Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Aturcara Teks Catatn


Ketibaan Mengumumkan ketibaan Guru besar, Penolong kanan
(8.30 AM) kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong
Kanan Kokurikulum dan ketua panitia
Ucapan alu-
aluan Yang berusaha Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin
(8.40 AM) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman,

Yang dihormati Puan Rosni binti Gani


Penolong Kanan Kurikulum,

Yang dihormati Puan Soh Rosie, Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid, Puan Hajah Rokiah binti Md Isa, Penolong Kanan
Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia….

Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan


peringkat SK Taman. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur
ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita
dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat
ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang
berpanjangan.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan
( 8.50 pagi) segala hormatnya menjemput Ustaz Amin Bin Ali untuk
membacakan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


*****Bacaan doa*****

Amin amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada Ustaz Ustaz Amin Bin Ali atas pimpinan
doa sebentar tadi.
Ucapan Guru Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan
Besar Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman,
( 9.00 pagi) Pelancaran Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57.

Majlis dengan hormatnya mempersialkan

**** Ucapan Guru Besar****

Majlis merakam terima kasih kepada Guru Besar atas ucapan


sebentar tadi.

Ucapan Sempena bulan kemerdekaan kali ke-57 ini, pihak penganjur


Penganjur program akan menjalankan beberapa aktiviti bagi
Program menyemarakkan sambutan. Untuk tujuan itu majlis diteruskan
( 9.15 pagi) dengan menjemput Elvina selaku penyelaras program bagi
memberi penjelasan lebih lanjut.

***** Ucapan penganjur program****

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan penganjur


program.
Persembahan Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan
(9.30 pagi) dengan acara persembahan.

Dipersilakan kumpulan koir SK Taman dengan lagu


Parajurit Tanah Air dan Warisan, diikuti dengan sajak
‘Kemerdekaan Hakiki’ yang akan dibacakan oleh Siti Hazwany
binti Zaini.

Terima kasih atas persembahan tadi. Seterusnya, diminta


semua murid berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu-lagu
patriotik Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Negaraku
Perasmian Untuk mengakhiri majlis kita pada pagi ini, majlis dengan
(9.50 pagi) takzimnya menjemput Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru
Besar SK Taman untuk memotong riben bunga perasmian.

Dengan ini dipersilkan

Guru Besar,
Penolongan Kanan Kurikulum ke hadpan untuk memotong
riben simbolik pelancaran bulan kemerdekaan.

Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru


Besar atas kesudian menyempurnakan Majlis Pelancaran
Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Taman.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,


penutup &
Jamuan Dengan segala hormatnya, majlis menjemput semua hadirin
( 10.00 pagi) untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.
Dipersilakan.
BORANG SOAL SELIDIK

Kami memerlukan anda untuk memberi makluman balas mengenai perjalanan


majlis, pengacaraan dan penyediaan makanan dan minuma untuk meningkatkan
penambahbaikan di masa hadapan.

Sila tandakan (/) dalam kotak yang disediakan mengikuti skala yang diberikan

1 2 3
Tidak setuju setuju Sangat setuju

A. Makanan dan Minuman

BIL PERKARA 1 2 3
1 Kualiti kebersihan makanan dan minuman yang disediakan
2 Kuantiti makanan dan minuman yang disediakan mencukupi
3 Penyedian peralatan makanan dan minuman yang bersih
4 Makanan dan minuman dihidang di dalam keadaan tertutup
5 Makanan dan minuman di sedikan lebih awal

B. Perjalanan Majlis

BIL PERKARA 1 2 3
1 Penyediaan kerusi dan meja yang cukup
2 Keselesaan tempat yang digunakan
3 Persembahan yang sesuai dan menarik
4 Majlis mematuhi protokol
5 Pengendalian PA sistem atau sistem audio yang baik

C. Pengacaraan Majlis

BIL Pernyataan 1 2 3
1 Pengacara majlis mempunyai penampilan yang menarik
2 Suara pengacara majlis yang menarik dan bertenaga
3 Pengacara majlis menggunakan tatabahasa yang menarik
4 Pengacara majlis peka terhadap keadaan sekeliling
5 Pengetahuan pengacara majlis terhadap majlis yang
dijalankan

Cadangan / Pandangan :

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….....

Anda mungkin juga menyukai