Anda di halaman 1dari 6

Lirik Lagu Pantun Budi - Tan Sri SM Salim

Kalau menebang si pohon jati,


Papan di Jawa dibelah-belah;
Kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.

Bunga selasih si bunga padi,


Kembanglah mekar di dalam taman;
Pertama kasih kedua budi,
Yang mana satu nak didulukan?

Datuk Laksamana ke bangka hulu,


Berlayar kapal membawa dagang;
Bagailah mana kapal nak lalu,
Kuala sudah dilengkong karam.

Bunga padi bunga kiambang,


Buat hiasan di taman bunga;
Buah hati kekasih orang,
Hamba menumpang gembira sahaja.
Lirik Lagu Zapin Tujuh Purnama - Amelina

Jauh jauh abang merantau


Sudah lama di negeri orang
Hati siapa yang tidaklah risau
Bimbang ditinggal abang seorang

Tak terasa cepatnya waktu tujuh purnama telah berlalu


Tiada berita dan khabar darimu resah gelisah lama menunggu

Hari hari berganti hari aku merindu seorang diri


Sabar sabar hai sampailah bila bang
Menanti jawaban darimu

Kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi-tampi


Kalau jadi katakan jadi tidaklah aku ternanti nanti

Tak terasa cepatnya waktu tujuh purnama telah berlalu


Tiada berita dan khabar darimu resah gelisah lama menunggu
Hari hari berganti hari aku merindu seorang diri
Sabar sabar hai sampailah bila bang
Menanti jawaban darimu

Kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi-tampi


Kalau jadi katakan jadi tidaklah aku ternanti nanti
Kalau kita biarlah kita jangan samakan hai orang lain
Kalau cinta katakan cinta tidaklah aku cari yang lain

Kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi-tampi


Kalau jadi katakan jadi tidaklah aku ternanti nanti
Kalau kita biarlah kita jangan samakan hai orang lain
Kalau cinta katakan cinta tidaklah aku cari yang lain

Kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi-tampi


Kalau jadi katakan jadi tidaklah aku ternanti nanti
[Verse 1]
When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then, I am still and wait here in the silence
Until you come and sit a while with me

[Chorus]
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be

[Chorus]
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be

You raise me up, so I can stand on mountains


You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be

[Chorus]
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up, to more than I can be

[Outro]
You raise me up, to more than I can be
ILMU PELITA HIDUP
Bismillahirrahmannirrahim,
Terima kasih peneraju acara, panel juri teguh saksama dan seluruh warga dewan
berkarisma. Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.
Hayatilah, sebuah pidato cetusan minda kurniaan Allah.. ILMU PELITA HIDUP.
Hadirin sekalian,
ILMU sebagai PELITA HIDUP bolehlah ditakrifkan sebagai prakarsa
membudayakan pemahaman teori dan praktikaliti dalam segenap aspek
kehidupan kerana diyakini ilmu mampu menghijrahkan manusia dari gelita
kejahilan kepada cahaya kebenaran.
Maka, marilah sama-sama kita menilai potensi ilmu dalam menerangi
kehidupan manusia.
Hadirin sekalian,
Hayatilah pragmatik pertama, pembudayaan ilmu meningkatkan darjat
manusia.
Kita sedar bahawa ilmu manusia cuma setitis berbanding ilmu Tuhan yang
selautan. Namun bezanya darjat manusia, apabila berilmu pasti dipandang
mulia.
Menyedari hakikat ini, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan memacu
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
memfokuskan kepada usaha membangunkan modal insan berilmu menerusi
proses pendidikan berkualiti.
Natijahnya, menurut laporan agensi Program Pembangunan PBB (UNDP)
2011, kadar literasi rakyat kita mencecah 92.7%, kadar pengangguran
menurun 3.1% dan indeks kebolehpasaran graduan pula
mencatatkan 88.4%.Angka-angka kejayaan ini membuktikan bahawa dengan
menguasai ilmu berguna, untung nasib rakyat dapat dibela sekaligus taraf
hidup mereka mampu dijana.
Hadirin sekalian,
Pragmatik kedua, penerokaan ilmu mampu menjana minda bangsa.
Dek kerana budaya ilmulah, rakyat Jepun tidak pernah malu menggunakan
kaedah Kanji dan Katagana, maka kita juga mampu melakar kejayaan negara
dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa wasilah ilmu.
Bahkan, kerajaan turut berkobar-kobar memperkasakan gerakan budaya
membaca. Hasilnya, peningkatan purata 6 buah buku setahun dalam Kajian
Profil Membaca Rakyat Malaysia 2008-2011 membuktikan bahawa kita
yakin bangsa Malaysia akan berjaya sekiranya ilmu dikongsi bersama, bertitik-
tolak dari budaya membaca. Benarlah bahawa, nadi ilmu amalan membaca
yang membuka minda bangsa.
Hadirin sekalian,
Pragmatik ketiga, pembudayaan ilmu memantapkan kemandirian bangsa.
Hikayat Melayu pernah menukilkan kepintaran Tun Perak menangkis serangan
Siam ke atas Melaka dan kecerdikan Hang Nadim menyelamatkan Singapura
dari serangan todak. Bukti jelas bahawa kemandirian sesebuah bangsa banyak
bergantung kepada kebijaksanaan golongan ilmuannya.
Lantaran itulah, sistem pendidikan kita kini ditransformasikan. Namakan
sahaja, dari pelancaran program i-Think dan Permata Pintar; pemerkasaan
pendidikan teknikal dan vokasional; sehinggalah program Brain Gain di
peringkat IPT, semuanya bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan
berpemikiran kritis dan kreatif sekaligus memberi sumbangan bermakna
kepada kesejahteraan negara.
Hadirin sekalian,
Pragmatik keempat, ketinggian ilmu cerminan budi dan sahsiah bangsa
terpuji.
Ibnu Khaldun dalam tamsilnya al-Muqaddimah menegaskan bahawa al-insan
madani bi al-taba, manusia sentiasa membina tamadun dengan ilmu dan
sahsiahnya. Bahkan pepatah Melayu turut menggesa agar kita mengikut resmi
padi, semakin berisi, semakin tunduk.
Lantaran itulah, modal insan berilmu dan berakhlak kini bukan lagi satu pilihan
tetapi satu keperluan. Menerusi sistem pendidikan, subjek Sivik dan
Kewarganegaraan kita perkasakan, pendidikan agama dan moral kita
mantapkan bahkan kempen budi bahasa kita jayakan. Hal ini kerana kita sedar
bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran budi
bahasa.
Maka hadirin sekalian, bangunlah, siapapun diri anda. Hanya melalui
pembudayaan ilmu dalam kehidupan seharian, kita mampu meningkatkan
martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya benarlah
kalam pencipta, kalimah iqra menyemarakkan budaya ilmu lantaran ilmu
adalah cahaya, pelita hidup manusia. Yakinilah bahawa, ILMU itu PELITA
HIDUP.

Anda mungkin juga menyukai