Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara (Majlis Perhimpunan Bulanan IPGM Mei 2021)

Masa Aturcara Skrip Que


Kata Aluan
Emcee Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim,

YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad


Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia

YBrs. Timbalan-timbalan Rektor


Institut Pendidikan Guru Malaysia

Puan Annie Sabrina Lasumin


Pendaftar IPGM

Barisan Pegawai,
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Dan seterusnya,
Seluruh warga Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran


dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
rahmat dan keizinanNya jua, kita masih diberi
kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan
perhimpunan bulanan IPGM kali ini.

Nyanyian Bagi meneruskan majlis perhimpunan pada hari


lagu ini, kita mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,
Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam dan lagu Institut
Perkhidmata Pendidikan Guru.
n Awam dan
lagu IPG **nyanyian lagu**
Malaysia

Bacaan doa Seterusnya, bagi memohon keberkatan majlis kita


pada hari ini, majlis dengan ini menjemput YBrs.
Dr. Masri bin Baharom bagi memimpin bacaan
doa.

Dipersilakan.

**bacaan doa**

Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Masri


bin Baharom atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi.
Bacaan Ikrar Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan


En. Muhamad Syafiq bin Mat Nor bagi mengetuai
bacaan ikrar.

Dipersilakan.

**bacaan ikrar**

Terima kasih diucapkan kepada En. Muhamad


Syafiq bin Mat Nor atas bacaan ikrar
perkhidmatan awam sebentar tadi.

Ucapan Warga IPGM yang dikasihi sekalian,


Pendaftar
IPGM Meskipun negara sedang dilanda pandemik
COVID-19, namun kita masih mampu
meneruskan acara bulanan ini. Diharapkan agar
majlis-majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi
ukhuwah sesama kita sebagai keluarga IPGM.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Puan


Annie Sabrina Lasumin, selaku Pendaftar IPGM
merangkap Pengerusi Majlis Perhimpunan
Bulanan IPGM bagi bulan Mei 2021.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan.

**ucapan Pendaftar**

Terima kasih diucapkan kepada Puan Annie


Sabrina atas ucapan yang ringkas dan padat
sebentar tadi.

Ucapan Para hadirin yang dihormati sekalian,


Rektor
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Marilah
kita bersama-sama mendengar ucapan dan
amanat yang akan disampaikan oleh YBrs. Dr.
Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor Institut
Pendidikan Guru Malaysia.

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya


mempersilakan.

**ucapan Rektor**

Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Rusmini


binti Ku Ahmad, Rektor IPGM atas ucapan yang
amat bermakna dan bermanfaat sebentar tadi.
Pokok selasih tinggi menggunung,
Buah bidara di dalam sampan,
Sekalung amanat kami junjung,
Secebis nasihat kita sematkan.

Persembahan Yang Berusaha Dr. Rektor dan para hadirin


Multimedia sekalian.
Aktiviti Pusat
/Unit Marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia aktiviti-aktiviti Pusat dan Pejabat
Pendaftar IPGM.

**persembahan multimedia**

Itulah tadi persembahan multimedia bagi aktiviti-


aktiviti Pusat dan Pejabat Pendaftar IPGM.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


semua Pusat dan Unit di IPGM yang telah
menyediakan bahan-bahan untuk persembahan
multimedia pada hari ini.

Penyampaian YBrs. Dr., tuan-tuan dan puan-puan,


cenderamata
hari lahir Bunga mawar dipetik jangan,
kepada Nanti duri tercucuk tangan,
warga IPGM Selamat hari lahir kami ucapkan,
Sudah bertambah usianya badan.

Seterusnya, majlis mengucapkan selamat hari


lahir kepada warga IPGM yang menyambut hari
lahir dalam bulan Mei. Didoakan semoga panjang
umur dan dimurahkan rezeki serta diberkati usia.

Pegawai Majlis diteruskan dengan pemakluman pegawai


Baharu dan bertukar masuk dan keluar dari IPGM.
Pegawai
Berpindah Selamat bertugas diucapkan.

Penutup Hadirin sekalian,

Sebelum majlis melabuhkan tirai, saya bagi pihak


Pejabat Pendaftar merakamkan ucapan setinggi-
tinggi terima kasih kepada semua pihak dan
memohon ampun dan maaf atas segala
kekurangan dan kesilapan dalam menjayakan
perhimpunan pada kali ini.

Sekian daripada kami, wabillahi taufiq walhidayah


wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai