Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat pagi dan salam sehati sejiwa……

- Yang Berusaha Tn. Hj. Zainol Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh),

- Yang dihormati Sarjan Mohd. Sukor b. Alias (Timbalan Ketua Polis, Balai Polis Sungai
Acheh, merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah),

- Koperal Yantie bt. Ariffin (Pegawai Perhubungan Sekolah),

- barisan guru penolong kanan,

- barisan pendidik yang disayangi, barisan pembantu pengurusan murid, barisan guru
praktikum, kakitangan SK Sungai Acheh, dan murid-murid yang dikasihi sekalian….

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya maka pada
pagi yang penuh barakah ini, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi menjayakan Majlis
Pelancaran Program Jom Ke Sekolah bersama Polis Diraja Malaysia.

Sesungguhnya Program Jom Ke Sekolah ini adalah merupakan program kolaboratif antara
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah
melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia,
dan diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Tuah tersenyum pada Si Teja,

Duduk bersimpuh sambil bersila;

Penolong Kanan Kokurikulum seterusnya dipersila,

Bersama perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.


Majlis dengan segala hormatnya menjemput En. Zool Azhari b. Abdul Kader (Guru Penolong Kanan
Kokurikulum Sek. Keb. Sungai Acheh) untuk membacakan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Zool Azhari.

Bacaan Perutusan Ketua Polis Negara

Pergi ke kota beli selasih


Sayang si dara buat halwa
Sarjan Mohd. Sukor orangnya pengasih
Persilakan tuan dengan perutusan Ketua Polis Negara

Majlis seterusnya dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Sarjan Mohd. Sukor b. Alias
(Timbalan Ketua Polis, Balai Polis Sungai Acheh, merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah) untuk
membacakan perutusan Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia. Dengan segala hormat dan
sukacitanya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Sarjan Mohd. Sukor.

Penyerahan Watikah

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis kini diteruskan dengan penyerahan watikah kepada Ahli Jawatankuasa Unit Biro Aduan dan
Tindakan Sek. Keb. Sungai Acheh oleh Sarjan Mohd. Sukor b. Alias (Timbalan Ketua Polis, Balai
Polis Sungai Acheh, merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah). Untuk itu, dengan segala hormat
dan sukacitanya, majlis mempersilakan Tn Hj. Zainol Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai
Acheh) untuk turut bersama2 di atas pentas bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Dipersilakan:

1) En. Kadir b. Haumar (selaku Pengerusi Biro Aduan dan Tindakan SKSA 2017)
2) Pn. Norhazrina bt. Mohammad Zairi (selaku Setiausaha Biro Aduan dan Tindakan SKSA
2017)
3) Cik Kamisah bt. Kechil (selaku Naib Setiausaha Biro Aduan dan Tindakan SKSA 2017)

Dipersilakan seterusnya AJK2 Biro Aduan dan Tindakan SKSA 2017

4) En. Mohd. Shair b. Razali


5) En. Mohd. Zaid Khairi b. Ainul Jamal
6) Pn. Asma bt. Mohd. Noor
7) Pn. Fauziah bt. Bahari
8) Pn. Norhaida bt. Yahaya
9) Pn. Suriati bt Abdullah Tauhid

Tahniah diucapkan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Sarjan Mohd. Sukor atas
kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi.
Penyampaian Sijil Penghargaan

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis seterusnya menjemput Tn. Hj. Zainol Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh)
untuk menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah. Dengan segala
hormat dan sukacitanya majlis mempersilakan.

Dipersilakan:

1) Sarjan Mohd. Sukor b. Alias (Timbalan Ketua Polis, Balai Polis Sungai Acheh)
2) Koperal Yantie bt. Ariffin

Tahniah diucapkan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Zainol Abidin atas kesudian
menyempurnakan acara sebentar tadi.

Perasmian Peti Aduan Murid

Warga dewan yang dikasihi,

Tarian boria menjadi warisan


Ditari oleh si anak muda
Program Jom Ke Sekolah kita lancarkan
Ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih mulia

Kini marilah pula kita sama2 saksikan Perasmian Peti Aduan Murid oleh Sarjan Mohd. Sukor b. Alias
bersama barisan pentadbir sekolah. Untuk itu, dipersilakan Sarjan Mohd. Sukor b. Alias (Timbalan
Ketua Polis, Balai Polis Sungai Acheh merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah) bersama barisan
pentadbir sekolah untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan acara. Dengan penuh takzimnya
majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Sarjan Mohd. Sukor dan barisan pentadbir sekolah
atas kesudian menyempurnakan Perasmian Peti Aduan Murid sebentar tadi. Sesungguhnya
sempurnalah sudah majlis kita pada hari ini.

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Dengan penyempurnaan upacara sebentar tadi, kini kita telah pun tiba di penghujung majlis.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus
lumus untuk menjayakan Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat SK Sungai Acheh
pada tahun ini.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua atas
kerjasama yang telah diberikan. Saya mewakili jawatankuasa kerja majlis pada hari ini memohon
ampun dan maaf atas segala kekurangan, keterlanjuran kata mahupun tersilap bicara sepanjang
majlis berlangsung.
Semoga melalui jalinan yang mantap antara pihak sekolah dan pihak PDRM ini, diharapkan dapat
memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah
selamat dan Amalan Guru Penyayang.

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putera dan puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Sekian.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

 Dijemput semua tetamu ke jamuan ringan yang disediakan

Anda mungkin juga menyukai