Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN

(MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43)

Tarikh : 10 Mac 2017 (Jumaat)


Tempat: Dewan Terbuka SK Sungai Acheh
Masa : 3.00 petang

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria (Ahli


Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh), diiringi oleh Tn. Hj. Zainol
Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh), barisan guru penolong
kanan dan AJK2 PIBG.

Bagi pihak majlis, kami merakamkan ucapan Selamat Datang dan terima kasih
atas kesudian Yang Berhormat Dato’, para tetamu kehormat serta para
hadirin sekalian ke Sek. Keb. Sungai Acheh.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato’


untuk merasmikan Anjung Bestari Nilam Linus peringkat Sekolah Kebangsaan
Sungai Acheh. Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ atas
kesudian merasmikan Anjung Bestari Nilam Linus peringkat Sekolah
Kebangsaan Sungai Acheh.

Seterusnya dijemput Yang Berhormat Dato’, barisan tetamu kehormat serta


para hadirin sekalian ke Dewan Terbuka SK Sungai Acheh bagi meneruskan
agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43. Dengan segala hormat dan
sukacitanya majlis mempersilakan.
Acara di Dewan Terbuka

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria (Ahli


Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh), diiringi oleh Tn. Hj. Zainol
Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh), barisan guru penolong
kanan dan AJK2 PIBG.

Bagi pihak majlis, kami merakamkan ucapan Selamat Datang dan terima kasih
atas kesudian Yang Berhormat Dato’, para tetamu kehormat serta para
hadirin sekalian ke Sek. Keb. Sungai Acheh.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim…..Alhamdulillahirabbil’alamin
Wassolatuwassalamu’alaasyhrafil’anbiya’Iwalmursalin wa’ala alihi wasohbihi
ajmain.

Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria (Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Sungai Acheh), Yang Berusaha Tn. Hj. Zainol Abidin b. Husain (Guru
Besar Sek. Keb. Sungai Acheh), barisan guru penolong kanan, Yang dihormati,
En. Azman b. Mastor (Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Sungai Acheh), AJK2
PIBG, barisan guru, guru2 praktikum, ibu bapa, para waris, tuan2, puan2
hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersama2 kita merafa’kan setinggi2 kesyukuran kehadrat Ilahi


kerana dengan limpah rahmat dan inayahnya, maka pada petang yan penuh
barakah ini kita dapat bersama2 menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke
43 peringkat Sek. Keb. Sungai Acheh. Selamat datang diucapkan.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira
Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sehati
sejiwa.

Majlis dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke


Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43 ini.

Bacaan doa

Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, dipersilakan Al-fadhil Ustaz
Mohd. Zaid Khairi b. Ainul Jamal untuk memimpin bacaan doa… Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada Al–fadhil Ustaz Mohd. Zaid Khairi b. Ainul
Jamal atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tn. Hj. Zainol Abidin b. Husain
(Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh) untuk menyampaikan ucapan alu–aluan.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Zainol Abidin atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Ucapan perasmian

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya


mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria (Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh) untuk menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43 ini. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian Yang
Berhormat Dato’ sebentar tadi.

Bunga selasih di dalam taman


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan

Penyerahan Sumbangan Pelajar2 Cemerlang UPSR 2016

Warga dewan yang dikasihi,

Untuk makluman hadirin sekalian, seramai …… orang murid dari sekolah ini
telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR 2016. Di atas
pencapaian cemerlang mereka, pihak ……………………… amatlah berbesar hati
untuk memberi sumbangan kepada murid2 terbabit…

Untuk itu, tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan penyerahan
sumbangan pelajar2 cemerlang UPSR 2016 dan Sijil Penghargaan
Jawatankuasa PIBG Sidang 2016/2017. Untuk itu, majlis sekali lagi
menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria
(Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh) diiringi oleh Tn. Hj.
Zainol Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh) untuk
menyempurnakan acara. Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.
Warga dewan yang dimuliakan,

Dipersilakan 2 orang pelajar cemerlang UPSR 2016, bersama waris mereka


untuk naik ke pentas bagi menerima sumbangan…

1. Nurul Izzah bt. Mohamad Yusoff bersama bapa, En. Mohamad Yusoff
b. Mat Isa

2. Muhammad Afiq Fitri b. Tubani bersama bapa, En. Tubani b. Mubin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada 2 orang murid
terbabit dan bapa mereka.

Penyerahan Sijil Penghargaan Jawatankuasa PIBG Sidang 2016/2017

Seterusnya majlis mempersilakan pula AJK2 PIBG sesi 2016/2017 untuk


menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah. Dengan segala
sukacitanya majlis mempersilakan.
Dipersilakan…………

1. En. Azman b. Mastor (Yang Dipertua PIBG)


2. Pn. Norhayati bt. Mat Sin (Naib Yang Dipertua)
3. Pn. Nor Riza bt. Samsudin (Ahli Jawatankuasa)
4. Pn. Suzanawati bt. Wan Chek (Ahli Jawatankuasa)
5. Pn. Siti Zuraida bt. Aisa (Ahli Jawatankuasa)
6. Pn. Norzalina bt. Othman (Ahli Jawatankuasa)
7. En. Mohd. Pertiri @ Mohd. Fitri b. Awang (Ahli Jawatankuasa)
8. En. Mohd. Zaini b. Harun (Ahli Jawatankuasa)

Majlis merakamkan setinggi2 ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat


Dato’ Mahmud atas kesudian menyampaikan sumbangan pelajar2 cemerlang
UPSR 2016 dan Sijil Penghargaan Jawatankuasa PIBG Sidang 2016/2017
sebentar tadi.
Jamuan

Warga dewan yang dimuliakan,

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Majlis selepas ini menjemput dan mempersilakan Tn. Hj. Zainol Abidin b.
Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh), barisan pentadbir dan YDP
PIBG untuk mengiringi Yang Berhormat Dato’ Mahmud b. Hj. Zakaria (Ahli
Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh) bagi menghadapi jamuan
ringan yang telah disediakan. Dipersilakan.

Hadirin sekalian juga dipersilakan untuk menjamu selera di kantin sekolah dan
untuk makluman hadirin sekalian, Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 43 akan
bersambung semula 15 minit dari sekarang.

Terima kasih…… Sekian, wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum wth…


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43

1) Yang Berhormat Dato’ Hj. Mahmud b. Zakaria (Ahli Dewan Undangan


Negeri Kawasan Sungai Acheh)

2) Yang Berusaha Tn. Hj. Zainol Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb.
Sungai Acheh)

3) barisan guru penolong kanan

i. Pn. Roslina bt. Hasan (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)


ii. Pn. Iliana bt. Madh. Isa @ Md. Isa (Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid)
iii. En. Zool Azhari b. Abdul Kader (Guru Penolong Kanan
Kokurikulum)
iv. En. Zainol b. Yusoff (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)

4) Yang dihormati, En. Azman b. Mastor (Yang Dipertua PIBG)

5) Pn. Norhayati bt. Mat Sin (Naib Yang Dipertua PIBG)

6) AJK2 PIBG

7) barisan guru, guru2 praktikum, ibu bapa, para waris, tuan2, puan2 dan
murid2 yang dikasihi sekalian.

Anda mungkin juga menyukai