Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN

(MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44)

Tarikh : 23 Februari 2018 (Jumaat)


Tempat: Dewan Terbuka SK Sungai Acheh
Masa : 3.00 petang

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria (Ahli


Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh), diiringi oleh Pn. Norida bt.
Annuar (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh), barisan guru penolong kanan
dan AJK2 PIBG.

Bagi pihak majlis, kami merakamkan ucapan Selamat Datang dan terima kasih
atas kesudian Yang Berhormat Dato’, para tetamu kehormat serta para
hadirin sekalian ke Sek. Keb. Sungai Acheh.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim…..Alhamdulillahirabbil’alamin
Wassolatuwassalamu’alaasyhrafil’anbiya’Iwalmursalin wa’ala alihi wasohbihi
ajmain.

Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria (Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Sungai Acheh), Yang Berusaha Pn. Norida bt. Annuar (Guru Besar
Sek. Keb. Sungai Acheh), barisan guru penolong kanan, Yang dihormati, En.
Azhar b. Ahmad (Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Sungai Acheh), AJK2 PIBG,
barisan guru, guru2 praktikum, ibu bapa, para waris, tuan2, puan2 hadirin
hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersama2 kita merafa’kan setinggi2 kesyukuran kehadrat Ilahi


kerana dengan limpah rahmat dan inayahnya, maka pada petang yang penuh
barakah ini kita dapat bersama2 menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-
44 peringkat Sek. Keb. Sungai Acheh. Selamat datang diucapkan.

1
Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera, salam perpaduan dan salam


transformasi pendidikan

Majlis dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 ini.

Bacaan doa

Anugerah dikecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, dipersilakan Al-fadhil Ustaz
Roshidi b. Mat Ali untuk memimpin bacaan doa… Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada Al–fadhil Ustaz Roshidi b. Mat Ali atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan

Sudilah puan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah puan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn. Norida bt. Annuar (Guru Besar
Sek. Keb. Sungai Acheh) untuk menyampaikan ucapan alu–aluan. Majlis
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Norida atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

2
Ucapan YDP PIBG

Tuah tersenyum pada si Teja,

Duduk bersimpuh sambil bersila,

Kain ditenun bersama raja,

Ucapan YDP PIBG hormat dipersila…..

Seterusnya, pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya ingin


mempersilakan En. Azhar b. Ahmad (YDP PIBG Sek. Keb. Sungai Acheh) untuk
menyampaikan ucapan atau sepatah dua kata…. Dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan….

Majilis merakamkan setinggi2 ucapan terima kasih atas kesudian En. Azhar b.
Ahmad (YDP PIBG Sek. Keb. Sungai Acheh) menyampaikan ucapan beliau
sebentar tadi.

Ucapan perasmian

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria (Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh) untuk menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 ini. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian Yang
Berhormat Dato’ sebentar tadi.

3
Bunga selasih di dalam taman
Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan

Penyerahan Sijil Penghargaan Jawatankuasa PIBG Sidang 2017/2018

Warga dewan yang dikasihi,

Majlis kini diteruskan lagi dengan penyerahan Sijil Penghargaan


Jawatankuasa PIBG Sidang 2017/2018. Untuk itu, majlis sekali lagi
menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria
(Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh) diiringi oleh Pn. Norida
bt. Annuar (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh) untuk menyempurnakan
acara. Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

Warga dewan yang dimuliakan,

Dipersilakan AJK2 PIBG Sidang 2017/2018 untuk menerima sijil penghargaan


daripada pihak sekolah. Dengan segala sukacitanya majlis mempersilakan.
Dipersilakan…………

1. En. Azhar b. Ahmad (Yang Dipertua PIBG)


2. En. Azman b. Mastor (Naib Yang Dipertua)
3. En. Norizwan b. Ideris (Setiausaha)
4. En. Mohd. Shah Effendi b. Abdullah (Bendahari)
5. Pn. Norhayati bt. Mat Sin (AJK Ibu Bapa)
6. Pn. Che Rogayah bt. Saidin (AJK Ibu Bapa)
7. Pn. Noorhayati bt. Md. Noor (AJK Ibu Bapa)
8. En. Mohd. Zaini b. Harun (AJK Ibu Bapa)
9. Pn. Safina bt. Abd. Rashid (AJK Ibu Bapa)
10. Pn. Rafizah bt. Cheek (AJK Guru)
11. Pn. Jamaliah bt. A. Razak (AJK Guru)
12. En. Norisyam b. Ibrahim (AJK Guru)
13. En. Muhammad Syafiq Azfa b. Mohd. Azli (AJK Guru)
14. Pn. Siti Rohani bt. Dallali (Pemeriksa Kira-kira)
15. Pn. Faridah bt. Yusof (Pemeriksa Kira-kira)

4
Majlis merakamkan setinggi2 ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Mahmud atas kesudian menyampaikan Sijil Penghargaan Jawatankuasa
PIBG Sidang 2017/2018 sebentar tadi.

Seterusnya sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’,


dipersilakan Pn. Norida bt. Annuar (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh)
untuk menyampaikan cenderamata penghargaan daripada pihak sekolah.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Jamuan

Warga dewan yang dimuliakan,

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Majlis selepas ini menjemput dan mempersilakan Pn. Norida bt. Annuar (Guru
Besar Sek. Keb. Sungai Acheh), barisan pentadbir dan YDP PIBG untuk
mengiringi Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria (Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh) bagi menghadapi jamuan ringan
yang telah disediakan. Dipersilakan.

Hadirin sekalian juga dipersilakan untuk menjamu selera di kantin sekolah dan
untuk makluman hadirin sekalian, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 akan
bersambung semula 15 minit dari sekarang.

5
Terima kasih…… Sekian, wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum wth…
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

1) Yang Berhormat Dato’ Hj. Mahmud b. Zakaria (Ahli Dewan Undangan


Negeri Kawasan Sungai Acheh)

2) Yang Berusaha Pn. Norida bt. Annuar (Guru Besar Sek. Keb. Sungai
Acheh)

3) barisan guru penolong kanan

i. Pn. Roslina bt. Hasan (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)


ii. En. Mohammad Juhairi b. Hj. Idris (Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid)
iii. En. Zool Azhari b. Abdul Kader (Guru Penolong Kanan
Kokurikulum)
iv. En. Zainol b. Yusoff (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)

4) Yang dihormati, En. Azhar b. Ahmad (Yang Dipertua PIBG)

5) En. Azman b. Mastor (Naib Yang Dipertua PIBG)

6) AJK2 PIBG

7) barisan guru, guru2 praktikum, ibu bapa, para waris, tuan2, puan2 dan
murid2 yang dikasihi sekalian.

Anda mungkin juga menyukai