masyarakat tentang peri pentingnya bersukan dalam aktiviti seharian.

 Memungkinkan untuk membentuk satu modul pembelajaran dalam aktiviti ko-kurikulum di


sekolah untuk menerapkan nilai-nilai murni tentang kehijauan alam sekitar kepada pelajar-
pelajar.

 Membantu dalam memberi sumbangan kepada salah sebuah badan kebajikan sekitar bangi.

6.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Langat, dengan
kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.

7.0 TARIKH DAN MASA

Program ini diadakan pada:

Tarikh : 30 – 31 Ogos 2022


8.0 TEMPAT

Pantai Bagan Lalang

9.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian perlepasan:

 YB Borhan, ADUN Tg Sepat

10.0 SASARAN PESERTA

Sasaran peserta yang paling utama semestinya barisan ahli PPM bukan sahaja
pelajar dalam negara, malahan pelajar antarabangsa. Ahli PPM terdiri daripada pelajar sekolah
rendah dan menengah, guru-guru serta individu lain. Jelasnya, dengan sasaran peserta yang begitu
meluas, pihak penaja juga pastinya dapat mencapai objektif dalam mempromosikan syarikat
kepada generasi muda dan pada masa sama, dapat menarik perhatian pentadbiran tertinggi
NGO dalam meluaskan lagi jaringan kerjasama syarikat mereka.

11.0 PUBLISITI

Kawasan liputan publisiti merangkumi notis, banner, bunting yang kreatif dan menarik di segenap
kawasan sekolah dan daerah. Promosi mengenai PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT
anjuran PPM turut dihebahkan melalui media sosial iaitu di laman facebook, twitter dan
Instagram.

12. 0 STRUKTUR ORGANISASI


Rujuk lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B

14.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C

15.0 PERINCIAN PROGRAM


15.1 Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan masyarakat

Program ini membantu para pelajara mengenali antara sartu sama lain dan
bersemuka dengan komuniti di sekitar daerah Kuala Langat. Ini juga akan membantu
dalam membina hubungan yang baik dan kerjasama dengan rakan penaja.

16.0 PENUTUP
Diharap pihak PPD Kuala Langat mempertimbangkan dan meluluskan kertas cadangan program
PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT, seterusnya memberi bantuan kewangan dan
penajaan untuk menjayakan program ini. Diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat
dan objektifnya adalah untuk melahirkan individu yang cemerlang dari segala aspek disamping
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga PPM, dari puncak organisasi
hingga kepada warga PPM, serta mencapai matlamat penganjuran program untuk membina
jaringan kerjasama dengan pihak dalam dan luar PPM.

Disediakan Oleh,

………………………………………….

Disemak Oleh,

…………………………………………
LAMPIRAN A
CARTA ORGANISASI
KAYUHAN AMAL DAN SIHAT

Penaung

Pengerusi

Penyelaras

Penasihat
Setiausaha

Bendahari

Teknikal

Pemasaran

Penyelaras Program

Publisiti

Cenderamata

Tugas-tugas khas

Protokol
LAMPIRAN B

TARIKH MASA PERKARA CATATAN

0700H Berkumpul di Dataran Pantai Morib Pantai Morib

0730H Ucapan perasmian Pantai Morib

30/8/2022
0800H Sesi memanaskan badan Pantai Morib
SELASA
0830H Pelepasan peserta Dataran Pantai Morib

0930H Tiba di Checkpoint pertama Rumah YB Borhan @ Pantai Batu Laut


(Rehat)
0945H Bergerak ke Checkpoint kedua Rumah YB Borhan @ Pantai Batu Laut

1045H Tiba di Checkpoint kedua SJKT Sepang


(Rehat)
1100H Bergerak ke Penamat SJKT Sepang

1140H Tiba di Pantai Bagan Lalang Pantai Bagan Lalang

1030H Tiba di Checkpoint keempat Sekitar UKM

(Ladang UKM)

1100H Pulang ke tapak Pesta Konvo Dataran Gemilang,UKM

1130H Penyampaian hadiah Dataran Gemilang,UKM

1200H Makan tengahari dan bersurai Dataran Gemilang,UKM


LAMPIRAN C

BELANJAWAN

ANGGARAN HASIL

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Peruntukan JPPEL RM 1,000

Lain-lain Peruntukan atau Penajaan RM 9,000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 10,000

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL AKTIVITI ANGGARAN PERBELANJAAN

1 Teknikal

 Marshall (Motor & Statik, Berbasikal) RM 1,000


 Signage/Papan tanda
 BSMM/Medic

2 Kit program

 Baju RM 5,000
 Goodies
 Banner
 Bunting

3 Cabutan bertuah RM 3,000

4. Medal finisher RM 1,000

JUMLAH RM 10,000

Anda mungkin juga menyukai